Archive for April, 2006
Petua dan tips daripada Dr.Fatma..
Monday, April 10th, 2006Petua dan tips daripada Dr.Fatma..
(From Dr. Fatma’s tafsir Al-Quran class How to use the Surah Al Fatihah)
1. To make someone (YOUR Husband, your children) think of you all the time :
* Read the Al-Fatihah 14 times before going to sleep.
2. For terminal diseases:
* Read the Al-Fatihah 41 times and blow it in the water. Drink and take a bath with that water.
3. For the mentally ill:
* Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the person’s head once in the morning and once at night, everyday without fail.
4. When in extreme pain:
* Read the Al-Fatihah 3 times and blow it in a glass of water and drink it.Then, read the Al-Fatihah while rubbing the area that is in pain.
5. For babies who cry at night or at any time:
* Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the baby’s head.
6. For injury : ex: Cut, Bee sting, Bleeding, Finger got slammed by the door
* Read the Al-Fatihah 3 or 7 times, using your thumb, take your saliva from the "langit-langit" of your mouth and rub it onto the injured area.
All of the above INSYAALLAH will work with several conditions:
* Believe that the Al-Fatihah is the best "penawar" for everything
* Read it with full "khusyuk"
* Tawakal to Allah
* Use it with GOOD "niat" /intentions.
Untuk yg berhajat: (percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh,dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka,diampunkan dosa dan sebagai nye):
* Dilakukan pada hari Jumaat selepas sembahyang Asar sehinggalah masuknye waktu Maghrib.
* duduk menghadap kiblat
* lakukannye dgn khusyuk dan yakin yg Allah akan membantu kita
* Baca lah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Allah berulang-ulang sepanjang-panjang kita duduk selepas sembahyang asar sehinggalah masuknye waktu maghrib.
* Masuk sahaja waktu Maghrib, di kala the first "Allahuakbar" dilaungkan, terus lah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yg MAHA berkuasa dgn apa yg dihajati.
* Buat sebanyak 3 Jumaat berturut turut.
Mintak lah yg baik baik. Niat biar baik. InsyaAllah akan dimakbulkan oleh Allah. Wallahualam.
Notes taken fm Ust Fatma’s last lecture session taken by her closest friend, Ani:-
Untuk awet muda both internal & external.
1.Zikir - Baca
" Ya Badiyah " 1 x
" Ya Nur " 1 x
" Ya Hadi " 1 x
" Ya Allah " 3 x
Baca dan tiup ke tapak tangan dan sapu ke raup muka kita pada tiap hari.
2.Baca ayat Al Waqiah , ayat ke 35,36,37 dan 38, pada tiap selepas sembahyang subuh ke air dan minum. (air rawatan dalaman to look young and feel young inside)
3.Baca Al Waqiah tiap tiap hari sebelum tidur kita akan kaya dengan ketenangan jiwa.
4.Baca Al Waqiah Ayat 19 untuk yang selalu sakit kepala. Moga-moga boleh menghilang/meredakan.
ILMU AGAMA AKAN BERANSUR-ANSUR HILANG
Monday, April 10th, 2006ILMU AGAMA AKAN BERANSUR-ANSUR HILANG
Assalamualaikum…
Daripada Abdullah bin Amr bin ‘ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain." H.R. Muslim
Keterangan
Sekarang ini alim-ulama sudah berkurangan. Satu demi satu pergi meninggalkan kita. Kalau peribahasa Melayu mengatakan, "patah tumbuh, hilang berganti", peribahasa ini tidak tepat herlaku kepada alim ulama. Mereka patah payah tumbuh dan hilang payah berganti. Sampailah suatu saat nanti permukaan bumi ini akan kosong dari Ulama. Maka pada masa itu sudah tidak bererti lagi kehidupan di dunia ini. Alam penuh dengan kesesatan. Manusia telah kehilangan nilai dan pegangan hidup. Scbenarnya, alim ulamalah yang memberikan makna dan erti pada kehidupan manusia di permukaan bumi ini. Maka apabila telah pupus alim ulama, hilanglah segala sesuatu yang bernilai.
Di ahir-akhir ini kita telah melihat gejala-gejala yang menunjukkan hampirnya zaman yang dinyatakan oleh Rasulullah saw. tadi. Di mana bilangan alim ulama hanya tinggal sedikit dan usaha untuk melahirkannya pula tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Pondok-pondok dan sekolah-sekolah agama kurang mendapat perhatian daripada cerdik pandai. Mereka banyak mengutamakan pengajian-pengajian di bidang urusan keduniaan yang dapat meraih keuntungan harta benda dunia. Ini lah realiti masyarakat kita di hari ini. Oleh itu, perlulah kita memikirkan hal ini dan mencari jalan untuk menyelesaikannya.
DAJJAL berada di sebuah PULAU
Monday, April 10th, 2006annas menulis "Menurut riwayat yang shahih yang disebutkan dalam kitab "Shahih Muslim" bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama.Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yang bernama "Al-Jassasah".Marilah kita ikuti hadis yang menerangkan keadaan ini:
Daripada Fatimah Binti Qais ra. berkata :
"Tatkala sudah habis eddahku,aku mendengar suara pemanggil yang ditugaskan oleh Rasulullah saw. untuk memanggil orang ramai dengan seruan "As Shalata Jamiah". (Ertinya: Marilah berkumpul untuk mengerjakan sembahyang) , lalu akupun pergi ke masjid dan aku sembahyang bersama dengan Rasulullah saw. dan aku berada di saf para wanita dan aku duduk berhampiran dengan bahagian belakang para makmum lelaki.Sebaik sahaja selesai Rasulullah saw. sembahyang,Baginda terus naik ke atas mimbar sambil tertawa dan seraya berkata :
" Hendaklah masing-masing kamu duduk di tempat sembahyangnya".
Kemudian Baginda bersabda pula :
" Tahukah kamu kenapa kamu semua aku kumpulkan". Sahabat menjawab : " Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui". Lalu Baginda bersabda :
" Sesungguhnya demi Allah aku tidak menghimpunkan kamu kerana mengharap sesuatu atau takut dari sesuatu tetapi aku menghimpunkan kerana Tamim Ad Dari adalah berasal dari seorang Kristian lalu ia datang menemui aku dan menyatakan keislamannya dan telah berjanji setia untuk taat kepadaku dan beliau juga telah bercerita kepadaku akan suatu cerita yang sesuai dengan apa yang pernah aku ceritakan kepada kamu berkenaan dengan "Al Masih Ad Dajjal".
Beliau bercerita kepadaku bahawasanya beliau pada suatu masa dahulu pernah mengharungi lautan bersama-sama dengan 30 orang lelaki dari kabilah Lakhm dan Juzdam,lalu mereka dipukul oleh gelombang yang besar selama satu bulan sehingga akhirnya mereka sampai ke suatu pulau yang ada di tengah-tengah lautan yang merupakan tempat tenggelamnya matahari.Apabila telah sampai di situ mereka pun menaiki sampan kecil**yang mereka gunakan untuk berlabuh di pulau itu. Sebaik sahaja mereka masuk dalam pulau itu mereka sangat terkejut apabila bertemu dengan seekor binatang yang berbulu kasar dan tebal.Binatang ini tidak dapat diketahui jantinanya kerana tidak dapat dikesan di sebelah mana duburnya dan di sebelah mana kemaluannya disebabkan bulunya yang terlalu tebal. Lalu mereka bertanya kepada binatang ini,Siapa kamu ?
Binatang itu menjawab : "Akulah Jassasah" (tukang intip rahsia). Mereka bertanya lagi : Apa itu Jassasah ? Binatang itu menjawab pula : "Tak usah panjang cerita dan hendaklah kamu pergi menemui seorang lelaki yang ada di tempat pertapaan ini kerana ia sangat rindu mendengar berita dari kamu".
Apabila binatang ini menyebutkan di dalam pertapaan itu ada seorang lelaki,kami menjadi takut daripadanya kerana boleh jadi ia adalah syaitan betina***. Seterusnya kami pun cepat-cepat masuk ke dalam pertapaan itu,tiba-tiba kami menjumpai di dalamnya sebesar-besar manusia yang pernah kami lihat yang dirantai dengan sekuat-kuatnya.Kedua tangannya dibelenggukan ke lehernya.Kakinya dirantai dengan besi dari kedua lututnya sampai ke kedua buku lalinya. Kemudian lalu kami bertanya kepadanya :"Siapa engkau ? Ia menjawab : "Sebenarnya kamu telah melihat keadaanku ini (jadi aku tak perlu lagi menceritakannya), bahkan kamu ini siapa ? . Kami menjawab : "Kami adalah dari bangsa Arab.Kami telah berlayar dan secara kebetulan laut sedang bergelora lalu perahu kami dipukul ombak yang besar selama satu bulan dan akhirnya kami tersangkut di pulau kamu ini.Lalu kami menaiki sampan-sampan kecil dan kami pun dapat memijakkan kaki di pulau ini.Kami sangat terkejut apabila kami ditemui oleh seekor binatang yang berbulu tebal yang tidak dapat diketahui kemaluannya dari duburnya disebabkan bulunya yang terlalu tebal itu.Apabila kami bertanya lepadanya,Siapa engkau ? Ia menjawab :"Aku adalah Jassasah (mata-mata)". Kami bertanya lagi: Mata-mata apa itu ?. Ia menjawab: " Sudahlah,pergilah kamu menemui seorang lelaki yang ada di dalam pertapaan ini kerana ia sangat merindukan berita daripada kamu". Mendengar perkataannya tadi kami merasa takut daripadanya dan kami pun bersegera datang menemui engkau.Kami tak tahu apakah ia itu seorang syaitan betina".
Setelah mendengar perkataan kami tadi,lelaki yang dirantai itu lalu bertanya :"Cuba ceritakan kepadaku bagaimanakah kebun kurma di Baisan ? Kami menjawab : Dari sudut apa yang mahu kau tanyakan ? Lelaki itu berkata : Aku bertanya apakah ia masih berbuah ? Kami menjawab : Ya ! Ia masih berbuah.Lalu ia berkata : "Sesungguhnya hampir ia tidak akan berbuah lagi".Lelaki itu bertanya pula: Bagaimana pula tentang tasik Thabariah ?. Kami menjawab : Tentang hal apakah yang kamu tanyakan ? Ia berkata lagi: Apakah masih ada airnya ? Kami menjawab: Airnya masih banyak.Lalu ia berkata: "Sesungguhnya tidak lama lagi ia akan kering". Kemudian ia bertanya pula : Bagaimana pula dengan mata air Zughar ? Kami menjawab : Tentang keadaannya yang mana kamu tanyakan ? Ia berkata : Apakah masih ada airnya dan apakah penduduk disekelilingnya masih menggunakan mata air itu untuk tanaman mereka ? Kami menjawab :"Ya ! Airnya masih banyak dan penghuni yang berada disekelilingnya masih menggunakan mata airnya itu untuk tanaman mereka".Kemudian ia bertanya lagi : Bagaimanakah nabi orang-orang ummiyyin (maksudnya Nabi orang-orang arab,iaitu Nabi Muhammad saw.) Apakah yang dikerjakannya ? Kami menjawab : Ia telah lahir di Makkah dan telah berhijrah ke Negeri Yatsrib (Madinah). Ia bertanya pula : Apakah orang-orang Arab memeranginya ? Kami menjawab : Ya ! Mereka memeranginya. Ia bertanya lagi:"Terus bagaimana perlakuannya terhadap mereka". Kami menjawab : "Ia banyak memperolehi kemenangan terhadap mereka,bahkan hampir semua orang Arab yang ada di sekelilingnya telah mengikutinya". Ia bertanya pula : Sungguhkah itu terjadi ?.Kamim menjawab : Ya ! Sungguh itu telah terjadi.Ia berkata pula : "Kalau mereka mengikutinya,maka itulah yang lebih baik.Maka sekarang ini saya mahu mengkhabarkan kepada kamu,siapa sebenarnya saya. Saya adalah "Al Masih Ad Dajjal". Rasanya sudah hampir diizinkan aku akan keluar.Bila aku keluar aku akan berjalan ke serata permukaan bumi sehingga tiada ada sebuah kampung juga pun kecuali akan aku datangi,iaitu dalam tempoh empat puluh hari,selain dari Makkah dan Thaibah maka aku ditegah dari memasuki kedua-duanya ini.Bila aku cuba hendak masuk yang mana satu antara dua bandar ini,aku akan dihadang oleh para Malaikat dengan pedang yang hunus.Mereka mengawal kedua-dua bandar itu daripadaku dan sesungguhnya pada setiap bahagiannya ada Malaikat yang menjaganya.
Berkata Fatimah Binti Qais (perawi hadis ini) : Lalu Rasulullah saw. menghentak mimbarnya dengan tongkat yang ada ditangannya sambil bersabda : Inilah Thaibah,inilah Thaibah,inilah Thaibah yakni Madinah.( Wahai para sahabatku)! Bukankah telah aku persampaikan berita ini kepada kamu ? Sahut sahabat : Ya! Wahai Rasulullah! Lalu Nabi saw. menambah lagi,
"Sesungguhnya aku sangat tertarik dengan cerita Tamim Ad Dari ini oleh kerana ia sesuai dengan apa yang pernah aku ceritakan kepadamu sekalian terutamanya tentang keistimewaan Makkah dan Madinah.Perhatian! Dajjal itu sebenarnya berada di Laut Syam atau****di Laut Yaman.Sesungguhnya ia berada di arah Timur.Sesungguhnya ia berada di arah Timur.Sesungguhnya ia berada di arah Timur,sambil Baginda saw. mengisyaratkan dengan tangannya ke arah Timur.Kata Fatimah : Maka itulah yang aku hafal daripada Rasulullau saw.
(H.R.MUSLIM)
**
Sampan kecil yang biasanya di bawa bersama dalam kapal yang besar untuk keperluan penumpang mengambil atau membeli sesuatu dari pulau yang berhampiran dengan kapal besar itu.
***
Kerana dalam kepercayaan Arab Kuno,syaitan yang selalu datang mengusik orang itu ialah syaitan betina.
****
Kepulauan yang ada di Laut Syam (Laut Tengah) atau Laut Yaman (kepulauan yang berdekatan dengan negeri Yaman).Dan = perkataan "atau" disini menunjukkan keraguan perawi hadis atau kerana Nabi saw. mengandaikan salah satu di antara dua kepulauan tersebut,tetapi kemudiannya andaian ini telah dipastikan oleh Baginda saw. dengan menyatakan bahawa Dajjal itu sebenarnya berada di arah Timur. (Lihat Aunul Ma’bud,Syarah Abu Daud juz 11 muka surat 369).
Daripada hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yang diizinkan oleh Allah swt untuk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat "transitnya" itu ialah di sebelah Timur bukan di Barat.
"
Amalan pemulihan prestasi PC
Friday, April 7th, 2006
Penggunaan
jalur lebar (broadband) tidak semestinya mengubah gaya hidup seseorang. Tetapi,
ia mungkin boleh mempengaruhi cara penggunaan internet dan aktiviti
perkomputeran seharian. Disebabkan jalur lebar menyediakan capaian lebih pantas
dan saluran pemindahan data lebih besar, pengguna mungkin lebih aktif
menggunakan PC mereka. Contohnya, pengguna mungkin meningkatkan aktiviti seperti
meluncuri internet, memindahkan fail (seperti fail perisian, MP3 dan video),
mendengar/menonton siaran audio-video melalui internet, dan sebagainya. Tanpa
disedari aktiviti seperti ini mungkin boleh menjejaskan prestasi PC mereka.
Prestasi PC boleh terjejas jika semakin banyak fail (terutamanya yang bersaiz
besar) disimpan. Ini belum termasuk program yang dipasang tetapi tidak digunakan
manakala mesej e-mel pula tidak dikendalikan atau diurus dengan baik. Jadi,
aktiviti penyelenggaraan perlu dilakukan. Antaranya, menggunakan utiliti
tertentu untuk membuang fail sementara, mendefrag cakera keras, mengemaskini
anti-virus, memastikan Windows dikemaskini, dan menyimpan fail penting.
Sesetengah orang mungkin keberatan melakukan tugas tersebut, kecuali sudah
terpaksa. Contohnya, apabila prestasi PC terjejas kerana dijangkiti program yang
merbahaya.
Saranan untuk diamalkan
Sejajar dengan perkomputeran aktif, anda sepatutnya boleh mengoptimakan prestasi
PC secara berterusan. Apabila PC dioptimakan, anda mungkin mengalami beberapa
perubahan yang memuaskan. Antaranya, PC beroperasi lebih pantas, proses boot
lebih laju, lebih pantas apabila dimatikan, data dapat disimpan dengan lebih
cepat, lebih selamat, mudah menjejaki fail, dan tugas anda tentunya lebih senang.
Selain itu, masalah seperti ralat skrin biru mungkin sudah tidak berlaku, tiada
lagi program yang sering kaku, bahkan aplikasi grafik juga boleh dibuka lebih
laju. Jadi, artikel ini akan memberikan saranan terbaik untuk melakukannya.
* Buang fail tidak perlu � PC boleh dipenuhi fail imej, muzik,
dan movie yang memakan banyak ruang, hingga beberapa gigabait (GB). Jika
kapasiti cakera besar (80 GB atau lebih), mungkin tiada masalah kecuali ketika
mencari fail di serata cakera � kerana fail terlalu banyak. Fail tidak perlu
wajar dipadam jika muncul ralat seperti "low on disk space". Semak fail di dalam
folder seperti My Documents, My Pictures, My Music, dan My Videos di serata
cakera. Fail sementara juga perlu dipadam sekali sekala, samada secara manual
atau dengan menggunakan utiliti Disk Cleanup atau utiliti pembersih yang lain.
* Buang program tidak perlu � amalan yang seterusnya ialah
membuang program yang tidak digunakan dan fail yang berkaitan. Program yang
tidak boleh digunakan seperti untuk peranti yang tidak dimiliki, tidak digunakan
lagi atau sudah rosak juga boleh dibuang. Windows juga memasang secara automatik
komponen yang barangkali tidak perlu, seperti MSN Explorer atau Games. Anda
boleh memilih untuk menyingkirkan program tidak perlu seperti Windows Fax.
Contohnya, jika anda menggunakan mesin faks berasingan, penggunaan aplikasi faks
dalam XP mungkin tidak perlu. Aplikasi ini boleh dibuang.
* Uruskan fail dan folder � cara mudah untuk mengelola fail
ialah mencipta folder peribadi dalam folder yang sedia ada seperti My Documents,
My Pictures, My Music, dan My Videos. Anda boleh mencipta cabang folder di
dalamnya dan memindah data ke dalamnya. Folder automatik ini boleh menjadi ruang
storan yang sesuai dan boleh digunakan bagi mengelola pelbagai fail milik anda.
Sebenarnya anda juga boleh memindahkan direktori seperti My Documents ke pemacu
lain. Malah anda boleh menyediakan direktori fail mengikut cita rasa anda
sendiri. Ini mungkin memudahkan anda menyimpan data kelak.
* Bersihkan Desktop dan menu Start � Dekstop, Taskbar, dan
Start Menu juga boleh dibersihkan dengan mudah. Anda boleh menetapkan XP supaya
memaparkan menu Taskbar dan Start mengikut cara yang dikehendaki pada bahagian
Desktop. Anda juga boleh menentukan cara untuk berinteraksi dengannya apabila
data diperlukan (tetapkan Folder Options). Mengikut cita rasa anda, OS juga
boleh beroperasi lebih pantas dan melaksanakan tugasnya dengan lebih efisyen
berbanding jika tidak diubah langsung. Letakkan apa yang perlu (contohnya
pintasan), pastikan program mudah dibuka, dan fail senang dicari.
* Mengelolakan e-mel dan mesejnya � gunakan fungsi yang
melengkapi aplikasi e-mel untuk mengelola mesejnya, ini termasuk mengurangkan
spam dan menyimpan mesej. Spam boleh dielak jika tindakan anda terkawal dan
mengambil langkah tertentu. Contohnya, menggunakan alamat e-mel alternatif bagi
kegunaan tertentu, tidak membalas spam yang dikirim, dan memasang perisian
anti-spam yang efektif. E-mel seperti Outlook dan Outlook Express memudahkan
penciptaan folder untuk memindah mesej ke dalamnya. Jika perlu kosongkan folder
Sent Items, dan Deleted Items, selain membuang fail sisipan.
* Bersihkan & laraskan Registry � kandungan Registry juga perlu
diselenggara kerana aplikasi Windows kerap menyimpan data-data di dalamnya.
Pastikan aplikasi yang berkaitan dimatikan dengan betul atau dikeluarkan
sepenuhnya. Ada beberapa perkara yang anda boleh dilakukan terhadap Registry
tersebut, seperti menyimpan dengan menggunakan ciri System Restore,
membersihkannya, dan menggunakan pemeriksa Registry pihak ketiga. Perisian
seperti Registry First Aid berupaya mengesan ralat di dalam Registry. Selepas
amalan pembersihan dan pelarasan Registry, prestasi PC anda sepatutnya lebih
baik.
* Optimakan pemacu keras � operasi seperti memadam dan
memindahkan fail (dari satu �partition� ke �partition� lain), membuang program,
dan mengosongkan Recycle Bin boleh menyebabkan kandungan cakera keras
berterabur. Fail di dalamnya berselerak, tidak disusun atau komponennya
tersimpan di merata tempat. Masalah ini boleh menjejaskan prestasi pemacu keras
tetapi masih mampu dioptimakan menggunakan utiliti Disk Defragmenter dalam
Windows atau perisian pihak ketiga yang sesuai. Selain itu anda boleh membersih
folder Startup, dan mematikan aplikasi yang dijalankan semasa proses boot.
* Mengemaskini aplikasi � kesan positif seperti prestasi sistem
melonjak, lebih selamat, dan keupayaan bertambah baik boleh dinikmati menerusi
proses mengemaskini atau menaik taraf perisian. Selain itu, anda boleh mendapat
ciri tambahan yang dinantikan atau prestasi sesuatu aplikasi menjadi lebih baik,
jika menaikkan taraf komponennya. Anda juga boleh meningkatkan tahap keselamatan
sistem dengan mengemaskini OS yang digunakan (contohnya XP) menerusi Windows
Update. Proses mengemaskini boleh ditetapkan secara automatik dan biasanya
dilakukan menerusi internet tanpa dikenakan bayaran.
* Menggunakan perisian khas � perisian seperti PowerToys boleh
melaraskan pelbagai fungsi dalam XP, manakala utiliti TweakUI PowerToy
menawarkan ciri-ciri yang tiada pada utiliti lain. Contohnya, anda boleh
menentukan item yang disenarai pada Taskbar, mengkonfigurasi jenis ikon pada
dekstop (My Documents atau My Computer), dan menentukan item di bahagian
Frequently Used Programs pada Start Menu. Kini terdapat pelbagai utiliti yang
direka khas untuk OS Windows samada utiliti komersial atau percuma yang boleh
diambil terus daripada internet. Utiliti ini boleh diuji untuk melihat kesannya.
* Gunakan aplikasi keselamatan - perisian keselamatan seperti
firewall dan antivirus perlu dipasang dan diaktifkan. Firewall contohnya
menawarkan perlindungan dari penggodam dan memastikan PC lebih selamat. Anda
patut mengkonfigurasi sistem untuk menangkis serangan dengan menjadikannya sukar
untuk diceroboh atau ditembusi. Antara langkah yang boleh dilakukan ialah
mengkonfigurasi Security Zones dalam Internet Explorer untuk perlindungan
tambahan. Selain aplikasi keselamatan yang sedia melengkapi Windows, anda boleh
menggunakan perisian pihak ketiga yang mungkin lebih berkesan.
* Membuat simpanan berterusan � kerosakan cakera boleh berlaku tanpa
diduga dan boleh melenyapkan data penting. Jadi langkah menyimpan data secara
berjadual mungkin perlu contohnya setiap minggu, setiap bulan, atau setiap
tahun. Jika data yang dikendalikan penting (contohnya data perniagaan), maka
simpanan setiap hari mungkin perlu. Anda boleh menggunakan utiliti Backup
seperti yang terdapat di dalam XP atau utiliti pihak ketiga. Selain perisian,
storan data yang sesuai perlu disediakan, contohnya pemacu keras, cakera optik
(CD/DVD), dan USB flash. Anda perlu memilih storan yang paling sesuai.
* Memformat dan memasang semula � setelah melakukan beberapa
langkah pengoptimaan, ada kalanya PC anda masih gagal beroperasi dengan baik
atau tidak seperti yang diharapkan. Jadi, anda mungkin perlu memformat semula
cakera keras kemudian memasang kembali OS dan program lain yang perlu. Langkah
memformat cakera keras mungkin perlu jika PC anda telah dijangkiti
program-program yang boleh menjejaskan prestasi seperti virus, cecacing, trojan,
spyware dan adware. Sistem anda kembali �bersih’ dan prestasinya mungkin seperti
baru. Sebelum memformat, data penting perlu disimpan dulu.
Bila Al-Quran Mula Berbicara
Wednesday, April 5th, 2006
Waktu
engkau masih kanak kanak………….kau laksana kawan sejatiku. Dengan wudu’,
Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegang. Aku,kau junjung dan kau
pelajari. Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari. Setelah
selesai engkau menciumku mesra. Sekarang engkau telah dewasa…………..
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku… Apakah Aku bahan bacaan usang
yang tinggal sejarah…?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah
pengetahuanmu. Atau, menurutmu aku hanya untuk anakkecil yang belajar mengaji…….
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali; sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan.
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu. Kadang kala Aku dijadikan
mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa. Atau Aku kau buat penangkal untuk
menakuti iblis dan syaitan.
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian ,kesepian. Di
dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan. Dulu…pagi-pagi…surah-surah
yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.Di waktupetang, Aku kau baca
beramai-ramai bersama temanmu di surau…..
Sekarang…seawal pagi sambil minum kopi…engkau baca surat khabar dahulu Waktu
lapang engkau membaca buku karangan manusia.Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat
yang datang dari Allah Azzawajalla, Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan…
Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku (Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawiTidak ada kaset
yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu. Sepanjang
perjalanan,radiomu selalutertuju ke stasyen radio kesukaanmu. Mengasyikkan.Di
meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja. Di Komputermu
pun kau putar musik favoritmu. Jarang sekali engkau putar ayatayatku………
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan. Engkau terlalu sibuk dengan
urusan dunia muBenarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir
melupaiku.
Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV. Menonton
siaran telivisyen. Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk. Hanya
sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah.
Waktupun cepat berlalu………Aku semakin kusam dalam laci-laci mu. Mengumpul
debu atau mungkin dimakan hama. Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku
kembali. Itupun hanya beberapa lembar dariku. Dengan suara dan lafadz yang tidak
semerdu dulu. Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku. Atau waktu
kematian saudara atau taulan mu. Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai
kiamat tiba. Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya. Apakah TV,
radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu? Yang pasti ayat-ayat Allah
s.w.t yang ada padaku menolong mu. Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t
Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu… Setiap saat berlalu…Dan
akhirnya…..kubur yang setia menunggu mu……….. Engkau pasti kembali,
kembali kepada Tuhanmu. Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati… Di
kuburmu nanti….Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan. Yang akan
membantu engkau membela diri. Dalam perjalanan ke alam akhirat. Dan Akulah "Al-Qur’an",kitab
sucimu. Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.
Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari. Karena ayat-ayat
yang ada padaku adalah ayat-ayat suci. Yang berasal dari Allah Azzawajalla.
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah. Yang disampaikan oleh Jibril melalui
Rasulmu. Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu……Letakkan aku selalu di
depan meja kerjamu. Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu. Sentuhilah Aku
kembali…Baca dan pelajari lagi Aku….Setiap datangnya pagi, petang dan malam
hari walau secebis ayat. Seperti dulu…. Waktu engkau masih kecil. Di surau
kecil kampungmu yang damai. Jangan aku engkau biarkan aku sendiri…Dalam bisu
dan sepi….
Wanita dan Biskut
Wednesday, April 5th, 2006Ada satu cerita … Keindahan yang hakiki datangnya
dari hati yang ikhlas bukan dari pandangan
seseorang.
Seorang wanita di lapangan terbang sedang
menunggu waktu penerbangannya. Sambil
menunggu dia makan biskut yang dibelinya sebelum
itu dan membaca buku cerita.
Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki
disebelahnya dgn selambanyer turut mengambil
biskut dari bungkusan yang sama yang terletak
disebelahnya. Setiap keping biskut yang dia ambil
lelaki itu turut mengambil sama.
Didalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki
itu. Alangkah tak malunya
lelaki ni… ..sudah la tak mintak izin dari aku… .
makan sama banyak dengan aku
pulak tu… Pencuri!!!!rungut wanita itu dalam hati.
Dalam pada itu lelaki itu
dengan muka yang tenang dan selamba terus
dengan perbuatannya. Hinggalah sampai
ke biskut yang terakhir terdapat dalam bungkusan itu.
Wanita itu menunggu reaksi
dari lelaki itu. Sambil tersenyum lalaki itu mengambil
biskut yang terakhir itu
lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya
kepada wanita itu. Wanita itu
menjadi begitu marah namun dia tetap menahan
dirinya dari
memarahi lelaki itu. Sambil merampas dengan kasar
biskut yang separuh itu dan
menunjukkan mukanya yang masam mencuka
wanita itu berkata dalam hatinya Berani
sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri
besar..
Kedua-dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga
panggilan untuk menaiki
pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik
nafas lega
seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu
bergerak menaiki
pesawatnya. Apabila dia sampai ditempat duduk nya
beliau membuka beg kecilnya
untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia
bila melihat satu bungkusan
biskut berada di dalam begnya masih elok
belum terbuka. Jika biskut ni ada dalam beg aku jadi
bermakna biskut yang aku
makan tadi… Ya… biskut yang dimakannya tadi
adalah
kepunyaan lelaki itu. Alangkah malunya dia atas
segala tindakannya terhadap
lelaki itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut
dengannya sehingga biskut
yang terakhir biar pun dari awal lagi wanita itu telah
menunjukkan reaksi
marahnya. Untuk meminta maaf sudah terlambat
namun hatinya penuh kekesalan
kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi
dengan orang lain. Kini dia
menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang
sebenarnya.
"
Power Mac G5 Quad memang tiada tandingan
Wednesday, April 5th, 2006APPLE
memperkenalkan barisan komputer desktop Power Mac G5 yang bercirikan Power Mac
G5 Quad untuk menyediakan empat pemprosesan teras daripada dua cip pemproses
dwi-teras Power PC G5 berkelajuan 2.5 GHz.
Power Mac G5 Quad memang tiada tandingan

BARU: Power Mac G5.
APPLE memperkenalkan barisan komputer desktop Power Mac G5 yang bercirikan
Power Mac G5 Quad untuk menyediakan empat pemprosesan teras daripada dua cip
pemproses dwi-teras Power PC G5 berkelajuan 2.5 GHz.
Semua model baru ini bercirikan pemproses dwi-teras, arkitektur baru PCI
Express dan pilihan fungsi grafik berprestasi tinggi termasuk Quadro FX 4500
NVIDIA, sekali gus membawa standard industri untuk grafik komputer stesen
kerja kepada Mac.
Dengan dua cip pemproses dwi-teras, yang setiap satunya dengan cache L2 1MB,
mesin berkuasa tinggi ini menjadi suatu penemuan baru dari segi prestasi ke
atas aplikasi yang digunakan oleh profesional kreatif dan saintis.
Contoh perbandingannya, penggunaan aplikasi Final Cut Pro 5 untuk memecah
kod kandungan video SD dalam Power Mac G5 Quad boleh memberikan sehingga 60
peratus lebih laju berbanding Power Mac G5 dwi-pemproses 2.7 GHz.
Begitu juga dalam penggunaan Adobe After Effect yang membuat proses
�rendering� kesan khas video sehingga 69 peratus lebih laju, manakala Adobe
Photoshop mampu memproses 45 fungsi penapis sehingga 43 peratus lebih laju.
Model ini yang sudah berada di pasaran tempatan dijual pada harga bermula
dari RM8,499 hingga RM14,299.
