Abang nak beli kuih?

Citer nie akoo ambik drpd web TranungKite.  Cukup kagum aku dgn budak nie. Sama2 kita buat pengajaran.

Kiriman M.H.

Hari
itu-selepas seminggu beraya dikampung, saya pulang ke K. Lumpur.
Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan
pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan.

Terasa mengantuk,
saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan  itu. Sebaik
memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki - berusia lebih  kurang 12
tahun muncul dihadapan.

‘Abg nak beli kuih?’ Katanya sambil
tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup
bakul kuih jajaanya. "Tak apalah di kl… abg dah pesan makanan," jawap
saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus
menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak
tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka
juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abg dah makan, tak nak
beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya. "Abg
baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni," kata saya sambil
menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki
lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat Setiap
yang lalu ditanya… " Tak nak beli kuih saya bang.. Pak cik… kakak
atau makcik." Molek budi bahasanya!

Mamak restoran itu pun
tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan.
Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya
melihatkan betapa gigihnya dia berusaha.

Tidak nampak langsung
tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya
enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman,
saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak
jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu , membetulkan duduk
dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak
tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman.

Saya
turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang
12 tahun. "Abg dah kenyang, tapi mungkin abg perlukan kuih saya untuk
adik-adik abang, ibu atau ayah abang. katanya petah sekali sambil
tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak
daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan
bersahaja. Terpantul persaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet,
dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

" Ambil ni dik! Abang sedekah… tak payah abang beli kuih tu" saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak.

Kanak-kanak
itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus
berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat
membantunya.

Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya
mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu
menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang
buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan
semula kereta, memanggil kanak-kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih
ke?" tanyanya. "Kenapa adik berikan duit abg tadi pada pengemis tu?
Duit tu abg bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang
saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya
mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah
berikan tulang empat kerat pada saya. "Kalau dia tahu saya bawa duit
sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah.
Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat
bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekali gus kagum
dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus
bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abg nak
beli semua ke?" dia bertanya dan saya cuma ngangguk. Lidah saya kelu nak
berkata. "RM25 saja bang…..! Selepas dia memasukkan satu persatu
kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima
kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang
daripada pandangan. Dalam perjalanan ke K. Lumpur, baru saya terfikir
untuk bertanya statusnya. Anak yatim kah??

Siapakah wanita
berhati mulia yang melahirknya?? Terus terang saya katakan, saya beli
kuihnya bukan lagi atas dasar kesian, tetapi kerana rasa kagum dengan
sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!!!

9 Responses to “Abang nak beli kuih?”

  1. syidah Says:

    Assalammualaikum….
    hmm…
    sy suker sgt bc kisah nie…
    bgs bdk kck 2, bgtu jg org 2 coz sudi slng-mmbntu…
    alangkah bagusnyer klu zaman skrg nie msh ader glngn mcm nie, slng tlg-mnlg, ikhls, & jjr….
    tentu negara aman & damai, hidup pun harmoni… tnpa ader gnguan, tiader penindasan…
    hmmm… bestnyer…

  2. FarCry Says:

    kalau saya jadi orang tu, tindakan sama jugak saya buat.

    Mmg payah nok cari budak camtu sekarang nie. Mesti dah mendapat tarbiyyah yg cukup drpd kedua ibubapa.

  3. ryu Says:

    jika saya ditakdirkan jadi pemuda tu,saya pun buat benda yang sama.
    sebak + kluar ar gak air mata.
    saya harap semua anak2 islam di malaysia juga patut dididik menjadi seperti budak tu.
    semoga allah menambahkan rezeki anak itu dan ibunya.

  4. LaiLa Q Says:

    terharunye….bertuah siape yg mengenali budak tu..tambah2 lagi yg melahirkannye…

  5. neObaLanoCarpUs Says:

    bagus din..post lagi citer2 yg memberi kesedaran camni…

  6. Soleha Says:

    ..as`kum..baru2 ni saya ada mendengar ceramah,dia suruh kite mengajar anak2 hidup cara islam..salah satunye yg penting ialah..ajar anak2 yang mana benda haram&halal..bagus budak tu..dia mencari rezki yg halal lagi mulia(berniaga)

  7. azie Says:

    best dengar citer 2..menarik…dan cerita tu buat saya sedar yang saya masih beruntung…

  8. Nur Says:

    saya berbangga dengan budak kecik tu..bagus sekali didikan ibunya.syukur dalam era kemodenan ni masih ada org yang sedar tentang status kehidupantanpa mengharap ehsan org lain.yang usaha sendiri lebih bernilai!

  9. nur Says:

    didalam kehidupan ini kita tidak selalu dapat apa yg kita hajati tanpa berusaha…tiada jalan pintas utk menikmati kesenangan…kisah budak tadi ada lah satu contoh yg boleh diteladani oleh kita semua….

Leave a Reply