Artis komen Mawi atau komen Islam ????

[Dipetik daripada: www.jasindaily.blogspot.com]

KENYATAAN
dikeluarkan oleh Mawi lantaran meletakkan syarat tidak akan bersentuhan
dengan wanita untuk berlakon mendapat respons dan komen beberapa artis
terkemuka tanah air kita.
Malangnya, isu seperti ini mendapat
respon yang negatif oleh artis yang begitu jahil dalam mendalami agama
Islam. Puak Kafir begitu gembira melihat kejahilan yang ditonjolkan
oleh 2 orang artis ini..

"Apa Mawi ingat kami bersentuhan, berpegangan tangan dalam filem atau drama, sebab nak seronok-seronok? Naik syahwat?".

"Kalau
aku berlakon dengan Fauziah Nawi sebagai ibu dan dalam babak itu dia
kemalangan, takkanlah aku nak tengok sahaja dan hanya bertanya dia OK
atau tak sebab tak boleh nak angkat nanti tersentuh?".

Inilah
yang diulas oleh seorang pelakon ternama berkenaan dengan kenyataan
kontroversi Mawi yang dikatakan seolah-olah menghina pekerjaan mencari
rezeki pelakon-pelakon tanah air.

Bagi
saya, kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon itu lebih berbahaya.
Beliau bukan sahaja membidas Mawi malah lebih dari itu seolah-olah
memperlekehkan hukum Allah s.w.t secara halus.

Ketetapan
hukum yang ditetapkan oleh Allah sudah tentu Maha Adil dan Maha
Bijaksana. Dia lebih memahami apa yang baik dan buruk terhadap
hamba-hamba-Nya. Mengapa mesti mempersoalkan hukum ini?

Seorang lagi artis veteran yang cukup kontroversi pula berkata: "Allah
memberikan kita peluang lima kali sehari untuk mencuci dosa. Malah Dia
beri peluang untuk kita bangun di waktu malam untuk sembahyang tahajud.
Jadi tidak payahlah jaga dosa orang lain kerana setiap kita sudah
diberi penjaga oleh Allah untuk mengira amalan kita. Biarlah malaikat
Raqib dan Atid jalankan tugasnya."

Tambah beliau lagi, "Lebih baik jual kopiah, jual kain kerana industri hiburan lain macam sikit".

Saya
agak terkilan dengan kata-kata artis veteran itu.Beliau merupakan
seorang artis yang selalu melakonkan watak2 seorang lelaki yang wara’
dalam agama. Alangkah sedihnya ilmu yang dipelajari dan didalami hanya
menjadi menjadi tiket untuk digunakan mengejar glamour di dalam bidang
seni. Sebagai seorang yang berilmu beliau sanggup mengenepikan hukum
Allah dalam mengutarakan hujah yang paling ‘BODOH’ ini. Alangkah
jengkel pemikiran artis veteran ini.
Prinsip sembahyang selain
daripada meneguhkan tiang agama dan membezakan orang Islam dan bukan
Islam ialah untuk mencegah daripada melakukan perkara-perkara
kemungkaran. Seperti mana firman Allah s.w.t yang bermaksud, "Sesungguhnya solat itu mencegah dari perkara keburukan dan kemungkaran."

Apakah
erti solat sekiranya ia tidak mencapai objektif yang ditetapkan oleh
Allah s.w.t itu. Sebagai seorang Muslim, kita dipikulkan dengan amanah
untuk melakukan amar makruf dan nahi mungkar kepada sesiapa sahaja
mengikut kemampuan kita. Sekiranya kita melihat kemungkaran tetapi kita
juga tidak mencegahnya maka kita juga akan terpalit dosanya.

Allah
s.w.t tidak mengecualikan hukum kepada golongan artis. Lebih baik kita
berniaga daripada terus berkompromi dengan perkara ini.

Saya
ingin memohon maaf kepada golongan artis tanah air kerana kenyataan ini
bukan hanya melibatkan periuk nasi anda semua, tetapi ia juga
melibatkan persoalan ‘akidah Islamiah dan tahap keimanan kita
kepada-Nya.

9 Responses to “Artis komen Mawi atau komen Islam ????”

  1. ezZati Says:

    saya rasa betul apa tertulis dlm artikel ini..soal agama x boleh diperdagangkn oleh kalangan artis…statement 2 org artis tersebut sgt2 memalukan islam..saya sendiri yang x lah hebat mana tahap pendidikan agamanya pun rasa sgt2 terkilan…semoga seni itu tidak dipengaruhi dengan dosa2 yang tercela…seni itu indah andai kita pandai mencorakkan dengan warna islam yang sebenar…lakonan yang baik tak perlukan adegan pegang-memegang…yang penting mesej itu sendiri…penonton zaman sekarang bukannya bodoh…mereka juga tahu tentang hukum halal & haram…
    saya puji sikap & pendirian Mawi…saya bukanlah penyokong Mawi…tapi dalam konteks ini,saya sgt2 setuju dgn apa yang Mawi syaratkan…
    semoga Mawi melaksanakan apa yang dikata…
    wasalam……

  2. hafizah Says:

    saya pun sokong ngan ape yang ezzati kate tue…cuma satu je…bagi saya kenyataan yang dibuat oleh Mawi juga perlu diambilkira gak. Apa katanye?”Saya tak nak bersentuhan dengan pelakon wanita sebab saya tak suka.Tu je…”.Cuba sedare/sedari teliti kenyataan tue…Dia taknak sentuh pelakon wanita bukan sebab agama perintah macam tu tapi sebab dia tak suka.Ade ke patut dia keluarkan kenyataan cam tue…saye tak tahulah kalau betul2 dia tak nak sentuh pelakon wanita sebab syariat yang suruh…

  3. neObaLanoCarpUs Says:

    sebenarnya boleh je blakon x sentuh lelaki + pompuan.sbg contoh, tgk waheeda dlm anak mami kembali, ok je pegang watak sbg adik apek.lagi sopan dipandangan penonton..

  4. Epul Says:

    ala, mawi tu saje je.. konon baik la ahaks.. jgn mare. hari tu dia salam dgn ina bleh jer, mana bleh sentuh selagi tak kahwin kan.

  5. yanaPia Says:

    ni lah yang dikatakan dunia akhir zaman…
    kalau tak mampu nak menahan diri dari wat dosa….jangan la nak hina hukum Allah..
    buat je la….tak yah nak sibuk2 tukar hukum.last2 bdosa gak…
    apa kebangangnya manusia ni.
    walaupun ada yg kata mawi pura2 baik sbb ari tu dia salam ngan ina…bagus la jugak dia wat statement takmo pegang bukan muhrim.moga dia tunaikan kata2 dia.sekurang2nya statement dia ada unsur2 menegaskan hukum Allah…
    moga mawi kembali sedar…

  6. shuhada Says:

    Syariat tetap syariat…. Innamal a’malu bin niyat..

  7. HuhU Says:

    assalamualaikum…
    sye stuju dgn knyataan mawi…
    kte sbgai umat islm xptut brsntuhan walaupn x brniat pape pn……..

  8. ain Says:

    Assalalamu’alaikum..
    ana terpanggilla jgk untk bg komen bab ni..memang betulla ni yg dikatakan dunia d’akhir zaman,hukum Allah d’persendakan..padahal kite pun dah maklum sememangnya syariat yg telah ditetapkan oleh Allah..hattakan Nabi pun pernah bersabda lebih baik menyentuh besi yg panas drpd menyentuh perempuan yg bukn muhrim…bg ana, hukum yg dah sabit qat’ie memang tak boleh d’main2kn.

  9. nur Says:

    yang haram tetap haram..kta tidak lah boleh menghalalkan yg memang tentu telah diharam kan…memang di zaman skg ni manusia berbangga membuat dosa….apa pun yg mawi kata ..kita harus lah hormat kehendaknya…hanya dia dan dia sahaja lah yg tau apa niat sebenarnya utk tidak bersentuhan dgn pompuan bila berlakon kelak…..

Leave a Reply