Archive for January, 2007

Forum bersama artis [Panas!!!]

Wednesday, January 31st, 2007

Minggu lepas, ana ade menonton rancangan tu..kebetulan takde rancangan
yg best, bila bukak je channel Tv1, ana ternampak Ustaz Zawawi jadi ahli panel…termasuk Fauziah Nawi & Nazrey Raihan…terus ana terlekat…tajuknya Hiburan…Jalan ke….? spt biasa, dihoskan oleh Rosyam Nor.

Memang bagus diskusi tu..Ustaz Zawawi citer, hiburan sememangnya halal malah akan menjadi wajib kpd sesorg jika dia tidak boleh hidup tanpa hiburan…contohnya, si mamat ni mesti dengar lagu untuk menceriakan hidup dia, kalau tak dengar lagu, dia tak bleh nak survive…tambahan pulak, memang dah naluri manusia, perlukan hiburan. Jadi Islam tak melarang untuk kita berhibur.

Tapi, hiburan tu mestilah tidak bertentangan dgn syariah..contohnya, tiada pergaulan bebas..tidak melalaikan..

Soalan Rosyam Nor kpd Fauziah Nawawi nyata menjerat mereka
berdua…Rosyam tanye, bagaimana pulak kalau Rosyam jadi anak, Fauziah jadi ibu..sudah tentu ade pelukan @ bersentuhan, semata-mata nak hidupkan lakonan tu..Fauziah pulak jawab, memang nak tak nak..kenalah ade sentuhan sbg seorg ibu & anak…beliau hanya melakonkan shj tapi niat beliau baik…nak
tunjukkan kpd umum tentang pentingnya kasih sayang seorg ibu kpd anaknya…

Then, Ustaz Zawawi balas balik…niat tidak menghalalkan cara…walau sebaik mane niat kita itu, tapi caranya bertentangan dgn syariah, maka akan jadi haram ler… walaupun sekadar lakonan..tapi kedua-dua pelakon tersebut bukanlah mahram, yakni halal berkahwin…maka mereka sememangnya tidak boleh sedemikian.
Byk cara lagi yg boleh dilakonkan untuk menunjukkan kasih sayang antara
ibu & anak…di Iran, filem mengisahkan kasih sayang keluarga tidak
menunjukkan sebarang sentuhan antara pelakon berlainan jantina, tapi mampu menjadi filem yg berjaya & merangkul anugerah.

Kedua, Ustaz Zawawi cakap, berlakon @ menyanyi diwajibkan menutup aurat… jika mendedahkan aurat, maka akan jadi haram lah hiburan tu…

Ketiga, rezeki yg diperolehi hasil hiburan yang tidak mengikut syariah adalah haram…maka melentinglah sekajap si Fauziah Nawi tu…dia kata, hasil rezekinya selama ini telah disalurkan untuk menyara keluarga dia, tanggung kos belajar adik dia di oversea, buat kebajikan dsb…Ustaz Zawawi balas, yg dipersoalkan adalah sumber rezeki tu melalui cara ape, bukannya dia belanjakan kearah mane…jika rezeki itu hasil lakonan yg ade sentuhan laki & pompuan yg bukan muhram, buka aurat dsbnya…maka akan jadi haram ler…

Kemudian, Fauziah Nawi melenting lagi, ini bermakna dia dah tak boleh berlakon lagi lah..sebab dah jadi haram..mcm mane dia nak sara keluarga dia sedangkan punca pendapatan dia adalah hasil daripada hiburan…lagipun dia hanya menggunakan bakat yg dikurniakan oleh Allah utk berlakon…bukan semua org ade bakat utk berlakon…

Maka jawab Ustaz Zawawi…beliau masih boleh berlakon…sptmane Ustaz Zawawi sebut sbl ni, ade hiburan yg halal..maka carilah hiburan yg halal tu…

Sebut Ustaz Zawawi lagi…kita perlukan perubahan minda dikalangan semua
penggiat seni…baik dari pihak penerbit, penulis lirik, penulis skrip, pelakon, penyanyi, penganjur dsb…mestilah mencari jalan bagaimana untuk menghasilkan hiburan yang halal & diberkati oleh-Nya…memang ade caranya…kenalah berusaha..

Itulah serba sedikit rumusan drp forum tersebut…ape2 hal pun, ana ucapkan tahniah buat Ustaz Zawawi & Nazrey Raihan kerana mempertahankan haram tetap haram…halal tetap halal…

Maka ape lagi wahai artis-artis malaysia? Sudah terang lagi bersuluh…carilah hiburan yg halal…tinggallah hiburan yg haram…kerana rezeki yg diperoleh itu sudah pasti akan disoal tentang halal haramnya…

Bukan ke malaysia skrg ni diisytihar negara Islam Hadhari? jadi carilah
jalan bagaimana nak jadi artis Islam Hadhari…bukannya Islam Had-Hari…hanya
Islam masa bulan puase shj…bulan yg lain..????

Kecanggihan sains tidak mampu tolak bala

Friday, January 26th, 2007

PENGKALAN CHEPA:
Banjir besar di Johor sekarang adalah masa terbaik bagi manusia melihat kebesaran Allah SWT yang boleh menurunkan bala ke atas sesiapa sahaja.
Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sekalipun manusia mempunyai peralatan canggih, mereka tidak dapat menolak ujian yang didatangkan Allah.
"Umat Islam tidak boleh berpandu kepada kecanggihan sains semata-mata tanpa melihat kebesaran Allah SWT terhadap apa yang berlaku. Namun malangnya sekarang manusia hanya berpandukan kepakaran sains semata-mata tanpa melihat kebesaran Allah. Selagi kita hanya fikir tentang sains, selamanya kita tidak akan faham, kecuali apabila kita mengingati kebesaran Allah," ujarnya sebagai mengulas perkembangan banjir besar di selatan Semenanjung sekarang.

http://www.mediaraharja.com/content/banjir%20jaktim.jpg
Kecanggihan sains tidak mampu menolak bala drpd Allah.

http://www.defenselink.mil/home/features/tsunami/images/ti20050324a.jpg
Tsunami yg berlaku baru2 nie menunjukkan dgn jelas tentang kekuasaan Allah. Tiada sesiapa pun yg dapat meramalkan kedatangannya.

======================================================================
Kerana itu, kita harus ingat bahawa setiap bencana alam yang berlaku adalah kerana sikap dan perbuatan manusia itu sendiri. Hal ini,  al-Quran sendiri telah menerangkan kepada kita bahawa kemusnahan dan kerosakan yang berlaku di muka bumi ini adalah disebabkan oleh perbuatan tangan-tangan manusia. Sebagaimana firmannya dalam surah ar-Ruum ayat 41 :
Image hosting by TinyPic
Maksudnya : “ Telah timbul
berbagai kerosakan dan bala’ bencana di darat dan di laut dengan
sebab-sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia: (timbulnya
yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari
balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya
mereka kembali (insaf dan bertaubat)”.

Setiap penyakit ada ubatnya. Begitu jugak ‘penyakit’ di dalam masyarakat. Tidak dapat tidak kita kena kembali kepada Islam dan sentiasa berdamping dengan para ulama’. Masalah sekarang nie ramai yg tak nak ikut ulama’, malah ada yg secara terang-terangan menyanggah pendapat ulama’. Maka tidak mustahillah jika Allah menurunkan bala kepada kita sebagai peringatan.

Bid’ah lagi…Sakit Kepala sungguh!

Sunday, January 21st, 2007

Terdengar teguran drpd puak2 yg taksub kepada wahabi berkata,
"Baca doa Awal Muharram tu bid’ah..
Sesungguhnya setiap yang baru diada-adakan adalah bid’ah dan setiap bid’ah itu sesat. Dan setiap kesesatan itu tempat duduknya di dalam neraka."

Laillahailla Allah…per nak jadi nie.
Tak de mende lain ke yg nak buat. Asyik nok membid’ah kan org jer. Sedangkan banyak lagi mende2 lain yg dok molek berlaku kat tanahair kita nie..naper yg tu tak ditegur. Maksiat berleluasa, takder pun kata tu bid’ah. Kalau dalam bab2 ibadat nie mende2 furu’ & remeh-temeh pun puak2 nie sibuk nok kata bid’ah. Masalah murtad, keruntuhan akhlak, hiburan yg berleluasa, dll tak pulak ambik tahu.

Baca doa aper salahnya. Lebih2 lagi nok masuk tahun baru (Awal Muharram).  Salah satu bulan yg besar dalam Islam.
Antara peristiwa-peristiwa penting yg berlaku dalam bulan nie:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan ‘Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.

Berdoa minta keberkatan drpd Allah. Mudah-mudahan Allah memberkati kita.
Berdoa kepada Allah, yang membimbing dan menunjuki hamba-hamba-Nya ke jalan yang lurus dan menghilangkan sifat-sifat jelek dan hina dari diri manusia.  Takkan tu pun jadi bid’ah..
Allah Ta’alah berfirman:
“Berdoalah kalian kepada-Ku nescaya akan Aku kabulkan.” (Ghafir: 60)

Nak tanya sikit kat puak2 nie.. Awal Muharram dengan tandas kita mana lebih besar?
Kita masuk tandas pun sunnah baca doa, inikan pulak nak masuk Awal Muharram. Salah satu bulan yg agung dalam Islam..

Apabila Puteri Umno Membaca Quran..

Sunday, January 21st, 2007

Click to enlarge

Umno


Kesedaran yg cukup bagus bagi Puteri Tahun 2007. Ana mendoakan mudah2an trend begini
akan mendapat tempat sepenuhnya masa masa mendatang walau bagaimana pun
cukup mengecewakan sdri yg membaca AlQuran tidak menitik beratkan
kesedaran menutup aurat yg sebenar mengikut lunas2 ISLAM, di sini ana hamba ALLAH seperti saudari menasihatkan sdri2 supaya menjaga Imej Muslimah yg diredhai
ALLAH jgnlah diperlekehkan imej yg terang2 menampakkan aurat lebih2
ketika sdri memegang dan membaca AlQuran tidakkah kita/sdri takut dgn
laknat ALLAH dan Quran dgn corak cara pakaian sebegini..tidakkah kita
mengetahui cara2 yg kita pataut ambil kira tika bersama Quran.
Akhir kalam beristigfarlah jgn memperlekehkan ISLAM dan Quran dgn begini rupa sekali.

Note:
Berkatalah benar walaupun berkata benar itu pahit.

Menjawab kritikan Mufti Perlis

Sunday, January 21st, 2007

Oleh : Ustaz Zamihan Mat Zin

Sikap suka memperkatakan sesuatu tanpa fakta ilmiah semakin menjadi-jadi. Lebih-lebih lagi terhadap fakta yang melibatkan sumber perundangan Islam dan kreadibiliti alim ulamak itu sendiri. Amat malang sekali, apabila Mufti baru kita kerap kali mengecam para alim ulamak tradisional. Atas alasan kononnya ulamak tradisional bersifat konservatif, menyampaikan ilmu agama tidak berfakta, menokok nambah cerita, membawa riwayat Israeliyyat dan hadis palsu.

Bahkan dalam masa yang sama, Mufti Baru itu dengan angkuh mendakwa bahawa beliau seorang yang berfakta, menekankan aspek kesarjanaa dan membawa tajdid (pembaharuan) dalam memahami agama. Sebenarnya, inilah sebahagian daripada manifestasi sikap yang melampau dalam agama. Sikapnya yang suka mengecam orang lain dan dalam masa yang sama mengangkat diri sendiri sebagai jaguh sarjana amat dikesali. Manakala prinsip tajdid yang dibawanya pula lebih banyak mendatangkan kerosakan dari kebaikan. Jika dianalisa, Tajdid ala Wahhabi yang diperkenalkannya banyak mendatangkan kerancuan diminda masyarakat kita.

Sebagai contoh, Mufti termuda kita (Mufti Perlis) baru-baru ini membuat kenyataan di dalam Berita Harian pada 5hb Januari 2007 bahawa ramai dikalangan ustaz-ustaz kita yang mengajar di masjid dan surau membacakan hadis palsu. Beliau mendakwa bahawa hadis : “Tuntutlah ilmu walau sehingga ke negeri China ” merupakan hadis palsu. Mufti itu mengajak kita supaya merujuk kepada beberapa kitab yang diisyaratkannya. Tetapi beliau sendiri tidak meluahkan isi sebenar kandungan kitab-kitab yang menjadi rujukannya itu. Ini satu metodologi penyembunyian fakta secara terhormat. Dan bukan dari prinsip kesarjanaan dalam Islam.

Marilah kita sama-sama membuka minda untuk menilai status hadis : “Tuntutlah Ilmu walau sehingga ke negeri China ” dengan sejelas-jelasnya. Apakah dakwaan Mufti termuda itu boleh dianggap sebagai satu fakta yang benar?

Sebenarnya, hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Rabi’ di dalam Musnadnya pada Bab Menuntut Ilmu dan kelebihannya hadis bernombor 18. (lihat al-Rabi’ bin Habib bin Umar al-Basri, Musnad al-Rabi’, cetakan Dar al-Hikmah : Bayrut, 1415H, tahqiq Muhammad Idris, juz 1 m/s 29)

Hadis ini juga diriwayatkan oleh al-Baihaqi di dalam Syuab al-Iman, hadis bernombor 1663. (lihat Abu Bakar Ahmad bin Hussein al-Baihaqi, Syuab al-Iman, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah : Bayrut, Cet Pertama,  1410H, tahqiq : Muhd Sa’id Basyuni Zaghlul, juz 2 m/s 253). Hadis ini juga disebut di dalam Musnad al-Bazzar bernombor 95. Akan tetapi al-Bazzar menolaknya dengan menarafkan sebagai palsu. Atas alasan Abi ‘Atikah merupakan perawi yang tidak dikenalinya. (Abu Bakar Ahmad bin Amru al-Bazzar, Musnad al-Bazzar, Muassasah Ulum al-Qur’an : Bayrut, Cet Pertama, 1409H, tahqiq : Dr Mahfuz al-Rahman Zainullah, juz 1 m/s 75)

Hadis ini juga disebutkan oleh Abi Syujak Syarawaih al-Hamazani di dalam Firdaus bi Ma’tsur al-Khitab bernombor 236. (lihat al-Hamazani, Firdaus bi Matsur al-Khitab, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah : Bayrut, Cet Pertama, tahqiq: Muhd Sa’id Basyuni Zaghlul 1986M, juz 1 m/s 78)

Soalnya, apakah para ulamak yang meriwayatkan hadis ini dan mengabadikan di dalam kitab karangan mereka boleh kita kategorikan sebagai pemalsu hadis. Masya Allah, jikalau Tuan Mufti tetap berpendapat sedemikian ternyata Tuan Mufti tidak menguasai seni ilmu hadis. Maksudnya ialah keupayaan dalam memahami kedudukan hadis, kecacatan hadis dan feqh al-Hadis itu sendiri. Justeru, apakah nilai disebalik MA dan PHD hadis yang tuan miliki.

Sekarang marilah kita sama-sama menelusuri perbincangan tentang status hadis ini. Imam Abd Rauf al-Munawi di dalam Fayd al-Qadhir Syarh Jami’ al-Saghir ketika membuat ulasan terhadap hadis ini mengatakan : “Al-Baihaqi mengatakan matannya (hadis ini) masyhur akan tetapi isnadnya dha’if. Dan diriwayatkan daripada (beberapa) sanad yang lain yang sempurna kedudukannya. Manakala Ibn Abd al-Barr di dalam kitabnya Fadhl al-Ilmi (Kelebihan Menuntut Ilmu) meriwayatkan hadis ini daripada Jaafar bin Muhammad al-Zaghuni daripada Ahmad bin Abi Suraij al-Razi daripada Hamad bin Khalid al-Khayyath daripada Tharif bin Salman bin ‘Atikah daripada Anas ‘Ad daripada Muhammad bin Hasan bin Qutaibah daripada Abbas bin Abi Ismail daripada Hassan bin ‘Athiyyah al-Kufi daripada Abi ‘Atikah daripada Anas.

Bagi saya, apa yang dijelaskan oleh Imam al-Munawi ini hamper sama nadanya dengan kenyataan Ibn Hajar al-Asqalani di dalam kitabnya Lisan al-Mizan (Ibn Hajar al-Asqalan, Lisan al-Mizan, Muassasah al-A’lami: Bayrut, Cet ke-3, 1986M, juz 6 m/s 304)

Al-Munawi meneruskan ulasannya : “Dan Ibn Hibban mengatakan hadis ini hadis yang bathil yang tidak ada sumbernya berdasarkan hujjah bahawa al-Hassan (perawi hadis ini) merupakan perawi yang dhaif. Manakala Abi ‘Atikah (merupakan seorang) perawi yang munkar. Dan di dalam kitab al-Mizan dijelaskan bahawa riwayat Abu ‘Atikah daripada Anas diperselisihkan tentang namanya dan periwayatannya adalah dhaif sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi.

Imam al-Sakhawi pula dan lain-lain ulamak mengatakan : “Hadis ini dhaif berdasarkan kepada dua faktor. Dan Ibn Hibban mengatakan hadis ini hadis yang bathil yang tidak ada sumbernya. Manakala Ibn al-Jauzi menarafkan ia sebagai hadis yang direka. Dan kami memilih atau menuruti pendapat al-Mizzi (Imam al-Hafiz Jamaluddin al-Mizzi yang mengatakan bahawa hadis ini diriwayatkan dengan beberapa riwayat dan apabila dicantumkan dengan sebahagian riwayat yang lain kemungkinan ia mencapai standard hadis hasan. Dan al-Dhahabi mengatakan di dalam Talkhis al-Wahiyat bahawa hadis ini diriwayatkan dengan banyak riwayat. Sebahagian bertaraf waahiyat (amat lemah) dan sebahagiannya sholeh… (baik).” (Abd Rauf al-Munawi, Fayd al-Qadir Syarh Jami’ al-Soghir, Maktabah al-Tijariah al-Kubra : Mesir, Cetakan Pertama, 1306H m/s 543 juz 1)

Tidak cukup dengan keterangan di atas, marilah kita sama-sama meneliti pula apa yang dikemukakan oleh Imam al-Ajlouni di dalam kitabnya Kasyf al-Khafa’ li Muzil al-Ilbas Ketika membahaskan hadis “Menuntut ilmu satu kefardhuan bagi setiap individu muslim” beliau mengatakan : “Hadis riwayat Abi ‘Atikah (pada awal lafaznya) Tuntutlah ilmu walau sehingga ke negeri China dan keduanya (lafaz akhir)” terdapat beberapa komentar. Ibn Abd al-Barr juga meriwayatkan daripada Anas dengan riwayat yang banyak. Tetapi keseluruhannya mempunyai kecacatan dan tiada hujjah padanya dari sudut isnad menurut pakar hadis.”

Katanya lagi : “Menurut al-Bazzar hadis ini diriwayatkan daripada Anas dengan sanad-sanad yang amat lemah. Dan yang paling hasannya ialah apa yang diriwayatkan oleh Ibrahim bin Salam secara mar***** daripada Anas. Dan tidak diketahui orang yang meriwayatkan daripada Ibrahim bin Salam kecuali Abu ‘Asim. Manakala pada perbincangan hadis bab (Bab Ilmu) telah dikemukakan riwayat-riwayat daripada Ubai, Jabir, Huzaifah, al-Hussein bin ‘Ali, Ibn Abbas, IbnUmar, Ali, Ibn Mas’ud, Abu Hurairah, ‘Aisyah, Um Hani’ dan lain-lain. Ringkasnya (menurut kami) ialah berdasarkan apa yang ditakhrijkan oleh al-Iraqi terhadap kitab Ihya’ Ulumuddin karangan al-Ghazali…”

Selanjutnya al-Ajlouni mengulangi pendirian al-Baihaqi terhadap hadis ini. Di samping itu, beliau mengemukakan pendapat Imam Ahmad terhadap hadis ini berdasarkan apa yang dinukilkan daripadanya Ibn al-jauzi di dalam Ilal al-Mutanahiyah dengan katanya : “Hadis ini tidak tsabit sesuatupun berkaitan dengan hadis bab menurut pandangan kami.”

Katanya : “Dan demikian juga pandangan Ishaq Ibn Rahawiyah dan Abu Ali al-Nesyaburi. Manakala Ibn al-Solah mengisyaratkannya sebagai hadis masyhur yang tidak bertaraf sahih. Dan pendapat ini diikuti oleh Imam al-Hakim. Akan tetapi al-Iraqi mengatakan sesetengah ulamak hadis mentashihkannya dengan beberapa isyarat sebagaimana yang dijelaskan beliau dalam ulasan beliau terhadap Ihya’ Ulumuddin.

Katanya lagi : “Imam al-Mizzi pula mengatakan : “Isyarat hadis ini mencapai status hasan sebagaimana yang didapati di dalam Maqasid al-Hasanah. Manakala Ibn Hajar al-Asqalani di dalam al-Lali’ selepas meriwayatkan pelbagai riwayat dari Ali, Ibn Mas’ud, Anas Ibn Umar, Ibn Abbas, Jabir dan Abi Said mengatakan bahawa pada hadis ini terdapat beberapa pandangan.” (Syeikh Ismail b Muhammad al-Ajlouni,  Kasyf al-Khafa’ li Muzil al-Ilbas, Cet ke-4 Muassasah al-Risalah, Bayrut, 1405H, tahqiq Ahmad al-Qallasy m/s 56-57 juz 2)
Kesimpulannya, berdasarkan keterangan di atas jelaslah kepada kita bahawa hadis : “Tuntutlah ilmu walau ke negeri China ” diriwayatkan dengan banyak riwayat. Sebahagian dari riwayat tersebut berstatus dhaif. Akan tetapi apabila dihimpunkan dengan beberapa riwayat yang dhaif dan didatangkan dengan beberapa syahid (kesaksian) yang lain riwayat dhaif tersebut akan mencapai status hasan.

Manakala beberapa riwayat yang bertaraf amat lemah dan berstatus munkar atau palsu ditolak oleh para ulamak sebagai hujjah dalam kelasnya. Hal ini diputuskan berdasarkan kepada kedudukan kedudukan perawi dalam sanad-sanad yang tersendiri sebagaimana yang diperjelaskan di atas. Dan ketentuan ini amat mudah difahami bagi mereka yang mendalami ilmu hadis. Sayangnya Mufti Baru kita menggunakan metodologi bersifat hukmi semata tanpa tafsili. Iaitu dengan menghukum hadis ini palsu secara total. Apakah ini sati estetika ilmiah yang boleh dikongsi bersama?.

Di samping keterangan menerusi kitab-kitab di atas, banyak lagi keterangan yang boleh dinukilkan di sini melalui beberapa kitab. Antaranya melalui kitab al-Kamil fi Dhua’fa al-Rijal, al-Majruhin,Ttarikh al-Baghdad, al-Tadwin fi Akhbar Qazwin, Kasyf al-Dzunun, Abjad al-Ulum dan lain-lain. Namun penulis menyingkatkan perbincangan untuk memberi focus perbincangan kita. Tetapi penulis tidak teragak-agak untuk menghuraikannya secara lebih lanjut jika keadaan memerlukan.

Selain keperihalan sanad, marilah kita menganalisa sedikit tentang kedudukan matannya. Matan hadis ini adalah jelas berstatus masyhur sebagaimana penjelasan Imam al-Baihaqi. Tidak cukup dengan itu, para ulamak tidak lupa untuk menghuraikan matan hadis ini. Buktinya, Imam Al-Ajouni ketika menukilkan huraian al-Baihaqi dengan katanya : “Hadis ini (menuntut kita) untuk mempelajari ilmu yang bersifat umum yang mana seseorang tidak patut jahil mengenainya. Ataupun ia bermaksud satu tuntutan menimba ilmu-ilmu yang bersifat khusus. Atau yang dimaksudkan dengan tuntutan “Menuntut ilmu satu kefardhuan bagi setiap individu muslim” sehingga seseorang itu mampu melaksanakan tuntutan yang memenuhi keatas dirinya…”

Selain huraian Ibn Abd al-Barr, al-Baihaqi, al-Ajlouni, al-Munawi,al- Sakhawi, hadis ini juga turut dihurai oleh Imam Abdullah ‘Alawi al-Haddad di dalam Nasha ih’ al-Diniyyah wa Wasoya al-Imaniyyah. Dan intisari kitab ini pula diajarkan oleh Tuan-tuan Guru dan Ustaz-ustaz kita. Apakah aktiviti seperti ini dikira sebagai penyampai hadis palsu. Maka buatlah pemerhatian yang sebaik-baiknya sebelum melontarkan tuduhan terhadap sesuatu perkara.

Secara realitinya pula, matan hadis ini tepat dengan apa yang berlaku pada hari ini. Walaupun Rasulullah SAW tidak pernah sampai ke negeri China , namun wawasan pemikiran Baginda SAW terlebih dulu sampai ke sana . Bukankah China dulu dan kini terkenal dengan industri pembuatan tembikar/kaca, kertas, kain sutera, jarum, barangan mainan, produk pertanian dan barangan tiruan.

Malah dunia mana pada hari ini tidak diduduki orang cina. Dan terbukti pada hari ini bahawa orang cina yang menguasai ekonomi sehingga ekonomi Amerika pun turut tergugat dengan peranan yang dimainkan China . Mereka yang menjadi gergasi Ekonomi di alaf baru. Justeru, apa salahnya kita mempelajari sikap yang baik, disiplin, kemahiran dan teknologi mereka. Tuan Mufti sendiri ada menyentuh hakikat ini pada tulisan di akhbar Berita Harian pada 4hb. Namun pada tulisan 5hb Januari 2007 beliau sendiri menulis di bawah sedar.

Kesimpulannya, semua keterangan ini membuktikan kepada kita bahawa para ulamak tidak seia sekata dalam menentukan hadis ini. Apa yang jelas ialah status hadis ini ditentukan berdasarkan kepada susur galur periwayatan sanad-sanadnya yang banyak. Hasilnya,  ada riwayat yang berstatus dhaif dan palsu. Walaupun dhaif jika dihimpunkan dengan beberapa periwayatan dan kesaksian yang lain ia akan mencapai taraf hasan. Apabila ia bertaraf dhaif ataupun hasan ternyata ia boleh diamalkan menerusi disiplin ilmu hadis.

Buktinya, Al-Imam al-Nawawi –secara masyhur- di dalam al-Arba’in mengatakan bahawa para fuqaha’ dan muhaddithin telah bersepakat untuk menerima pakai hadis dhaif dalam bab Fadha’il a’mal (kelebihan untuk beramal) dan Bab Etika serta tidak ianya tidak berstatus palsu. Justeru, jika Tuan Mufti mendakwa ianya palsu mengapa Tuan Mufti tidak memperincikan sanad-sanadnya yang palsu itu sebagaimana menurut disiplin ilmu hadis.

Sayangnya, Mufti Baru kita seakan sengaja menyembunyikan fakta ini. Dimana nilai kesarjanaan yang dilaung-laungkannya . Amat malang , kerana berasaskan kepada fakta yang disembunyikan ini, beliau membuat kecaman terbuka terhadap Tuan-tuan Guru dan Ustaz-ustaz kita bahawa kebanyakkan mereka menyampaikan ilmu agama dengan hadis palsu.

Senario ini sedikit sebanyak mendatangkan fitnah kepada mereka. Masya Allah. Jika ada benarnya dakwaan Mufti baru ini, saya meminta Tuan Mufti kemukakan butiran individu tersebut, lokasi pengajaran mereka, sanad dan matan yang dibawa mereka untuk dimuzakarahkan. Hal ini penting supaya Tuan Mufti tidak menuduh secara sembarangan. Dan maruah Tuan Mufti tidak tercemar di mata masyarakat. Walaupun asas untuk mendakwa bahawa hadis ini sebagai hadis yang palsu ada. Tetapi asas al-Bazzar, Ibn Hibban dan Ibn al-Jauzi itu berteraskan kepada perawi yang dikritik mereka. Manakala perawi yang dikritik pula dipandang sebagai dhaif oleh majority ulamak yang lain. Akhirnya menimbulkan kekhilafan dalam penarafan hadis. Justeru, perselisihan ini tidak wajar dijadikan asas untuk dimuktamadkan sebagai hadis palsu. Apatah lagi ia hendak digunakan sebagai hujjah untuk menuduh pihak yang tidak sependapat dengan kita.

Nampaknya, mutiara-mutiara ilmiah dan hikmah kita semakin hilang apabila institusi agama diterajui oleh mereka yang jahil dalam disiplin ilmu ini. Lantaran itu, tidak hairanlah jikalau ada suara-suara sumbang yang mengkritik ulamak dan pendakwah secara menghina bukannya bersifat membina. Dan tidak syak bahawa inilah seni penyelewengan yang terhormat dalam agama. Semoga Allah mengurniakan hidayah kepada kita semua terhadap apa yang disukai lagi diredhaiNya.

…………………….
Ustaz Zamihan Mat Zin al-Ghari, ialah  Ahli Lembaga Penasihat Darul Hadis - PAKSI

Sesuatu yang anda tidak perasan atau tidak terfikir langsung….

Friday, January 19th, 2007

Things You Probably Never Knew or Thought About
Sesuatu yang anda tidak perasan atau tidak terfikir langsung….

1. At least 5 people in this world love you so much they would die
for you.

Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan
sanggup mati kerana anda.

2. At least 15 people in this world love you in some way.
Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam
beberapa cara.

3. The only reason anyone would ever hate you is because they want to
be just like you.

Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi
seperti anda.

4. A smile from you can bring happiness to anyone, even if they don’t
like you.

Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang,
walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Every night, SOMEONE thinks about you before they go to sleep.
Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. You mean the world to someone.
Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. If not for you, someone may not be living.
Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. You are special and unique.
Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Someone that you don’t even know exists loves you.
Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. When you make the biggest mistake ever, something good comes from
it.

Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah
disebaliknya.

11. When you think the world has turned its back on you, take a look:
you most likely turned your back on the world.

Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin
anda yang meminggirkan mereka.

12. When you think you have no chance of getting what you want, you
probably won’t get it, but if you believe in yourself, probably, sooner or
later, you will get it.

Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan
sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya,
tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan
memperolehinya.

13. Always remember the compliments you received. Forget about the
rude remarks.

Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun,
caci & cela.

14. Always tell someone how you feel about them; you will feel much
better when they know.

Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang
bila seseorang mengetahuinya.

15. If you have a great friend, take the time to let them know that
they are great.

Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk
memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.

A Minute.
They say it takes a minute to find a special person, an hour to
appreciate them, a day to love them, but then an entire life to forget them.
Send this phrase to the people you’ll never forget and remember to send it also
to the person that sent it to you. It’s a short message to let them know
that you’ll never forget them. If you don’t send it to anyone, it means
you’re in a hurry and that you’ve forgot your friends. Take the time… to
live and love.
Send this letter to all the people you care about, Including the
person who sent this to you. If you do so, You will certainly brighten
someone’s day and might change their perspective on life, for the
better.

Seminit
Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk
menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk
melupakannya. Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan
lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini
adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya.
Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan
kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi
keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada
yang lebih baik.

Banjir di Johor: Kelantan sumbang RM1 juta

Thursday, January 18th, 2007

Image hosting by TinyPic
KOTA BHARU, 18 Januari - Atas sifat kemanusian dan
rasa tanggungjawab, kerajaan Kelantan hari ini telah meluluskan bantuan
sejumlah RM1 juta kepada mangsa banjir di Johor.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat,
memberitahu sumbangan dari kerajaan negeri itu dikeluarkan melalui
Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) untuk meringankan bebanan
penderitaan mangsa tersebut.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco, di Kota Darulnaim di sini hari ini.

Jelasnya,
bagi menyegerakan sumbangan tersebut kerajaan negeri akan
mengirimkannya melalui Briged Amal yang akan turun ke negeri itu untuk
membantu mangsa banjir.

"Briged Amal nak turun Jumaat ini, tetapi pada saya kalau boleh disegerakan hari inipun amat baik,"ujarnya.

Difahamkan sumbangan berkenaan akan disampaikan kepada Badan
Perhubungan PAS Negeri Johor, di mana pihak berkenaan akan
mengagihkannya kepada semua mangsa yang terlibat dengan banjir.

Selain itu juga, Tuan Guru mengarahkan semua agensi kerajaan
negeri mengadakan tabung bantuan bencana banjir masing-masing di
seluruh negeri ini.

Tambahnya, apabila tiba tempohnya pungutan berkenaan diserahkan pada kerajaan negeri untuk diagihkan pada mangsa banjir.

Sementara itu, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan,
memberitahu pihaknya akan menganjurkan majlis memungut derma yang akan
diadakan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) pada 21 Januari
ini.

"Saya berharap semua rakyat Kelantan tanpa mengira bangsa,
politik hadir pada majlis itu untuk turut membantu rakyat Johor yang
kini dilanda banjir," ujarnya.

Beliau juga turut mendedahkan, sebelum ini PAS Kelantan telah
mengirimkan sejumlah RM49,000 kepada mangsa banjir di negeri itu
melalui Briged Amal, Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan dan Badan
Perhubungan PAS Negeri sendiri.

"Di samping itu juga lima tan beras  sudah diagihkan kepada mereka tanda simpati kita," ujarnya.

Tuan Guru juga melahirkan rasa dukacita terhadap kenyataan
individu terbabit pada tiga minggu lalu berhubung persiapan telah
diambil untuk menghadapi kemungkinan berlaku banjir besar kali kedua di
negeri itu.

Tegasnya, ekoran kenyataan individu terbabit di mana beliau
telah bersiap sedia untuk mengurus banjir sekiranya ia berlaku lagi
menyebabkan beliau (Tuan Guru) berasa berdebar.

Tetapi tambahnya, perancangan untuk menghadapi banjir rupanya
mengatasi kehendak Allah apabila manusia tidak mampu menangkis
kemaraannya (banjir).

Tegasnya, ia menyebabkan individu terbabit berdiam diri mungkin telah menginsafi keterlanjuran keangkuhannya sebelum itu.

"Apa yang penting kita harus ingat setiap musibah yang berlaku
mungkin ada sebabnya, adakah kerana dosa-dosa yang telah kita lakukan
sebelum ini atau macam mana," ujarnya.

—————————————————————————————————-
Note:

Setiap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Ketika UMNO lebih menumpukan kepada Pilihan Raya Kecil  Batu
Talam dan menghentam PAS kerana boikot… Tetapi PAS lebih menumpukan
untuk memberi bantuan & pertolongan kepada mangsa banjir di
Johor….

TALIAN INTERNET UNTUK LEBIH LAJU

Tuesday, January 16th, 2007

Tips 1 minit untuk pembaca2 blog ini.

Disebabkan gempa bumi di Taiwan baru2 ini merosakkan beberapa paip yg menghubungkan internet ke luar negara, beberapa lamanweb yang dihost luar Malaysia sukar diakses. Contoh cam lamanweb Friendster, Yahoo,  Soccernet.com dll..

Tambahan lagi dengan talian TMNET masih tidak berfungsi dengan baik menambahkan lagi masalah yg sedia ada.

Masalah ini akan berlarutan selagi kable yang terkena kesan Gempabumi Taiwan tidak dapat dipulihkan dalam masa yang terdekat.

 


Untuk mengatasi masalah ini saya cadangkan sdr/i menggunakan proxy.

What is Proxy?
Click here to read more

Beza connection melalui Proxy dgn Direct Connection.
Image hosting by TinyPic
Gambarajah komputer yg menggunakan Proxy untuk melayari internet.
Image hosting by TinyPic
Gambarajah komputer yg menggunakan Direct Connection untuk melayari internet.

Keterangan & Contoh:
-Anda ingin membuka laman web Friendster(di host di Amerika). Jika anda menggunakan Proxy drpd Australia contohnya, connection anda tidak akan disambung terus ke server Friendster. Sebaliknya connection anda akan disambung ke Australia dulu, kemudian baru  ke Amerika.
-Jika menggunakan  Direct Connection, dia akan terus menyambungkan connection anda ke Amerika terus tanpa ke Australia terlebih dahulu.

Untuk laman2 web yg di hostkan di Malaysia atau Singapore (contoh cam bharian, FriendsterKit) tidak perlulah menggunakan Proxy.
Jika akan menggnunakan Proxy drpd Australia contohnya, dia akan menyambungkan connection anda ke Australia, kemudian drpd Australia akan disambungkan balik ke Malaysia. Makan masa untuk loading. Bukan ke jauh nak pegi Australia dulu kemudian balik semula ke Malaysia. Lebih baik terus gunakan Direct Connection.

———————————————————————————
Untuk meng’SETTINGS’ kan Proxy
Untuk guna proxy Thailand
203.144.143.6  port 8080
atau
203.144.143.7 port 8080

Untuk guna proxy Indonesia
202.93.36.11  port 80

Untuk guna proxy Singapore
58.185.66.194  port 3128

Untuk guna proxy Australia
165.228.128.10  port 3128
atau 165.228.133.11 port 3128

Atau check link nie untuk list proxy percuma:
http://www.proxy4free.com/page1.html


Caranya:

1) JIKA MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER

Untuk Internet Explorer 6.0 atau 7.0,
pilih Tools -> "Internet Options". Klik tab "Connections" dan pilih "LAN Settings".  Tick "Use a proxy server for your LAN" checkbox dan masukkan alamat dan  port dengan maklumat di atas (contohnya with 203.144.143.6 dan portnya 8080) Simpan settings, dan siap.

2) JIKA ANDA MENGGUNAKAN FIREFOX

Mozilla Firefox 1.0, pergi menu Tools pilih Options. diikuti dengan "General" tab dan pilih "Connection settings". Tick "Manual proxy configuration", dan masukkan detail di atas di "HTTP Proxy". (biarkan kotak lain kosong.) kemudian simpan.

Jika Mozilla Firefox 2.0, caranya sama tetapi pilih tab "Advanced" bukan "General". diikuti dengan "Network", dan klik "Settings". Yang lain serupa dengan di atas.

Saya menggunakan proxy drpd Australia untuk membuka laman2 web drpd luar negara. Rasa  ada perubahan. Anda pulak bagaimana? Tak nak cuba ker tips di atas. Bagi ler komen sikit.

Pengembala babi… ahli syurga

Sunday, January 14th, 2007

Pada satu ketika Allah pernah bertanya kepada Nabi Musa " Wahai Musa, hendakkah kamu tahu siapakah temanmu dalam syurga?" Maka jawab Musa " Ya tuhanku, aku ingin sekali mengetahui siapakah temanku dalam syurga"

Maka Allah pun menerangkan ciri-ciri dan lokasi orang berkenaan pada Musa. Maka berjalanlah Musa ke tempat orang tersebut untuk mengetahui apakah kebajikan yang dibuatnya sehingga melayakkan diri orang tersebut memasuki syurga.

Akhirnya sampailah beliau kepada satu rumah yang didiami oleh seorang pemuda. Nabi Musa melihat, orang itu biasa saja, tidaklah nampak alim ataupun orang yang kuat beribadat. Lalu pemuda itu mempelawa Nabi Musa untuk berbual dengannya di atas rumah.

Nabi Musa berbual dengannya sekian lama, mencari keistimewaan yg menyebabkan lelaki ini dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga. Namun tidak ada apa pun yg  kelihatan istimewa pada diri lelaki tersebut.

Setelah sekian lama berbual, pemuda itu meminta diri sekejap kepada Musa kerana ada hal penting katanya. Pemuda itu pun masuk ke bilik dan mendukung keluar seekor babi dan babi tersebut dimandikan dan dicuci dengan penuh kasih sayang. Selepas habis babi pertama, diambilnya pula babi kedua dan begitulah diperlakukannya sehingga kedua-dua babi itu bersih dan disimpannya kedua-dua babi itu di dalam bilik.

Terpegun Musa melihatkan gelagat pemuda itu lalu bertanya. Apakah tuan memelihara babi. Jawab pemuda itu " Ya, hamba memelihara dua ibu bapa saya yang telah bertukar menjadi babi akibat kemurkaan Allah terhadap mereka. Dosanya terhadap Allah adalah antara mereka dengan Allah tetapi tanggungjawab saya sebagai anak tetap saya tunaikan kerana mereka adalah ibu bapa saya walaupun telah bertukar menjadi babi". Maka fahamlah Nabi Musa mengapa pemuda tersebut dipilih memasuki syurga. Demikianlah besarnya pahala orang yang menghormati dan menjaga ibu bapanya terutama semasa mereka uzur dan sudah tua.

Waallahua’lam..

NO ‘COPYRIGHT RESERVED’ IN ISLAM

Saturday, January 13th, 2007

Copyright
P
erlindungan hak cipta adalah idea yang berasal dari ideologi kapitalisme. Negara-negara kapitalis–industri telah membuat konvension Paris pada tahun 1883 dan konvension Bern pada tahun 1886, tentang perlindungan hak cipta. Selain kesepakatan-kesepakatan tersebut, mereka juga membuat beberapa kesepakatan lain yang jumlahnya tidak kurang dari 20 kesepakatan. Kemudian terbentuklah Lembaga Internasional untuk Hak Cipta yang bernama WIPO (World Intellectual Property Organization), yang bertugas mengawal dan menjaga kesepakatan tersebut. Pada tahun 1995, WTO telah mengesahkan adanya perlindungan hak cipta, dan WIPO menjadi salah satu bahagiannya. WTO mensyaratkan bagi negara-negara yang ingin bergabung dengannya, harus terikat dengan perlindungan hak cipta, dan membuat undang-undang terkait guna mengatur perlindungan hak cipta.

Undang-undang Hak Cipta yang dilegalisasi oleh negara-negara tersebut, harus memberikan hak kepada individu untuk melindungi hasil ciptaannya, serta melarang orang lain untuk memanfaatkan ciptaan tersebut kecuali dengan izinnya. Negara harus menjaga hak tersebut dan memberikan sanksi bagi setiap orang yang
melanggarnya dengan sanksi penjara puluhan tahun, baik ketika (penciptanya) masih hidup atau telah mati. Undang-undang yang dilegalisasi juga harus mencakup undang-undang perlindungan (bagi) perusahaan-perusahaan pemegang hak patent.

Maksud dari karya cipta adalah, pemikiran atau pengetahuan yang diciptakan oleh seseorang, dan belum ditemukan oleh orang lain sebelumnya. Bahagian terpenting dari karya-karya cipta tersebut adalah pengetahuan yang boleh dimanfaatkan dalam perindustrian serta produksi barang dan jasa, dan apa yang saat ini dinamakan dengan ‘teknologi’.

Dengan demikian, orang-orang kapitalis menganggap bahawa
pengetahuan-pengetahuan individu sebagai ‘harta’ yang boleh dimiliki, dan bagi orang yang mengajarkan atau mempelajari pengetahuan tersebut tidak diperbolehkan memanfaatkannya, kecuali atas izin pemegang patent dan ahli warisnya, sesuai dengan standard-standard tertentu. Jika seseorang membeli buku, ‘disket’ atau ‘kaset’, yang mengandung pemikiran baru, maka ia berhak
memanfaatkan sebatas apa yang dibelinya saja, dalam batas-batas tertentu, seperti membaca atau mendengarkan. Dia dilarang, berdasarkan Undang-undang Perlindungan Hak Cipta, untuk memanfaatkannya dalam perkara-perkara lain, seperti mencetak, dan menyalin untuk diperdagangkan atau disewakan.

Lalu apa hukum syara’ tentang kepemilikan individu (private property) terhadap barang-barang dan pemikiran-pemikiran ?

Islam telah mengatur kepemilikan individu dengan suatu pandangan bahawa kepemilikan tersebut merupakan salah satu penampakkan dari naluri mempertahankan diri (gharizah baqa’). Atas dasar itu, Islam mensyariatkan bagi kaum Muslim ‘kepemilikan’ untuk memenuhi naluri ini, yang akan menjamin kewujudan dan kehidupan yang lebih baik. Islam membolehkan bagi seorang Muslim untuk memiliki harta sebanyak-banyaknya, seperti: binatang ternak, tempat tinggal, dan hasil bumi. Di sisi lain Islam mengaharamkan seorang Muslim untuk
memiliki barang-barang, seperti : khamr, daging babi, dan narkoba. Islam telah mendorong seorang Muslim untuk berfikir dan menuntut ilmu, begitu juga Islam membolehkan seorang Muslim untuk mengambil upah kerana mengajar orang lain. Islam juga telah mensyariatkan bagi seorang muslim sebab-sebab yang dibolehkan untuk memiliki suatu barang, seperti : jual-beli, perdagangan, dan waris; dan mengharamkan seorang Muslim sebab-sebab (kepemilikan, penerj.) lain (yang bertentangan dengan Islam, penerj.), seperti : riba, judi, dan jual beli valas (tidak secara tunai dan langsung-penerj).

Kepemilikan dalam Islam, secara umum diertikan sebagai izin syari’y (Allah) untuk memanfaatkan barang. Sedangkan kepemilikan individu adalah hukum syara’ yang mengatur barang atau jasa yang disandarkan kepada individu; yang memungkinkannya untuk memanfaatkan barang dan mengambil perbelanjaan darinya. Kepemilikan individu dalam Islam tidak ditetapkan kecuali atas dasar ketetapan hukum syara’ bagi kepemilikan tersebut, dan penetapan syara’ bagi sebab kepemilikan tersebut. Kerana itu, hak untuk memiliki sesuatu tidak muncul dari
sesuatu itu sendiri, atau manfaatnya; akan tetapi muncul dari izin syari’y untuk memilikinya dengan salah satu sebab kepemilikan yang syar’iy, seperti jual-beli dan hadiah.

Islam telah memberikan kekuasaan kepada individu atas apa yang dimilikinya, yang memungkinkan ia dapat memanfaatkannya sesuai dengan hukum syara’. Islam juga telah mewajibkan negara agar memberikan perlindungan atas kepemilikan individu dan menjatuhkan sanksi bagi setiap orang yang melanggar kepemilikan orang lain.

Mengenai kepemilikan atas Pemikiran Baru, mencakup dua jenis dari kepemilikan individu. 
Pertama, sesuatu yang terindera dan teraba, seperti tanda dagang dan buku.
Kedua, sesuatu yang terindera tetapi tidak teraba, seperti pandangan ilmiah dan pemikiran bistari yang tersimpan dalam otak seorang pakar.

Apabila kepemilikan tersebut berupa kepemilikan jenis pertama, seperti tanda dagang yang mubah, maka seorang individu boleh memilikinya, serta memanfaatkannya dengan cara mengusahakannya atau menjual-belikannya. Negara wajib menjaga hak individu tersebut, sehingga memungkinkan baginya untuk mengelola dan mencegah orang lain untuk melanggar hak-haknya. Sebab, dalam
Islam, tanda dagang memiliki nilai benda kerana keberadaannya sebagai salah satu bentuk perniagaan yang diperbolehkan secara syar’iy. Tanda dagang adalah LabelCopyright_1
Product yang dibuat oleh pedagang atau industriawan bagi produk-produknya untuk membedakan dengan produk yang lain, yang dapat membantu para pembeli dan konsumen untuk mengenal produknya. Definisi ini tidak mencakup tanda-tanda
dagang yang sudah tidak digunakan lagi, sebagaimana oleh sebahagian undang-undang didefinisikan sebagai :
  "Tanda apapun yang digunakan atau tanda yang niatnya hendak digunakan."
  Sebab, nilai tanda dagang dihasilkan dari keberadaanya sebagai bahagian dari aktiviti perdagangan secara langsung. Seseorang boleh menjual tanda dagangnya.
Jika ia telah menjual kepada orang lain, manfaat dan pengelolaannya berpindah kepada pemilik baru.

Adapun mengenai kepemilikan fikriyyah, iaitu jenis kepemilikan kedua, seperti pandangan ilmiah atau pemikiran briliant, yang belum ditulis pemiliknya dalam kertas, atau belum dirakamnya dalam disket, atau pita kaset, maka semua itu adalah milik individu bagi pemiliknya. Ia boleh menjual atau mengajarkannya kepada orang lain, jika hasil pemikirannya tersebut memiliki nilai menurut pandangan Islam. Bila hal ini dilakukan, maka orang yang mendapatkannya dengan sebab-sebab syar’iy boleh mengelolanya tanpa terikat dengan pemilik pertama, sesuai dengan hukum-hukum Islam. Hukum ini juga berlaku bagi semua orang yang membeli buku, disket, atau pita kaset yang mengandung benda pemikiran, baik pemikiran ilmiah ataupun sastera. Demikian pula, ia berhak untuk membaca dan memanfaatkan informasi-informasi yang ada di dalamnya. Ia juga berhak mengelolanya, baik dengan cara menyalin, menjual atau menghadiahkannya, akan tetapi ia tidak boleh mengatasnamakan (menasabkan) penemuan tersebutpada selain pemiliknya. Sebab, pengatasnamaan (penisbahan) kepada selain pemiliknya adalah kedustaan dan penipuan, di mana keduanya diharamkan secara syar’iy. Oleh kerana itu, hak perlindungan atas kepemilikan fikriyyah merupakan hak yang bersifat maknawi, yang hak pengatasnamaannya dimiliki oleh pemiliknya. Orang lain boleh memanfaatkannya tanpa seizin dari pemiliknya. Jadi, hak maknawi ini hakikatnya digunakan untuk meraih nilai akhlaq. Akan tetapi, orang-orang kapitalis telah memfokuskan seluruh aktiviti dan undang-undang mereka untuk meraih nilai benda saja. Nilai benda itu pula yang digunakan sebagai titik ukur (standard) ideologi mereka dalam kehidupan. Bahkan mereka telah mengabaikan nilai-nilai ruhiyyah, insaniyyah (kemanusiaan), dan akhlaq yang difitrahkan dalam diri manusia untuk meraih nilai-nilai benda. Mereka telah menenggelamkan orang alim dengan keburukan-keburukan dan kelemahan-kelemahan.

Adapun, syarat-syarat yang ditetapkan oleh hukum-hukum positif, yang membolehkan pengarang buku, atau pencipta program, atau para penemu untuk menetapkan syarat-syarat tertentu atas nama perlindungan hak cipta, seperti halnya hak cetak dan perlindungan penemuan (patent), merupakan syarat-syarat yang tidak syar’iy, dan tidak wajib terikat dengan syarat-syarat tersebut. Sebab, berdasarkan akad jual-beli dalam Islam, seperti halnya hak kepemilikan yang diberikan kepada pembeli, pembeli juga diberi hak untuk mengelola apa yang ia miliki (yang telah ia beli, penej.). Setiap syarat yang bertentangan dengan akad (syar’iy) hukumnya haram, walaupun pembelinya rela meski dengan seratus syarat.

Dari ‘Aisyah ra:
"Barirah mendatangi seorang perempuan, iaitu seorang mukatab yang akan dibebaskan oleh tuannya jika membayar 9 awaq (1 awaq=12 dirham=28 gr). Kemudian Barirah berkata kepadanya, "Jika tuanmu bersedia, aku akan membayarnya untuk mereka jumlahnya, maka loyaliti [mu] akan menjadi milikku." Mukatab tersebut lalu mendatangi tuannya, dan menceritakan hal itu kepada mereka. Kemudian mereka menolak dan mensyaratkan agar loyaliti [budak tersebut] tetap menjadi milik mereka. Hal itu kemudian diceritakan ‘Aisyah kepada Nabi SAW. Rasulullah SAW bersabda: "Lakukanlah." Kemudian Barirah melaksanakan perintah tersebut dan Rasulullah SAW berdiri, lalu berkhutbah di hadapan manusia. Beliau segera memuji Allah dan menyanjung namaNya. Kemudian bersabda: "Tidak akan dipedulikan, seseorang yang mensyaratkan suatu syarat yang tidak sesuai dengan
apa yang tercantum dalam Kitabullah." Kemudian beliau bersabda lagi: "Setiap syarat yang tidak ada dalam Kitabullah, maka syarat tersebut adalah bathil. Kitabullah lebih berhak, dan syaratnya (yang tercantum dalam Kitabullah) bersifat mengikat. Loyaliti dimiliki oleh orang yang membebaskan."

Mantuq (teks) hadis ini menunjukkan bahawa syarat yang bertentangan dengan apa yang tecantum dalam Kitabullah dan Sunnah Rasul, tidak boleh diikuti. Dan selama syarat perlindungan hak cipta menjadikan barang yang dijual (disyaratkan) sebatas pada suatu pemanfaatan tertentu saja, tidak untuk pemanfaatan yang lain, maka syarat tersebut adalah batal dan bertentangan dengan Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya. Sebab, keberadaannya bertentangan dengan ketetapan aqad jual-beli syar’iy yang memungkinkan pembeli untuk mengelola dan memanfaatkan barang dengan cara apapun yang sesuai syar’iy, seperti jual-beli, perdagangan, hibbah, dan lain-lain. Syarat yang mengharamkan sesuatu yang halal adalah syarat yang batil, berdasarkan sabda Rasulullah SAW :

"Kaum Muslim terikat atas syarat-syarat mereka, kecuali syarat yang
mengharamkan sesuatu yang halal dan menghalalkan yang haram."

Oleh kerana itu, secara syar’iy tidak boleh ada syarat-syarat hak cetak, menyalin, atau perlindungan atas suatu penemuan. Setiap individu berhak atas hal itu (memanfaatkan produk-produk intelektual). Pemikir, ilmuwan, atau penemu suatu program, mereka berhak memiliki pengetahuannya selama pengetahuan tersebut adalah miliknya dan tidak diajarkan kepada orang lain. Adapun setelah mereka memberikan ilmunya kepada orang lain dengan cara mengajarkan, menjualnya, atau dengan cara lain, maka ilmunya tidak lagi menjadi miliknya lagi. Dalam hal ini, kepemilikinnya telah hilang dengan dijualnya ilmu tersebut, sehingga mereka tidak berwenang melarang orang lain untuk memanfaatkannya; iaitu setelah ilmu tersebut berpindah kepada orang lain dengan sebab-sebab syar’iy, seperti dengan jual-beli atau yang lainnya.

Adapun copyrigt yang tercantum pada beberapa ‘CD komputer’, yakni tidak diperbolehkan mengcopy program; di mana pemiliknya telah melarang orang lain untuk mengcopinya kecuali atas izinnya ; berdasarkan sabda Rasulullah SAW.:

Kaum Muslim terikat atas syarat-syarat mereka dan sabda Beliau : "tidak halal harta seorang muslim kecuali dengan kerelaan dirinya", juga sabdanya : "barang siapa mendapatkan paling awal sesuatu yang mubah, maka ia adalah orang yang paling berhak".

‘Copyright’ tersebut hendaklah merujuk pada  ‘Terma Penggunaan’ (Term of Use), tanpa ada pengecualian sebagaimana yang telah dikecualikan oleh Rasul dengan sabdanya, "kecuali syarat yang mengharamkan sesuatu yang halal". Dua hadis terakhir tidak sesuai dengan manath kes tersebut, sebab hadis, "tidak halal harta seseorang", manath-nya adalah harta milik orang lain, sedangkan ‘CD komputer’ telah menjadi milik pembeli. Adapun hadis, "barang siapa mendapatkan paling awal sesuatu yang mubah, maka ia orang yang paling berhak," manath-nya adalah harta milik umum, sebagaimana hadis, "(Kota) Mina menjadi hak bagi siapa saja yang datang lebih dahulu (untuk menempatinya)". Sedangkan ‘CD komputer’ tergolong kepemilikan individu.

Sesungguhnya, Undang-undang Perlindungan Hak Cipta merupakan salah satu cara penjajahan ekonomi dan peradaban yang telah digulirkan oleh negara-negara kapitalis besar kepada negara-negara di seluruh dunia dan penduduknya melalui WTO. Setelah negara-negara tersebut berhasil menguasai teknologi –yakni pengetahuan yang berhubungan dengan industri, produksi barang dan jasa– mereka membuat undang-undang agar boleh ‘menimbun’ pengetahuan-pengetahuan tersebut dan mencegah negara-negara lain mengambil manfaat hakiki dari penemuan tersebut; agar negara-negara lain tetap menjadi pasar konsumtif bagi produk-produk mereka dan tunduk dibawah pengaturannya; juga agar mereka boleh mencuri kekayaan dan sumberdaya alam negara-negara kecil atas nama investasi dan globalisasi.

Sesungguhnya umat Islam adalah umat yang agung dengan kekuatan kepemimpinanya. Orang-orang kafir telah menyedari kekuatan dan bahaya umat Islam bagi mereka apabila umat Islam kembali kepada ideologi Islam. Oleh kerana itu, mereka memaksakan kepada umat Islam hukum-hukum positif mereka, seperti Undang-undang Perlindungan Hak Cipta dan yang sejenisnya. Tujuannya, untuk mencegah (umat Islam mendapatkan, penerj.) sebab-sebab kekuatan, dan menjauhkan umat Islam dari ideologi Islam. Maka dari itu, kaum Muslim harus menyedari bahaya hukum-hukum positif tersebut bagi agama mereka dan kehidupan mereka. Kaum Muslim-lah yang dijadikan sasaran mereka. Mereka telah ‘menimbun’ pengetahuan-pengetahuan ilmiah untuk mencegah kaum Muslim mendapatkan manfaat-manfaatnya. Semua itu dilakukan agar kaum Muslim tetap terbelakang dan tidak dapat bangkit dengan landasan Islam. Berdasarkan hal ini, kaum Muslim harus menolak dan tidak boleh terikat dengan hukum-hukum tersebut. Sebab, hukum-hukum tersebut bukan berasal dari Islam, dan dibuat untuk menimpakan kehancuran bagi umat Islam.

Kaum Muslim wajib mengetahui setiap kunci dan nafas dalam rangka menegakkan kembali Negara Khilafah yang akan mengembalikan kemuliaan, kesatuan, dan kekuatan mereka. Dan agar mereka mampu membersihkan dunia dari kenistaan dan imperialisme kapitalis untuk menuju keadilan Islam. Allah SWT berfirman:

Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya (dengan membawa) petunjuk (Al Qur’an) dan agama yang benar untuk dimenangkan-Nya atas segala agama (ideologi dan pemikiran), walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya. (QS. at-Taubah [9]:33)

Wassalam

————————————————————————————————–
Copyright_2

Persoalan:
er..nak mintak pendapat skit:
klu kite bukak bisnes komputer kan..gune software pirate..sumber rezeki kite jadi haram la kan? lagi…klu duit tu kite sedekahkan pun..still x elok kan buat bisnes camtu? betul x? DZiR

Jawapan:
hukum asalnya sama juga: harta intelek tidak boleh diceroboh walaupun ia milik orang kafir.

Mengenai software, pelajar juga tidak terkecuali dari perundangan.

Adapun industri cetak rompak harta intelek, ia menyamai hukum arak di zaman silam, ia mesti secara tadarruj atau beransur. Pemerintah hendaklah meningkatkan kesedaran, mengadakan alternatif kepada rakyat utk memiliki perisian yg lebih murah. Pemerintah kenalah cari jalan supaya syarikat asing tidak mengenakan harga yang menekan dan menindas.

Buat masa ini industri cetak rompak merupakan sebahagian dari kehidupan masyarakat di samping penguatkuasaan yg amat lemah dari Pemerintah dan penguasaan kapitalis yang mengenakan harga yang tinggi kepada pasaran tempatan. Ini kerana software adalah barangan keperluan manusia.

Maka dalam hal ini, hukum yang jelas dan sorih hendaklah datang dari Pemerintah, jika tidak rakyat akan terus membeli hasil cetak rompak bukan saja software tapi juga harta intelek yg lain spt VCD, DVD hiburan dan wayang.

Saya anggap buat masa ini, hukumnya tidak berapa jelas [Cuba rujuk ulama’2 muktabar dan juga mufti2), cuma mereka yg tidak mampu hendaklah bertaqwa kpd Allah dan makanlah sekadar keperluannya. AQ 2:173.

Cuma jangan terlibat dengan bisnes cetak rompak. Kalau utk kegunaan sendiri, maka ia masih dalam skop kema’afan sehinggalah pemerintah serius dan betul2 mahu menghapuskan industri cetak rompak ini. Sekian.

Wallahua’lam..