Archive for July, 2006

Perang Israel ke atas Palestin, Lebanon.. satu pandangan

Thursday, July 27th, 2006


Tercetusnya serangan Israel ke atas Palestine dan Lebanon didakwa Israel sebagai mekanisme mereka (Israel) mempertahankan dirinya dari keganasan Palestin dan Lebanon. Amerika Syarikat pula galak menyokong perilaku sekutunya berpaksikan kenyataan ini. Benarkah ianya suatu sebab yang boleh diterima masyarakat dunia? Seseorang yang berfikiran waras tentu sekali tidak dapat menerimanya.

Tapi, tunggu!! Gerak saraf (propaganda) yang dimainkan Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya melalui media elektronik dan juga peras ugut melalui kekuatan ketenteraan dan ekonomi, sedikit demi sedikit mempengaruhi minda masyarakat dunia untuk "mempercayai", lantas akur pada pembohongan mereka. Lupakah kita bahawa AS dan Britain menyerang Iraq dengan sebab yang dibuat-buat, kononnya Iraq mempunyai "weapons of mass destruction". Hingga ke hari dan saat ini dakwaan mereka tidak dapat dibuktikan. Lebih menyedihkan ramai yang sudah lupa sebab-musabab Iraq diserang dan menganggap serangan ke atas Iraq sudah jadi isu basi. Kalau keluar surat khabar pun, dah malas nak baca.

Inikah yang bakal berlaku pada Palestin dan Lebanon? Apakah suatu hari nanti negara-negara ini akan kita lupakan? Patutkah kita, khususnya masyarakat Islam, tertipu lagi oleh puak-puak yang nekad hendak memusnahkan Islam?

Jika kita mengikuti siaran berita TV CNN dan BBC, pasti akan kita dengar berulang kali bagaimana kedua-duanya mendendangkan lagu bahawa Israel berhak menyerang Palestin dan Lebanon untuk mempertahankan diri dari "pengganas Hamas dan Hizbollah". Setiap siaran mereka akan mewar-warkan kekejaman Hammas yang telah menculik seorang tentera Israel dan kerakusan Hizbollah menculik dua anggota tentera Israel. Uniknya, hanya sekali-sekala berbisik-bisik bagaimana kabinet Palestin diculik dan dikurung pihak Israel. Itupun ulasan dibuat dengan nada yang bersahaja, menganjurkan kewajaran Israel bertindak demikian, yakni demi "mempertahankan diri". CNN dan BBC juga selalu menyebut bahwa Israel mengebom kubu kuat Hizbollah dan memusnahkan Hammas. Kali ini intonasi pemberita lebih berbentuk kebencian kepada "pengganas".

Kesemua cara/taktik propaganda yang digunakan di sini bertujuan meyakinkan masyarakat bahawa:

• Israel membedil Palestin dan Lebanon kerana mempertahankan diri daripada serangan pengganas yang bertapak di situ.

• Hammas dan Hizbollah adalah pertubuhan pengganas yang mesti diperangi seluruh masyarakat dunia.

Kesimpulan yang ingin mereka wujudakan di kalangan masyarakat dunia ialah:

• Israel baik dan sokongan harus diberi kepadanya di dalam apa jua perbahasan / perbincangan di peringkat Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

• Palestin dan Lebanon tidak harus dibantu kerana mereka menyokong keganasan. Ini dituju khas kepada negara-negara Islam termasuk Malaysia yang mengetuai OIC. Nampaknya AS dan sekutu-sekutunya berjaya setakat ini sehinggakan OIC tidak segera bertindak (sebab utamanya mungkin mengikut telunjuk AS walaupun orang Islam disembelih yahudi). Namun demikian, Timbalan Perdana Menteri baru-baru ini mengambil inisiatif dengan mencadangkan penubuhan Pasukan Pengaman.

Cadangan ini mungkin dialu-alukan oleh majoriti masyarakat dunia, tetapi pada hemat saya, ianya adalah satu langkah yang tidak bijak kerana ianya akan mengundang lebih banyak keburukan daripada faedah kepada Palestin dan Lebanon khususnya dan negara Islam amnya. Sila amati hujah di bawah:

• Tidak wujud pun kacau-bilau di dalam negara-negara Palestin, Lebanon mahupun Israel. Kacau-bilau yang kelihatan hari ini, di dalam ketiga-tiga negara tersebut ini adalah disebabkan serangan dan serangan-balas di kalangan mereka. Jika inilah keadaannya, kita memerlukan pasukan yang boleh mengamankan dan mensejahterakan ketiga-tiga negara tersebut dan pasukan pengaman hendaklah ditempatkan di ketiga-tiga negara tersebut. Adakah ini yang dimaksudkan Timbalan Perdana Menteri?

• Mengikut sejarah, Israel memang suka mencari alasan untuk menyerang jirannya, apatah lagi tindakan sedemikian direstui dan disokong sepenuhnya oleh Amerika Syarikat. Apa saja perjanjian aman tidak akan kekal selagi jiran-jirannya itu tidak tunduk kepada kehendak serakahnya. Benarlah apa yang tertulis dalam Al Quran.

• Perlu diingat pasukan pasukan pengaman selalunya diletakkan di negara yang lemah, seperti Afghanistan, Iraq dan dijangkakan pasukan pengaman yang dicadangkan Malaysia akan ditempatkan di Palestin dan Lebanon. Yang akan meraih faedah dalam hal ini ialah kuasa besar seperti AS, UK dan sebagainya. Mereka akan meletakkan perisik-perisik mereka dengan bebas mengumpul maklumat-maklumat perlu untuk kegunaan kemudian hari. Negara yang ditempatkan pasukan pengaman tidak juga aman, malahan menjadi semakin huru-hara. Lihat saja Afghanistan dan Iraq.

Dengan hal yang demikian, Malaysia dicadang untuk menarik balik cadangannya dan jika sekiranya PBB mencadangkannya, pasukan pengaman tersebut mestilah ditempatkan di Israel agar pasukan pengaman benar-benar boleh mengawal kerakusan Israel. Yang terbaik, Malaysia selaku Ketua OIC cadangkan agar negara-negara Islam bersatu untuk menangkis serangan Israel ke atas Palestin dan Lebanon.

Bersamamu Beirut

Saturday, July 22nd, 2006


Israel terus menyerang Lebanon dengan serangan-serangan udara yang semakin banyak meragut nyawa pihak-pihak awam yang tidak berdaya. Kanak-kanak menangis kehilangan ibu dan bapa. Rakyat miskin kehilangan tempat tinggal. Setiap saat, mereka menanti mendaratnya bom-bom buta yang tidak mengenal mangsanya.

Di persidangan PBB pula, ketika negara-negara lain membangkang tindakan Israel, muncul satu kuasa Veto keparat yang terus mempertahankan negara sekutunya itu. US masih lagi tidak belajar dari kesilapan mereka menindas Afghanistan dan Iraq. Di ketika ini, kita dapat melihat, betapa pincangnya kepimpinan PBB, yang sepatutnya mempertahankan keamanan dunia. Tapi, oleh kerana kuasa, kita hanya mampu bersuara.

Persoalan tentang suara, kini semua pihak mempersoalkan di manakah suara OIC? Malangnya rakyat Islam sedunia jika organisasi yang menaungi kita langsung tidak cuba melakukan sebarang protes kepada penderitaan yang dialami penduduk Lebanon. Tambah-tambah lagi memdihkan buat penduduk Malaysia, presiden OIC itu, ialah Perdana Menteri kita sendiri.

Saya terbaca beberapa sms yang dihantar di akhbar-akhbar tempatan yang menyentuh isu ini. Sms yang pertama bertanyakan, tiadakah diwujudkan sebarang derma sms untuk mangsa-mangsa perang di Lebanon? Dia mempersoalkan tentang undian-undian realiti TV yang berlambak, tetapi, demi rakan-rakan Islam kita yang semakin parah, tiada pula wang yang diperuntukkan.

Kemudian, satu lagi sms memperkatakan tentang isi hati penghantar sms yang ingin ke Lebanon mengangkat senjat mempertahankan maruah umat Islam, tetapi tidak berdaya. Pada saya, bukannya tidak berdaya, tetapi tiada campur tangan ketenteraan yang dilaksanakan oleh pihak negara kita. Pada pandangn saya, ini mungkin mesej dari negara kita yang ingin menyatakan pada Israel dan Amerika, ‘Jangan serang kami, kami tak masuk campur urusan anda!’

Dan sms terakhir yang saya ingin tekankan ialah tentang seorang penghantar sms yang mempertikaikan relevannya seorang bapa mengamuk anaknya tersingkir dari satu pertandingan realiti TV sedangkan kita sepatutnya amuk tentang tindakan Israel menyerang Lebanon. Ya, itu sebenarnya realiti yang berlaku di Malaysia. Hiburan itu lebih penting dari isu kebajikan. Lihatlah perbandingan antara remaja yang ingin menyertai pertandingan nyanyian dari PLKN. Ini jelas menunjukkan mentaliti rakyat kita. Malahan, pihak Israel juga bijak kerana menyerang Lebanon ketika demam Piala Dunia, langsung tertutup mata rakyat kita untuk sekurang-kurangnya mengambil masa mengasihani mereka, sebaliknya kita menangis kerana pasukan pilihan tersingkir dari Piala Dunia.

Kepada pemimpin negara, dan rakyat Malaysia, ambillah masa, bukalah minda!

Malaysian oh.. Malaysian!!

Saturday, July 22nd, 2006


KUALA LUMPUR 12 Julai - Jika majalah Reader‘s Digest meletakkan Kuala Lumpur sebagai bandar raya ketiga mempunyai penduduk paling biadap di dunia, bancian global oleh Hygiene Council pula mendapati masyarakat negara ini tidak tahu membasuh tangan dengan betul.

Kajian itu dijalankan ke atas lebih 1,000 responden di seluruh negara berbanding hanya 60 orang responden dalam kajian Reader‘s Digest.
Menurut Prof. John Oxford dari Queen Mary‘s School of Medicine and Dentistry London, rata-rata rakyat negara ini membasuh tangan secara ala kadar.
‘‘Kebanyakan mereka membasuh tangan kerana prosedur. Jika mereka memahami tangan yang bersih dapat mencegah penyebaran penyakit, tentunya tabiat membasuh tangan dengan betul dapat diterapkan secara efektif,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan hasil kajian pada satu majlis di sini hari ini.
Tambahnya, hanya 30 peratus sahaja responden bersetuju bahawa membasuh tangan merupakan cara pencegahan penyebaran kuman. Menurutnya, pelbagai jenis virus merebak dengan mudah melalui sentuhan seperti influenza yang menyebabkan penyakit selesema, Hepatitis A (radang hati), jangkitan usus dan cirit-birit.
‘‘Semua virus ini, mudah tersebar melalui tangan yang tercemar.
‘‘Untuk mengelakkan jangkitan, perkara asas boleh dilakukan ialah cuci tangan anda dengan bersih,” katanya.
Oxford berkata, kajian itu juga mendapati ramai mengambil jalan pintas dan tidak membasuh tangan dengan betul.
‘‘Sebanyak 34 peratus responden mengaku tidak membasuh tangan dengan betul sebelum atau selepas makan.
‘‘Sebanyak 29 peratus responden mengatakan mereka tidak membasuh tangan selepas ke tandas dan 18 peratus bersetuju mereka tidak membasuh tangan selepas bersin atau batuk,” katanya.
Menurutnya, sikap buruk rakyat Malaysia ini akhirnya akan membawa padah.

Pemain Bola Yang Beragama Islam

Friday, July 14th, 2006
 
Pemain kebangsaan Perancis, Franck Ribery tidak menyangka tindakannya menadah tangan memohon kepada Tuhan, seperti lazim dilakukan oleh org Muslim, sebelum sepak mula perlawanan sulungnya, kelmarin mencuri tumpuan umum bahawa dia sudah memeluk Islam. Bagi Ribery, 23, dia melihat keperecayaan barunya itu adalah hal peribadi dan tidak suka memperkatakannya dikhalayak ramai, kerana bimbang disalah tafsir penyokong Perancis.

Pemain tengah dan sayap Olympique Marseill itu juga enggan
memberitahu wartawan, kisah dia memeluk Islam , biarpun isterinya berasal dari Maghribi memaikan peranan penting mengapa dia memeluk Islam. Sesetengah media mendapat tahu semua itu berlaku selepas dia bermain utk kelab Galatasary di Turki selama setahun dan membantu kelab itu muncul juara Piala Turki pada 2005. Ribery jarang bercakap mengenai keyakinan terhadap keimanan sebagai seorang Muslim dan mendesak supaya papazazzi tidak menggangunya.

Islam adalkah sumber kekuatan saya sama ada diluar atau di dalam padang permainan,? katanya. ?Saya menghadapi kesukaran dalam membina karier, juateru saya mahu mencari kedamaian dlm jiwa dan akhirnya saya menemui Islamï”

Berita mengenai Ribery memeluk Islam pertama kali didedahkan oleh Majalah Lï ‘Express awal tahun ini, biarpun majalah mingguan itu tidak menyebut namanya dan hanya menyatakan seorang pemain skuad kebangsaan Perancis sering dilihat pergi ke masjid, di selatan Marseille. Menuru satu kajian, ratusan penduduk Perancis memeluk Islam setiap tahun di negara itu, namun mereka merahsiakannya kerana takut ditindas di rumah dan tempat kerja disebabkan pandangan streotaip mengaitkan Islam dengan keganasan.

Kapten Zinadini Zidane atau ?Zainuddin Yazid Zidaneï’ juga seorang Muslim. Begitu juga bekas jurulatih Perancis dan Jepun, Philippe Troussier memeluk Islam apabila mengahwini Dominique di ibu negara Maghribi.

Bekas penyerang Liverpool dan Manchester City, Anelka yg digugurkan dari senarai skuad Perancis, menggunakan nama ?Bilalï’ apabila memeluk Islam. Dia kini berhijrah menyertai kelab Liga Turki, Fenerbahce.

Perancis kini didiami antara enam hingga tujuh juta penduduk islam, golongan minoriti terbesar di Eropah. Steve Bradore dr Organisasi Shehada yg mengendalikan urusan berkaitan pemelukan Islam berkata masyarakat Muslim Perancis sepatutnya berbangga dengan Ribery.

Dia adalah contoh yg membanggakan kami berdasarkan persembahan unik dan kesederhanaannya? katanya kepada Islam Online.net.

Ribery dikatakan calon pengganti Zidane kerana pemain yg tiga kali dinobatkan Pemain Terbaik Fifa Sepanjang Zaman , bakal menarik diri selepas Piala Dunia 2006.

Dia memulakan karier bersama kelab tempatan, US Boulogne dan kemudian berpindah ke Ales, Brest dan FC Metz. Perpindahanya ke Marseille membolehkan Ribery menjadi pemain terbaik Perancis bagi bulan November 2005 sebelum dipilih menyertai skuad kebangsaan ke Jerman.

Islam Bukan Halangan

Franck Ribery bukan pemain Islam tunggal beraksi di Piala Dunia 2006 selain pemain Arab Saudi, Iran dan Tunisia. Rakan sepasukannya dalam skuad Perancis, Zinedine ‘Yazidï’ Zidane juga beragama Islam. Dia yg berketurunan Algeria membantu Perancis menjuarai Piala Dunia 1998 dan Euro 2000. Kehebatan corak permainan Zidane diiktiraf menerusi pemilihannya sebagai Pemain Terbaik Dunia sebanyak tiga kali.

Sweden pula mempunyai dua pemain Muslim dlm pasukannya Zlatan Ibrahimovic dan Rami Shaaban. Zlatan lahir dalam keluarga imigran Bosnia-Herzegovina yg berpindak ke Malmo, Sweden, manakala Rami pula campuran keturunan Mesir dan etnik Finland.

Belanda turut memiliki dua pemain beragama Islam, Robin van Persie dan Khalid Boulahrouz. Persie,menjaring gol menerusi sepakan percuma ketika menentang Ivory Coast, Jumaat lalu memeluk Islam selepas berkahwin dengan teman wanitanya yg berketurunan campuran Belanda-Maghribi, Bouchra

Khalid pula diturunkan sebagai pemain gantian dalam dua perlawanan Belanda sebelum ini ketika menentang Serbia dan Montenegro serta Ivory Coast. Pemain pertahan ini juga berketurunan Belanda-Maghribi.

Ivory Coast pula menyenaraikan dua pemain adik beradik beragama Islam, Kolo Toure dan Yaya Toure. Kolo bermain di posisi pertahanan manakala Yaya tengah. Yaya kini bermain utk kelab Greece, Olympiakos dan prestasinya mencuri perhatian beberapa kelab gergasi termasuk Manchester United, Chelsea dan AC Milan. Namun dia tidak menerima semua tawaran itu kerana mempunyai impian bermain bersama abangnya, Kolo di Arsenal

PANDANGAN TTG MAWI OLEH SEORANG USTAZ.. HEM3… WORLD!!

Friday, July 14th, 2006

Dahulu Mawi; Seorang qari yang pernah
melunakkan bacaan al-Quran. Antara petikan
surah yang pernah dibaca dan dilalui sepanjang
hidupnya: "Katakanlah kepada orang laki-laki yang
beriman; hendaklah mereka menahan
(merendahkan) pandangannya dan memelihara
kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci
bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui apa yang mereka perbuat" (Surah An-
Nur ayat 30).

Dan mengakhiri surah-surah yang dibaca sambil
duduk bersila penuh tertib dan adabnya.

Kini Mawi Qari yang sama memerdukan dan
menyaringkan nyanyian Antara petikan lagu
dendangannya: "siapa bilang gadis Melayu tak
menawan, tak menarik hati tiada
memikat…Aduhaiiiiiiiii…lemah lembut gayanya…"
(lagu penyanyi lama)

Dan mengakhiri lagunya sambil menari lantas
memandang tepat ke arah wanita yang berdiri di
sisinya.

Pandangan Kedua (2)

Dahulu Mawi seorang bilal yang pernah melaung
azan sambil berdiri tegak Antara terjemahannya
membawa erti "…menuju kejayaan"

Kini Mawi Bilal yang sama menyanyi lagu tema
rancangan sambil menari rancak Antara alunannya
berbunyi "…menuju puncak".

Pandangan Ketiga (3)

Memetik kata Mawi " ….dia mesti bertudung…"

Dengan petikan itu maka;
1.Tudung Mawi diberi nama dan laku diniagakan
2. Seorang peserta bukan Islam memakai tudung
secara bergurau lantas mengejar Mawi
3. Seorang juri wanita Islam yang tidak bertudung
tidak semena-mena memakai tudung berbentuk
selendang di kepala seraya berkata "saya kalau
nak komen Mawi mesti pakai tudung…"

Lantas disambut gelak hilai, sorakan, teriakan dan
jeritan penonton menyambung gurauan dan
perbuatan main-main ke atas tudung ini.

Main-main dengan hukum Allah.

Pandangan Keempat (4)

Fanatik, penyokong dan penonton Islam Mawi
akan mempertahankan Mawi habis-habisan
apabila dimaki tetapi apabila Nabi dan agama
Islam sendiri dicaci, di mana kalian ‘bersembunyi’
selama ini?
p/s :
Persoalan penyanyi atau artis semuanya
merupakan dari mereka yang jauh dari kebenaran
dan jauh dari rahmat ALLAH swt dalam hidayah
Islam. Kembalilah kepada ALLAH jauhilah kejahilan
dan kebathilan.

..:: Bola Punya Cerita ::..

Saturday, July 1st, 2006


Bola… bola… bola. Demam bola melanda kembali. Kali ni giliran Jerman menjadi tumpuan dunia selepas Korea dan Jepun empat tahun lalu. Semua orang bercakap pasal bola. Tak kira sama ada seseorang tu kaki bola, artis, selebriti, orang-orang biasa hatta yang tidak minat bola, dan pak-pak menteri dan Perdana Menteri pun bercakap pasal bola. “Ala, bukan selalu pun. Empat tahun sekali je.” Itulah ayat yang sering diberikan apabila bercakap tentang fenomena yang melanda dunia ketika ini.

PIALA DUNIA, WORLD CUP, atau namakan apa saja ia adalah fenomena yang melanda seluruh dunia pada masa ini. Bermacam-macam ramalan, spekulasi, pandangan, dan hujah sama ada secara jujur atau sinis diberikan. Ada yang meramalkan Brazil akan menjadi juara dunia buat kalike-6. Tak kurang juga pendapat mengatakan Jerman, England, atau Argentina akan menjadi juara pada edisi kali ini. Terdapat juga suara-suara yang menyatakan akan muncul satu kuasa baru bola sepak dunia. Kita tunggu dan lihat sahaja.

Apabila bercakap tentang Piala Dunia, tidak dapat lari hasrat kita semua untuk melihat pasukan kebangsaan negara kita beraksi di Piala Dunia. Jepun dan Korea Selatan yang kita selalu diberitahu oleh atuk-atuk dan bapak-bapak kita merupakan pasukan belasahan ‘HARIMAU MALAYSIA’ pada satu masa dahulu telah lama mendahului kita. Piala Dunia kali ini kalau tidak silap, adalah penyertaan kali ke-7 Korea Selatan dan kali ke-3 bagi Jepun. Di manakah kesilapan dan kelemahan pasukan bola sepak kebangsaan kita?

Lihat sahaja liga bola sepak negara kita sekarang. Walaupun diberikan nama yang gah seperti LIGA SUPER dan LIGA PERDANA, tetapi semuanya lesu macam LIGA PAUPER dan LIGA KEDANA. Kalau kita ke stadium pada satu-satu perlawanan bola sepak. Kita boleh membilang berapa kerat penyokong yang datang untuk menyaksikan perlawanan tersebut. Bahkan pernah terjadi beberapa tahun lepas di mana, stadium kosong tanpa penyokong pada satu perlawanan Liga Perdana. Memalukan apabila ianya terjadi bukan kerana hukuman daripada FAM tetapi kerana siaran langsung perlawanan menarik bola sepak luar negara. Apakah yang menyebabkan peminat bola sepak di negara kita beralih daripada liga tempatan kepada liga antarabangsa? Adakah liga kita begitu teruk sampai rakyat sendiri tidak mahu menyaksikan liga tempatan?

Tentu kita semua masih ingat tentang program pencarian bakat pemain bola sepak MY TEAM. MY TEAM telah berjaya menyemarak kembali semangat peminat bola negara kita kepada bola sepak negara. Hasilnya, semasa perlawanan antara MY TEAM menentang pasukan kebangsaan pada 28 Mei lepas, kita menyaksikan satu keadaan yang kita tidak pernah lihat sebelum ini. Stadium Nasional yang boleh memuatkan 100,000 orang, dipenuhi oleh penyokong-penyokong dan para peminat bola sepak tempatan. Kalau pasukan yang dikatakan ‘mi segera’ ini oleh Setiausaha Agung FAM boleh menyemarakkan semangat dan menghimpunkan peminat bola sepak tempatan, bayangkan apa yang akan terjadi sekiranya pasukan kebangsaan berjaya ke pusingan akhir Piala Dunia.

FAM memerlukan satu formula baru dalam mencari bakat-bakat baru pemain bola sepak negara. FAM tidak sepatutnya menghina atau memandang rendah mereka yang ingin membantu FAM dalam mencari bakat-bakat baru. Tindakan Setiausaha Agung FAM melabelkan pasukan MY TEAM sebagai ‘mi segera’ amat dikesali. Perkataan tersebut tidak seharusnya keluar daripada mulut seorang pemimpin FAM. Beliau terlupa bahawa MY TEAM ialah pasukan yang disokong oleh para peminat yang inginkan perubahan dalam bola sepak negara. Menghina MY TEAM seperti menghina mereka yang ingin melihat kemajuan bola sepak negara. Keupayaan pasukan kebangsaan sebenarnya boleh dipertikai. Kekalahan berturut-turut pasukan senior kepada Singapura pada perlawanan persahabatan. Apa cerita? Kemenangan 2-1 pasukan bawah 20 tahun kebangsaan yang telah dihimpunkan dan dilatih oleh bekas pemain kebangsaan selama beberapa bulan kepada pasukan ‘mi segera’ yang dihimpunkan dan berlatih hanya 6 minggu AMAT MEMALUKAN!!! Pada pandangan saya, pasukan bawah 20 tahun kebangsaan mempunyai keupayaan yang sama dengan MY TEAM. Dengan kata lain, pasukan tersebut boleh juga dilabel sebagai pasukan ‘MI SEGERA YANG TELAH KEMBANG.’

Akhir kata, sekiranya kita ingin melihat MALAYSIA bermain di Piala Dunia satu hari nanti, FAM hendaklah melakukan perubahan bukan hanya pada pemain tetapi juga pada pemikiran pemimpin-pemimpin mereka.