Archive for October, 2006

Artis komen Mawi atau komen Islam ????

Thursday, October 12th, 2006
[Dipetik daripada: www.jasindaily.blogspot.com]

KENYATAAN
dikeluarkan oleh Mawi lantaran meletakkan syarat tidak akan bersentuhan
dengan wanita untuk berlakon mendapat respons dan komen beberapa artis
terkemuka tanah air kita.
Malangnya, isu seperti ini mendapat
respon yang negatif oleh artis yang begitu jahil dalam mendalami agama
Islam. Puak Kafir begitu gembira melihat kejahilan yang ditonjolkan
oleh 2 orang artis ini..

"Apa Mawi ingat kami bersentuhan, berpegangan tangan dalam filem atau drama, sebab nak seronok-seronok? Naik syahwat?".

"Kalau
aku berlakon dengan Fauziah Nawi sebagai ibu dan dalam babak itu dia
kemalangan, takkanlah aku nak tengok sahaja dan hanya bertanya dia OK
atau tak sebab tak boleh nak angkat nanti tersentuh?".

Inilah
yang diulas oleh seorang pelakon ternama berkenaan dengan kenyataan
kontroversi Mawi yang dikatakan seolah-olah menghina pekerjaan mencari
rezeki pelakon-pelakon tanah air.

Bagi
saya, kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon itu lebih berbahaya.
Beliau bukan sahaja membidas Mawi malah lebih dari itu seolah-olah
memperlekehkan hukum Allah s.w.t secara halus.

Ketetapan
hukum yang ditetapkan oleh Allah sudah tentu Maha Adil dan Maha
Bijaksana. Dia lebih memahami apa yang baik dan buruk terhadap
hamba-hamba-Nya. Mengapa mesti mempersoalkan hukum ini?

Seorang lagi artis veteran yang cukup kontroversi pula berkata: "Allah
memberikan kita peluang lima kali sehari untuk mencuci dosa. Malah Dia
beri peluang untuk kita bangun di waktu malam untuk sembahyang tahajud.
Jadi tidak payahlah jaga dosa orang lain kerana setiap kita sudah
diberi penjaga oleh Allah untuk mengira amalan kita. Biarlah malaikat
Raqib dan Atid jalankan tugasnya."

Tambah beliau lagi, "Lebih baik jual kopiah, jual kain kerana industri hiburan lain macam sikit".

Saya
agak terkilan dengan kata-kata artis veteran itu.Beliau merupakan
seorang artis yang selalu melakonkan watak2 seorang lelaki yang wara’
dalam agama. Alangkah sedihnya ilmu yang dipelajari dan didalami hanya
menjadi menjadi tiket untuk digunakan mengejar glamour di dalam bidang
seni. Sebagai seorang yang berilmu beliau sanggup mengenepikan hukum
Allah dalam mengutarakan hujah yang paling ‘BODOH’ ini. Alangkah
jengkel pemikiran artis veteran ini.
Prinsip sembahyang selain
daripada meneguhkan tiang agama dan membezakan orang Islam dan bukan
Islam ialah untuk mencegah daripada melakukan perkara-perkara
kemungkaran. Seperti mana firman Allah s.w.t yang bermaksud, "Sesungguhnya solat itu mencegah dari perkara keburukan dan kemungkaran."

Apakah
erti solat sekiranya ia tidak mencapai objektif yang ditetapkan oleh
Allah s.w.t itu. Sebagai seorang Muslim, kita dipikulkan dengan amanah
untuk melakukan amar makruf dan nahi mungkar kepada sesiapa sahaja
mengikut kemampuan kita. Sekiranya kita melihat kemungkaran tetapi kita
juga tidak mencegahnya maka kita juga akan terpalit dosanya.

Allah
s.w.t tidak mengecualikan hukum kepada golongan artis. Lebih baik kita
berniaga daripada terus berkompromi dengan perkara ini.

Saya
ingin memohon maaf kepada golongan artis tanah air kerana kenyataan ini
bukan hanya melibatkan periuk nasi anda semua, tetapi ia juga
melibatkan persoalan ‘akidah Islamiah dan tahap keimanan kita
kepada-Nya.

Renungan : Kisah Penjual Tempe

Wednesday, October 11th, 2006

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah  membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia  merupakan satu-satunya sumber
pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.
Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum  bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain.

Ternyatalah memang kesemuanya belum masak lagi. Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Tuhan yang menyatakan bahawa Tuhan dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagi Tuhan tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua
tangannya sambil berdoa , "Tuhan , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin"
Begitulah doa ringkas  yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Tuhan pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung
jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu
menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.
Namun dia tidak putus asa, sebaliknya  berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Tuhan. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Tuhan, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin". Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!!

Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia brcadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan
masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Tuhan akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar.

Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Tuhan, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku,
jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.
Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia  pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Tuhan kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya
cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai
sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Tuhan, pasti Tuhan akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat
kali terakhir, "Tuhan, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."
Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.
"Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi."
Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia  berdoa di dalam hatinya "Tuhan, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa  gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Tuhan. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?"
Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England,si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.
Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan…
Moral:

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan
doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan

Pengunaan “MasyaAllah”

Sunday, October 8th, 2006

Pengunaan "MasyaAllah" dlm percakapan seharian. Sebarkan kepada kawan/sahabat. Kadang-kadang kita terpengaruh dengan movie, terutama cerita P.Ramlee yang banyak menggunakan "Masyaallah" dalam situasi yang silap. Ramai di kalangan kita menggunakan lafaz "MasyaAllah" ketika berhadapan dgn situasi yang tidak disukai atau tidak elok,contoh ketika terlihat gambar-gambar censored atau bila anak-anak kita perangai nakal. Sebenarnya istilah "MasyaAllah" bermaksud ALLAH THE ALMIGHTY atau ALLAH YANG MAHA AGUNG. kita sepatutnya menggunakan istilah "MasyaaAllah" bila kita melihat "something nice" seperti bayi/kanak-kanak yg comel, ketika menjamah makanan yang sedap, terbau wangi- wangian dan sebagainya. Jadi pengunaan "MasyaAllah" ketika adalah salah dan tidak digalakkan. Yg patut kita lafaz ialah "Astaghfirrullahhal’azim" (Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah) ataupun "Innalillah"  (Kepada Allah kita kembali).