Archive for March, 2006

MENGHORMATI GURU….CARA IMAM SYAFIE…

Wednesday, March 22nd, 2006

Imam Syafie merupakan seorang ulama yang cukup banyak memberi sumbangan terhadap menggubal dan memperjelas hukum hakam dalam Al Quran. Sebab itulah Mazhab Shafie adalah mazhab terbaik dari segi ketelitiannya dalam menggubal hukum-hukum fekah untuk umat Ahli Sunnah Wal Jamaah…

Satu lagi keistimewaan Imam Shafie ialah dari segi menghormati guru. Pernah diriwayatkan tentang perihal menghormati guru ini. Pada suatu hari, sedang dia memberi kuliah kepada ribuan pelajar-pelajarnya, masuklah seorang badwi yang amat comot serta amat busuk sekali. Melihat sahaja badwi itu masuk, Imam Shafie lantas berhenti daripada memberi kuliah dan menerpa badwi itu serta memeluknya dengan erat. Tergamam anak muridnya melihatkan perlakuan Imam Shafie sedemikian. Selesai sahaja memberi kuliah, maka bertanyalah anak muridnya kepada Imam Shafie perihal kenapa dia memeluk badwi tersebut. Lalu Imam Shafie berkata bahawa walaupun badwi itu busuk dan comot, tetapi badwi itu ialah gurunya. Sebab itu dia memeluk badwi tersebut sebagai cara menghormati guru. Makin terpegun pelajar-pelajarnya apabila diberitahu tentang badwi yang jahil itu menjadi guru Imam Shafie. Sekali lagi mereka bertanya tentang apakah yang diajarkan oleh badwi itu kepada Imam Shafie?

Jawab Imam Shafie " Pada suatu hari, sedang aku menulis kitab fekah , aku mempunyai satu masalah iaitu bagaimanakan nak mengenali dan membezakan di antara anjing yang cukup umur dengan anjing yang belum cukup umur. Lalu aku fikir tentu badwi tau kerana badwi banyak memelihara ajning untuk mengawal kambing-kambing mereka. Aku pun bertanya hal tersebut kepada badwi yang ku peluk tadi. Badwi itu menerangkan bahawa anjing yang cukup umur mengangkat sebelah kaki belakang apabila kencing, manakala anjing yang tidak cukup umur tidak mengangkat kakinya bila kencing. Dengan panduan badwi itulah, maka aku dapat menyiapkan kitabku itu" Begitulah ceritanya. Walaupun terlalu sedikit jasa badwi itu kepadanya, Imam Shafie amat menghargainya dan menghormati gurunya itu.

Imam Shafie juga amat menghormati Imam Malik (pengasas Mazhab Maliki) walaupun Imam malik sudah meninggal dunia. Sebab itulah bila dia menziarahi makam Imam Malik dia tidak berqunut semasa bersembahyang subuh ditepi makam Imam Malik. Ini kerana dalam Mazhab Maliki tiada qunut waktu subuh walaupun dalam Mazhab Shafie ada qunut sewaktu sembahyang Subuh.

Imam Shafie juga memastikan dia tidak tidur dengan kakinya menghala kerumah Imam Malik sebagai menghormati gurunya itu..

Oleh itu hormatilah guru kerana ilmu tidak akan menjadi berkat jika kita tidak menghormati guru…

Sekian, yang baik dari Allah jua,…

KURANGKAN MAKAN…KUATKAN IBADAT…

Wednesday, March 22nd, 2006

Pada zaman Rasulullah…..datanglah seorang mushrikin bercakap tentang Islam dengan Rasulullah. Ketika sedang berbual-bual itu, maka Rasulullah menuangkan segelas susu sambil memerhatikan gelagat si mushrikin tadi. Selepas habis segelas susu, Rasulullah menuangkan susu kali kedua, dan habis diminum oleh mushrikin tersebut. Akhirnya 3 gelas susu habis diminum , barulah tamat perkara yang dibualkan dan si mushrikin tadi pun baliklah.
Selang beberapa hari, mushrikin itu datang semula kepada Rasulullah untuk menyatakan yang dia sekarang sudah Islam kerana terpikat dan tertarik dengan peribadi Rasulullah yang begitu dikaguminya. Seperti biasa, Rasulullah menjamukannya dengan susu, tapi kali ini dia minum sedikit demi sedikit sehinggalah apabila perbualan tamat, hanya segelas susu yang diminumnya. Rasulullah memerhatikan gelagat orang itu dan tersenyum.
Kemudian Rasulullah pun menceritakan peristiwa itu kepada para sahabat, perihal pengunjung tadi dan bagaimana berbezanya dia sebelum memeluk agama Islam dan selepasnya. Sebelum memeluk agama Islam, habis 3 cawan susu diminumnya dengan gelojoh, tetapi selepas memeluk Islam, dia minum dengan perlahan dan cuma segelas sahaja susu yang diminumnya. Itulah antara peribadi Islam sejati . Ini sesuai dengan hadis yang berbunyi “ Orang Islam itu tidak makan kecuali lapar, dan mereka berhenti makan sebelum kenyang. Kata Imam Shafie, perut kita terbahagi kepada 3 iaitu sepertiga makanan, sepertiga air dan sepertiga lagi udara. Jika keseimbangan antara ketiga-tiganya tidak di capai, maka kita akan menjadi malas untuk beribadat ataupun untuk bekerja. Apabila perut kurang diisi dengan makanan, maka kita menjadi rajin dan ringan tulang untuk menambahkan ibadat kita. Tidak hairanlah jika kita dapat menggandakan amalan kita pada bulan puasa berbanding bulan-bulan yang lain……
Oleh itu…..KURANGKAN MAKAN….DAN KUATKAN IBADAT…

Kata-kata nasihat Imam ibnu Qayyim

Saturday, March 18th, 2006

Redha
Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

Taqarrub
Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah swt.

Ma’rifah
Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt.

Solat dan Tilawah
Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya.

Tawakkal
Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta sentiasa sabar sehingga menemuiNya.

Taubat dan Hajat
Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

Qanaah
Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu.

Download videos from Google, Youtube, iFilm, Putfile, Metacafe, DailyMotion

Thursday, March 16th, 2006

Bagaimana hendak meng’download’ videos daripada Google, Youtube, iFilm, Putfile, Metacafe, DailyMotion dan lain2.  Laman2 web itu semua banyak terdapat video2 yg best tetapi tidak dapat download dgn cara biasa. Kali ini saya akan terangkan camner untuk meng’download’nya.

Berikut merupakan link web2 tersebut:
Google = http://video.google.com/
iFilm = http://www.ifilm.com/
PutFile = http://www.putfile.com/
MetaCafe = http://www.metacafe.com/
DailyMotion = http://www.dailymotion.com/

Caranya pergi ke website nie http://keepvid.com/ dan ikut arahan dia untuk meng’download’.
 

Nak Chatting Tanpa Sebarang Software?

Thursday, March 16th, 2006

Instant Messenger atau pun IM popular di kalangan muda-mudi antaranya IM seperti YM, ICQ, IRC, MSN dan sebagainya. Ramai di antara kita mungkin sudah mengenali IM tersebut. Tapi pernahkah anda dengar sebelum ini  IM yang berasaskan Web? Elok juga rasanya saya berkongsi dengan teman2  di sini yang belum pernah mendengar apa itu Web Based Instant Messenger.

Caranya pergi ke www.google.com dan taip keyword ini Web Based Instant Messenger

Berikut merupakan Web Based Instant Messenger yang popular:

http://www28.meebo.com/ = Yahoo! Messenger,  AIM  or  ICQ, MSN, Jabber or GTalk
http://www.iloveim.com/ =  MSN, AIM
http://www.icq.com/icq2go/ = ICQ
http://www.e-messenger.net/ = MSN, AOL, MSN,

BAHAYA Rokok dan Alkohol

Thursday, March 16th, 2006

Nasihat pakar pemakanan supaya kita mengamalkan sajian seimbang jangan diperlekehkan,terutama di kalangan perokok,kerana rokok itu punca utama pelbagai masalah kesihatan, terutama kanser mulut.

Bagi perokok,jika tanda seperti lesi ( tompok sel akibat keradangan) berwarna putih,merah atau gabungan kedua-dua warna muncul dalam mulut anda,disertakan masalah gusi mudah berdarah,anda disarankan segera berjumpa doktor dan jalani pemeriksaan.Ini salah satu tanda awal yang boleh merebak menjadi kanser.

Dua faktor risiko utama yang boleh menyebabkan kanser mulut ialah tabiat merokok dan terlalu banyak minum alkohol.Faktor lain yang boleh menyumbang kepada kanser mulut ialah jangkitan virus human papilloma,tetapi ia jarang berlaku.

Seminar Kanser Mulut di Rantau Asia Pasifik anjuran bersama Pusat Koordinasi dan Penyelidikan Kanser Mulut,Fakulti Pergigian Universiti Malaya (OCRCC) dan Persatuan Mulut Malaysia,rata-rata penyelidik bersetuju dua faktor itu adalah punca pelbagai masalah dalam mulut.

Ketua Jabatan Pembedahan dan Radiologi Oral,Pusat Pergigian Universiti Berlin,Jerman,Profesor Peter Reichart,berkata kajian yang dijalankan di Sepanyol dan Uruguay mendapati,memakan buah-buahan dan sayur-sayuran beraneka warna,khususnya hijau,kuning dan merah,boleh membantu mengelakkan kanser mulut.Sebab utama buah-buahan dan sayur-sayuran beraneka warna amat penting ialah kerana mengandungi banyak antioksidan untuk menstabilkan tindakan radikal bebas dan menghalang pembentukan sel tidak normal yang boleh berubah menjadi sel kanser.

Berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),jumlah perokok kini mencecah 1.3 bilion orang dan daripada jumlah ini,900 juta perokok adalah penduduk negara membangun,termasuk negara kita.

Antara Tanda Kanser Mulut :

1. Lesi putih (leukoplakia)

2. Lesi merah (erittroplakia)-warnanya merah
terang dan terasa licin.

3. Gabungan lesi putih dan merah.

4. Luka pada bibir yang sukar sembuh.

5. Mulut kerap berdarah.

6. Gigi goyang.

7. Terasa sakit setiap kali menelan.

8. Lidah dan anggota lain dalam mult terasa kebas.

9. Ada benjolan pada leher.

10.Rahang menjadi bengkak.

11.Sakit Telinga :
Lesi putih adalah tanda paling biasa.Lazimnya ia
bersifat benigna (sel tidak normal dan tidak
berbahaya) tetapi boleh berubah menjadi
malignan (kanser).
Asap rokok dan alkohol berlebihan boleh
menyebabkan masalah di mulut dan farinks
(bahagian tekak). Masalah boleh terjadi pada :

1.Bibir.
2.Dinding dalam pipi
3.Kelenjar liur.
4.Lelangit keras.
5.Lelangit lembut dan Uvula.
6.Lantai mulut (bahagian dibawah lidah).
7.Gusi.
8.Lidah.
9.Tonsil.

Kira-kira dua per tiga kes kanser mulut berlaku dalam mulut dan satu per tiga membabitkan farinks.Sel kanser mulut biasanya merebak dengan cepat,malangnya ramai pesakit hanya datang mendapatkan rawatan pada peringkat lewat.

Menurut Dr Reichart,perokok perlu memberi lebih perhatian kepada perubahan yang berlaku dalam mulut kerana ia petanda paling awal kemungkinan diserang kanser.Risiko lebih tinggi jika seseorang itu turut minum minuman keras.

Selain itu,amalan lama sesetengah orang tua,terutama wanita India,yang suka makan sirih juga boleh meningkatkan risiko mendapat kanser mulut.

Amalan makan sirih bercampur kapur,pinang dan sedikit tembakau wujud di India,Pakistan,Bangladesh,Sri Lanka,Thailand,Kemboja,Malaysia,Indonesia,China dan Papua New Guinea.

Jika ada ahli keluarga masih makan sirih,nasihatkan mereka supaya berhenti kerana kajian membuktikan sirih tanpa tembakau adalah beracun.

Bahan Petikan www.hmetro.com/26 feb.metro ahad.

Definisi dunia hacking [Sesuatu yg disalahtafsirkan]

Sunday, March 12th, 2006

Mengikut sudut etika dan definisi sebenar hacker dan cracker adalah dua individu berbeza. Golongan ini berkeupayaan untuk mengambil alih sesuatu laman web dari pentadbirnya dan mempunyai kemampuan untuk memasuki sesuatu komputer walaupun ianya ber’password’ dan memiliki pelbagai ciri keselamatan,namun,ia bergantung pada kebijaksanaan mereka melakukan hacking

Hacker
Hacker merupakan golongan profesional komputer atau IT,mereka boleh terdiri daripada jurutera komputer,pengaturcara dan sebagainya yang memiliki pengetahuan tinggi dalam sesuatu sistem komputer.Hacker mempunyai minat serta pengetahuan yang mendalam dalam dunia IT sehingga berkeupayaan untuk mengenalpasti kelemahan sesutu sistem dengan melakukan uji cuba terhadap sesuatu sistem itu.Namun,para hacker tidak akan melakukan sebarang kerosakkan terhadap sesuatu sistem itu dan ia adalah merupakan etika seorang hacker.
Hacker biasanya menghabiskan sebahagian besar waktunya dengan melakukan pelbagai perkara  untuk lebih memahami dunia komputer dan mereka sentiasa ingin tahu dalam apa jua perkara berkaitan dengan dunia komputer serta sentiasa belajar dari kesilapan.Mereka juga dikenali sebagai golongan white hat.


Cracker
Golongan black hat yang menyimpang terlalu jauh.Golongan ini tidak mempedulikan akibat perbuatan mereka serta kesan keatas orang lain.Golongan ini melakukan aktiviti haram demi keseronakan serta kepentingan mereka semata-mata.Golongan ini dengan sengaja menceroboh untuk melakukan perbuatan sabotaj,pengkhianatan dan sebagainya.Golongan inilah yang sebenarnya melakukan perbuatan keji dalam dunia IT sama ada melakukan pencerobohan, spyware dan sebagainya tetapi golongan hacker pula yang dipersalahkan.

Script Kiddies
Golongan ini juga adalah dari kaum cracker tetapi golongan ini tidaklah memiliki pengetahuan yang mendalam dalam IT seperti bidang pengaturcaraan serta bagaimana komputer itu bekerja melainkan pegetahuan untuk melakukan hacking.Aktiviti hacking mereka memerlukan bantuan perisian atau tool yang telah dicipta oleh para hacker yang pada asalnya untuk tujuan kebaikkan tetapi telah disalah guna tetapi ada juga perisian yang dicipta khas untuk melakukan aktiviti hacking.

Greyhat
ialah gabungan daripada hacker dan cracker.Golongan ini seperti hacker yang sangat berminat untuk menguasai ilmu komputer.Golongan ini suka bertanya dan belajar serta tidak putus asa dalam mempelajari ilmu komputer.Golongan ini sering melakukan pencerobohan dan melakukan kerosakkan tetapi mereka akan membiarkan pentadbir sesuatu sistem atau laman web mengetahui aktiviti yang mereka lakukan,mereka mudah membahagi-bahagikan ilmu mereka kepada sesiapa yang ingin mengetahui dan mempelajari hacking.

Cerita Wanita Yang Membantu Ibunya Yang Berdosa.

Sunday, March 12th, 2006

Mas’adah telah memberitakan daripada Hisyam bin Hassa,daripada Washil,maula Abu Uyainah,daripada Musa bin Ubaidah,daripada Shafiyah binti Syaibah,katanya :

Sekali peristiwa aku berada di rumah Siti Aisyah r.a maka datang kepadanya seorang wanita,sedang sebelah tangannya mati kena angin.Ramai wanita di situ melihatnya.Berkata wanita itu :

Aku datang di sini kerana tanganku ini.Ayahku adalah seorang yang murah hati,dan aku lihat dalam mimpiku ada beberapa tempat air yang dikelilingi oleh orang,masing-masing di tangannya ada bekas,mereka memberi minum pada siapa saja yang datang kepadanya.Kemudian aku lihat ayahku di situ,maka akupun bertanya :

Dimana ibuku ? Katanya : Lihat di sana ! Aku pun lihat,dan aku dapati ibuku tiada berpakaian melainkan dengan sehelai kain balut saja.

Kata ayahku : Dia tidak pernah bersedekah sama sekali seumur hidupnya,melainkan dengan sehelai kain balut itu,dan sedikit lemak lembu yang disembelih.Lemak itu telah dicairkan dan disiraminya,sedang dia berkata :

Alangkah hausnya ! Maka aku pun ambil suatu bekas di situ,membawakan air kepadanya untuk diminumnya.Lalu aku dipanggil dari atasku :

Siapa yang memberi minum kepadanya,niscaya Allah akan mengeringkan tangannya.Aku bangun pagi,aku dapati tanganku begini,seperti yang kamu lihat.

Dipetik Daripada :
Judul Asal Dalam Bahasa Arab (AR-RUH).

Berhati-Hatilah Wahai Para Wanita

Sunday, March 12th, 2006

"Di Malaysia pada tahun 2003, lebih kurang 4 kes rogol berlaku setiap hari. Sebab tu apabila media melaporkan ada kes rogol setiap hari, ia bukan bermaksud sekarang musim rogol. Tetapi sebenarnya memang setiap hari ada berlaku kes rogol. Sama ada ia dilaporkan atau tidak sahaja oleh akhbar. Ingat, ini kes yang dilaporkan dan kita tidak tahu berapa banyak lagi kes yang tidak disenyapkan oleh mangsa.

1. Statistik rogol dari Malaysian Crime Prevention Foundation.
1993: 869
1994: 965
1995: 1029
1996: 1098
1997: 1429
1998: 1539
1999: 1457
2000: 1210
2001: 1354
2002: 1418

2. Statistik rogol mengikut laporan Berita Minggu, mengikut apa yang Dr Rais bentang pada kabinet:
2000: 1217
2001: 1386
2002: 1431
2003: 1479

3. Statistik rogol di Arab Saudi, yang mengamalkan hudud pada tahun 2000 (NationMaster.com)
2000: 87 kes.

4. Statistik rogol di UK, yang mengamalkan common law, undang-undang yang ditiru oleh Malaysia pada tahun 2000. (NationMaster.com)
2000: 8,593 kes.

Entry kali ini tidak berkisar kepada hukuman apa yang wajar. Tetapi apa yang Islam sudah suruh pada semua, baik wanita, lelaki, keluarga dan keseluruhan anggota masyarakat. Sebagai langkah pencegahan awal.

1. Wanita seharusnya keluar berteman.

Peringatan ini sudah jelas disebut dalam hadis-hadis yang sahih. Jangan keluar melainkan dengan mahram. Ini bermaksud, mak bapak perlu main peranan penting. Apa kejadahnya kalau mak bapak buat tak kisah anak dara keluar seorang diri. Mahu cari nahas?

Yang pelik, bila kita bangkitkan hal ini, maka bertalu-talulah disebut Islam mengongkong kebebasan wanita. Kenapa pada zaman moden ini masih perlu begitu? Wanita moden sudah pandai berdikari dan menjaga keselamatan diri. Barangkali sudah lihat anak dirogol baru mahu menyesal?

2. Jangan keluar dating walaupun dengan boyfriend dan tunang.

Ini juga sudah disebut dalam hadis. Kalau dating, orang ketiga adalah syaitan. Tapi kadang-kadang mak bapak buat tak kisah lagi-lagi kalau yang ajak keluar tu tunang anak dia. Anak-anak memang lah suka. Apa kejadahnya kalau baru bertunang sudah dianggap dapat lesen besar. Sudah terusik dan ditinggalkan baru menangis tidak berlagu.

Laporan All Women Society (AWAM) dalam satu buku bertajuk The Rape Report: An Overview of Rape in Malaysia (2002) menyebut daripada 6 jenis kes rogol, 2 daripadanya berpunca dari perjumpaan pasangan lelaki-perempuan (kekasih/kenalan) yang bermula dengan kerelaan sendiri untuk berbuat seks ataupun ditipu.

Kalau tak keluar dating dari awal, sudah tentu perogolan tidak berlaku.

3. Pisahkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan apabila sudah mencapai umur mumaiyyiz.

Ini juga disebut dalam hadis. Sebab itu rumah yang terbaik dalam Islam paling kurang ada 3 bilik tidur. Sebab antara kes rogol yang berlaku juga melibatkan adik-beradik dan juga si bapa dan datuk yang meletakkan otak dan akal mereka di kepala lutut.

Pemisahan tempat tidur ini juga sebagai langkah awal membasmi dan mencegah kes-kes sumbang mahram.

4. Tidak memakai pakaian yang seksi, ketat lagi menggiurkan.

Orang yang memakai pakaian begini adakalanya bernasib baik kerana tidak dirogol. Tetapi pemakaian mereka merangsang sesetengah orang untuk melakukan rogol. Bayangkan, kalau keluar KL sahaja seorang lelaki akan lihat puluhan malah ratusan perut, pusat dan peha-peha gebu sudah tentu kalau nafsu tidak dibendung, mangsa-mangsa yang lemah akan menjadi sasaran.

Kan baik kalau wanita-wanita ini berpakaian menutup aurat serta melabuhkan pakaian mereka. Lelaki yang kuat nafsunya pasti akan dapat dibantu secara tidak langsung.

Walaupun para ulama mengatakan di hadapan mahram batasan auratnya longgar, tetapi para ibu seharusnya mengingatkan janganlah membenarkan anak-anak perempuan ini memakai seluar pendek ketat dan baju fit di hadapan datuk,bapa, pakcik dan abang serta adik lelaki kerana lelaki ini nafsunya adalah terhadap perempuan. Bila nafsu menguasai diri, sudah tentu anak atau cucu sendiri pun dikerjakan sampai mati.

5. Isteri jangan tolak permintaan suami untuk ‘bersama’.

Di barat, ada undang-undang karut disebut marital rape. Suami merogol isteri. Apa kejadahnya undang-undang ini. Benar, wanita itu bukan simbol seks dan tempat pemuas nafsu suami sahaja. Tetapi pada masa yang sama kena ingat, kalau bukan pada isteri si suami mahu melepaskan hajat, pada siapa lagi?

Dari satu sudut lelaki memang perlu bertolak ansur. Kalau isteri penat, datang haid, baru bersalin dan sebab-sebab lain yang dibenarkan oleh Islam, memang lah tak patut bagi si suami memaksa isteri melayan kehendaknya. Itu memang kejahilan suami dalam mengetuai bahtera. Tetapi kalau tidak ada sebarang sebab untuk menolak, maka kalau diminta oleh suami maka jangan ditolak.

Ini juga disebut dalam hadis-hadis dalam bab perkahwinan. Permasalahan ada mood atau tidak, maka ia perlu dirujuk pada yang pakar bagaimana mahu dapat mood itu kembali, tetapi jangan sampai mengabaikan kehendak suami.

6. Menutup pintu-pintu maksiat.

Segala benda yang mengundang berahi manusia maka janganlah dibenarkan. Video lucah. Majalah lucah. Artis terkangkang. Artis tunjuk buah dada. Artis tayang seluar dalam. Dan pelbagai lagi bahan yang boleh mendorong maksiat. Kadang-kadang bila mahu mencapai majalah di kedai-kedai mamak, kelihatan majalah-majalah blue ini dengan mudah boleh didapati. Mona Gersang lah. Jeritan batinku. Layan 3 lelaki sekaligus. Abang pemuas nafsuku dan 1001 tajuk lagi. Belum dicampur lagi majalah-majalah barat yang memang menampakkan badan wanita lebih dari kain.

Marilah kita sama-sama melakukan apa yang Islam suruh buat. Memang perogol itu jahat, tetapi kalau kita sendiri sama-sama menyumbang jasa untuk membangkitkan nafsu perogol ini apa ceritanya pula?

Tindakan mahu meminda seksyen 376 Kanun Keseksaan kepada hukuman mandatori adalah baik. Tetapi kalau terus kembali kepada apa yang syariah mahukan adalah lebih baik lagi.

1210 (M’sia) - 87 (Saudi Arabia) - 8593(UK) (Statistik rogol NationMaster.com, tahun 2000). Bukankah sudah terbukti hukuman hudud itu mampu mengurangkan jenayah rogol ke tahap paling minima? Kenapa masih degil dan sombong?

Daripada Allah kita diciptakan, dengan sistem Allah kita hidup, dan kepada Allah kita kembali." 

Lelaki vs Wanita

Friday, March 10th, 2006

LELAKI

Betapa beratnya menjadi seorang lelaki, diantaranya adalah beperti berikut:-

1. Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung-jawab keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.

4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi… lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6. Wanita wajib taat kepada suaminya.

7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

8. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini:
Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini:
Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yang disukainya cukup dgn 4 syarat sahaja:
Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. (betulkan jika saya tersilap). Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH…

Sayangnya ALLAH pada wanita …. .kan?

Sememangnya  darjat Wanita dimuliakan dalam Islam.