Archive for June, 2006

Piala Dunia FIFA

Tuesday, June 20th, 2006

Replika Piala Dunia 1990

Piala Dunia FIFA atau lebih dikenali sebagai Piala Dunia adalah pertandingan yang paling penting dalam bola sepak antarabangsa. Ia dianjurkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Federation Internationale de Football Association (FIFA)), organisasi yang mentadbir sukan berkenaan dan ia dipertandingkan oleh pasukan-pasukan bolasepak kebangsaan lelaki dari kalangan negara-negara ahli FIFA. Kejohanan ini diadakan setiap empat tahun sejak 1930 (kecuali dalam tahun 1942 dan 1946 disebabkan oleh Perang Dunia ke-II). Walau bagaimanapun, ia lebih merupakan acara yang sentiasa berjalan kerana pertandingan kelayakan mengambil masa tiga tahun di antara pusingan-pusingan akhir.

Fasa pertandingan akhir (biasanya dipanggil sebagai pusingan akhir) melibatkan 32 pasukan kebangsaan yang bertanding selama empat minggu di negara tuan rumah yang dicalonkan, yang mana pertandingan ini merupakan pertandingan yang paling ramai penontonnya di dunia. Dalam 17 pertandingan yang telah diadakan, hanya tujuh negara sahaja yang pernah memenangi pusingan akhir Piala Dunia iaitu Brazil yang merupakan pemegang terkini, juga merupakan pasukan yang paling berjaya dalam Piala Dunia telah memenangi Piala Dunia sebanyak lima kali, manakala Jerman dan Itali mengikuti dengan tiga kali masing-masing. Pusingan akhir Piala Dunia yang terkini sedang berlangsung di Jerman di antara 9 Jun dan 9 Julai 2006.

10 Kunci Persahabatan Yang Baik

Tuesday, June 20th, 2006

————————————–
10 Kunci Persahabatan Yang Baik
—————————————

1) Pilih orang yang mempunyai minat yang sama
seperti anda supaya anda mempunyai persamaan,
tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung
tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap
terbuka baik untuk anda.

2) Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu
berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda
suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati
orang lain,orang lain akan menghormati anda juga.

3) Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna,
setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan
kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama
lain adalah kunci persahabatan yang baik.

4) Hargai pendapat satu sama lain.

5) Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun
tidak dapat bersama 24 jam.Bina minat-minat yang
lain dan jangan cemburu apabila kawan anda
mempunyai minat-minat yang lain juga.

6) Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak
boleh membaca fikiran anda.Sekiranya ada sesuatu
yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.

7) Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan
(stress) menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang
baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan
kepada mereka, tetapi
jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan
perasaan … dan sebagai balasan anda sepatutnya
bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.

8) Belajar daripada satu sama lain.

9) Jangan mengata di belakang kawan anda.

10) Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana
anda tidak boleh menariknya kembali.

Pembaziran Simen Yang Melampau

Monday, June 19th, 2006

Dengan ketinggian 330 meter ianya mungkin tidak mencapai status bangunan tertinggi di dunia. Tetapi ia mungkin adalah hotel tertinggi di dunia, tetapi dengan dua masalah, ianya tidak pernah disiapkan dan jika siap pun, orang lain akan bina hotel yang lebih tinggi.

Hotel Ryugyong (Ryu-Gyong Hotel) adalah satu binaan konkrit yang kosong, terletak di Sojang-dong di daerah Potong-Gang, Pyongyang di Korea Utara. Dengan ketinggan 330 meter, 105 tingkat dan keluasan 360,000 meter persegi, ia merupakan pencakar langit yang unggul dan merupakan struktur terbesar di negara tersebut.

Sekiranya disiapkan, ia merupakan hotel tertinggi di dunia dan bangunan ke-7 terbesar di dunia. Namun kini ia ditinggalkan tidak siap dan tidak berpenghuni.

Pembinaan bangunan berbentuk piramid ini dimulakan pada tahun 1987. Struktur konkrit ini mempunyai tiga sayap, setiap sayap berukuran 100 meter panjang dan 18 meter lebar, mengecil sehingga membentuk puncak. Kren binaan di pasang di puncak, dan sekarang ia merupakan sebahagian dari struktur tersebut.

Binaan ini merupakan saingan kepada syarikat Korea Selatan yang membina Hotel Stamford di Singapura pada tahun sebelumnya dan sebagai langkah menarik pelabur dari barat. Sebuah firma, Ryugong Hotel Investment and Management Co. ditubuhkan untuk mendapatkan $230 juta dalam pelaburan asing. Ianya telah dimasukkan kedalam peta dan setem walaupun ianya belum siap - separuh pun.

Hotel dengan 3,000 bilik dan 7 restoran berputar ini dijangka dibuka pada Jun 1989 sempena Festival Remaja dan Pelajar Dunia, tetapi masalah dengan cara binaan dan bahan binaan melewatkannya. Akhbar Jepun menganggarkan kos binaan adalah $750 juta iaitu 2% dari GDP (Pengeluaran Domestik Kasar) Korea Utara dan pada tahun 1992, pembinaan dihentikan atas sebab kewangan, kekerapan putusnya bekalan elektrik dan menghindari kebuluran. Kren binaan masih ada di puncak bangunan.

Struktur asasnya telah siap tetapi tidak pernah disahkan selamat untuk diduduki. Tiada tingkap dan aksesori dipasang. Menurut satu sumber, konkrit yang digunakan adalah dari kualiti yang tidak sesuai dan tidak selamat. Kerajaan Korea Utara sedang cuba menarik pelaburan $300 juta untuk membina hotel baru menggantikan Hotel Ryugyong ini dan pada masa yang sama, binaan ini telah dikeluarkan dari peta dan setem

Mari sama-sama fikirkan

Monday, June 19th, 2006

The Prophet's Mosque in Medina

Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus. Pikiran yang terbuka dan mulut yang tertutup merupakan suatu kombinasi kebahagiaan. Semakin banyak Anda berbicara tentang diri sendiri, semakin banyak pula kemungkinan untuk Anda berbohong. Jika Anda tidak mampu menjadi orang pandai, jadilah orang yang baik. Seorang teman sejati akan membuat Anda hangat dengan kehadirannya, mempercayai akan rahsianya dan mengingat Anda dalam doa-doanya.

Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan. Jika kita berbuat baik, kebaikan pula yang akan kita terima kelak. Senyum tidak hanya akan menampilkan wajah yang cerah, namun juga menghangatkan jiwa. Cinta itu angkuh dan lembut. Lebih baik memiliki cinta daripada memiliki semua bintang di langit. Yang penting bukan berapa lama kita hidup, tetapi bagaimana kita hidup. Nasihat yang baik tidak pernah datang terlambat. Iri hati yang ditunjukan kepada seseorang akan melukai diri sendiri.

Anda hidup sekali saja didunia ini, tetapi jika anda hidup dengan benar, sekali saja sudah cukup. Kenangan indah masa lalu hanya untuk dikenang, bukan untuk diingat-ingat. Rasa takut bukanlah untuk dinikmati, tetapi untuk dihadapi. Orang bijaksana selalu melengkapi kehidupannya dengan banyak persahabatan. Lidah anda yang menentukan siapa anda. Diantara isi rumah tangga, anak-anaklah yang terbaik. Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri. Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.

Jika Anda tidak memulai hari ini dengan senyuman, belum terlambat untuk mencubanya pada hari esok. Buka mata kita lebar-lebar sebelum menikah, dan biarkan mata kita setengah terpejam sesudahnya. Persahabatan sejati layaknya kesihatan, nilainya baru kita sedari setelah kita kehilangannya. Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu di dalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala anda lupa akan lirik-liriknya. Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran. Dialah hiasan dikala kita senang dan perisai diwaktu kita susah. Namun kita tidak akan pernah memiliki seorang teman, jika kita mengharapkan seseorang tanpa kesalahan. Kerana semua manusia itu baik kalau kita mampu melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kita mampu melihat keunikannya tapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kita tidak mampu melihat keduanya.

Tak seorang pun sempurna. Mereka yang mahu belajar dari kesalahan adalah bijak. Menyedihkan melihat orang berkeras bahwa mereka benar meskipun terbukti salah. Bila Kita mengisi hati kita dengan penyesalan untuk masa lalu dan kekhuwatiran untuk masa depan, kita tak memiliki hari ini untuk kita syukuri. Perlukah merasa kecil dan malu dihina? Orang yang dihina itu sebenarnya memungut pahala tanpa perlu bersusah payah.
Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat. (Khalifah Abdul MAlik bin Marwan)

Barang siapa yang selalu kekenyangan maka banyaklah dagingnya, dan siapa yang banyak dagingnya maka kuatlah nafsunya. Siapa yang kuat nafsunya maka banyaklah dosanya, siapa yang banyak dosanya maka keraslah hatinya dan siapa yang keras hatinya maka tenggelamlah dia dalam bencana dunia serta keindahannya. Sesungguhnya sebahagian perkataan itu ada yang lebih keras dari batu, lebih tajam dari tusukan jarum, lebih pahit daripada jadam dan lebih panas daripada bara. Sesungguhnya hati adalah ladang, maka tanamlah ia dengan perkataan yang baik, kerana jika tidak tumbuh semuanya (perkataan yang tidak baik) nescaya tumbuh sebahagiannya.

Tidak ada simpanan yang lebih berguna daripada ilmu. Tidak ada sesuatu yang lebih beruntung daripada adab. Tidak ada kawan yang lebih bagus daripada akal. Tidak ada benda ghaib yang lebih dekat daripada maut. Sekali tidak berhasil bukan bererti gagal selamanya. Kebahagiaan takkan pernah mampu dibeli dengan wang. Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina. Orang yang mencintai akhirat, dunia pasti menyertainya. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

Sesungguhnya orang-orang yang berlaku adil di sisi Allah laksana berada di atas mimbar yang terbuat dari cahaya. Mereka itu orang-orang yang berlaku adil dalam menetapkan hukum baik kepada rakyat mahupun kepada keluarga. Tiga sifat yang menyebabkan penyandangnya tidak tenteram dalam hidupnya : iri, dengki, dan akhlak buruk. Hiduplah Sesuka hatimu, Sesungguhnya kamu pasti mati. Cintai siapa saja yang kamu senangi, Sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya. Lakukan apa saja yang kamu kehendaki, Sesungguhnya kamu akan memperoleh
balasannya .
//www.ekuator.com/coverbesar/m-al_quran_bicara_tentang_jiwa.jpg” cannot be displayed, because it contains errors. 
Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan. Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan. Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan. Tidak ada kebaikan bagi shadaqah kecuali niat yang ikhlas. Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan dan keamanan

NUR AMIRA, ADI PUTRA VS MAWI

Friday, June 16th, 2006

Ana tertarik untuk menyiarkan satu artikel yang ana dapat melalui email. Mungkin ianya sudah disampaikan oleh berbilang tangan sehingga ana gagal untuk mengesan siapakah penulis email ini sebenarnya. Namun pada ana yang serba kekurangan ini, ianya adalah sesuatu yang dapat membuka minda kita yang mungkin selama ini terkatup. Mungkin juga ianya boleh dijadikan sebagai asas perjuangan yang baru. Ana bukan fanatik sesiapa pun namun sememangnya kita sentiasa terlupa apa yang sepatutnya kita banggakan dan apa yang sepatutnya kita perjuangkan. Ana mohon maaf kalau artikel ini nanti menyinggung mana-mana pihak. Setiap individu pastinya mempunyai pendapat yang tersendiri dan di Malaysia yang mengamalkan amalan penuh BERDEMOKRASI ini setiap individu bebas mengeluarkan pendapatnya…

_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_

U all tau… Mawi tak akan dapat membela bangsa  kita mahu pun mendidik anak-anak kita menjadi insan yang soleh..dia sendiri pun hanya dapat gred 3 SPM… hanya media yg berjaya menyeret dia untuk meraih rezki yg kebenyakan ulama mempertikaikan status halalnya… dari seorang yg kononnya berakhlak dan beragama dia dibentuk menjadi seorang yg bebas dari belenggu syariat… namun
tangan0tangan kotor telah berjaya menyarungkan jubah konvo yang hanya layak di pakai oleh insan yang cemerlang dalam pendidikan… tidak hairan para remaja mula berhujah: " masuk universiti tak dapat keje..apa ada pada nilai ilmu?… Mawi dpt Gred 3 SPM pun boleh konvo jugak..lebih kaya dari lulusan universiti"… .sukar untuk menjawabnya.

Nun di sana..ada seorang insan comel..bernama Adi Putra… punya kecemerlangan dalam bidang Math yg sukar dicapai oleh walau seorang siswa… beliau dgn petah memberitahu bahawa dia ingin menjadi seorang Profesor Mathematic Islam, dia sangat taat dalam agama..tekun dalam mempelajari syariat Allah… namun tiada pihak "media" dan "pemimpin" kita ambil peduli… bahkan dicari pula kelemahan Adi yg kononnya hanya terer dlm satu bidang
saja..perlu diingat..profesor universiti pun hanya pakar dalam satu bidang saja… mana ada pakar doktor perubatan dlm masa yg sama adalah pakar kejuruteraan?… tapi atas keinginan untuk mengenepikan Adi… berbagai alasan di buat… akhirnya keluarga Adi terpaksa mencari arah sendiri dalam menentukan masa depan pelajaran dan cita-cita Islam Adi…

Muncul pula adik Nor Amiira… yg berjaya menghafal 30 juz Al Quran seusia 10 tahun … dia mula membaca dan menghafalnya ketika usia 5 tahun… dalam satu pertandingan hafazan dia telah mendapat tempat kedua … peserta semuanya berusia 15 tahun ke atas… cerita itu terus sepi… "media" dan "pemimpin" kita tidak berminat
mempopularkan tokoh2 kecil ini… tiada juga bantuan yg diberikan…

tetapi perlu diingat: ada insan seperti amalina yang mendapat 17A SPM telah diberikan penghormatan yg tinggi dan biasiswa untuk belajar di luar negara ( sekarang dah tak pakai tudung), tak kurang juga Sophia yg duduk di London tu mendapat juga penghormatan negara..di jaja ceritanya tak habis-habis di TV kita suatu masa dulu yg sekarang kabarnya dah murtad. Ok juga media dan pemimpin kita kan?…

Inilah yg perlu kita cari titik perbezaan dan persamaannya… sama-sama kita renungkan:

Adi dan Amira membawa cita-cita keislaman dan bakal membawa pembaharuan jika di beri peluang… maka mereka tidak mendapat apa-apa preveilege.

MAWI membawa bangsa kita leka dan nyanyuk maka dia mendapat tempat dan penghargaan.

Amalina dah pun tak pakai tudung lagi… sama dgn Mawi..maka dia tidak lagi membawa apa-apa mesej Islam… tetapi die masih di sokong.

Sophia ( bukan warga kita) mak melayu ayah org asing juga mendapat layanan dan kemuliaan sebab tiada membawa apa2 mesej ISlam… so mesti di beri sokongan.

Dengan itu dapatlah kita faham… .bangsa kita ini hanya akan memuliakan anak-anak kita yang berjaya dalam "hiburan’ dan " menolak syariat". Bagi anak-anak yg bakal menyedarkan Umat ..awas !! anda adalah musuh bangsa dan negara ini..

Kenya’s ‘Quranic Fish’ recovered

Friday, June 16th, 2006


A fish with markings that resembled a Koranic text
has been found by Kenyan officials after vanishing from the fisheries
office where it was stored.

The tuna fish, which had provoked intense interest from
Muslims, had apparently been stolen by people posing as National Museum
officials.

The fish was found at the shop where it had first come to public attention.

The fish was being studied to find out if the Arabic inscription "You are the best provider" was natural or a hoax.

Sceptics say the writing was the work of someone who caught the fish and then threw it back into the sea.

But others say this would be impossible, and local imams are said to have been talking in the mosques about the fish.

Heritage

The owner of the Takaungu Fish Shop in Mombasa’s old
town is being questioned by police, who are also seeking another man in
connection with the alleged theft.

Close up of the marking on the tuna fish (Picture taken by the BBC's Odhiambo Joseph)

The text is close to the Koranic verse: "Wa anta khair al-raziqin"

The shop-keeper said a man had brought the fish to him for preservation.

Over the weekend, people thronged to the shop after the owner noticed the tuna fish’s remarkable markings.

It had been caught by fisherman Said Ali at the end of
last week at Vanga, a small fishing port on the Kenyan coast, 50km
south of Mombasa.

For safekeeping, the 2.5 kg (five pound) fish was moved to the fisheries department.

After being asked by Muslim leaders in Kenya, Kenya’s
National Museum had offered to take custody of the fish and preserve it
for the country’s heritage.

The reported theft followed numerous attempts by locals and Muslim scholars to buy the mysterious fish.

An official at the fisheries department in Mombasa said someone had even offered to pay as much as $150.

Under normal circumstances the fish would fetch not more than $6.

B.O.L.A.?

Thursday, June 15th, 2006

//i5.tinypic.com/14jqght.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.
BOLA…..merupakan satu benda yang telah menjadikan rakyat dunia dilanda wabak ‘demam’. TETAPI harus diingat semua dengan sebiji BOLA ia boleh mencorakkan berbagai bentuk dan ragam di dunia ketika ini.

Dengan bola lah IRAN dan AMERIKA boleh bersama di atas padang….dengan bola lah semua rakyat dunia boleh terlupa seketika perkara2 lain….

Dengan bolalah umat Islam di dunia mampu berjaga malam walaupun hakikatnya suruhan nabi saw supaya umatnya berjaga sepertiga malam amat berat hendak dilakukan….

Oleh itu sedarlah jangan menjadikan bola sebagai musuh kita kepada agama kerana dengan BOLA…ianya mampu menjadikan Buat Orang Lupa Agama @ Buat Orang Lupa Akhirat……jadi berpada-padalah denganbola….
//espanol.sportsbook.com/livesports/soccer/2006cup.gif” cannot be displayed, because it contains errors.