Asyik tonton filem Bollywood, akidah boleh terpesong

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Hrkh) - Keasyikan menonton filem-filem Bollywood dan terkesan dengan elemen dalamannya antara punca seseorang itu boleh berpaling daripada akidah.

Pendakwah bebas, Shah Kirit Kakullal Govindji, berkata elemen-elemen romantik, kekacakan hero-hero Bollywood yang ditonjolkan dalam filem-filem berkenaan menjadikan faktor penarik di kalangan penonton.

Image
Shah Kirit Kakullal Govindji

"Bagi saya, filem Bollywood ini bahaya.  Tapi bukan semua filem Bollywood tak baik, tapi ada yang tak baiknya.  Temanya berkisar soal cinta jadi orang yang tengok selalu jatuh cinta," kata beliau, berseloroh ketika berucap dalam siri kuliah bulanan di hadapan kakitangan Harakah hari ini.

Katanya, tema Bollywood sering menerapkan soal cinta lebih penting dari segalanya. Ia lebih penting daripada keluarga, harta, kasta, malah agama.

Atas sebab itulah, serba-sedikit pemikiran orang yang menonton boleh terikut-ikut dengan elemen tersebut.

"Hero-heronya pula ‘handsome’ dan romantik.  Mereka diperlihat melalui filem itu bahawa lelaki India, berhidung mancung adalah seorang yang romantik.  Malah, ada seorang wanita pernah menyebut pada saya bahawa lelaki India lebih romantik berbanding lelaki Melayu.  Bila dah demikian, mereka lebih tertarik dengan lelaki berbangsa India, dan kemudiannya bercinta.

"Bila berlaku demikian, mereka dah tak hiraukan keliling.  Mereka akan berusaha untuk menyatukan hasrat mereka. Silap langkah wanita tadi boleh berpaling akidahnya hanya kerana terpengaruh dengan filem Bollywood," jelas beliau yang telah memeluk Islam hampir 10 tahun.

Justeru katanya, bagi menangani masalah berkenaan, ibu bapa perlu memantau dan menjelaskan baik buruk filem Bollywood tersebut.

"Kita tak boleh halang mereka tengok, kerana jika mereka cari jalan tengok di luar rumah akan jadi lebih bahaya.  Kita duduk sekali dengan mereka, dan beritahu yang ini tak baik, yang itu tak baik.  Lama-lama mereka akan memahami dengan lebih baik berkenaan filem itu," tegas beliau.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan konsep ketauhidan dan akidah yang perlu ditekankan kepada anak-anak sebagai benteng untuk tidak terjebak dalam gejala murtad.

8 Responses to “Asyik tonton filem Bollywood, akidah boleh terpesong”

  1. neObaLanoCarpUs Says:

    din, walaupun aku minat giler dgn pilem2 hindustan, tp aku menyokong apa yg dkatakan shah kirit ni..hidup din..

  2. Soleha Says:

    assalammualaikum..bagi pendapat saya..bukan filem hindustan je yg boleh menyebabkan akidah terpesong,malah filem2 dari negara lain yang bertemakan cinta yg berlebih-lebihan juga boleh mnyebabkan akidah terpesong,dgn pakaian yg x menutup aurat,kata2 yg x elok..

  3. FarCry Says:

    Jepar.. enta memang memahami ana.

    ————————–

    Pendapat Soleha pun ader betul juga. Penulis bukan hendak mengkhususkan Filem Hindustan sahaja. Apa yg hendak diketengahkan ialah soal Akidah. Filem lain pun ada terdapat juga soal2 yg membabitkan ketauhidan dan akidah. Tapi kat Malaysia filem hindustan begitu mendapat sambutan.

  4. aRe's NeE zA Says:

    yang penting sekarang ni filem2 dari luar perlulah ditapis terlebih dulu sebab kebanyakannye mengandungi adegan2 terlampau..diharapkan pihak perfileman msia lebih bijak menangani masalah ni…ok..

  5. aRe's NeE zA Says:

    yang penting sekarang ni filem2 dari luar perlulah ditapis terlebih dulu sebab kebanyakannye mengandungi adegan2 terlampau..diharapkan pihak perfileman msia lebih bijak menangani masalah ni…ok..

  6. -AbEeN'nA- Says:

    Tp,abeen sokong filem melayu dulu2…sbb ada budaya dn maruah…dpt juga sambutan yg baik pada masatu…filem hindustan dpt perhatian teguran ni…sbb org2 melayu kte minat gila dgn hindustan ni…no 1 lalai sbb masa yg terlalu panjang…no 2 filemnya tkda isi cerita…semata2 CINTA…

  7. LyNdA Says:

    sy memang dah minat langsung dgn cite hindustan nie, klu xde langsung pun xpe… jgn kata cite hindustan je, kat tv skrg mcm2 cite yg melampau, bleh melalaikan kita.

  8. sizuka Says:

    ada gak filem hindi yang sarat dengan moral kekeluargaan..ini kita tak dapat nak sangkal..contoh macam filem kabhi kushi kabhi gham……(nangis aku tengok)
    hero hensem dan heroin cantik dan lagu sedap adalah bonus..
    yang penting jadikan ia sekadar entertainment…
    jangan sampai melalaikan…

Leave a Reply