KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA SYARIAH NEGERI PERAK MENGENAI PENULISAN ASTORA
| KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA SYARIAH NEGERI PERAK MENGENAI PENULISAN ASTORA Posted on Thursday, June 23 @ 05:36:08 MYT Topic: Islam |
|
1. LATAR BELAKANG 1.1 Seorang penulis yang giat menulis di surat-surat khabar yang menggunakan nama pena Astora Jabat sering menulis isu-isu agama yang kontroversi 1.2 Dalam Majalah Al Islam keluaran edisi bulan November dan Disember beliau telah menulis artikel bertajuk “Tiada azab kubur selepas meninggal dunia “ dan “percanggahan hadith mengenai azab kubur 2. ASAS PANDANGAN BELIAU 2.1 Astora Jabat menggunakan beberapa asas dalam menegaskan pendiriannya seperti :- 2.1.1 Azab kubur tidak disebut di dalam Al Quran secara muktamad tetapi hanya para ulama’ sahaja yang menghurai dan mentafsirkannya. 2.1.2 Semua hadith yang menceritakan tentang azab kubur adalah hadith ahad belaka.Hadith ahad tidak boleh menthabitkan perkara aqidah. 2.1.3 Menolak azab qubur tidak kafir kerana ia hanya dithabitkan dengan hadith ahad dan tafsiran ayat Al Quran yang tidak muktamad. 2.1.4 Menggunakan logic aqal seperti mempertikaikan cara azab qubur kepada mayat yang tidak di quburkan dan mendakwa adalah tidak adil jika mayat yang mati dahulu akan diazab lebih lama dari mayat yang kematiannya lewat. 3. DALIL KEBENARAN ADANYA AZAB QUBUR 3.1 Ahli Sunnah wal Jamaah dan Jumhur Muktazilah berpandangan bahawa azab qubur adalah benar berdasarkan kepada dalil – dalil berikut :- 3.2 Dalil-dalil Al Quran 3.2.1 Firman Allah ayat 124 surah toha Menurut Abu Said Al Khudri dan Abdullah Ibn Masud perkataan ضنكا adalah azab qubur. 3.2.2 Firman Allah ayat 47 surah Tur Abdullah bin Masud berkata bahawa yang dimaksudkan dengan azab di dalam ayat ini adalah azab qubur. 3.3.3 Firman Allah dalam surah At Takathur ayat 3 كلا سوف تعلمون Abdullah Ibn Abbas RA mengatakan bahawa ayat ini merujuk kepada azab qubur. 3.2.4 Firman Allah yang mengisahkan keluarga Firaun dalam surah Ghafir ayat 46 النار يعرضون عليها غدوا وعشيا ويوم تقوم الساعة Kepada mereka dinampakkan neraka pada pagi dan petang, dan pada hari terjadinya Kiamat. (Dikatakan kepada malaikat) : “Masukkanlah Fir’aun dan kaumnya ke dalam azab yang sangat keras” دلت الآية على أن العرض قبل يوم القيامة لأن العطف يقتضى المغايرة 3..2.5 Firman Allah yang mengisahkan kaum nuh dalam surah Nuh ayat 25 أغرقوا فادخلوا نارا والفاء للتعقيب فدخول النار عقب الغرق مباشرة Huruf ‘fa’ menunjukkan berturutan maka masuk neraka selepas lemas berlaku berturutan dan ianya berlaku di alam barzakh dan bukan pada hari qiamat. 3..2.6 Firman Allah dalam surah Aali Imran ayat 169-170 ولا تحسبن الذين قتلوا فى سبيل الله امواتا بل Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati : bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhan dengan mendapat rezeki. Mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurniaan Allah yang diberikan-Nya kepada mereka. Dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka. Bahawa tidak ada kekhuwatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. فهذا النعيم قبل يوم القيامة قطعا لان الاية ترشدنا الى الا نعتبرهم Dalam ayat di atas kenikmatan berkenaan berlaku sebelum hari qiamat kerana kita diarahkan jangan menyangka mereka mati dan ayat berkenaan memberitahu kita, bahawa mereka menunggu-nunggu saudara-saudara mereka yang masih berada di bumi mencari mati syahid. 3..2.7 Apa yang perlu diperhatikan daripada keterangan ini , bahawa sahabat-sahabat Nabi SAW yang menafsirkan bahawa ayat ayat berkenaan adalah merujuk kepada azab qubur maka pendapat yang mengatakan ianya hanya tafsiran ulama’ sahaja adalah tidak benar.Sahabat-sahabat yang cukup terkemuka ini telah mendapat pengiktirafan Nabi SAW sendiri seperti Abdullah Ibn Abbas dan Abdullah Ibn Masud RA serta penafsiran Al Quran menurut keadah bahasa Arab yang betul menguatkan lagi ketepatan tafsiran ayat-ayat ini merujuk kepada azab qubur. 4..3 Dalil-dalil Hadith Walaupun hadith-hadith yang berkenaan dengan azab qubur ini adalah hadith Ahad tetapi ia termasuk dalam mutawatir dari sudut makna (متواتر المعنى ) 4..3.1 Telah meriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah Saw melintasi dua qubur lantas baginda SAW bersabda : انهما ليعذبان وما يعذبان فى كبير اما احدهما لا يستتر من بوله Sesungguhnya mereka berdua tidaklah diazab disebabkan dosa-dosa besar yang mereka lakukan tetapi disebabkan salah seorang mereka tidak dapat mengetuskan air kencingnya dan seorang lagi memecah belahkan masyarakat dengan adu domba. 4..3.2 Diantara doa yang telah disepakati ma’thur dari Rasulullah SAW ialah : اللهم انى اعوذ بك من فتنة النار وعذاب النار و فتنة القبر وعذاب القبر Ya Allah aku berlindung dengan Mu dari fitnah api neraka, azab neraka, fitnah qubur dan azab qubur serta keburukan fitnah kekayaan dan keburukan dari fitnah kefaqiran 4..3.3 Imam Muslim meriwayatkan hadith beserta sanadnya dari Ibnu Umar ان احدكم اذا مات عرض عليه مقعده بالغداة والعشي ان كان من اهل 4..3.4 Mengenai kedudukan hadis-hadis yang menthabitkan ‘azab dan ni’mat kubur, yang ditakhrijkan oleh hampir semua kitab-kitab hadis utama, serta keterangan mengenainya, dapat diteliti pada kitabشرح العقيدة الطحاوية pada muka surat 572 hingga 588. وقد تواترت الأخبار عن رسول الله (ص) فى ثبوت عذاب القبر ونعيمه Telah mutawatir hadith Rasulullah S.A.W. di dalam menginthbatkan azab dan nikmat qubur kepada golongan yang layak, begitu juga sabitnya, soal dua malaikat. Maka wajib beri’tiqad wujudnya yang demikian dengan beriman dengannya. Kita tidak dapat memperkatakan keifiatnya kerana aqal tidak mampu meneroka alam berkenaan. 4..3.5 Hal yang sama dinyatakan juga dalam kitab:
Dan sesungguhnya telah mutawatir hadis-hadis dari Rasulullah S.A.W di dalam mengithbatkan soal jawab mayat keatas mayat di dalam kuburnya dan juga telah thabit (tetap) berkaitan dengan nikmat-nikmat dan azab kubur bergantung pada akidahnya (simati) dan amalannya (simati) di mana tidak ada ruang untuk ragu-ragu dalam masalah ini (nikmat dan azab kubur) dan tidak diketahui dari para sahabat khilaf dalam masalah ini. Oleh yang demikian itu Ahlus Sunnah Wal Jamaah menetapkannya (adanya azab dan nikmat kubur). 4..3.6 Berdasarkan kepada kedudukan hadis-hadis ini, Syekh Muhammad Nashiruddin Albani, menyatakan di dalam kitabnya: إن هذه الأمة تبتلى فى قبورها فلو لا ان تدافنوا لدعوت الله ان يسمعكم Faedah-Faedah Hadis : إثبات عذاب القبر، والأحاديث في ذلك متواترة، فلا مجال للشك فيه Beriman dengan azab kubur, dan hadis-hadis berkaitan dengannya adalah mutawatir, maka tidak ada ruang untuk ragu-ragu berkaitan dengannya, dengan dakwaan bahawa hadisnya adalah hadis ahad dan jika kita menerima bahawa hadisnya adalah ahad maka wajblah mengambil hadis-hadis itu. ولو سلمنا أنه لايوجد في القرآن ما يشهد لها ، فهي وحدها Dan jika kita menerima bahawa tidak ada di dalam al-Quran yang menunjukkan azab kubur, maka satu hadis ini sudah mencukupi untuk menetapkan akidah ini. Dakwaan bahawa akidah tidak thabit dengan hadis-hadis ahad yang sahih adalah dakwaan yang batil dan asing di dalam Islam. Tidak dinyatakan daripada mana-mana Imam yang muktabar – seperti Imam-Imam yang empat dan selain mereka – bahkan ia adalah pendapat yang datang daripada sebahagian ulama-ulama kalam dengan ketiadaan dalil daripada Allah. 5.4 Ijma’ 5..4.1 Imam Abul Hasan Al Asy’ari, di dalam kitabnyaالإبانة فى أصول وانكرت المعتزلة عذاب القبر . وقد روى عن النبى صلى الله عليه وسلم Muktazilah mengengkari azab qubur sedang telah diriwayatkan dari nabi dan dari sahabat baginda SAW serta tiada seorang pun dari kalangan mereka menyanggah mengenainya maka kesimpulannhya kepercayaan azab qubur ini sudah menjadi ijma’ di kalangan para sahabat. 5..4.2 Syekh Muhammad As Shaleh Al ‘Uthaimin, di dalam bukunya Adapun katanya samada nikamt atau azab itu menunjukkan adanya nikmat qubur atau azab qubur dan telah datang dalil yang banyak dari Al Quran dan Sunnah bahkan kita mengatakan ia adalah ijma’ kaum muslimin. 6. PANDANGAN ULAMA’ MENGENAI HUKUM MENGAMBIL HADITH AHAD DALAM TASYRI’ 6.1 Apabila hadith Ahad telah terbukti kesahihannya maka ia mengambil hokum mutawatir dari sudut wajib beriman dan beramal dengan segala tuntutannya . Ini dijelaskan oleh beberapa ulama’ seperti berikut :- 6.1.1 Berkata Ibn Abi Al-‘Iz di dalam Syarh Tohawiyyah خبر الواحد اذا تلقته الامة بالقبول عملا به و تصديقا له يفيد العلم اليقينى عند 6.1.2 Berkata Ibn Hajar dalam Fathul Bari قد شاع عمل الصحابة والتابعين بخبر الواحد من غير نكير فاقتضى الاتفاق 6.1.3 Berkata Ibn Rejab dalam kitabnya اهوال القبور وقد تواترت الأحاديث عن النبى (ص) فى عذاب القبر ففى صحيحين عن Telah mutawatir hadith-hadith dari nabi (S.A.W.) mengenai azab qubur. Di dalam sahihain daripada umil mukminin Aisyah (r.a.) berkata seorang hamba apabila diletakkan diquburnya dan orang lain berpaling sehingga ia mendengar derapan kasut, dua malaikat mendatanganinya dan mendudukkannya dan berkata kepadanya: apa yang kamu katakana kepada lelaki ini (Muhammad s.a.w.) Jawabnya: Aku naik saksi bahawa ia adalah hamba Allah dan pesuruhnya dan dikatakan kepadanya lihatlah tempat dudukmu di neraka, telah ditukar oleh Allah dengan tempat duduk di syurga. Adapun orang kafir dan munafiq menjawab – tidakku ketahui hanya aku berkata dengan apa yang dikatakan oleh orang. Maka ia dipukul dengan penukul besi di antara kedua telinganya lantas menjerit hingga suaranya didengari kecuali jin dan manusia. 7. ADAKAH MAYAT YANG TIDAK BERQUBUR JUGA MENERIMA AZAB QUBUR 7.1 Menurut Ulama’ , mayat yang tidak diquburkan seperti disimpan di dalam peti sejuk di rumah-rumah mayat , atau terbakar atau hancur berkecai dan ditiup angin tetap menerima azab qubur . Ini adalah kesimpulan yang telah dibuat oleh beberapa orang ulama’ seperti berikut :- 7.1.1 Menurut العلامة محمد السفارينى di dalam kitabnya لوامع الأنوار البهية من لم يدفن من مصلوب ونحوه يناله نصيبه من فتنة السؤال وضغطة القبر 7.1.2 Di dalam kitab Ar Ruh Al Imam Al Muhaqiq mengatakan : مما ينبغى ان يعلم ان عذاب القبر هو عذاب البرزخ فكل من مات وهو مستحق Suatu perkara yang wajar diketahui bahawa azab qubur itu adalah azab barzakh. Maka setiap yang mati sedang ia layak untuk diazab akan menerima habuannya sama ada ia diquburkan atau tidak walaupun dimakan binatang buas, terbakar menjadi abu, diterbangkan angin atau tenggelam di dasar lautan tetap akan sampai azabnya sepertimana orang yang diquburkan juga. 8. BAGAIMANAKAH CARANYA MAYAT YANG TIDAK DIQUBURKAN MENDAPAT AZAB 8.1 Ibn Abi Al ‘Iz telah memberi komentarnya dalam Syarh Tohawiyyah وقد تواترت الأخبار عن رسول الله (ص) فى ثبوت عذاب القبر ونعيمه لمن كان Telah mutawatir hadith Rasulullah S.A.W. di dalam menginthbatkan azab dan nikmat qubur kepada golongan yang layak, begitu juga sabitnya, soal dua malaikat. Maka wajib beri’tiqad wujudnya yang demikian dengan beriman dengannya. Kita tidak dapat memperkatakan keifiatnya kerana aqal tidak mampu meneroka alam berkenaan. 9. IMPLIKASI MEMBINCANGKAN ISU INI SECARA TERBUKA 9.1 Walaupun isu ini masih ada ruang untuk diperbincangkan namun ianya hanya sesuai di kalangan ahli ilmu khususnya dari kalangan ahli hadith , ahli fiqh , usuluddin dan tasauf bukannya di khalayak ramai kerana ia akan membawa implikasi berikut :- 9.1.1 Ia lebih akan mengelirukan masyarakat . 10. PANDANGAN ULAMA’ MENGENAI ORANG YANG MENOLAK AZAB QUBUR Apabila engkau mengetahui perkara ini maka sesungguhnya kami mengatakan : Dan adapun beriman dengan azab kubur, tetapi meragui sama ada untuk roh sahaja ataupun roh dan jasad atau sebahagian dari anggota badan, maka yang demikian itu tidak membawa kepada kekufuran kerana pendapat yang kuatnya dalam masalah azab kubur ini sama ada roh sahaja atau roh dan jasad memerlukan kepada pengkajian yang teliti, dimana tidak ada dalil yang qatie dan jelas seperti adanya azab kubur dan nikmatnya. 10.2 Di dalam kitab Fiqh Sunnah jilid awal mukasurat 311 Sayyid Sabiq menyebutkan Daripada al-Marwazi : Telah berkata Abu Abdullah – iaitu Imam Ahmad – Azab kubur itu adalah benar tidak mengingkarinya melainkan orang yang sesat lagi menyesatkan. 11. KEPUTUSAN Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang untuk kali ke 161 pada 23 Syawal 1424 bersamaan 17 Disember 2003 telah bersetuju bahawa menolak kepercayaan azab qubur setelah wujud keterangan dari Al Quran dan Al Hadith serta Ijma’ Ulama’ adalah terkeluar dari ajaran Islam. |