Apabila Anda…

PostSmile! PostSmile! PostSmile! PostSmile! PostSmile! PostSmile! PostSmile!     PostSmile! PostSmile! PostSmile! PostSmile! PostSmile! PostSmile! PostSmile!

PostSmile! Apabila semuanya serba tidak kena, dan anda tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat, ingatlah… anda masih boleh bersandar kepada Dia Yang Maha Mengasihi.

PostSmile! Apabila hidup diselubungi kegelapan, semuanya silap, carilah sinar itu dari Dia Yang Memberi Cahaya.

PostSmile! Apabila dibelenggu masalah, sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu mengambil kisah, ingatlah pada Dia yang tidak pernah melukakan hatimu. Dia Maha Adil.

PostSmile! Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu, jangan berputus asa kerana Dia melihat segala-galanya.

PostSmile! Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi, carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa.

PostSmile!Apabila hidup ini dirasakan seperti beban, segala-galanya goyah, bangunkan  semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa  itulah iradat-Nya.

PostSmile! Apabila jalan di depan digelapi mendung, sedangkan tiada sesiapa di sisi sudi menemanimu, carilah jalan lurus itu dari Dia, yang menjadi satu-satunya panduan hidup.

PostSmile! Apabila semua di sekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu, jangan kecewa kerana Dia Maha Mendengar.

PostSmile! Apabila miskin dan papa, anda terperangkap dalam kesempitan, ingatlah kepada Dia Yang Maha Mendengar.

PostSmile! Apabila engkau dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri, mengadulah kepada Dia Yannnnng Satu.

PostSmile! Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya, serahkan dirimu kepada Dia… satu-satunya tempat yang boleh digantungkan harapan.

PostSmile! Dan apabila parut lukamu dicederakan lagi, hatimu dicakari kebimbangan, ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar.

10 Responses to “Apabila Anda…”

  1. Zahrah Says:

    peringatan buat diri yg kadang kala terlupa dan teralpa….
    trima kasih banyak2……..izo..

  2. fieza Says:

    “DI DALAM HATI MANUSIA ADA HAJAT DAN TIDAK AKAN TERBENDUNG KECUALI KECINTAAN KEPADA-NYA DAN BERMOHON KEPADA-NYA” “DI DALAM HATI MANUSIA ADA KEGELISAHAN DAN TIDAK AKAN TENANG DAMAI KECUALI BERLINDUNG, BERTEMU DAN BERJUMPA DENGAN-NYA”

  3. bint abu bakar Says:

    subhanallah :)

  4. as Says:

    ALLAH IS ALWAYZ IN MY HEART…

  5. - nurlynn - Says:

    DIA sentiasa dekat dgn kita semua..

  6. hiDaYaH Says:

    bagusnyer……kembali insaf kpd Illahi………

  7. mumiwati Says:

    kadang2 kita mengingatkan seseorang akan kedukaan dan kesusahan…tapi..bagaimana pula bila kita mengalaminya sendiri..orng lain tak merasai apa yg kita rasai dan alami sendiri tapi hanya melihat dan nasihat sebagai penganti diri…renungkanlah….izo..thanks atas nasihat..sungguh berguna dan akan ingati dan pergunakannya setiap hari….

  8. nur Says:

    yea…bila diri ini rasa sunyi…bila diri ini dilukai dan bila diri rasa kekurangan dalam segala hal….hanya pada Allah saja tempat mengadu….ku sujud pada nya bersama titisan airmata …memohon keampunan agar diberikan kekuatan utk terus melayari kehidupan ini….hanya Allah saja yg mengetahui akan segala gala nya dan kita harus selalu mengingati Dia….

  9. nur fadhiyatul Says:

    KATA2 NI BUAT SY BERSEMANGAT UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN SY…AMIN….

  10. MasTerPiEcE Says:

    Sememangnya tiada sesuatu yang dapat menandingi Nya…Apa-apa pun kita kembali kepada yang Hak…Rabbul Alamin…

Leave a Reply