Archive for March, 2006

Kalau perempuan kata…

Friday, March 10th, 2006

Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
*Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?
 
Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
*Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!
 
Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
*Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.
 
Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
*Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.
 
Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi  ..
*Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah.
 
Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
*Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?
 
Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla…
*Makna tersembunyi: Hish… I rasa macam minat sesangat kat you. Rasa macam nak jadi awek you je.
 
Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
*Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.
 
Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
*Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.
 
Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.   
*Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

MENGAPA OH MENGAPA?

Thursday, March 2nd, 2006
MENGAPA OH MENGAPA?
Mengapa seseorang Yahudi dibolehkan menyimpan janggut untuk mengamalkan kepercayaannya…
…tetapi bila seorang Muslim berbuat demikian, dia dianggap ekstrim dan pengganas?

Mengapa seseorang rahib boleh meliputi keseluruhan tubuhnya kerana memperhamb akan diri kepada Tuhannya…
…tetapi bila seseorang Muslimah melakukan begitu, dia ditekan?

Mengapa bila wanita barat menjadi surirumah,
dia dihormati kerana dikatakan berkorban untuk keluarganya…
…tetapi bila wanita Islam berbuat begitu, mereka kata, "dia mesti dibebaskan!"

Mengapa mana-mana gadis boleh ke universiti dengan berpakaian mengikut kesukaannya kerana punyai hak dan kebebasan…
…te tapi bila seseorang wanita Muslim memakai hijab, dia tidak boleh menjejakkan kakinya ke universiti?

Mengapa bila seseorang kanak-kanak meminati sesuatu bidang, dia dikatakan punyai bakat…
…tetapi bila seseorang kanak-kanak meminati Islam, dia dikatakan tak berguna?

Mengapa bila seseorang Kristian atau Yahudi membunuh, agamanya tidak dikaitkan… tetapi baru sahaja seseorang Muslim didakwa melakukan jenayah, nama Islam turut diadili!
Mengapa bila seseorang berkorban diri untuk melihat orang lain hidup, dia amat disanjungi…
…tetapi bila seseorang warga Palestin melakukannya untuk menyelamatkan diri, keluarga, rumahtangga dan masjidnya,
dia dikenali sebagai seorang pengganas?

Mengapa bila seseorang memandu kereta mewah dengan cara bahaya, keretanya tidak pernah dipertikaikan…
…tetapi bila seseorang Muslim melakukan kesalahan, orang kata ia adalah kerana agama Islamnya!

Mengapa kita terlalu percaya kepada akhbar…
…tetapi selalu persoakan apa yang terkandung di dalam Al-Quranul K-Karim?
Sampaikan jika berasakan ia baik untuk sahabat anda!