Jangan bermain dengan perempuan…
"Satu ketika, abang seorang kawan memberi satu pesanan kepada adik lelakinya yang akan pergi melanjutkan pengajian di seberang laut dalam usia belasan tahun, berkata: Jangan bermain dengan perempuan. Bermain dengan perempuan seperti budak-budak kecil bermain masak-masak atau pondok-pondok. Sekurang-kurangnya DUA perkara menarik boleh diambil dari kisah benar tersebut. PERTAMA: Tanggungjawab orang yang lebih tahu, biasanya yang lebih tua, senior dari segi umur atau pengalaman, dan berpengalaman melihat serba-serbi lakonan di pentas dunia yang sekejap ini, berpesan baik-baik kepada orang yang lebih muda supaya jangan tertipu, mengambil risiko menjadi bahan ujian, mencuba sendiri dan menghabiskan masa dalam menjalani kehidupan dunia ini. KEDUA: Jangan bermain dengan perempuan. Bermain dengan perempuan seperti budak-budak kecil bermain masak-masak atau pondok-pondok. Jangan bermain dengan perempuan. Dalam bahasa sekarang : Jangan bergaul bebas dengan prempuan. Termasuk juga jangan bercinta. Jangan terpikat dan jangan memikat perempuan. Jangan ada special girl-friend atau girl-friends yang tersimpan didalam hati. Bermain dengan perempuan merugikan masa, tenaga, wang dan fikiran. Seronok tetapi sebenarnya dosa. Padahal masa ialah modal kehidupan dunia ini dan akan di soal di akhirat nanti. Orang lelaki yang sedang serius berjuang tidak akan ada masa untuk bermain dengan perempuan. Jangan bermain dengan perempuan dan kemudiannya merosakkannya. Ingatlah kita tidak mahu perkara sedemikian berlaku kepada kakak atau adik perempuan atau anak perempuan kita. Jangan mulakan lingkaran kejam (vicious cycle). Bertaubatlah, semoga Allah menerima taubat kita. BAGI ORANG PEREMPUAN BAGI KITA SEMUA Jom amalkan perintah Allah melalui ayat Quran (al-Furqan:72) bermaksud, …..dan apabila mereka bertemu dgn (orang-orang) yg mengerjakan perbuatan yg tidak berfaedah mereka lalui (saja) dengan menjaga kehormatan dirinya.
Jangan bermain dengan lelaki. Berhati-hatilah dan jagalah diri dari godaan, pujukan dan pikatan lelaki. Bunga yang cantik indah mewangi tentunya banyak kumbang menerpanya. Cerita musnah bunga ditangan monyet semua orang tahu.
Kalau terpaksa juga mempunyai kawan dari seks yang berbeza, jagalah agama, menutup aurat, merendahkan pandangan, elakkan memandang aurat orang lain dan jagalah maruah diri berdasarkan agama. Jangan merosakkan dan jangan dirosakkan. Sentiasa menyuruh kepada kebaikan dan melarang daripada mungkar.
January 29th, 2006 at 5:08 am
mmmm….thanks ingat kan..
bernas,berani,cabaran(*_*)
February 9th, 2006 at 6:23 am
em ..peringatan yang bagus
well..
sekiranya tersasar
kembalilah segera pada-Nya yang esa….
Wallahualam…
February 12th, 2006 at 2:43 am
Manusia yg songsang pon dah makin ramai dan berani sekarang.
nak ikut kaum nabi luth la tu.
kener bala baru tau.
February 16th, 2006 at 12:19 pm
Sama2 saling mengingati antara satu sama lain.
March 8th, 2006 at 7:06 am
saya pun pk mcm tu jugak…tp terlalu bnyk godaan la…dulu sy langsung tak suka couple2 tu sume. tapi kata org, sekali cuba rasa cm nk lg… tp sy akan ingat sume tu…thanks cz ingatkan sy…
November 24th, 2006 at 7:24 pm
godaan adalah dr syaitan..
bila iman kurang, nafsu kan jd raja..w/pun hakikat manusia kan b’pasang2ngan tp harus di ingt bahawa dlm al-Quran menyebut bahawa “perempuan yang b’zina pasangannya dgn lelaki b’zina, perempuan yang b’iman dgn lelaki b’iman…”bila Allah ada dlm hati, manusia x kan ‘mati’…