10 Kunci Persahabatan Yang Baik
————————————–
10 Kunci Persahabatan Yang Baik
—————————————
1) Pilih orang yang mempunyai minat yang sama
seperti anda supaya anda mempunyai persamaan,
tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung
tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap
terbuka baik untuk anda.
2) Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu
berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda
suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati
orang lain,orang lain akan menghormati anda juga.
3) Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna,
setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan
kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama
lain adalah kunci persahabatan yang baik.
4) Hargai pendapat satu sama lain.
5) Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun
tidak dapat bersama 24 jam.Bina minat-minat yang
lain dan jangan cemburu apabila kawan anda
mempunyai minat-minat yang lain juga.
6) Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak
boleh membaca fikiran anda.Sekiranya ada sesuatu
yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.
7) Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan
(stress) menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang
baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan
kepada mereka, tetapi
jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan
perasaan … dan sebagai balasan anda sepatutnya
bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.
Belajar daripada satu sama lain.
9) Jangan mengata di belakang kawan anda.
10) Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana
anda tidak boleh menariknya kembali.
June 22nd, 2006 at 8:54 pm
kawan yang baik ialah kawan yang sentiasa mendoakan kawan nya…doalah untuk kejayaan nya bersama~
June 29th, 2006 at 4:27 am
Betul tu…
Setuju.
…dan juga
Kawan yg bersama kita semasa kita susah dan senang.
September 5th, 2006 at 10:28 pm
sedikit tambahan…
“kawan yang baik adalah kawan yang selalu berdoa untuk kawannya tanpa diketahui oleh kawan yang didoakan…”
n one more…
“kalau nak tahu macam mana peribadi seseorang itu lihatlah dengan siapa dia berkawan…”
saje nak kongsi..
September 8th, 2006 at 6:09 am
kite leh berkawan ngan sesape saje tak kre tua or mude tp iman kte kne kuat supaye x terpengaruh ngan perkara2 negatif tetapi sebaliknya kte kne nasihatkan kwn kte yg bersifat negatif kearah positif…