Archive for September, 2006

How dangerous Your Mobile Is ??? Be Careful

Friday, September 29th, 2006

Kepada sesiapa yang kerap menggunakan Handphone…Sila Baca!!!

Bagaimana 2 org wartawan Russia memasak telur dengan handphone mereka.
http://i10.tinypic.com/4grknyd.jpg

Vladimir Lagovski dan Andrei Moiseynko kedua-duanya daripada Akhbar Komsomolskaya Pravda
di Moscow telah membuat ujian betapa bahayanya penggunaan handphone.
Tidak ada apa yang mustahil memasak dengan menggunakan handphone. Rahsianya
disebabkan gelombang radio yang terpancar daripada handphone terbabit.

2 org wartawan ini membuat satu struktur microwave yang simple seperti yang
ditunjukkan di dalam gambar. Mereka membuat panggilan kepada  kedua2
handpone tersebut daripada telefon lain menggunakan  mode perbualan
[bukan SMS]. Kemudian mereka meletakkan tape recorder berhampiran telefon
untuk meniru bunyi orang sedang bercakap. Jadi handphone akan terus
berfungsi tanpa berhenti.
http://i10.tinypic.com/43hvwcg.jpg

Selepas 15 minit: telur menjadi panas.
Selepas 25 minit: telur menjadi semakin panas .
Selepas 40 minit: telur semakin panas dan separuh masak
Selepas 65 minit: telur telah pun masak (Seperti mana gambar dibawah)
http://i9.tinypic.com/2zz41v4.jpg

Apabila Anda…

Thursday, September 28th, 2006

PostSmile! PostSmile! PostSmile! PostSmile! PostSmile! PostSmile! PostSmile!     PostSmile! PostSmile! PostSmile! PostSmile! PostSmile! PostSmile! PostSmile!

PostSmile! Apabila semuanya serba tidak kena, dan anda tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat, ingatlah… anda masih boleh bersandar kepada Dia Yang Maha Mengasihi.

PostSmile! Apabila hidup diselubungi kegelapan, semuanya silap, carilah sinar itu dari Dia Yang Memberi Cahaya.

PostSmile! Apabila dibelenggu masalah, sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu mengambil kisah, ingatlah pada Dia yang tidak pernah melukakan hatimu. Dia Maha Adil.

PostSmile! Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu, jangan berputus asa kerana Dia melihat segala-galanya.

PostSmile! Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi, carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa.

PostSmile!Apabila hidup ini dirasakan seperti beban, segala-galanya goyah, bangunkan  semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa  itulah iradat-Nya.

PostSmile! Apabila jalan di depan digelapi mendung, sedangkan tiada sesiapa di sisi sudi menemanimu, carilah jalan lurus itu dari Dia, yang menjadi satu-satunya panduan hidup.

PostSmile! Apabila semua di sekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu, jangan kecewa kerana Dia Maha Mendengar.

PostSmile! Apabila miskin dan papa, anda terperangkap dalam kesempitan, ingatlah kepada Dia Yang Maha Mendengar.

PostSmile! Apabila engkau dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri, mengadulah kepada Dia Yannnnng Satu.

PostSmile! Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya, serahkan dirimu kepada Dia… satu-satunya tempat yang boleh digantungkan harapan.

PostSmile! Dan apabila parut lukamu dicederakan lagi, hatimu dicakari kebimbangan, ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar.

Kekeliruan Tentang Hadith Fadhilat Terawih

Monday, September 25th, 2006

Assalamualaikum…
Setiap kali masuk jer bulan puasa, ada jer org forward pasal hadis ni:

Kelebihan Sembahyang Sunat Terawih. Diriwayatkan oleh Saidina Ali daripada Rasulullah s.a.w. sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi s.a.w. mengenai fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat Terawih pada bulan Ramadhan.

Malam pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan daripada Allah.
Malam kedua: Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang yang beriman).
Malam ketiga: Berseru malaikat di bawah arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam keempat: Memperoleh pahala ia sebagaimana pahala orang- orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.
Malam kelima: Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat- malaikat yang tawaf di Baitul Makmur (70,000 malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.
Malam ketujuh: Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi a.s. menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamam.
Malam kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
Malam 10: Allah s.w.t. mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11: Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.
Malam 12: Datang ia pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13: Datang ia pada hari kiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14: Datang malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari kiamat.
Malam 15: Semua malaikat yang menanggung arasy, kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16: Allah s.w.t. tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
Malam 17: Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak-banyak pahala Nabi-nabi.
Malam 18: Seru malaikat: Hai hamba Allah! Sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapa engkau (yang masih
hidup atau mati).
Malam 19: Allah s.w.t. tinggikan darjatnya di dalam syurga Firdaus.
Malam 20: Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21: Allah binakan sebuah istana di dalam syurga daripada Nur.
Malam 22: Datang ia pada hari kiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tiada dalam keadaan huru-hara di padang Mahsyar)
Malam 23: Allah s.w.t. binakan kepadanya sebuah bandar di dalam syurga daripada Nur.
Malam 24: Allah buka peluang dua puluh empat doa yang mustajab bagi orang yang berterawih pada malam ini (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
Malam 25: Allah Ta’ala angkatkan daripadanya siksa kubur.
Malam 26: Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama empat puluh tahun ibadat.
Malam 27: Allah kurniakan kepada orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratal Mustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28: Allah s.w.t. kurniakan kepadanya seribu darjat di akhirat.
Malam 29: Allah s.w.t. kurniakan kepadanya pahala seribu kali haji yang mabrur.
Malam 30: Allah s.w.t. beri penghormatan pada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman yang bermaksud: Hai hambaKu! Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingin makan di dalam syurga dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kauthar.

=============================
Ulasan Berkenaan Fa
dhilat Terawih
=============================
Syeikh al-Qaradhawi dlm membicarakan (Kaifa nata’amul ma’a al Sunnah al Nabawiyyah) menjelaskan ada 3 perkara yang perlu dipegang oleh setiap Muslim supaya ia selamat dari penyelewengan dan takwilan secara jahil:

Pertama: mempastikan kethabitan/kesahihan sesebuah hadith berdasarkan timbangan ilmiah oleh para muhaddithin (ulamak hadith)
Kedua: memastikan kefahaman yang betul terhadap maksud sesebuah hadith
Ketiga: memastikan sesebuah hadith tidak bercanggah dengan nas yang lebih kuat darinya yaitu dari alQur’an dan hadith-hadith lain yang lebih kuat kedudukannya.

Imam Syafi’e yang mulia telah berpesan," Izaa Sahhal Hadith Fahuwa Madzhaabi" (apabila sahihlah sesebuah hadith, maka itulah madzhabku."

Berbalik kepada hadith popular bulan Ramadhan (fadha-il Malam- malam Tarawikh Imam Ali) gagal melepasi tahap pertama: Tidak thabit atau tidak disahihkan oleh mana-mana Imam Hadith. Tanyalah kepada mana-mana ahli hadith dan sudah pasti dia tidak akan jumpa hadith tersebut dalam Kutub asSittah (kitab hadis yang enam):  Bukhari, Muslim, atTurmudzi, Abu Daud, anNasa’iy dan Sunan Ibn Majah.

Manakala ia tidak menepati tahap kedua, yakni bercanggah dengan kefahaman sebenar tentang tasawwur puasa dan tidak sesuai dengan nilai keilmuan dalam Islam. Puasa dalam Islam yang dijelaskan oleh sumber yang sahih ialah sebagai salah satu jalan kepada taqwa. Taqwa itulah objektif puasa dan taqwalah jalan kemenangan dan kejayaan umat Islam dunia dan akhirat. Metod fadhilat adalah untuk mereka yang lemah akalnya dan masih kebudak-budakan yang amat terangsang dengan fadhilat dan kebendaan.

Hadis ini kemungkinan direka oleh Syi’ah untuk menonjolkan maqam ketinggian Ali KW yang di dakwa oleh Imam-imam Syi’ah banyak menerima hadis-hadis khusus yang tidak pernah diriwayatkan oleh sahabat-sahabat lain.

Hadis ini juga bertujuan memikat golongan awam yang jahil dengan pelbagai kisah dan riwayat. Ia direka oleh penglipurlara jahat supaya masyarakat jahil terpukau dan asyik mendengar ceritanya. Penglipurlara ini giat aktif di zaman Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Hadis ini juga mungkin direka oleh ahli zuhud dan tasawwuf yang menyeleweng bertujuan membangkitkan keghairahan orang awam yang jahil supaya giat beribadat tanpa ilmu.

Demikianlah penjelasan AsSyaikh Mustafa asSiba’iy dalam kitabnya asSunnah dan Imam Jalaluddin asSyuyuti (Tahdzirul Khawasy min akazibil Qasyasy).
Maka jauhilah dan tegahlah pengedaran hadis fadhail tarawikh Ramadhan tersebut dan gunalah dalil2 ini bila kita didatangkan dalil dalam bentuk hadis. Terlebih dahulu pastikan kesahihannya. Ingatlah amaran baginda,"sesiapa yang merekacipta hadis atas namaku, maka dia telah menempah tempat di Neraka."

PostSmile!
P/S: Tolong Forward kepada teman2. Harap hadith ini tidak disebarkan.

Dakwah secara berhikmah.

Monday, September 25th, 2006


[Yaletown, Canada]
Sebuah kisah pelajar kita di Kanada yang berdakwah kpd non-muslim, saya petik dr laman web seorang sahabat. Saya terfikir, alangkah baiknya jika ilmu & kemahiran berdakwah ini dipunyai oleh semua pelajar muslim!

Seorang pelajar, ustaz Azhari namanya pergi ke Canada utk menyambung pelajaran. Dia diminta memperkenalkan dirinya. Seorang Canada bertanya adakah dia seorang muslim. Ustaz itu mengiyakan sebelum orang Canada itu berkata, "I hate muslim, I really hate muslim!". (Bayangkan kali pertama anda memperkenalkan diri, orang berkata begitu pada anda,terkejut bukan?

Namun ustaz Azhari tetap berbaik dengan orang Canada itu, mengajak ke rumah, makan bersama hingga mereka jadi kawan yang baik. Ketika orang Canada  itu menerima jemputan dinner di rumah ustaz Azhari dia minta satu kaset & lagu tradisional dari ustaz Azhari. Ustaz Azhari akhirnya memberi satu kaset dan mengenakan syarat, kaset ini mesti didengari 15 minit sebelum tidur.

Malam itu, selepas 5 minit mendengar kaset, Canada itu menelefon ustaz Azhari, "Azhari, why this song there is no music instruments, but it really nice," Ustaz Azhari suruh dia mendengar kaset tersebut sehingga akhirnya Canada itu tertidur. Keesokkannya orang Canada tersebut datang berjumpa ustaz Azhari dan memberitahu dia bermimpi satu mimpi yang aneh dan menceritakan mimpi tersebut. Ustaz Azhari terkejut, mengurut dadanya, pantas mulutnya terucap kalimah "MasyaAllah!". Tuhan itu Maha Pemberi Hidayah.

Rupa-rupanya orang Canada itu mimpi kisah Nabi Yusuf dan Zulaikha dan yang ajaibnya kaset yang diberi olehnya ialah bacaan ayat Quran surah Yusuf.  Dan akhirnya Canada tersebut memeluk islam. Selepas itu, dia berjumpa lagi dengan ustaz Azhari, menceritakan yang dia punya 3 kesukaan, arak, perempuan dan malas nak mengerjakan solat. Ustaz Azhari berkata kepadanya yang dia boleh minum arak, bergaul dengan perempuan dan tidak mengerjakan solat, dengan syarat ketika dia hendak minum arak, dia hendaklah berkata, "Ya Allah, aku tahu arak ini kau larang, tapi aku suka amat akan arak ini,aku tak dapat nak tinggal, oleh itu ampunlah aku".

Perbuatan yang sama untuk perkara-perkara yang lain. "That’s easy, islam is easy kata Canada itu". Tapi seminggu selepas itu, Canada itu datang jumpa Ustaz Azhari dan menyatakan dia malu kepada Allah, minum arak, bergaul dengan perempuan,tidak mengerjakan solat, dalam diri memohon ampun pada Allah.

Dipendekkan cerita akhirnya, orang Canada itu menjadi muslim yang menghambakan dirinya pada Allah. Bayangkan apa yang terjadi andai ustaz Azhari menyuruh dia meninggalkan kebiasaannya yang dulu, pada saat ketika dia mula-mula memeluk islam? Apa yang akan berlaku? Begitulah pentingnya kemahiran dalam berdakwah. Dakwah itu perlu berhikmah!

PostSmile!

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna…

Saturday, September 23rd, 2006

http://www.aljamri.org/Cards/ramadhan-1425.jpg
Anggaplah!!! Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan yang terakhir untuk kita, kerana sesungguhnya Ramadhan akan datang belum pasti untuk kita bertemu dengannya. Sempatkah kita, bertemukah kita, bersuakah kita dengan Ramadhan akan datang hanya Allah jua yang tahu… Dakaplah Ramadhan sesungguh hati… peluk ciumlah Ramadhan ini dengan amalan yang melimpah ruah… belailah Ramadhan ini dengan rasa kehambaan dan takwa kepadaNya, semoga andai tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang jiwa kita tidak akan merintih menyesali buat selamanya. Tepuk dada tanyalah kepada Iman!!

Mengapa Wanita Gagal Menjadi Suri Rumah

Friday, September 22nd, 2006

http://www.spcity.com.my/hongjin/rumah1.jpg
Mengapa Wanita Gagal Menjadi Suri Rumah

Agak pelik dan hairan jika sekali-sekala kita mengunjungi rumah seseorang yang si isterinya tidak bekerja tetapi keadaan rumahnya tidak terurus. Persoalannya, apakah yang dibuat oleh si isteri ini sepanjang hari sehingga rumah tidak sempat hendak dikemaskan. Namun, itulah realitinya. Terdapat banyak faktor mengapa suri rumah gagal mengurus rumah dengan sempurna dan kemas. Antara sebabnya termasuk:

1. Sikap sambil lewa dan suka bertangguh. Mungkin kerana mereka sepanjang hari berada di rumah dan tidak perlu buat kerja dengan segera. Sepatutnya suri rumah sepenuh masa dapat mengurus rumah dengan lebih baik dan kemas. Tidak melakukan kerja secara tergesa-gesa hanya apabila ada orang nak datang.

2. Tidak menjadikan kerja mengemas rumah sebagai satu budaya hidup. Sesungguhnya apabila mengemas menjadi budaya harian, mereka tidak memerlukan masa yang panjang untuk mengemas rumah.

3. Tidak mendidik anak-anak supaya sentiasa bersih dan kemas. Sepatutnya anak-anak sejak kecil lagi dididik agar menghargai kebersihan. Jika sejak kecil sentiasa hidup dalam suasana bersih, sudah tentu ia akan menjadi budaya anak-anak kita pula.

4. Tidak berminat mengemas rumah. Hal ini berkemungkinan kerana mereka sudah biasa hidup dalam suasana yang tidak kemas dan tak terurus. Akibatnya bila sudah berkahwin, budaya itu turut terbawa-bawa.

5. Merasakan bahawa mengemas rumah bukan perkara penting malah merugikan masa kerana mesti dilakukan berterusan.

6. Suka mengunjungi rumah jiran tanpa mengira waktu sehingga tidak sempat hendak mengemas rumah. Malah ada yang berpendapat ‘tak apa tak kemas rumah asalkan ada makanan sudah cukup’. Seolah-olah telah hilang nilai kemanusiaan. Manusia yang sempurna tentu inginkan suasana yang kemas, bukan sekadar dapat makan. Kalau berfikiran begitu, maka samalah taraf manusia dengan haiwan.

7. Lupa bahawa itulah imej yang mempamerkan peribadi sebenar seseorang wanita. Tentu tidak wajar wanita Islam mengabaikan kebersihan dan kekemasan rumahtangga, sedangkan Islam amat menyuruh umatnya sentiasa bersih.

Faktor-faktor di atas telah dikenal pasti sebagai punca kegagalan mereka menguruskan rumah dengan sempurna. Tetapi mengapa hal ini terjadi? Di sini, para suami perlu meluangkan sedikit masa dengan membawa keluar anak dan isteri bersiar-siar atau berehat untuk menghilangkan kebosanannya. Di kesempatan itu, didiklah mereka akan budaya dan disiplin yang baik itu.

Sebenarnya, sebahagian suri rumah yang bermasalah ini tidak tahu hala tuju hidupnya. Kerana itu, para suri rumah perlu dibiar bergerak aktif untuk melihat keadaan sekeliling. Mungkin di sana mereka boleh belajar untuk mengurus masa dan mengemas rumah.

Computers Easter Eggs, Hidden Secrets

Thursday, September 21st, 2006

EASTER EGG


Ader sesape pernah dengar tentang easter egg?

Dalam dunia komputer, istilah easter egg adalah merujuk kpd ciri2 t’sembunyi di dalam sesebuah perisian, perkakasan, tapak web dan lain2. Ia adalah sesuatu yg tidak diduga, biasanya dlm bentuk mesej, imej, bunyi, animasi dan sebagainya. Biasanya ia menjadi rahsia dan hanya segelintir org yg mengetahuinya. Easter Egg juga tidak m’punyai sebarang tujuan yg disignifikasikan kecuali sebagai tanda tangan penciptanya dlm bentuk jenaka, helah tersembunyi atau seumpamanya yg biasanya akan m’buat kita t’senyum sendiri atau kadang2 boleh dijadikan modal untuk b’cerita kpd kawan2. 

Contoh:
———————————————————
Eater Egg Screen Saver Windows 95/98/Me/NT
———————————————————
Salah satu drpd screen saver Windows adalah 3D Text dlm bentuk 3D yg boleh anda taip apa shj. Tetapi jika anda taip perkataan ‘volcano’ sesuatu yg berbeza akan dipaparkan-iaitu senarai nama gunung berapi…

——————————
Easter Egg untuk Win98
——————————

Masuk ke folder Windows\ApplicationData\Microsoft\Welcome
Di dalam folder tersebut akan terdapat satu fail program iaitu Weldata.exe.
   Sediakan satu pintasan kepada program ini dgn mengklik sebelah kanan padanya dan pilih Create Shortcut drpd menu pop-up
    Apabila pintasan dihasilkan, klik kanan padanya dan pilih Properties.Sambungkan ayat "You_are_a_real_rascal" di sebelah kanan masukan yg sedia ada di bahagian Target.
   Ini akan menjadikan program Weldata.exe akan dilaksanakan dgn ayat "You_are_a_real_rascal" sebagai parameternya.
   Kemudian, di bahagian Run, ambil pilihan Minimized dan akhir sekali klik OK.
    Klik dua kali pada ikon pintasan tadi dan saksikan satu persembahan multimedia yg menyenaraikan nama2 yg terlibat dlm p’bangunan Windows 98.

———–
Notepad
———–

Untuk menyertakan tarikh dan waktu dlm notepad, anda hanya perlu letakkan cursor di kedudukan yg anda ingin menyertakan tarikh dan waktu dan tekan F5.

More Info:
http://www.eeggs.com/faq.html

For more Easter Egg visit:
http://www.eeggs.com/

Largest Shoes

Thursday, September 21st, 2006

Free Image Hosting (Photo)

Free Image Hosting (Photo)

Image Hosted by ImageShack.us 

Asyik tonton filem Bollywood, akidah boleh terpesong

Saturday, September 16th, 2006

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Hrkh) - Keasyikan menonton filem-filem Bollywood dan terkesan dengan elemen dalamannya antara punca seseorang itu boleh berpaling daripada akidah.

Pendakwah bebas, Shah Kirit Kakullal Govindji, berkata elemen-elemen romantik, kekacakan hero-hero Bollywood yang ditonjolkan dalam filem-filem berkenaan menjadikan faktor penarik di kalangan penonton.

Image
Shah Kirit Kakullal Govindji

"Bagi saya, filem Bollywood ini bahaya.  Tapi bukan semua filem Bollywood tak baik, tapi ada yang tak baiknya.  Temanya berkisar soal cinta jadi orang yang tengok selalu jatuh cinta," kata beliau, berseloroh ketika berucap dalam siri kuliah bulanan di hadapan kakitangan Harakah hari ini.

Katanya, tema Bollywood sering menerapkan soal cinta lebih penting dari segalanya. Ia lebih penting daripada keluarga, harta, kasta, malah agama.

Atas sebab itulah, serba-sedikit pemikiran orang yang menonton boleh terikut-ikut dengan elemen tersebut.

"Hero-heronya pula ‘handsome’ dan romantik.  Mereka diperlihat melalui filem itu bahawa lelaki India, berhidung mancung adalah seorang yang romantik.  Malah, ada seorang wanita pernah menyebut pada saya bahawa lelaki India lebih romantik berbanding lelaki Melayu.  Bila dah demikian, mereka lebih tertarik dengan lelaki berbangsa India, dan kemudiannya bercinta.

"Bila berlaku demikian, mereka dah tak hiraukan keliling.  Mereka akan berusaha untuk menyatukan hasrat mereka. Silap langkah wanita tadi boleh berpaling akidahnya hanya kerana terpengaruh dengan filem Bollywood," jelas beliau yang telah memeluk Islam hampir 10 tahun.

Justeru katanya, bagi menangani masalah berkenaan, ibu bapa perlu memantau dan menjelaskan baik buruk filem Bollywood tersebut.

"Kita tak boleh halang mereka tengok, kerana jika mereka cari jalan tengok di luar rumah akan jadi lebih bahaya.  Kita duduk sekali dengan mereka, dan beritahu yang ini tak baik, yang itu tak baik.  Lama-lama mereka akan memahami dengan lebih baik berkenaan filem itu," tegas beliau.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan konsep ketauhidan dan akidah yang perlu ditekankan kepada anak-anak sebagai benteng untuk tidak terjebak dalam gejala murtad.

Tubuh Sharon Membusuk Sedangkan Ia Masih Hidup!!!

Thursday, September 14th, 2006

Telah dikhabarkan oleh beberapa pemberita bahawa para doktor di Hospital Hadasa telah memasukkan Ariel Sharon (Bekas PM Israel laknatullah) ke bilik bedah untuk dilakukan pembedahan.

Dia (sengaja saya tidak menggunakan istilah ‘beliau’ utk si Yahudi bangsat ini kerana dia tidak layak bagi saya utk memakai kata ganti ‘beliau’!)  memiliki luka yang membusuk dan tidak sedarkan diri selama beberapa minggu.

Pembedahan tersebut dilakukan untuk menyambung semula bahagian-bahagian ususnya yang telah busuk yang mengakibatkan dirinya seolah-olah ‘berkarat’. Bahkan luka busuk tersebut telah tersebar dan menular ke bahagian tubuh lain!

Demikianlah kita saksikan keadaan musuh Allah SWT dan musuh Islam yang gemar menumpahkan darah. Hanya disebabkan otak beliau yang tersumbat pada awalnya, akhirnya boleh mengakibatkan keseluruhan tubuhnya menjadi rosak! (e.g daging ususnya yang busuk secara beransur-ansur) Lihatlah!!! Inilah pembalasannya akibat penindasannya terhadap umat Muhammad SAW yang terjadi terus menerus tanpa mengenal siang dan malam. Akhirnya dia menderita kelumpuhan di seluruh tubuhnya dan tidak dapat menggerakkan walau satu pun daripada anggotanya meskipun hanya dengan kerlipan mata!!!

Dialah yang memimpin para tentera untuk menyerang Sinai dan Lebanon, dia juga yang menyembelih para tawanan Mesir. Saat ini dia tidak sedarkan diri sama sekali dan tidak mengetahui langsung keadaan sekelilingnya.

Akhirnya Allah SWT memperlihatkan kepada kita bagaimana keadaan thaghut yang suka menumpahkan darah ini dengan ayat-ayat Allah SWT yang agung, iaitu dengan membusuknya jasad Ariel Sharon ini sedangkan dia masih hidup!!!

Demikianlah, mereka (para doktor) akan sentiasa memeriksa dan membedah anggota tubuhnya satu demi satu hingga terakhir sedangkan dia masih hidup. Benarlah firman Allah SWT;

"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa al-Qur’an itu benar" (Fushilat:53)

Dikutip dari:
Majalah Qiblati, Vol.01, No.09/Mei-Jun 2006,
Terbitan Jeddah, KSA.