Bersamamu Beirut


Israel terus menyerang Lebanon dengan serangan-serangan udara yang semakin banyak meragut nyawa pihak-pihak awam yang tidak berdaya. Kanak-kanak menangis kehilangan ibu dan bapa. Rakyat miskin kehilangan tempat tinggal. Setiap saat, mereka menanti mendaratnya bom-bom buta yang tidak mengenal mangsanya.

Di persidangan PBB pula, ketika negara-negara lain membangkang tindakan Israel, muncul satu kuasa Veto keparat yang terus mempertahankan negara sekutunya itu. US masih lagi tidak belajar dari kesilapan mereka menindas Afghanistan dan Iraq. Di ketika ini, kita dapat melihat, betapa pincangnya kepimpinan PBB, yang sepatutnya mempertahankan keamanan dunia. Tapi, oleh kerana kuasa, kita hanya mampu bersuara.

Persoalan tentang suara, kini semua pihak mempersoalkan di manakah suara OIC? Malangnya rakyat Islam sedunia jika organisasi yang menaungi kita langsung tidak cuba melakukan sebarang protes kepada penderitaan yang dialami penduduk Lebanon. Tambah-tambah lagi memdihkan buat penduduk Malaysia, presiden OIC itu, ialah Perdana Menteri kita sendiri.

Saya terbaca beberapa sms yang dihantar di akhbar-akhbar tempatan yang menyentuh isu ini. Sms yang pertama bertanyakan, tiadakah diwujudkan sebarang derma sms untuk mangsa-mangsa perang di Lebanon? Dia mempersoalkan tentang undian-undian realiti TV yang berlambak, tetapi, demi rakan-rakan Islam kita yang semakin parah, tiada pula wang yang diperuntukkan.

Kemudian, satu lagi sms memperkatakan tentang isi hati penghantar sms yang ingin ke Lebanon mengangkat senjat mempertahankan maruah umat Islam, tetapi tidak berdaya. Pada saya, bukannya tidak berdaya, tetapi tiada campur tangan ketenteraan yang dilaksanakan oleh pihak negara kita. Pada pandangn saya, ini mungkin mesej dari negara kita yang ingin menyatakan pada Israel dan Amerika, ‘Jangan serang kami, kami tak masuk campur urusan anda!’

Dan sms terakhir yang saya ingin tekankan ialah tentang seorang penghantar sms yang mempertikaikan relevannya seorang bapa mengamuk anaknya tersingkir dari satu pertandingan realiti TV sedangkan kita sepatutnya amuk tentang tindakan Israel menyerang Lebanon. Ya, itu sebenarnya realiti yang berlaku di Malaysia. Hiburan itu lebih penting dari isu kebajikan. Lihatlah perbandingan antara remaja yang ingin menyertai pertandingan nyanyian dari PLKN. Ini jelas menunjukkan mentaliti rakyat kita. Malahan, pihak Israel juga bijak kerana menyerang Lebanon ketika demam Piala Dunia, langsung tertutup mata rakyat kita untuk sekurang-kurangnya mengambil masa mengasihani mereka, sebaliknya kita menangis kerana pasukan pilihan tersingkir dari Piala Dunia.

Kepada pemimpin negara, dan rakyat Malaysia, ambillah masa, bukalah minda!

One Response to “Bersamamu Beirut”

  1. Sue Says:

    ye..saya setuju dengan anda..
    baca doa qunut nazilah untuk mereka…

Leave a Reply