Pramugari, hiburan dan Tentang Dia
Memang ‘menarik’ melihat bagamana isu yang mudah ini dimanipulasikan dengan begitu hebat oleh pejuang-pejuang yang mengaku memperjuang kan hak asasi Malaysia. Seperti AWAM ( All Women Action’s Society ) yang telah mebidas kenyataan mereka-mereka yang menyokong agar pramugari memakai pakaian yang sopan ketika bertugas agar selari dengan konsep ‘ Islam Hadhari ‘ yang meletakkan taqwa sebagai asas utama (Taqwa..pening..pening..). Lihat..di utusan
Ironisnya di sini, ana tak mahu mengulas pro dan kontra kenyataan mereka yg jelas sudah asas permasalahan ini adalah kembali pada Allah dan Rasul seperi mana Allah s.w,t telah berfirman " Dan sekiranya kamu berselisih pendapat, maka kembalilah pada Allah dan RasulNya…" Al-ayah. Pakaian yang disyariatkan amat mudah, menutupi badan, tidak jarang dan ketat dan melepasi dada. Apabila membincangkan soal pramugari ni, nailofar teringat pengalaman menaiki kapalterbang seawal usia 8 tahun seoarng diri. Ana teringat lagi masa tu darjah dua naik plane sorang. Kakak2 pramugari tu jaga dengan baik sekali. Mereka memang baik hati dan mesra sekali. Tapi pasti terdetik rasa malu di hati mereka sebab seorang kanak-kanak berumur 8 tahun sudah memakai tudung. Ada juga satu lagi peristiwa menarik nai semasa pulang bercuti ke Malaysia pada tahun 2002 yg lepas. Masa tu nai pulang bercuti musim panas atau saifi di Mesir, Ceritanya begini. ana, dan dua orang sahabat ana duduk di dalam kapal terbang. Tiba-tiba kami di sapa oleh seorang pramugari yang cantik, manis, dan ramah mesra dengan kami. Kami bertiga pula se’geng’. Suka menegur org tak kira bagaimana, dan suka beramah-ramah dengan sekeliling. Perbualan kami berbunyi begini.
Ukhti A : Akak nama apa…?..dan bla..bla
Kakak Z : Akak nama kak Z…Akak suka lah tengok korang ni nampak baik jer..pakai tudung macam ni..
KAmi : Biasa je kak…
Kakak Z : I suka sebenarnya org pakai tudung macam ni. I dulu sekolah agama tau..
Kami : Wah! masing terperanjat..
Kakak Z : I ingat lagi cara nak potong tdung mcm ni. Kalau I pakai telekung I akan pakai tudung mcm ni. yelah kan telekung kan jarang, Tapi I memang nakal masa sekolah suka memberontak. Cikgu2 tak larat dgn I ni. I ingat lagi hafal2 Hadith dan Tafsir. Tapi bila I kerja dan kawin husbad I pun tak paksa I pakai tudung. dia suruh I kalau nak buat apa2 ikut kerelaan masing2. Ikhlas!
Kami: Terperanjat..tapi kami seronok sembang ngan dia..Sambil2tu kami bagilah sket tazkirah.
Kakak Z : I tahu benda ni salah dan berdosa, tapi nantilah satu hari nanti I akan pakai. Yerlah nikan kerjaya I. Orang kadang2 tak faham kenapa kami macam ni..kami buat ni sebab kerja..
Kami : Yerlah kak kan. Tapi pakai tudung ni kan wajb. dan bla..bla…kami sket2 try to..bring her back..
Kakak Z : I masa duk beli barang kat Hussien ada org lelaki cuba kacau I, i kata benda2 ni haram. Dont touch me! Berdosa pegang2 ni masuk neraka…I tak suka benda2 mcm ni. kena kacau dengan org lelaki..
dlm masa kakak Z ni sedang bercerita tiba2 ada pramugara dtg usik2 dia. Dia pun marah.. Wei! apa ni pegang2 ! ni.( kami….Astaghfirulah..Pramugra tu pun gelak2 je…Masyallah..apa nak jadi )
Kakak Z : I tahu benda2 ni berdosa..mana amalan2 yg membolehkan masuk neraka dn sebagainyal. U all perasan tak. Ada kakak yg tadi tu dia tu lagi kesian…( sambil tanganya menunjukkan pada seoarang paramugari.) Dia nak blaja takde duit " terpaksa " kerja pramugari. Dia belajar Usuluddin di Universiti xx.?
Kami; Astagfrullah!!!! Terkejut amat..kenapa jadi macam ni kak…
Kakak Z : Sebenarnya ramai pramugari yg macam tu. Ramai yg pakai tudunmg masa kat bawah(bukan masa flight ). Tapi terpaksa bukak tudung sebab nak buat kerja. Ramai yg takfaham dik. Kami buat ni sebab kerja. Terpaksa.
Akhirnya setelah puas bersembang, kami bertukar no phone dengan kakak tu. Sambil memberi kata2 nasiihat yg terakhir kami saling bersalaman. Memang menyedihkan dan mengejutkan juga. Tapi di dunia akhr zaman ini tiada yg mustahil. Segalanya mungkin apabila asas iman dan taqwa tidak tertancap utuh di lubuk hati. Berkatalah Saidina Umar " Kita adalah satu kaum yang dimuliakan kerana Islam, maka sesiapa yang mencari selain Islam maka dia akan dihinakan kerana mecari selain Islam..Konklusinya mudah, kita mecari rezeki, memang kadang2 amat mencabar, tapi andai asas Aqidah tak kuat, keyakinan yg memberi rezeki adalah Allah, dan kita dilarang memcari rezeki dengan cara yg salah, maka akan terjadi perkara sebegini. Sebab itu, Dr. Yusuf Qardhawi mengatakan bahawa tidak yakin dengan rezeki yg pokoknya adalah dari Allah dn mengharap pd manusia maka boleh mebawa kepada kufur ni’mat atau bimbang menjurus kepada syirik. Nauzubillah..Moga Allah beri hidayah pd mereka.
Alkisahnya juga dua minggu lepas semasa menyambut sepupu-sepupu yg dirindui dari Uk dengan p.lang dan m.lang waktu lelah menunggu berehat sekejap di atas kerusi. mata terlihat juga pada paramugari2 ni. Ya Rabb! pakaian memang amat tidak patut sekali. Sedang pakaian pramugari salah satu negara Eropah yg ana pernah tgk pun takdelah sampai macm tu sekali. Yerlah mereka itu kuffar, walau tak menutup aurat, tetap memakai pakain yang sopan.
Harapan optimis moga usul di parlimen ini akan dikuatkuasakan. Alasan pejuang-pejuang hak asasi wanita ini amat membimbangkan. Ana selaku wanita amat tak bersetuju sekali bilamana dikatakan pakaian bukanlah penyumbang kepada masalah sosial seperti bunuh, rogol, zina dan sebagainya. Ketika membuat assigmnet tentang masalah rogol ni dalam semester yg lepas lebih kurang tahuk begini " Mangsa rogol : Penelitian menurut persfektif Islam " atau " Rape victims in Islamic legal perspectivee " ana ada terbaca beberapa buka tentang masalah gangguan sexual ini. Di dalam salah satu buku " History of Rape " Kajian telah dibuat menunjukkan antara punca-punca berlakunya masalah rape ni adalah disebabkan pornography dan wanita yang berpakaian tidak sopan. Dan penulis buku ni mecadang kan agar wanita juga diberikan garis panduan bagaimana memakai baju yg sopan agar terhindar dari perkara-perkara sebegini. Dalam masa yang sama, lelaki juga harus diberikan pendidikan sewajarnya agar tidak terlibat dalam masalah sebegini. Tuntasnya, masing2 berperanan ; kita tak menyalahkan perempuan sahaja dan juga tak meletakkan kesalahan sepenuhnya pd lelaki. Wanita ; menjaga diri, pakaian dan mempelajari seni mempertahankan diri sambil memperkukuhkan diri denan iman. Lelaki; Diberi pendidikan spiritual ( tarbiyah rohaniah ), kesedaran dan pendedahan tentang amat bahayanya perilaku seperti ini.
Konklusinya, penyelesainya masalah ini adalah menyedarkan masyarakat tentang keperluan kesedaran dan pendidikan rohani. Disamping kemasukan hiburan melampau ke Malaysia, inul, cerita "Tentang Dia".. perlu diteliti, rapi semula. Adakah mendatangkan manfaat kepada pembangunan minda dan spiruitual golongan muda?..Ana ada baca tentang preview cerita tu..Rasanya tidaklah membantu masayarakat kita membina minda, malah akan meripuhkan lagi remaja-remaja kita di dalam emosi yg mendalam. Kacau diri mencari identiti..Inikah Islam Hadhari?
Buat pejuang agama semua. Inilah masanya. kita gempur segala daya, walau berbeza wadah atau wasilah namun matlamat tetap sama. Mardhotillah!!
wallhu’lam.
" Bagai pipih terbang melayang, itulah ibarat Islam di pinggir zaman ini, dagang di bumi sendiri "
May 17th, 2005 at 9:37 am
adakah krn tpaksa..kita hrs melupakan hukum yg telah Allah tetapkan?? lupakan antr dosa & pahala?? tepuk dada & tnyalah iman kita..^_^
October 3rd, 2006 at 3:59 pm
imannul insan yazidu wa yanquz