Berhati2lah ketika menggunakan internet.

Baru2 ini saya ada terbaca petikan di dalam Utusan Malaysia [11 Oktober] mengenai Pakar Komputer ditipu menggunakan Online Banking.

Lumrah manusia, kita kadangkala leka ataupun lalai walaupun pihak berkuasa atau pihak bank berkali-kali, berpuluh juta kali memberitahu mereka sama sekali tidak akan meminta anda mengubah butiran diri anda menggunakan e-mail.

Jika anda menerima sebarang e-mail, tidak kiralah dari PayPal, Maybank, BCB, Bank Of America dan sebagainya meminta anda mengubah butiran diri, tidak kiralah mereka mengugut dengan cara akan menutup akaun, mengenakan charge jika anda tidak mengubah butiran dan sebagainya, anda perlu periksa 10 kali terlebih dahulu.

Teori teknik ini mudah sahaja, mereka hanya perlukan login’s id dan password anda sahaja. Bermacam2 cara akan digunakan untuk mendapatkannya. Antaranya teknik Social engineering, Fake Login, Keylogger, dll.

Jadi, berhati-hatilah apabila hendak membuat sebarang urusan melalui internet. Lebih2 lagi urusan yg melibatkan kewangan. Berhati2lah menggunakan internet di cybercafe.

My note:\ Jika anda hendak ‘expert’ dalam bidang komputer, jadilah hacker. Pakar komputer dapat ditipu, tetapi hacker sukar ditipu.

3 Responses to “Berhati2lah ketika menggunakan internet.”

  1. MasTerPiEcE Says:

    macamana nk jd hacker??? yg basic pun lum expert lg…ermm tlg bagitau cara-cara nk jd expert…hehehe

  2. Izo Says:

    Ooo.. ada gak cita2 yer nak jadi hacker =) Bagus.
    Mula sekali kenalah tahu maksud sebenar hacker. Rujuk post aku yg lepas2 kat bahagian KOMPUTER.

    Pastu apabila sudah paham maksud sebenar hacker, pergi kat Google dan taip perkataan hacker.
    Kemudian klik butang I’m Feeling Lucky.

    Bleh baca kat situ macam mana nak jadi hacker.

  3. MasTerPiEcE Says:

    x brape paham ler izo…
    macam2 nk kena tau ni…
    tp ok gak pasal reply…
    at least dpt gak tmbh ilmu…
    terima kasih

Leave a Reply