Definisi dunia hacking [Sesuatu yg disalahtafsirkan]

Mengikut sudut etika dan definisi sebenar hacker dan cracker adalah dua individu berbeza. Golongan ini berkeupayaan untuk mengambil alih sesuatu laman web dari pentadbirnya dan mempunyai kemampuan untuk memasuki sesuatu komputer walaupun ianya ber’password’ dan memiliki pelbagai ciri keselamatan,namun,ia bergantung pada kebijaksanaan mereka melakukan hacking

Hacker
Hacker merupakan golongan profesional komputer atau IT,mereka boleh terdiri daripada jurutera komputer,pengaturcara dan sebagainya yang memiliki pengetahuan tinggi dalam sesuatu sistem komputer.Hacker mempunyai minat serta pengetahuan yang mendalam dalam dunia IT sehingga berkeupayaan untuk mengenalpasti kelemahan sesutu sistem dengan melakukan uji cuba terhadap sesuatu sistem itu.Namun,para hacker tidak akan melakukan sebarang kerosakkan terhadap sesuatu sistem itu dan ia adalah merupakan etika seorang hacker.
Hacker biasanya menghabiskan sebahagian besar waktunya dengan melakukan pelbagai perkara  untuk lebih memahami dunia komputer dan mereka sentiasa ingin tahu dalam apa jua perkara berkaitan dengan dunia komputer serta sentiasa belajar dari kesilapan.Mereka juga dikenali sebagai golongan white hat.


Cracker
Golongan black hat yang menyimpang terlalu jauh.Golongan ini tidak mempedulikan akibat perbuatan mereka serta kesan keatas orang lain.Golongan ini melakukan aktiviti haram demi keseronakan serta kepentingan mereka semata-mata.Golongan ini dengan sengaja menceroboh untuk melakukan perbuatan sabotaj,pengkhianatan dan sebagainya.Golongan inilah yang sebenarnya melakukan perbuatan keji dalam dunia IT sama ada melakukan pencerobohan, spyware dan sebagainya tetapi golongan hacker pula yang dipersalahkan.

Script Kiddies
Golongan ini juga adalah dari kaum cracker tetapi golongan ini tidaklah memiliki pengetahuan yang mendalam dalam IT seperti bidang pengaturcaraan serta bagaimana komputer itu bekerja melainkan pegetahuan untuk melakukan hacking.Aktiviti hacking mereka memerlukan bantuan perisian atau tool yang telah dicipta oleh para hacker yang pada asalnya untuk tujuan kebaikkan tetapi telah disalah guna tetapi ada juga perisian yang dicipta khas untuk melakukan aktiviti hacking.

Greyhat
ialah gabungan daripada hacker dan cracker.Golongan ini seperti hacker yang sangat berminat untuk menguasai ilmu komputer.Golongan ini suka bertanya dan belajar serta tidak putus asa dalam mempelajari ilmu komputer.Golongan ini sering melakukan pencerobohan dan melakukan kerosakkan tetapi mereka akan membiarkan pentadbir sesuatu sistem atau laman web mengetahui aktiviti yang mereka lakukan,mereka mudah membahagi-bahagikan ilmu mereka kepada sesiapa yang ingin mengetahui dan mempelajari hacking.

10 Responses to “Definisi dunia hacking [Sesuatu yg disalahtafsirkan]”

  1. SaycoOL Says:

    ooo..ade 3 golongan ek..xtau lak sy..tau hacker n cracker je..

  2. FarCry Izo Says:

    Tu lah ramai org salah anggap kerja hacker sebenar. Dengan adanya hacker sebenarnya membantu pembangunan IT.

  3. Soleha Says:

    as`kum..nak tanya sikit..katakan kalau seorang hacker ni nak ambil fail dari sesebuah syarikat,agak2 lambat laun syarikat tu akan dapat kesan x?

  4. FarCry Says:

    Itu bergantung kepada webmaster sesebuah syarikat tersebut. Kebanyakan hosting yg terdapat di Malaysia kurang medapat seliaan yg sepenuhnya daripada webmaster. Di tambah lagi dgn sekuriti yg tak berapa kebal, memudahkan lagi para hacker untuk menceroboh.
    ————————-
    Jika yg menceroboh sesebuah sistem itu Hacker yg berpengalaman, mereka tahu untuk memadamkan jejak[Log] mereka. Tapi jika sebaliknya, mereka akan meninggalkan jejak di dlam sistem tersebut. Ini akan memudahkan untuk menjejak para hacker tersebut..

  5. baNiaZ Says:

    umm..mereka jejak seseorang hacker melalui apa?maksud saya..melalui server ke?atau ada saluran2 lain??

  6. baNiaZ Says:

    MAAF..Saya soleha..saya guna pc dan nick baniaz utk tanya awak…

  7. FarCry Says:

    Kalau webmaster, mereka akan dapat mengesan ‘trace’ yg ditinggal oleh hacker pada Log server yg telah di’hack’. Jika hacker lupa untuk ‘mencuci’ Trace, Webmaster akan dapat mengesannya. Dekat log tu biasanya akan ada no. iP hacker tersebut.

  8. Rabiatul Says:

    oo..
    tapi macam mana lak ngan mereka yg tahu tukar ip address dia org tu..coz ada member saya tahu buat macam tu…
    hmm..kalau kita nak tahu lebih byk pasal hackers ni..kat mana boleh kita tahu dan pelajari tentang benda ni.. thanks =p

  9. FarCry Says:

    Cara itu sebenarnya untuk mengelirukan org yg melihat IP kita. Sedangkan alamat asal tidak berubah. Seumpama kita memakai topeng. Apa yg org nampak adalah topeng yg dipakai. Sedangkan wajah sebenar masih dapat dilihat jika kita dapat menembusi topeng tersebut.

  10. FarCry Says:

    Antara link yg bagus untuk rujukan:
    http://igniteds.net/phpBB/index.php

Leave a Reply