Archive for September, 2005

TAK ADA APE-APE…

Monday, September 12th, 2005

Dari catatan seorang teman…
Beberapa bulan yang lalu hati saya tiba-tiba rasa berdebar,cemas,bimbang dan runsing. Perasaan itu datang bukan sekali dua malah terlalu kerap.Ketika memandu pun saya turut diserang rasa yang demikian. Saya cuba dapatkan nasihat doktor. Doktor kata takde apa-apa.
Hairan juga..! Sewaktu balik ke kampung, saya bertemu dengan guru mengaji Quran. Saya ceritakan perkara yang saya alami."Mungkin ada buat silap dengan mak kot. Cuba check,"katanya.Saya tersandar seketika. Insiden apakah yang boleh membuatkan saya diuji
sebegini rupa? Puas saya memikirkannya. Seingat saya, walau ke mana saya hendak pergi dan apa yang saya nak buat, tak pernah saya lupa memberitahu mak. Meminta maaf memang saya jadikan kebiasaan dalam diri. Saya balik ke rumah mak, lalu saya ceritakan peristiwa yang saya alami itu. Saya pohon padanya, "Mama, Sabri nak tanya dari hati ke hati, adakah Sabri pernah buat dosa dengan mama yang mama tak ampunkan?"
"Tak ada apa-apa. Mama restu dengan apa yang Sabri buat sekarang ini." Emak menjawab.
Saya masih tak puas hati. Esoknya saya tanya lagi. Mama masih menjawab,"Tak ada apa-apa". Saya masih tidak puas hati lagi. Malam itu saya munajat dengan Tuhan minta Allah tunjukkan jalan kebenaran. Hari ketiganya dalam keadaan berteleku, saya mengadap mama sekali lagi. Mama ketika itu sedang berehat di sofa. Saya pandang wajah mama, saya genggam erat tangannya erat-erat, "Mama, Sabri pohon sekali lagi, tolonglah mama luahkan apa yang terbuku di hati mama. Sabri tahu sabri ada buat salah, tapi mama tak nak bagitau." Airmata sudah membasahi pipi. "Tak ada apa-apa" Tingkah mama semula. Dalam keluhan yang dalam, ibu tua seakan mahu bersuara tapi terdiam kembali. Akhirnya dia bersuara. "Sabri ada satu kisah yang mama susah nak lupakan dan sesekali ingatan itu datang akan membuatkan hati mama terluka.
Kadang-kadang ketika membasuh pinggan, mama boleh menangis tersedu-sedu mengenangkan peristiwa itu. Lukanya amat dalam, masih berbekas hingga sekarang." Saya terkedu. Mama menyambung, "Sabri tentu ingat arwah ayah meninggal ketika adik masih kecil. Tanggungan kita ketika itu sangat berat. Duit pencen ayah memang sedikit dan tak cukup nak tampung hidup kita, Sabri ingat tak?" Mama mula menangis. Saya tunduk. Selepas SPM Sabri ditawarkan menjadi guru sandaran, wang hasil titik peluh Sabri tu mama gunakan untuk perbelanjaan adik-adik. Satu hari Sabri bagitau mama Sabri nak melanjutkan pelajaran. Mama merayu supaya hajat itu ditangguhkan dulu sebab kita kesempitan wang dan minta Sabri terus
bekerja. Berkali-kali Sabri minta dan merayu pada mama nak sambung belajar juga. Akhirnya mama terpaksa melepaskan Sabri belajar dalam hati yang penuh terpaksa."
Saya benar-benar terkejut. Mama menyambung lagi, "Cuba bayangkan ketika itu kalau mama tak izinkan Sabri pergi, mama rasa Sabri tetap berkeras pergi juga. Dan perginya Sabri ketika itu adalah sebagai anak derhaka!" Saya meraung sepuas-puasnya, terjelepuk lembik di pangkuan mama. Mulai hari ini mama ampunkan semua dosa Sabri. Adik-adik pun dah berjaya. Segala yang terbuku di hati dah habis mama luahkan. Mama harap mama dapat mengadap Tuhan dengan hati yang tenang." Ungkapan terakhir mama terasa bagaikan air sungai jernih yang mengalir sejuk ke seluruh urat saraf saya seakan membasuh dosa yang lalu. Badan saya terasa ringan yang amat sangat. Syukur kepada Allah hati saya kembali tenang. Terasa kerja-kerja yang dibuat semakin dibantu Allah. Sejak peristiwa itu saya selalu berpesan kepada anak-anak, ahli keluarga dan kawan-kawan agar bersihkan hubungan hati kita dengan ibu kerana ia sebagai jambatan menuju ke syurga. Saya yeng terlibat dalam program motivasi turut menceritakan pengalaman saya ini kepada peserta kursus. Bukan niat di hati untuk berbangga tapi apa yang saya harapkan semua orang dapat berbuat baik dengan ibu, demi kebaikan didunia dan di akhirat.
Suatu hari selepas selesai menyampaikan ceramah di sebuah kem motivasi, saya dicuit oleh seorang pegawai lelaki yang sudah melewati usia 40-an. Ën Sabri,bulan depan telefon saya." Saya kehairanan. Dari sumber yang diketahui, penganjur program memaklumkan lelaki tersebut mengambil cuti seminggu untuk pulang kek kampung. Sebulan kemudian saya menghubunginya dengan telefon." En Sabri terima kasih banyak-banyak kerana mengingatkan saya tempoh hari.
Kalau tidak saya tak tahulah nasib saya." Suara lelaki itu seakan sebak. Saya bagaikan berteka-teki dengannya. Menurut ceritanya, selepas program tersebut dia terus pulang ke kampung menziarahi ibunya yang sudah terlalu uzur dan sudah sekian lama tidak juga dijengah bertanyakan khabar berita. Sampai dikampung ibu yang uzur itu dipeluk dan dicium. Ibu tua itu kehairanan kerana selama ini si anak tidak pernah berbuat demikian. Dalam tangisan yang
penuh syahdu si anak memhon ampun dan maaf di atas segala silapnya selama ini.
"Syukur kamu dah insaf. Selama hari ini kamu tidak pernah meminta maaf bersunguh-sungguh. Kamu mungkin jadi nak derhaka kalau mak tak ampunkan dosa kamu yang satu ini. Umur mak dah 80 tahun. Selama 50 tahun mak memendam rasa. Dosa yang lain mak boleh ampunkan, tapi dosa yang satu ini mak rasa sungguh berat dan amat tersinggung. Mak terlalu sedih anak yang mak kandung sembilan bulan, anak yang mak kenyangkan perutnya dengan air susu mak ini sanggup mengherdik mak dengan kata-kata ‘órang tua bodoh. Tak ada otak’"
Cerita lelaki itu, satu hari dia meminta ibunya membasuh sehelai seluar yang berjenama, dibeli hasil duit gaji pertamanya. Seluar itu terlalu kotor lalu si ibu merendamnya dengan peluntur. Mak gosok dan lipat. Beberapa hari kemudian dia mencari seluar itu untuk dipakai bekerja, malangnya seluar mahal itu didapati telah bersopak-sopak warnanya. Lalu dia yang berdarah
muda menjadi berang, mengherdik si ibu, "Hei, orang tua bodoh! Tak ada otak ker? Buta ker? Seluar nih mahal tau!!" Akhirnya dosa si anak diampunkan.
Daripada kedua-dua cerita ini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa di sebalik ungkapan ‘tak ada apa-apa’ dari mulut seorang ibu mungkin ada tersimpan ‘apa-apa’ yang sangat memilukan hati ibu, akibat tingkah laku atau tutur kata kita yang menyinggung hatinya. Jagalah hati ibu, dan sentiasa minta mereka doakan kesejahteraan hidup kita. Sesungguhnya doa dari
seorang ibu sangat makbul."?.. dan hendaklah kamu berbuat baik dengan sesungguhnya kepada ibu bapa?..
"Sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada orang yang sombong dengan perbuatannya, sombong dengan perkataannya." An-Nisa’:36
**** AMBIL IKTIBAR DAM PEDOMAN DR CERITA DIATAS….SESUNGGUHNYA SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU….RASA INSAF BILA MENGHAYATINYA DAN BERSYUKUR KITA MASIH MASIH MEMPUNYAI IBU DAN BAPA.

Im Terbaru: Google Talk, Google Talk

Saturday, September 10th, 2005

Client

Download:
http://www.google.com/talk/

Satu perisian yang kemas, dinamik, laju dan ringan (user interface-nya).
Setelah menggunakan Google Talk, saya amat kagum dengan keringkasan
applikasi tersebut dan setiap paparan chat disusun secara automatik.

Call/ Talk functionality:
Begitu ringkas, namum apabila saya membuat panggilan kepada rakan,
suara dapat didengar dengan jelas tanpa sebarang gangguan (traffik/buffer).

Selamat menggunakan Goggle Talk.

Jangan Menipu Allah Dengan Tudung

Tuesday, September 6th, 2005

Awal tahun 80 an dahulu, tidak ramai wanita yang bertudung. Ketika itu wanita bertudung terpaksa menghadapi cabaran yang besar kerana sering menjadi bahan umpatan masyarakat. Mereka dituduh ekstreem, sesat dan ketinggalan zaman. Bahkan ada juga yang mengatakan itu fesyen ala Arab padang pasir. Kita tidak pelik hal begini boleh terjadi. Ini disebabkan masyarakat jahil terhadap hukum menutup aurat sehingga mereka tidak dapat menerima, malah memandang serong terhadap syariat menutup aurat. Berkat kesabaran wanita-wanita yang bertudung diwaktu itu, akhirnya masyarakat semakin sedar dan faham bahawa memakai tudung itu adalah untuk memenuhi tuntutan syariat.

Seperkara yang menarik di waktu itu, apabila seseorang wanita itu bertudung, maka akan nampak beza tingkah lakunya berbanding dengan wanita yang tidak menutup aurat dan peribadinya sendiri sebelum memakai tudung. Kalau dahulu dia senang bergaul bebas dengan lelaki, tetapi bila sudah bertudung, pandangannya sudah mula ditundukkan, bercakap dengan lelaki pun jarang sekali, tidak seronok malah tidak menghadiri majlis yang ada percampuran bebas lelaki dan perempuan, tidak suka berkeliaran di tempat-tempat awam, cenderung untuk mendalami ilmu-ilmu Islam, suka untuk beribadah, akhlak dan tutur katanya menjadi semakin lembut dan lunak. Suka menolong orang, bibir sentiasa menguntum senyum sebagai sedekah sesama muslim, sedia membantu kesusahan orang lain, sudah benci kepada kemewahan dunia, tahan diuji dan sentiasa mencari-cari peluang untuk mengajak masyarakat wanita yang lainnya agar sama-sama menutup aurat.

Lantaran berbezanya mereka dengan wanita yang lain, maka orang pandang tinggi kepada wanita yang bertudung, walaupun masih ramai yang tidak suka kepada mereka. Waktu itu, kalau wanita sudah sanggup bertudung, ertinya di dalam dadanya sudah ada sedikit sebanyak ilmu- ilmu agama. Sekurang-kurangnya dia sudah hafal dalil-dalil Al Quran dan hadith mengenai hal penutupan aurat. Ini disebabkan mereka sering dihujani dengan berbagai pertanyaan mengenai apa yang mereka buat. Untuk menjawapnya, mereka sudah bersedia memberi jawapan yang sesuai dengan nas Al Quran dan hadith untuk meyakinkan orang ramai. Oleh sebab itu orang ramai memandang tinggi kepada mereka.

Di awal 90 an, bilangan orang bertudung semakin ramai. Di mana- mana sahaja kita boleh bersua dengan wanita yang bertudung. Sama ada di kilang-kilang, di sekolah, di stesen bas, di pejabat, di universiti dan di politeknik malah beberapa pengacara televisyen dan radio pun sudah memakai tudung. Tetapi yang menyedihkan, kalau dahulu wanita bertudung tidak akan ditemui di taman-taman bunga, di tempat- tempat hiburan, berpegangan tangan dengan teman lelaki, di panggung wayang atau kalau dahulu wanita bertudung bersih mukanya daripada calaran alat-alat make up, tetapi kini dengan mudah kita boleh jumpa wanita bertudung berpeleseran dengan teman lelaki di tempat-tempat sedemikian. Tudung berwarna warni mengikut fesyen sesuai dengan aliran zaman dan fesyen baju. Kadang-kadang pakai tudung pun tidak sempurna mengikut syariat. Kadang-kadang macam nak terlondeh. Antara hendak tutup dan hendak buka.

Akhlak dan tutur katanya kasar, malah kadang kala lebih buruk daripada mereka yang tidak memakai tudung atau buka aurat. Sesetengahnya bertudung tetapi tidak sembahyang. Imej wanita bertudung telah tercemar dengan wanita-wanita yang menjadikan tudung sebagai fesyen atau terpaksa pakai kerana mengikut peraturan. Kalau dahulu bila wanita itu bertudung, automatik dia sudah malu ke panggung wayang, malu untuk berasmara, malu untuk ke tempat hiburan dan sebagainya. Tetapi kini tudung sudah tidak mempunyai peranan untuk mencegah manusia dari terjerumus ke dalam lembah maksiat. Bila direnung-renung mengapa hal ini boleh terjadi, maka jelaslah wanita- wanita yang bertudung pada hari ini jahil mengenai tujuan dan peranan pemakaian tudung. Ramai wanita yang memakai tudung pada hari ini kerana terikut-ikut dengan suasana. Mereka lihat adik beradik, teman sekolah, teman pejabat atau jiran telah ramai memakai tudung, maka timbul rasa malu kerana mereka sahaja yang masih tidak bertudung.

Lantaran itu mereka mengambil keputusan untuk memakai tudung, walaupun hati tidak berapa menyetujuinya. Kini masyarakat telah menerima wanita yang pakai tudung. Ujian sudah tidak besar. Kadang kala orang lelaki yang hendak berkahwin pun memberi syarat, wanita yang hendak dikahwininya mestilah bertudung. Setengahnya apabila mereka melihat wanita lain memakai tudung lebih canti dan manis, mereka pun hendak memakainya, tanpa mengetahui tentang ilmunya, mengapa mesti pakai tudung. Ada juga yang terpaksa memakai tudung kerana desakan keluarga atau suami. Ada yang mahu menjadikan tudung macam fesyen. Sekejap pakai, sekejap buka. Lantaran itulah nilai orang yang bertudung pada hari ini sudah menurun. Sudah tidak semahal wanita yang bertudung awal-awal dahulu.

Hanya wanita yang berpurdah yang belum kelihatan berjalan-jalan di taman bunga atau di tempat-tempat hiburan. Mungkin taraf berpurdah sama dengan wanita yang bertudung dengan wanita yang memakai tudung diperingkat awal dahulu. Sesuatu amalan yang dilakukan kalau bukan atas dasar ilmu dan yakin serta faham apa yang mereka perbuat akan nampak ganjil dan pincang hasilnya. Sesuatu yang di buat bukan dari hati yang ikhlas, walau pun nampak hebat tetapi semuanya kosong. Tiada nilai di sisi Allah. Wanita yang pakai tudung selain daripada keinginan untuk menutup aurat, tidak akan dapat berbohong dengan Allah walaupun di di dunia mereka berjaya membohongi mata manusia mengatakan mereka juga sudah menutup aurat. Tetapi di akhirat nanti, niat sebenat dan apa yang ada di dalam hati mereka akan diselongkar dan di dedahkan oleh Allah dipadang Makhsyar di hadapan jutaan umat manusia. Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh seorang sahabat : " Ya Rasulullah Dengan apakah mencapai keselamatan kelak ?" Jawab Nabi s.a.w : "Jangan menipu Allah." Orang itu bertanya lagi : " Bagaimana menipu Allah ?" Jawab baginda " Iaitu mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Allah, tetapi tidak kerana Allah."

Di samping tiada niat untuk menutup aurat dengan bertudung akan ditolak oleh Allah, wanita yang berniat untuk menutup aurat dengan tudung tetapi tudungnya berfesyen sehingga menarik lelaki memandangnya, atau pun tudung yang dipakainya tidak memenuhi syarat menutup aurat yakni bertudung tetapi masih nampak pangkal leher, bermakna dia belum lagi sempurna menutup aurat, malah semakin berdosa kalau dengan memakai tudung yang berfesyen itu menyebabkan lelaki jatuh hati. Dikala itu tudung bukan menjadi alat untuk menutup aurat, tetapi menjadi alat untuk berhias. Wanita begini bukan mendapat pahala dengan menutup aurat tetapi mendapat dosa. Bahaya besar kalau beramal bukan kerana ilmu tetapi kerana mengikut masyarakat dan peredaran zaman.

Sementara yang mengamalkan syariat kerana pengaruh sekeliling, hanya mampu bertahan atau beramal selagi dia berada di dalam suasana begitu. Tetapi bila dia terkeluar dari kelompok masyarakat, dia sudah tidak mampu bertahan dan turut hanyut dengan masyarakat di sekitarnya. Ujian yang sedikit sahaja mampu menggoyangkan imannya. Oleh itu kalau hendak mendapat keredhaan Allah, maka seseorang itu mestilah berilmu dengan apa yang dilakukannya.

Justeru itu menuntut ilmu adalah perkara yang utama sebagai penyuluh ibadah. Di samping ada ilmu, amalan yang dilakukan hendaklah diniatkan kerana Allah bukan kerana yang lain dari itu. Kita mesti bina keyakinan di dalam diri kitadan mempunyai kefahaman yang mendalam agar kita tidak mudah tergugat apabila datang ujian, betul di dalam tindakan dan bersabar di dalam apa jua kesusahan.

Renung-renungkanlah wahai wanita yang berada di luar sana. Jangan memakai tudung hanya ingin mengikut fesyen semata-mata…

jangan guna MOSQUE

Tuesday, September 6th, 2005

It is a vital and important information. Muslims should now refrain
from using the term "Mosque". I was flipping through this book the
other day called "THE COMPLETE IDIOT’S GUIDE TO UNDERSTANDING ISLAM"
and it is filled with fun facts. One of them concerns the term
"Mosque." So many of us think that this is the English translation of
Masjid. I’m sure none of us ever wondered how this term came into being
when it really had little in common with how it
sounded compared to ‘Masjid’. (We were very young when we were taught
this English word. Our mind then were not critical & analytical, so
didn’t dare to ask/challenge our teachers, right?).

Anyway
this book pointed out that the term ‘mosque’ is derived from the
Spanish word for "mosquito." It was termed as such because during the
Crusades, King Ferdinand said they were going to go and swat the
Muslims "like mosquitoes". (Where else can they find Muslims in large
number to be swatted if not in a Masjid?). So, they cheekily termed
"Masjid" as "Mosque". So dear Muslim brothers and sisters, refrain from
using this term which is obviously a disgusting
slap in the face to the Ummah.

Educate our brothers and sisters to the history and etymology of this
word. And let us replace it with the word which is MEANT to be used:
Masjid! The Place of Prostration!! Not Mosque: the place to be swatted!

If any of you have doubts about this, then please go look for the book and read it.

Pinggan Untuk Ayah

Tuesday, September 6th, 2005

Utk dikongsi bersama……………..

SEORANG lelaki tua yang baru kematian isteri tinggal bersama anaknya, Arwan dan menantu perempuannya, Rina, serta anak pasangan itu, Viva yang baru berusia enam tahun. Keadaan lelaki tua itu agak uzur, jari-jemarinya sentiasa menggeletar dan pandangan pula semakin hari semakin kabur.

Malam pertama berpindah ke rumah anaknya, mereka makan malam bersama. Lelaki tua merasa kurang selesa menikmati hidangan di meja makan. Dia merasa amat canggung menggunakan sudu dan garpu. Selama ini dia gemar bersila, tapi di rumah anaknya dia tiada pilihan. Cukup sukar dirasakannya, sehingga makanan bersepah tanpa dapat dikawal. Bukan dia tidak merasa malu berkeadaan begitu di depan anak menantu, tetapi dia gagal menahannya.

Lantaran kerap benar dijeling menantu, seleranya patah. Dan tatkala dia mencapai gelas minuman, pegangannya terlucut. Prannnnngggggg … !! Bertaburan kaca di lantai. Lelaki tua serba salah. Dia bangun,cuba mengutip serpihan gelas itu, tapi Arwan melarangnya. Rina masam mencuka. Viva pula kesian melihat datuknya, tapi dia hanya melihat, kemudian makan semula.

"Esok ayah tak boleh makan bersama kita," Viva mendengar ibunya berkata pada ayah, sebaik datuk menghilangkan diri ke dalam bilik. Arwan hanya membisu. Namun sempat anak kecil itu merenung tajam ke dalam mata Arwan. Sebagai memenuhi tuntutan Rina, Arwan membeli sebuah meja kecil yang rendah, lalu diletakkan di suatu sudut bilik makan. Di situlah ayahnya menikmati hidangan bersendirian, sambil anak menantu makan di meja berhampiran. Viva pula dihalang apabila dia merengek mahu makan bersama datuknya.

Air mata lelaki tua meleleh mengenang nasibnya diperlakukan begitu. Ketika itu dia teringat kampung halaman yang ditinggalkan. Dia terkenang arwah isterinya. Lalu perlahan-lahan dia berbisik: "Miah… buruk benar layanan anak kita pada abang." Sejak itu, lelaki tua merasa tidak selesa tinggal di situ. Hari-hari dia diherdik kerana menumpahkan sisa makanan. Dia diperlakukan seperti hamba. Pernah dia terfikir untuk lari dari situ, tetapi mengenangkan cucunya, dia menahan diri. Dia tidak mahu melukakan hati cucunya. Biarlah dia menahan diri dikelar dan dicalar anak menantu.

Suatu malam, Viva terperanjat melihat datuknya makan menggunakan pinggan kayu, begitu juga gelas minuman yang diperbuat daripada buluh. Dia cuba mengingat-ingat, di manakah dia pernah melihat pinggan seperti itu. "Oh! Ya…" bisiknya. Viva teringat, semasa berkunjung ke rumah sahabat papanya dia melihat tuan rumah itu memberi makan kucing-kucing mereka menggunakan pinggan yang sama. "Taklah pecah lagi, kalau tak, nanti habis pinggan mangkuk mama," kata Rina apabila anaknya bertanya.

Masa terus berlalu. Walaupun makanan berselerak setiap kali waktu makan, tiada lagi pinggan atau gelas yang pecah. Apabila Viva merenung datuknya yang sedang menyuap makanan, kedua-duanya hanya berbalas senyum.

Seminggu kemudian, sewaktu pulang dari bekerja, Arwan dan Rina terperanjat melihat anak mereka sedang bermain dengan kepingan-kepingan kayu. Viva seperti sedang membuat sesuatu. Ada penukul, gergaji dan pisau di sisinya.

"Eh, apa sayang buat ni? Berbahaya main benda-benda ni," kata Arwan menegur manja anaknya. Dia sedikit hairan bagaimana anaknya dapat mengeluarkan peralatan itu, sedang ia disimpan di dalam stor. "Nak buat pinggan, mangkuk dan gelas untuk ayah dan emak. Bila Viva besar nanti, taklah susah cari. Kesian ayah, terpaksa ke bandar beli pinggan atuk," kata Viva. Gamam mendengar jawapan anaknya, Arwan terkedu. Perasaan Rina terusik.

Kelopak mata kedua-duanya bergenang. Jawapan Viva menusuk, seluruh tangkai jantung dirasa seperti dihiris sembilu. Mereka benar-benar rasa bersalah! Malam itu Arwan memimpin tangan ayahnya ke meja makan. Rina menyenduk nasi dan menuang minuman ke dalam gelas. Nasi yang tumpah tidak dihiraukan. Viva beberapa kali memandang ibunya, kemudian ayah dan akhir sekali wajah datuknya. Dia tidak bertanya, cuma tersenyum selalu bagi menyatakan rasa seronok duduk bersebelahan datuknya di meja makan.

Lelaki tua itu juga tidak tahu kenapa anak menantunya tiba-tiba berubah. "Esok Viva buang pinggan kayu tu, nak buat apa?" kata Viva pada ayahnya selepas makan.Arwan hanya mengangguk, tetapi dadanya terus sebak.

Seorang legenda hacker [Kevin Mitnick]

Sunday, September 4th, 2005

Kevin Mitnick,
siapa tak kenal. Seorang hacker atau penggodam komputer yang termasyhur
di Amerika dan dalam dunia internet. Beliau menceroboh hampir kesemua
halaman web yang bersekuriti tinggi, termasuk CIA dan FBI. Beliau ialah
idola para hackers seluruh dunia. Beliau mengunakan “social engineering
dalam bidang hacker” Tapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh
ke tanah jua!

Ini adalah aktiviti-aktiviti hacker yang dilakukan oleh Kevin Mitnick……..

1. Pada tahun 1981 mencuba menghancurkan data-data melalui network dan juga mencuri buku manual di syarikat telefon.

Lagi? sila read more..

2.
Pada tahun 1983 beliau mencuba hacker Pentagon melalui computer ARPANET
dari University of Southern California menggunakan terminal room.

3. Pada tahun 1987 Mitnick mencuba mencuri software Santa Cruz Operation (SCO).

4.
Pada tahun 1988, beliau mencuba mencuri kod akses sambungan langsung
jarak jauh untuk mencuba hacker sistem minikomputer Digital VAX /VMS
dan pada sama beliau kena tangkap.

5. Kesalahan yang dilakukan
diatas telah menjadi satu isu yang besar di American dan beliau
dipenjara satu tahun dan beliau juga kena kaunseling selama 6 bulan

6. Selepas keluar dari penjara, beliau bekerja di syarikat Tel Tec Detective Agency.
Sekali lagi beliau telah mengunakan rangkaian sistem maklumat data secara haram. Pihak makhamah memeritah FBI menangkap beliau.

7.
Pada tahun 1994 beliau mengelak diri daripada U.S Marshall dan FBI
selama dua tahun. Pada akhir tahun 1994 Tsutomu Shimomura menjejaknya
dengan mennggunakan pengejaran panjang secara elektronik setelah
Mitnick menceroboh sistem komputer Shimomura di San Diego.

8. Pada tahun1995, 15 Pebruari Mitnick ditangkap dan dipenjara selama dua tahun tanpa jaminan dan pembelaan.

9. Kumpulan 2600: The Hacker Quarterly mulai menjalankan kempen“Free Kevin” di American.

10.
Pada tahun 2002 bulan Januari beliau dibebaskan tetapi beliau tidak
boleh mengakses internet sehingga 21 Januari 2003. Beliau muncul
pertama kali di website Labmistress.com dimana website ini adalah
sebuah webblog yang dilakukan oleh kawan beliau.

11. Kini beliau bekerja sebagai CEO Defensive Thinking, sebuah syarikat sekuriti internet.

12.
Kisah beliau di filemkan sebuah cerita Hacker 2 Operation Takedown dan
juga beliau membuat buku Art Of Decaption dan Art Of Instrusion (yang
terbaru)

Sumber Maklumat : Jiwang.org
Posted by [
dzul99 ] on 2005/7/11 4:55:57

Balasan Baik Hindari Marah, tak baik marah2 tau!

Sunday, September 4th, 2005

Abu Hurairah dan Said Al-Magburi meriwayatkan: "Ada seseorang lelaki memarahi Saidina Abu Bakar. Ketika itu Rasulullah duduk di sebelahnya.

Nabi diam saja, begitu juga Abu Bakar.

Selepas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat, Abu Bakar membalas makian itu, tetapi Rasulullah bangun dan beredar dari situ. Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad sambil berkata: "Ya Rasulullah, dia memaki saya dan engkau pula diam. Ketika saya menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi."

Rasulullah lantas menjawab: "Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan saya tidak suka duduk bersama syaitan."

Rasulullah kemudian bersabda lagi: "Allah akan memuliakan hamba-Nya ketika sedang dianiaya lalu memberikan kemaafan sambil mengharapkan keredaan Allah."

Abu Said al-Khurdi pula berkata: Rasulullah ada bersabda: "Awaslah kamu daripada sifat marah kerana marah itu menyalakan api dalam hati anak Adam.

"Maka sesiapa yang berasakan demikian ketika berdiri, hendaklah dia duduk dan jika dia duduk hendaklah ia berbaring."

Abu Hurairah al-Bahili berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda: "Sesiapa yang pemarah tetapi dapat menahan marahnya dengan sabar, maka Allah akan mengisi hatinya dengan keredaan pada hari kiamat."

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat…."

Airmata Karbala menitis di kota Kaherah

Friday, September 2nd, 2005

Sebuah Cerpen Nukilah Akhi Masrawi NOTA:(Membaca cerpen ini menuntut
keterbukaan. Ia adalah sebuah karya yang agak asing. Penulis sempat
merujuk beberapa buah kitab sebelum menulisnya. Semoga fakta yang
dikemukakan bertepatan) Air Mata Karbala menitis di Kota Kaherah Hati
dirundung duka. Air mata bertakung di kelopak mata. Meski kaki sudah
kekejangan berdiri, namun aku masih tidak berganjak walau setapak. Mahu
terus untuk merenung dan mengingati sebuah kedukaan yang tercetus di
zaman lalu. Aku merenung pusara Saidina Husain Bin Ali K.w dengan
tenang meskipun hati bergelora meronta mahu menyingkap sebuah sejarah
yang telah lama terukir. Pusara itu kekal di situ. Ya… di sebuah Kota
kegemilangan pinggir Kaherah. Namanya Kota Husain. Ada riwayat lain
turut menyatakan pusara Saidina Husain sebenarnya di tempat lain. Ada
riwayat yang menyatakan di karbala; tempat di mana dia dibunuh. Malah
ada yang menyatakan di Damsyik berhujah kepalanya dibawa ke hadapan
khalifah Yazid selepas pembunuhan. Di Mesir pula timbul selepas
beberapa lama. Walaupun aku tidak pasti kesahehan ihtimalku terhadap
pusara itu namun banyak pengajaran sebenarnya aku perolehi sementelah
bertandang ke situ. Sehingga kini kebanyakan umat Islam masih
menyalahkan keluarga Muawiyah di dalam tragedi pertumpahan darah di
Karbala. Terutama Yazid… Mengapa? Aku ingin menyingkap secara ringkas
kepada kalian tentang peristiwa itu. Ia bukan lagenda atau cereka dalam
kebanyakan cerita pendek. Ia adalah sebuah hakikat sejarah yang telah
ternukil di lebaran sirah umat Islam. Kata-kata seorang ustazku masih
tergiang diingatan. Sehingga kata-kata itu sirna aku masih belum
menemui jawapan. "Kita tak boleh menyalahkan sesiapa. Baik Muawiyah
mahupun Saidina Ali. Lagipun semua yang berlaku ada hikmah yang
tersirat." Fikri rakan sekelasku memprotes. "Saya terima pendapat
Ustaz… tapi Muawiyah sepatutnya menjadi gabnor yang patuh. Tidak
wajar seorang gabnor menginginkan jawatan khalifah sedangkan Saidina
Ali telah pun dibaiah." "Fikri… awak sepatutnya tidak mendahulukan
ra’yu yang khilaf terhadap tarikh." Jelas ustazku tenang. Kelas sepi.
Pelajar-pelajar lain menumpukan perhatian pada hujah Fikri. Ada yang
memandang ustaz sambil mengerut dahi menuntut jawapan selanjutnya. Aku
terdiam. Berfikir sedalam-dalam. Kata-kata Fikri seolah menyisih
sumbangan Muawiyah dan dalam masa yang sama dominsi simpatinya begitu
tinggi terhadap Saidina Ali k.w. Meskipun sejarah menukilkan bukan
Muwiyah yang membunuh Saidina Ali; Muawiyah masih dianggap salah. Aku
kebingungan. Tiada jawapan. Malah aku pernah berjidal dengan Fikri. Dia
tidak sepatutnya terlalu ego dengan pendapatnya. Untuk menentukan siapa
betul atau siapa salah bukan kita. Allah lebih mengetahui segalanya.
Sepatutnya kita mengambil pengajaran dan hikmah dari sejarah. Bukan
menambah kerumitan. Madah Tarikh adab Islami memeningkan. Zaman
khilafah Islamiah terpaksa dibongkar. Nyatanya ada zaman emas. Ada
zaman haru-biru. ‘Sejarah Umat Islam sebenarnya sesuatu yang rumit’.
Aku membuat kesimpulan sendiri. Lantaran itu aku mengambil keputusan
bertandang mencari jawapan di bumi Al-Azhar. Seketika selepas Saidina
Usman r.a dibunuh setelah 11 tahun memegang amanah sebagai khalifah
maka kebanyakan umat Islam ketika itu telah memilih Saidina Ali K.w
untuk meneruskan amanah Allah. Saidina Ali menolak. Sehinggalah berlaku
desakan demi desakan yang keras; Saidina Ali terpaksa akur untuk
menerima amanah tersebut. Setelah Saidina Ali K.w menjawat jawatan
khalifah itu menurut riwayat; beliau telah mengambil tindakan
terburu-buru dengan memecat kebanyakan pegawai dan gabnor yang dilantik
sewaktu pemerintahan Saidina Usman. Meskipun sebelum itu beliau pernah
dinasihati oleh beberapa orang sahabat supaya tidak terburu-buru dengan
tindakan tersebut. Pada hematnya tindakan memecat pegawai-pegawai
Saidina Usman itu wajar lantaran perlantikan mereka ketika zaman
Khilafah Usman adalah kerana berkerabat dengan Saidina Usman r.a
semata-mata. Bukan lantaran kelayakan. Sedangkan ketika itu
kekhilafahan Saidina Ali k.w masih belum dibaiah
oleh mereka. Sehingga beliau mengutuskan utusan membawa surat kepada
Saidina Muawiyah yang sedang berada di Syam. "Kau nak ikut aku pulang
ke tak, Taufiq?" Soal Fuad sambil bergegas mengambil beg sandangnya.
Kemudian beg itu disandang ke bahunya. Hanya beberapa buah kitab kuliah
di dalamnya bergerak-gerak. Selesai kuliah di Al-Azhar selepas Zohor
Aku dan Fuad bertandang ke Masjid Husain untuk berehat. Untuk berebut
pulang pada waktu tenghari itu memeritkan. Malah terpaksa berebut-rebut
untuk memanjat bas dengan orang-orang arab Mesir dan pelajar-pelajar
lain yang turut mahu pulang sehabis kuliah. Biasanya kami akan berehat
seketika di Masjid Hussain atau menghadiri kelas pengajian talaqi di
Jami’ Al-Azhar As-Syarif bersebelahan Masjid Husain yang biasanya
diadakan selepas asar. Aku masih diam. Tiada jawapan kepada pertanyaan
Fuad. "Aku mahu bersegera menghambat bas. Lagipun Maghrib sudah hampir.
Malam ini kita ada mau’id dengan Sheikh Fathi untuk tasmi’ Al-Quran di
Masjid Musa. Kalau kau mahu ikut sekali kita perlu pulang segera."
Jelas Fuad bersahaja. "Aku mahu solat Maghrib di sini saja. Lepas itu
barangkali aku menyusul ke Masjid Musa. Kita jumpa di sana. Mungkin
hampir Isyak aku akan sampai." "Baiklah. Kita jumpa di sana nanti.
Jangan kau lupa pula! Minggu lepas pun kau tak hadir tasmi’ dengan
Sheikh Fathi. Dia bertanya tentang kau. Tiada jawapan yang aku berikan
selain berjanji yang kau akan hadir hari ini." Fuad mengingatkan aku
sambil berlalu pergi. Aku masih di sisi pusara Saidina Husain anak
kepada Saidina Ali dan merupakan cucu Rasulullah saw. Aku masih
terkenangkan Tragedi Karbala. Lokasi di mana Saidina Husain dibunuh.
Dia dibunuh oleh tentera Yazid bin Muawiyah yang dikepalai oleh
Ubaidullah bin Ziyad. Kepalanya dipenggal untuk di bawa ke hadapan
Yazid di Damsyik. Yazid menduduki takhta pemerintahan selepas kematian
bapanya Muawiyah bin Abu Sufyan. Maka bermulalah pemerintahan khalifah
pertama dalam Islam berbentuk monarki keturunan. Kerajaan Bani Umaiyah
bertahan agak lama juga. Semenjak jatuhnya kuasa itu ke tangan Muawiyah
sehinggalah tahun 132H ketika Abul Abbas Assafah diangkat menjadi
khalifah. Maka setelah itu bermulalah pemerintahan Kerajaan Bani Abbas
dan berakhirlah pemerintahan Bani Umaiyah di Damsyik. Namun seorang
daripada keturunan Umaiyah iaitu Abdul Rahman Bin Muawiyah bin Hisyam
bin Abdul Malik berjaya menyusup ke Andalusia (Sepanyol) dan mendirikan
alias meneruskan kerajaan Bani Umaiyah di sana. Sewaktu kecil Yazid
dididik sangat manja oleh ayahnya. Lantaran itu dia membesar sebagai
anak bangsawan yang fakir tentang hal keagamaan. Dia hanya suka
berhibur dan kurang mengambil peduli hal-hal yang lebih penting tentang
kehidupan. Namun keistimewaannya ialah fasih dalam bahasa. Justeru dia
pandai bersyair. Meskipun pernah diberikan jawatan yang penting oleh
Muawiyah ketika kekuasaannya namun Yazid tidak betah belajar untuk
menjadi pemimpin yang baik. Kebanyakan ahli-ahli politik pada zaman
tersebut mencadangkan kepada Muawiyah supaya dia menentukan anaknya
Yazid menjadi khalifah selepas kematiannya. Ini bertujuan supaya tidak
terjadi pertumpahan darah akibat berebut jawatan khalifah. Sebenarnya
cara tersebut telah menyalahi sistem yang diperkenalkan oleh Islam
iaitu melalui syura yang akhirnya bertukar kepada hak keturunan
sehingga layak dinamakan raja sahaja, bukan khalifah. Mataku masih
merenung pusara Saidina Husain. Orang-orang Mesir agaknya bersimpati
dan ‘menjaga’ keturunan Ahli bait. Barangkali sebab itu pusara Saidina
Husain terjaga rapi. Aku masih terhimpit dengan pertembungan itu. Di
benakku terpancul pelbagai persoalan. Siapa sebenarnya yang bersalah
atau pihak mana yang betul. Muawiyah? Yazid? Husain sendiri… atau
siapa? Malah persoalan itu berkubur sendirian. Aku sendiri tersihir
dengan persoalan-persoalan tadi. ************ Utusan yang dihantar oleh
Saidina Ali K.w kepada Muawiyah disuruh pulang dengan tangan kosong.
Muawiyah akan menjawab surat Saidina Ali itu dengan menghantar
utusannya sendiri. Tidak lama selepas itu dihantarnya balasan surat
Saidina
Ali itu melalui utusannya ke Madinah. Surat kosong itu hanya tertulis
‘bismillahirrahmanirrahim’ dan diluarnya tertera tulisan ‘dari Muawiyah
bin Abu Sufyan kepada Ali bin Abi Thalib’. Tanpa perkataan ‘Amirul
mukminin’ jelaslah bahawa Muawiyah belum mengakui bai’ahnya terhadap
Saidina Ali K.w. Malah Muawiyah telah mempersiapkan tenteranya untuk
memerangi pembunuh Saidina Usman r.a. Manakala lain pula halnya di
Madinah, Muawiyah dipandang telah derhaka kerana keengganannya mengakui
kekuasaan khalifah yang sah, sebab itu halal pula memeranginya.
Muawiyah seorang yang cekap politik, bijaksana dan pintar mengatur
urusan dunia. Memeluk Islam sewaktu Fathu Makkah. Dia adalah juru
tulis; bahkan penulis wahyu kepada Baginda Rasulullah dan turut
meriwayat hadith. Sememangnya para sahabat mempunyai kelebihan
masing-masing yang berbeza. Malah ada riwayat yang menyatakan dia
seorang yang bijak berdampingan dan mempunyai pengaruh yang kuat.
Meskipun begitu kemenangannya menjawat jawatan khalifah bukanlah di
atas kehendak umum tetapi melalui percaturan Amru bin Al-’Ash sewaktu
mengikat perdamaian dengan Abu Musa Al-Asyari di Daumatul Jandal. Di
sinilah bermula suratan tersirat dan seribu satu hikmah yang
tersembunyi sehingga kurang diketahui oleh kebanyakan umat Islam.
Sebenarnya Muawiyah sangat menginginkan jawatan khalifah itu selepas
kematian Saidina Usman r.a. Sedangkan Saidina Ali k.w diangkat menjadi
khalifah. Di kala itu huru-hara selepas pembunuhan Saidina Usman r.a
masih belum reda. Ini memungkinkan Muawiyah mencapai impiannya itu.
Sementelah untuk mencapai hasratnya, Muawiyah mengatur pelbagai helah
siasahnya. Berlaku beberapa siri peperangan yang merugikan umat Islam.
Kematian demi kematian. Di antaranya peperangan Jamal (unta) dan
peperangan Siffin. Sewaktu pertempuran di medan Siffin tercetus tentera
pimpinan Saidina Ali K.w hampir berjaya menewaskan tentera Muawiyah.
Sehingga terdengar laungan meminta supaya menghentikan peperangan dan
berhukum mengikut kitab Allah. Maka terjadilah gencatan senjata.
Muawiyah mengusulkan supaya dilakukan Majlis tahkim dengan Amru bin
Al-Ash mewakili Muawiyah sedangkan Saidina Ali k.w keberatan melepaskan
Abu Musa Al-Asyari menjadi wakilnya. Namun orang ramai telah memilihnya
dan berkeras. ********* Di luar sana hari semakin gelap. Lampu-lampu
masjid telah lama menyala. Musim panas di Mesir membahang panas. Siang
lebih panjang dari malam. Orang awam berada di mana-mana. Bingar
kenderaan masih kedengaran. Penumpang-penumpang menyesakkan kenderaan
awam. Bas merah terutamanya sebab nilai tambang cuma 25 sen. Aku masih
termangu sendirian. Seorang siswa menghampiriku. Aku sempat merenung
tajam ke arahnya. Dia sebenarnya kukenali. Teman seperjuangan yang
turut bersama di Al-Azhar. Cuma dia seniurku. Dia menepuk bahuku. Aku
menoleh membuang pandang sambil tersenyum tawar. Tangan kami berjabat
mesra. "Akhi Taufiq! Hari dah nak maghrib, mengapa masih sendirian di
sini?" Tegur Azmi membuka bicara. "Ana nak solat di sini. Lepas tu
barangkali akan menyusuli Fuad di Masjid Musa. Kami ada mau’id tasmi’
Al-Quran dengan Sheikh Fathi." Jelasku tanpa disoal. "Dari tadi ana
tengok akhi di sini. Mesti ada sesuatu yang difikirkan." Azmi meneka.
"Melihat pusar Saidina Husain ana terkenang tragedi pertumpahan darah
di Karbala. Tetapi tidak terniat untuk menyalahkan sesiapa." "Baguslah
kalau begitu. Sewajarnya kita menjadi orang yang mu’tadil dalam hal
seperti ini." Tutur Azmi sambil tersenyum tawar. "Akhi Azmi… boleh
ana tanya sesuatu?" Pintaku. "Tentang apa akhi Taufiq?" "Siapa yang
terlibat dalam komplot pembunuhan Saidina Ali k.w?" "Mengikut apa yang
ana tahu pembunuh Saidina Ali ialah Ibnu Muljam. Anta boleh rujuk kitab
Feqh sirah karangan Al-Buthi. Mengapa?" Azmi kembali melontar
persoalan. "Ibnu Muljam golongan khawarij kan?" "Ya… Malah bukan cuma
Ibnu Muljam merancang untuk membunuh Saidina Ali, golongan khawrij
telah berpakat untuk membunuh Muawiyah dan Amru bin Al-Ash juga. Tetapi
yang berhasil cuma Ali. Muawiyah dan Amru terselamat. Ramai orang Islam
yang tak tahu. Malah lebih menyedihkan ada yang menuduh Muawiyah yang
bersalah tanpa usul periksa." Jelas Azmi. Kelihatan jemaah sudah mula
memenuhi ruang masjid. Azan dilaungkan. Sayu rasanya hati. Keinsafan
menerjah dalam diri. Umat Islam dibina atas kesatuan. Kalimah Tauhid
menjadi neraca. Tuhan itu Esa tiada dua atau bertiga. Konsep triniti
terlalu lemah sebenarnya. Kristian masih mengunggulinya. Dan setiap
percaturan alam adalah qudrah dan iradah Ilahi yang Esa. Kalaulah tuhan
itu berdua atau lebih sudah tentu kehendaknya berbilang. Sedangkan
ianya tidak terjadi secara kebetulan kerana perkara yang terjadi
kebetulan hanya jadi sekali sekala. Sedangkan percaturan Ilahi terhadap
siang dan malam, peredaran cakerawala pada paksinya mengikut ketetapan,
kejadian pasang surut air laut, dan sebagainya terjadi berulang kali.
Malah ada peraturan pula. Sebagaimana siang yang bercahaya cerah, malam
pula bumi akan gelap dari simbahan cahaya matahari. Itulah sunnatullah.
Khilafah jatuh ke tangan Saidina Muawiyah. Golongan khawarij masih
ingkar mengakui kekhilafahannya. Ini bermakna golongan khawarij
memusuhi Saidina Ali dan berdendam terhadap pemerintahan Muawiyah. Itu
tidak penting. Meskipun beralih kuasa khalifah masih dipegang oleh
kuasa Islam sehingga jatuhnyanya kerajaan Turki Uthmaniyah. Khilafah
telah benr-benar hilang. Umat Islam patut sedar. Amanah untuk
mengembalikan khilafah Islam itu semula kerana itulah antara kemenangan
awal komplot zionis. Mustafa Kamal Al-Tartuk gemilang sebagai
pemerintah Turki moden sedangkan dia adalah alat zionis antarabangsa.
Orientalis menukilkan kegemilangan sumbangan At-Tartuk sedemikian dalam
catatan sejarah. Anak-anak umat Islam tertipu dengan penjajahan
pemikiran itu. Pada tahun ke 60H Muawiyah meninggal dunia dan Yazid
menjadi gantinya. Saidina Husain ketika itu berada di Makkah menerima
surat dari Kufah memintanya ke sana. Saidina Husain bersiap-siap
bersama sanak saudara dan kerabatnya untuk bertolak ke Kufah. Ada
riwayat yang menyatakan beliau dilarang berbuat demikian. Namun tidak
diendahkannya. Maka rombongan Saidina Husain pun bertolak meninggalkan
Makkah. Setelah hampir tiba di Kufah barulah dia mendengar perkhabaran
bahawa kaum Bani Umaiyah telah bersedia hendak memeranginya. Tetapi dia
tidak betah untuk kembali ke Hijaz. Dia akhirnya terbunuh di Karbala.
Selesai solat maghrib aku dan Azmi berpisah. Azmi akan ke ‘Atabah.
Katanya ada urusan. Aku mengambil teksi ke Masjid Musa di Haiyu Sabiek.
Barangkali Fuad sedang menantiku di sana. Di dalam perut teksi aku
melayan diri dan tanpa kusedari air mata Karbala menitis di Kota
Kaherah mengenangkan bilakah khilafah akan kembali. TAMAT Glosari:
ihtimal : pertimbangan ra’yu : pandangan akal berjidal: berbahas Madah
: mata pelajaran talaqi : kelas pengajian mau’id : janji tasmi’ :
memperdengarkan (pengajian Al-Quran) bai’ah : kesetian mu’tadil:
pertengahan/ adil Nota- Glosari perkataan yang disertakan sekadar untuk
menterjemahkan maksud penceritaan karya ini. Rujukan: Kitab al-Bidayah
Wan nihayah karangan Imam Ibnu Kathir. Kitab Feqh Sirah karangan Dr
Muhammad Said Ramadhan Al-Buthi. Sejarah Umat Islam karangan Prof. Dr
Hamka. Nukilan : Akhi Masrawi Tanta, Egypt. Nama : Ahmad Tarmizi Ismail
Nama Pena : Akhi Masrawi Fakulti : Syariah dan Undang-undang Universiti
: Al-azhar cawangan Tanta.

SEIKHLAS KELAPA TUA

Friday, September 2nd, 2005

KELAPA TUA. Semua orang kenal kelapa tua. Tahu pula gunanya kelapa tua
itu. Sangat penting dan sangat berguna kelapa tua ini dalam hidup
manusia.
    Namun begitu, kewujudannya tidak dipeduli dan tidak
diendahkan orang. Kelapa tua ini tidak pernah menjadi topik
perbincangan. Tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa isu atau masalah.
Kalaulah kelapa tua ini mempunyai emosi, tidak ramai orang yang akan
dapat merasakan dan menyelami perasaannya. Itulah kelapa tua.

Kelapa
tua tidak pula pernah bersusah hati kalau orang tidak mempedulikannya.
Ia hanya tergantung di atas pokok dan terbuai-buai bila ditiup angin.
    Tapi,
lazimnya elok-elok kelapa tua itu tergantung di atas pokok sambil
menikmati keindahan alam buana ini dari kedudukannya yang tinggi itu,
datanglah orang menjoloknya dengan galah yang panjang. Tidak sabar
menunggu kelapa tua itu jatuh sendiri. Bukannya selesa kena jolok-jolok
macam tu.
    Bila tangkainya sudah lemah setelah dijolok beberapa
kali, maka gugurlah kelapa tua itu berpusing-pusing ke bumi. GUgur itu
pula bukannya rendah. Bukan setakat lima atau sepuluh kaki tapi sampai
empat puluh hingga lima puluh kaki. Bunyinya berdentum sampai ke tanah.
Kalau kepala orang, boleh bersepai otak.
    Masalah kelapa tua ini
tidak terhenti di situ sahaja. Ini baru muqaddimahnya. Ia dikutip dan
kulit sabutnya dikoyak-koyak dan dibuang sedikit demi sedikit dengan
parang cangkuk. Proses ini bukan sekadar sekali tetak sahaja.
Berpuluh-puluh kali parang cangkuk itu menusuk ke dalam kulit sabutnya.
Seksanya tak boleh nak cerita. Mula-mula sakit tusukan. Lepas itu,
sakit dikoyak dan disiat-siat. Ini berterusan sampai tempurung sahaja
yang tinggal.
    Bila dah sampai ke tempurung, maka tak apalah.
Cantik juga rupanya. Keras dan bulat. Tetapi manusia bukan tahu hendak
menilai seni yang seperti itu. Tempurung bulat yang cantik itu ditetak
pula dengan parang dengan sebegitu kuat hingga terbelah dua di
tengah-tengahnya. Maka tersemburlah dan mengalirlah air jernih dari
dalam perutnya dan terdedahlah isinya yang putih bersih.
    Bagi
kebanyakan kehidupan yang lain, kalau sudah sampai ke tahap ini, maka
tamatlah riwayat hidupnya. Tetapi bagi kelapa tua ini baru permulaan.
Banyak lagi seksaan yang menanti.
    Tak cukup dengan menyemburkan
air dari dalam perutnya dan mendedahkan isinya, isinya yang putih
bersih itu dipisahkan dari tempurung, diparut dan dikukur pula hingga
menjadi lumat. Tempurungnya dibuang. Kadang-kadang dibakar. Bentuk asal
kelapa tua sudah tidak ada lagi. Yang tinggal hanyalah isinya yang
sudah lumat dikukur dan diparut.
    Untuk menambah seksanya lagi,
dituang pula air ke dalam isi parut itu, diramas-ramas dan
diperah-perah. Alangkah seksanya. Kalau dikirakan, ini sudah terkeluar
dari batas-batas perikemanusiaan. Kemudian, ia ditapis menjadi santan.
Kelapa tua yang dulunya keras dan bulat kini sudah menjadi cecair yang
putih.
    Setelah itu, minyak dipanaskan ke dalam belanga. Bawang
merah, rempah dan rencah-rencah yang lain ditumis. Bila sudah cukup
kuning dituanglah santan tadi ke dalam belanga. Maka berpanasanlah
santan itu hinga terkeluar baunya.
    Apabila sudah masak dan baunya harum semerbak ke seluruh ceruk rumah, maka orang pun bertanya:
    “Gulai apa tu? Sedap sangat baunya!”
    Orang di dapur hanya menjawab, “Gulai ikan bawal.”
    Gulai dapat nama. Ikan bawal dapat nama.
    Orang kata, “Oh, sedap gulai ni!”
    “Oh, sedap ikan bawal ni!”
    Jasa
kelapa tua tenggelam begitu sahaja. Perjalanan dan pengalamannya yang
begitu panjang dan menyeksakan dari sebiji kelapa tua di atas pokok
yang tinggi hingga ke belanga yang panas berbahang, tiada siapa yang
ambil kira dan ambil peduli.
    Alangkah indahnya kalau kita dapat
berjasa seperti kelapa tua ini. Jasa-jasa bukan untuk dipuji dan
dipuja. Bukan jua untuk dikenang atau untuk mendapat nama..tetapi untuk
ta’abbud kepada Allah SWT. Biarlah jasa-jasa kita tidak nampak pada
pandangan manusia..tetapi tetap wujud dalam perhatian Allah SWT.

Petikan dari Mutiara Minda
Oleh Mejar (B) Abu Dzar

~..Keikhlasan
itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang
amat kelam..Ianya wujud tetapi amat sukar dilihat..~

Antara Taqdir Dan Usaha

Friday, September 2nd, 2005

Banyak pertanyaan yang yang timbul dalam masyarakat kita. Kenapa kita
harus berusaha sedangkan Allah telah menetapkan taqdir pada kita?
Inilah yang harus dijawab supaya umat Islam tidak menjadi umat yang
statis jika kita salah memahami konsep taqdir.

Taqdir dan usaha
adalah dua sisi yang berbeda, dimana taqdir berhubungan dengan amalan
hati sedangkan usaha adalah amalan fisik, tidak salah jika mengabungkan
keduanya.

Ambil contoh perbedaan antara amalan hati dan fisik.
Mengimani Allah tidak berarti meninggal ibadah padaNya. Mengimani rasul
tidak berarti meninggalkan sunnahnya. Mengimani Quran tidak berarti
meninggalkan membacanya, memahami, melaksanakan hukum hukumnya serta
berhenti memperjuangkan tegaknya perintahnya. Demikian pula mengimani
taqdir tidak diartikan meninggalkan usaha dan kerja keras.
Itulah sebab mengapa mengimani qada’ dan qadar ( taqdir ) dimasukan pada rukun iman yang enam bukan pada rukun Islam.

Sungguh
bijak ungkapan Imam Al Juazi. Jika ada orang yang bertanya : Mengapa
kita harus berusaha sedang taqdir telah mendahului kita? Maka
katakanlah pada orang itu : Mengapa kita tidak berusaha sedang yang
membuat taqdir menyuruh kita berusaha?

Benarlah firman Allah SWT
“Apabila sudah ditunaikan sholat maka bertebaranlah kamu dimuka bumi
dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak banyak supaya kamu
beruntung ( QS Al Jumm’ah : 10 )

Dari ayat ini bisa ditarik
kesimpulan bahwa mengingat Allah banyak banyak tidak bermakna
meninggalkan usaha. Disinilah perlunya umat Islam memahami Quran secara
syamil agar tidak di otak atik oleh musuh musuh Islam.

Napoleon
Banaparte ketika memasuki Mesir sempat mengunakana dalil taqdir untuk
melemahkan perlawanan umat dengan ucapannya yang terkenal “ Kalian
memang ditaqdirkan untuk dijajah! Namun masih ada yang bisa membalas
ucapan ini : Jika dijajah adalah taqdir maka melawan penjajahan juga
taqdir”. Mungkin mereka para pahlawan Islam itu mengambil dari ucapan
Umar bin Khatab. “Lari dari taqdir Allah kepada taqdir Allah.”

Pemahaman
taqdir secara separuh separuh akan mengakibatkan keterlambatan umat
dalam mengejar ketinggalannya. Maka selamanyalah umat Islam dibawah
telapak kaki kafir.

Sirah Rasul jelas mengatakan bahwa beliau
tidak meninggalkan usaha dengan alasan taqdir, sedangkan beliau SAW
adalah manusia yang paling bertawwakkal pada Allah. Demikian pula Nabi
Nabi sebelum beliau tidak satupun hanya duduk menunggu pertolongan dan
rezeki dari langit.

Benarlah ucapan ulama’ “Bertawwakkal adalah jiwa Rasulullah sedangkan kerja keras adalah Sunnahnya”

Wallahu’alam.