Yang Indah di Depan Mata
Ramai orang berminat pada sesuatu yang indah. Tambah-tambah lagi kalau
benda tu sedap mata memandang dan cantik. Memanglah, semua orang suka
melihat kepada keindahan. Tetapi berapa ramai yang faham apa erti indah
itu yang sebenarnya.
Apa yang saya nak paparkan di sini ialah tentang sesuatu yang tampak
indah di hadapan mata, kadang-kadang mungkin ada bahayanya yang
tersendiri. Masa kecil-kecil dulu, seringkali saya perhatikan
makanan-makanan ringan yang dihiasi dengan pelbagai figure action man
mahupun kartun yang berwarna-warni. Satu lagi keindahan yang digunakan
sebagai tarikan untuk memamsarkan produk mereka. Memang indah. Dan
sebagai seorang kanak-kanak yang tahu tengok benda yang menarik macam
tu, apalagi saya terus membeli dan makan. Akibatnya, bila dah terlebih
makan, pelbagai penyakit datang. Penyakit yang datang pula bukan
calang-calang. Dari darah tinggi kepada sakit buah pinggang. Lengkap
dalam satu pakej. Haru-biru keluarga bila dah berminggu-minggu
terlantar di wad hospital. Nasib baik masih panjang umur dan murah
rezeki.
Contoh lain ialah Bandaraya Kuala Lumpur. Nampak cantik dan indah
tersergam dengan bangunannya yang tinggi mencakar langit. Tapi, bila
masuk KL, mulalah pelbagai masalah. Dari traffic jem hinggalah kepada
masalah ragut yang tak henti-henti. Kadang-kadang, bila saya masuk KL,
terasa macam berada di Jakarta atau Bangladesh kerana rata-rata yang
berkeliaran adalah dari mereka yang tidak punya kad pengenalan negara
ni.
Pun begitu, ada juga benda cantik dan indah yang baik. Bukan semuanya
tidak baik. Contohnya, masjid di Putrajaya. Memang cantik binaannya.
Siap dengan ukiran dan marmar yang berkualiti tinggi digunakan. Namun,
jemaah yang bersolat di sana berapa ramai? Jarang sekali penuh safnya
melainkan ada sesuatu aktiviti ataupun hari-hari tertentu contohnya
Hari Raya. Biasalah. Orang kita memang suka makan free.
Ada juga benda cantik lain yang berfaedah mahupun bagus untuk kita.
Contohnya, al-Quran yang mana tulisannya adalah seindah-indah bahasa
dan karangan, tiada tolak-bandingnya. Namun, berapa ramai pula manusia
yang memandangnya sebagai sesuatu yang indah?
Well, kesimpulannya… buatlah sendiri. yang indah di depan mata itu
kadangkala ada baik dan buruknya. Fikir-fikirkanlah. Mungkin boleh
memberi pengajaran kepada kita semua, terutama kepada diri saya sendiri
yang sudah tentu banyak terkurang di sana-sini. Apatah lagi, tidak
tergolong sebagai sesuatu yang indah di depan mata. Apapun
kenyataannya, kepada semua rakan, pandai-pandailah menilai sesuatu
keindahan itu. Moga ia memberi kebaikan kepada kita semua.
Wassalam..
June 19th, 2005 at 10:12 pm
enta syeikh..jiwang ah..din,mung dok balik tranu ke?aku rancang nak wat bbq kat maahad nie..balik derrah!
June 22nd, 2005 at 5:06 pm
Ana doks balik kot tahun nie aMe. Enta kirim ke analah BBQ tu. Kirim salam blaka semer org2 maahad…
January 25th, 2007 at 6:49 pm
alhamdulillah…kalu ada orang macam akh..aman dunia..
sedih tengok remaja-remaja zaman sekarang..
masyaallah.. allah saja yang Maha Mengetahui..