Kekeliruan Tentang Hadith Fadhilat Terawih
Assalamualaikum…
Setiap kali masuk jer bulan puasa, ada jer org forward pasal hadis ni:
Kelebihan Sembahyang Sunat Terawih. Diriwayatkan oleh Saidina Ali daripada Rasulullah s.a.w. sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi s.a.w. mengenai fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat Terawih pada bulan Ramadhan.
Malam pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan daripada Allah.
Malam kedua: Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang yang beriman).
Malam ketiga: Berseru malaikat di bawah arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam keempat: Memperoleh pahala ia sebagaimana pahala orang- orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.
Malam kelima: Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat- malaikat yang tawaf di Baitul Makmur (70,000 malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.
Malam ketujuh: Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi a.s. menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamam.
Malam kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
Malam 10: Allah s.w.t. mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11: Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.
Malam 12: Datang ia pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13: Datang ia pada hari kiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14: Datang malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari kiamat.
Malam 15: Semua malaikat yang menanggung arasy, kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16: Allah s.w.t. tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
Malam 17: Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak-banyak pahala Nabi-nabi.
Malam 18: Seru malaikat: Hai hamba Allah! Sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapa engkau (yang masih
hidup atau mati).
Malam 19: Allah s.w.t. tinggikan darjatnya di dalam syurga Firdaus.
Malam 20: Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21: Allah binakan sebuah istana di dalam syurga daripada Nur.
Malam 22: Datang ia pada hari kiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tiada dalam keadaan huru-hara di padang Mahsyar)
Malam 23: Allah s.w.t. binakan kepadanya sebuah bandar di dalam syurga daripada Nur.
Malam 24: Allah buka peluang dua puluh empat doa yang mustajab bagi orang yang berterawih pada malam ini (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
Malam 25: Allah Ta’ala angkatkan daripadanya siksa kubur.
Malam 26: Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama empat puluh tahun ibadat.
Malam 27: Allah kurniakan kepada orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratal Mustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28: Allah s.w.t. kurniakan kepadanya seribu darjat di akhirat.
Malam 29: Allah s.w.t. kurniakan kepadanya pahala seribu kali haji yang mabrur.
Malam 30: Allah s.w.t. beri penghormatan pada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman yang bermaksud: Hai hambaKu! Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingin makan di dalam syurga dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kauthar.
=============================
Ulasan Berkenaan Fadhilat Terawih
=============================
Syeikh al-Qaradhawi dlm membicarakan (Kaifa nata’amul ma’a al Sunnah al Nabawiyyah) menjelaskan ada 3 perkara yang perlu dipegang oleh setiap Muslim supaya ia selamat dari penyelewengan dan takwilan secara jahil:
Pertama: mempastikan kethabitan/kesahihan sesebuah hadith berdasarkan timbangan ilmiah oleh para muhaddithin (ulamak hadith)
Kedua: memastikan kefahaman yang betul terhadap maksud sesebuah hadith
Ketiga: memastikan sesebuah hadith tidak bercanggah dengan nas yang lebih kuat darinya yaitu dari alQur’an dan hadith-hadith lain yang lebih kuat kedudukannya.
Imam Syafi’e yang mulia telah berpesan," Izaa Sahhal Hadith Fahuwa Madzhaabi" (apabila sahihlah sesebuah hadith, maka itulah madzhabku."
Berbalik kepada hadith popular bulan Ramadhan (fadha-il Malam- malam Tarawikh Imam Ali) gagal melepasi tahap pertama: Tidak thabit atau tidak disahihkan oleh mana-mana Imam Hadith. Tanyalah kepada mana-mana ahli hadith dan sudah pasti dia tidak akan jumpa hadith tersebut dalam Kutub asSittah (kitab hadis yang enam): Bukhari, Muslim, atTurmudzi, Abu Daud, anNasa’iy dan Sunan Ibn Majah.
Manakala ia tidak menepati tahap kedua, yakni bercanggah dengan kefahaman sebenar tentang tasawwur puasa dan tidak sesuai dengan nilai keilmuan dalam Islam. Puasa dalam Islam yang dijelaskan oleh sumber yang sahih ialah sebagai salah satu jalan kepada taqwa. Taqwa itulah objektif puasa dan taqwalah jalan kemenangan dan kejayaan umat Islam dunia dan akhirat. Metod fadhilat adalah untuk mereka yang lemah akalnya dan masih kebudak-budakan yang amat terangsang dengan fadhilat dan kebendaan.
Hadis ini kemungkinan direka oleh Syi’ah untuk menonjolkan maqam ketinggian Ali KW yang di dakwa oleh Imam-imam Syi’ah banyak menerima hadis-hadis khusus yang tidak pernah diriwayatkan oleh sahabat-sahabat lain.
Hadis ini juga bertujuan memikat golongan awam yang jahil dengan pelbagai kisah dan riwayat. Ia direka oleh penglipurlara jahat supaya masyarakat jahil terpukau dan asyik mendengar ceritanya. Penglipurlara ini giat aktif di zaman Imam Ahmad Ibn Hanbal.
Hadis ini juga mungkin direka oleh ahli zuhud dan tasawwuf yang menyeleweng bertujuan membangkitkan keghairahan orang awam yang jahil supaya giat beribadat tanpa ilmu.
Demikianlah penjelasan AsSyaikh Mustafa asSiba’iy dalam kitabnya asSunnah dan Imam Jalaluddin asSyuyuti (Tahdzirul Khawasy min akazibil Qasyasy).
Maka jauhilah dan tegahlah pengedaran hadis fadhail tarawikh Ramadhan tersebut dan gunalah dalil2 ini bila kita didatangkan dalil dalam bentuk hadis. Terlebih dahulu pastikan kesahihannya. Ingatlah amaran baginda,"sesiapa yang merekacipta hadis atas namaku, maka dia telah menempah tempat di Neraka."

P/S: Tolong Forward kepada teman2. Harap hadith ini tidak disebarkan.
September 26th, 2006 at 5:18 am
fi hazihil hal…
hadis yang menceritakan ttng fadhilat tarawikh merupakan hadis maudu’?
September 26th, 2006 at 4:12 pm
alhamdulillah… thanks for the info.
September 26th, 2006 at 9:06 pm
Yer.. hadis maudu’
September 26th, 2006 at 9:37 pm
anyway, thanks for the info, hope that we can do the solat terawih at this month and get the bless from ALLAH.
September 27th, 2006 at 7:39 am
terima kasih atas info tue…mmg dulu sy pun didedahkan dgn hadith tue…syukran…moga di bulan yg mulia ini dpt meningkatkan iman dan taqwa kita dan biarlah secara istiqamah dan berterusan untuk bulan yg seterusnya…
September 29th, 2006 at 7:52 am
syukran…didiklah hati kita melakukan sgl amalan dgn ikhlas…dan semata2 kerana Allah..
September 30th, 2006 at 10:18 pm
alhamdulillah…bertambah ilmu.
syukran jazillan
October 4th, 2006 at 8:15 pm
alhamdulillah…syukran jazilan ‘ala haza ilmi
November 20th, 2006 at 11:04 pm
syukran…akhirnya terjawab persoalan ini…mudah-mudahan apa yang musykil terlerai sudah…amin