Pembaziran Simen Yang Melampau
Dengan ketinggian 330 meter ianya mungkin tidak mencapai status bangunan tertinggi di dunia. Tetapi ia mungkin adalah hotel tertinggi di dunia, tetapi dengan dua masalah, ianya tidak pernah disiapkan dan jika siap pun, orang lain akan bina hotel yang lebih tinggi.
Hotel Ryugyong (Ryu-Gyong Hotel) adalah satu binaan konkrit yang kosong, terletak di Sojang-dong di daerah Potong-Gang, Pyongyang di Korea Utara. Dengan ketinggan 330 meter, 105 tingkat dan keluasan 360,000 meter persegi, ia merupakan pencakar langit yang unggul dan merupakan struktur terbesar di negara tersebut.
Sekiranya disiapkan, ia merupakan hotel tertinggi di dunia dan bangunan ke-7 terbesar di dunia. Namun kini ia ditinggalkan tidak siap dan tidak berpenghuni.
Pembinaan bangunan berbentuk piramid ini dimulakan pada tahun 1987. Struktur konkrit ini mempunyai tiga sayap, setiap sayap berukuran 100 meter panjang dan 18 meter lebar, mengecil sehingga membentuk puncak. Kren binaan di pasang di puncak, dan sekarang ia merupakan sebahagian dari struktur tersebut.
Binaan ini merupakan saingan kepada syarikat Korea Selatan yang membina Hotel Stamford di Singapura pada tahun sebelumnya dan sebagai langkah menarik pelabur dari barat. Sebuah firma, Ryugong Hotel Investment and Management Co. ditubuhkan untuk mendapatkan $230 juta dalam pelaburan asing. Ianya telah dimasukkan kedalam peta dan setem walaupun ianya belum siap - separuh pun.
Hotel dengan 3,000 bilik dan 7 restoran berputar ini dijangka dibuka pada Jun 1989 sempena Festival Remaja dan Pelajar Dunia, tetapi masalah dengan cara binaan dan bahan binaan melewatkannya. Akhbar Jepun menganggarkan kos binaan adalah $750 juta iaitu 2% dari GDP (Pengeluaran Domestik Kasar) Korea Utara dan pada tahun 1992, pembinaan dihentikan atas sebab kewangan, kekerapan putusnya bekalan elektrik dan menghindari kebuluran. Kren binaan masih ada di puncak bangunan.

Struktur asasnya telah siap tetapi tidak pernah disahkan selamat untuk diduduki. Tiada tingkap dan aksesori dipasang. Menurut satu sumber, konkrit yang digunakan adalah dari kualiti yang tidak sesuai dan tidak selamat. Kerajaan Korea Utara sedang cuba menarik pelaburan $300 juta untuk membina hotel baru menggantikan Hotel Ryugyong ini dan pada masa yang sama, binaan ini telah dikeluarkan dari peta dan setem