Mengapa Wanita Gagal Menjadi Suri Rumah

http://www.spcity.com.my/hongjin/rumah1.jpg
Mengapa Wanita Gagal Menjadi Suri Rumah

Agak pelik dan hairan jika sekali-sekala kita mengunjungi rumah seseorang yang si isterinya tidak bekerja tetapi keadaan rumahnya tidak terurus. Persoalannya, apakah yang dibuat oleh si isteri ini sepanjang hari sehingga rumah tidak sempat hendak dikemaskan. Namun, itulah realitinya. Terdapat banyak faktor mengapa suri rumah gagal mengurus rumah dengan sempurna dan kemas. Antara sebabnya termasuk:

1. Sikap sambil lewa dan suka bertangguh. Mungkin kerana mereka sepanjang hari berada di rumah dan tidak perlu buat kerja dengan segera. Sepatutnya suri rumah sepenuh masa dapat mengurus rumah dengan lebih baik dan kemas. Tidak melakukan kerja secara tergesa-gesa hanya apabila ada orang nak datang.

2. Tidak menjadikan kerja mengemas rumah sebagai satu budaya hidup. Sesungguhnya apabila mengemas menjadi budaya harian, mereka tidak memerlukan masa yang panjang untuk mengemas rumah.

3. Tidak mendidik anak-anak supaya sentiasa bersih dan kemas. Sepatutnya anak-anak sejak kecil lagi dididik agar menghargai kebersihan. Jika sejak kecil sentiasa hidup dalam suasana bersih, sudah tentu ia akan menjadi budaya anak-anak kita pula.

4. Tidak berminat mengemas rumah. Hal ini berkemungkinan kerana mereka sudah biasa hidup dalam suasana yang tidak kemas dan tak terurus. Akibatnya bila sudah berkahwin, budaya itu turut terbawa-bawa.

5. Merasakan bahawa mengemas rumah bukan perkara penting malah merugikan masa kerana mesti dilakukan berterusan.

6. Suka mengunjungi rumah jiran tanpa mengira waktu sehingga tidak sempat hendak mengemas rumah. Malah ada yang berpendapat ‘tak apa tak kemas rumah asalkan ada makanan sudah cukup’. Seolah-olah telah hilang nilai kemanusiaan. Manusia yang sempurna tentu inginkan suasana yang kemas, bukan sekadar dapat makan. Kalau berfikiran begitu, maka samalah taraf manusia dengan haiwan.

7. Lupa bahawa itulah imej yang mempamerkan peribadi sebenar seseorang wanita. Tentu tidak wajar wanita Islam mengabaikan kebersihan dan kekemasan rumahtangga, sedangkan Islam amat menyuruh umatnya sentiasa bersih.

Faktor-faktor di atas telah dikenal pasti sebagai punca kegagalan mereka menguruskan rumah dengan sempurna. Tetapi mengapa hal ini terjadi? Di sini, para suami perlu meluangkan sedikit masa dengan membawa keluar anak dan isteri bersiar-siar atau berehat untuk menghilangkan kebosanannya. Di kesempatan itu, didiklah mereka akan budaya dan disiplin yang baik itu.

Sebenarnya, sebahagian suri rumah yang bermasalah ini tidak tahu hala tuju hidupnya. Kerana itu, para suri rumah perlu dibiar bergerak aktif untuk melihat keadaan sekeliling. Mungkin di sana mereka boleh belajar untuk mengurus masa dan mengemas rumah.

10 Responses to “Mengapa Wanita Gagal Menjadi Suri Rumah”

  1. LyNdA Says:

    memangla klu suri rumah xbagi umh kemas dah melampau le tu, tp klu bekerja tu len la, ada yg bekerja pun umh sentiasa kemas gak~ apa2pun atas diri sendiri,

  2. FarCry Says:

    .. tak nanti perempuan ler, kalau lelaki pun jenis yg suka kepada kebersihan tak nak jugak tgk rumah kotor2.
    Lagipun kebersihan itu sebahagian drpd iman. Baik lelaki mahupun prempuan…
    Sama2lah jaga kebersihan.

  3. chek Says:

    uishhhh…
    mane ade ppuan tak reti nak mengemas, langsung tak bleh percaya….
    tapi klu malas, aku sokong hundred ninety percent….
    klu dah ppuan reti nak mengemas tapi malas, sorry to say to girls….

  4. Zahrah Says:

    ala… jgn salahkan perempuan saja.. lelaki pun kena la mainkan peranannya juga..
    bantu isteri mana2 yang patut..

    secara peribadinya, kadang kala kreativiti amat2 diperlukan dalam mengemas umah ni.. baru la rumah kita kemas, tersusun dan mendamaikan jiwa….

    waallahu ‘alam…..

  5. CahayaMaTaku Says:

    assalamualaikum..
    suami jgn harap pada isteri semata2..tolongla ringankan beban isteri . isteri zaman skang ni sibuk . Kdg2 balik dh petang..ape kate tolong same2..kebersihan mencerminkan peribadi kite tul tak..

  6. aRe's NeE zA Says:

    kalau pompuan x tau kemas umah, baik x payah kawin…x delah menyusahkn suami,anak2 n jiran sekali…btul x???x kan nak harap pada maid ajer..

  7. ZunNuRaiN Says:

    assalamualaikum….
    ermmm…bg saya kita xleh menuding pd satu pihak sajer…kalu leh pasangan suami isteri hndaklah benbncang utk mnyelesaikan masalah rumahtangga…jgn biarkan kes tue dah teruk baru nk settle..dan lelaki jgn ego dan mmbiarkan isteri memulakan perbncangan..cz lelaki ade kuasa dan merupakan ketua dlm rumahtangga..so..tangani masalah dgn baik..insyaAllah rumahtangga yg harmoni boleh dibentuk

  8. FarCry Says:

    kenalah bertolak ansur

  9. Sakinah Says:

    saya faham perasaan suri rumah tu, dia mesti rasa bosan. patutnya, laki dia suruh je keje, biar dia dapat menghargai masa lapang yg ada.

  10. iena Says:

    sy stuju jerk ngan pndpt ni..yelah..try tgk kekwn kt yg ade kt u..mostly jnis bsepah..bla sy slidik2..upenye..memang diorg jnis yg bnyk alsn..Islam sukekn keindahn..Allah jg sukekn keindahan…ape slhnye kmas sket..kt la cth pd generasi akn dtg..blaja la kmas plhn2

Leave a Reply