Banjir di Johor: Kelantan sumbang RM1 juta

Image hosting by TinyPic
KOTA BHARU, 18 Januari - Atas sifat kemanusian dan
rasa tanggungjawab, kerajaan Kelantan hari ini telah meluluskan bantuan
sejumlah RM1 juta kepada mangsa banjir di Johor.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat,
memberitahu sumbangan dari kerajaan negeri itu dikeluarkan melalui
Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) untuk meringankan bebanan
penderitaan mangsa tersebut.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco, di Kota Darulnaim di sini hari ini.

Jelasnya,
bagi menyegerakan sumbangan tersebut kerajaan negeri akan
mengirimkannya melalui Briged Amal yang akan turun ke negeri itu untuk
membantu mangsa banjir.

"Briged Amal nak turun Jumaat ini, tetapi pada saya kalau boleh disegerakan hari inipun amat baik,"ujarnya.

Difahamkan sumbangan berkenaan akan disampaikan kepada Badan
Perhubungan PAS Negeri Johor, di mana pihak berkenaan akan
mengagihkannya kepada semua mangsa yang terlibat dengan banjir.

Selain itu juga, Tuan Guru mengarahkan semua agensi kerajaan
negeri mengadakan tabung bantuan bencana banjir masing-masing di
seluruh negeri ini.

Tambahnya, apabila tiba tempohnya pungutan berkenaan diserahkan pada kerajaan negeri untuk diagihkan pada mangsa banjir.

Sementara itu, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan,
memberitahu pihaknya akan menganjurkan majlis memungut derma yang akan
diadakan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) pada 21 Januari
ini.

"Saya berharap semua rakyat Kelantan tanpa mengira bangsa,
politik hadir pada majlis itu untuk turut membantu rakyat Johor yang
kini dilanda banjir," ujarnya.

Beliau juga turut mendedahkan, sebelum ini PAS Kelantan telah
mengirimkan sejumlah RM49,000 kepada mangsa banjir di negeri itu
melalui Briged Amal, Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan dan Badan
Perhubungan PAS Negeri sendiri.

"Di samping itu juga lima tan beras  sudah diagihkan kepada mereka tanda simpati kita," ujarnya.

Tuan Guru juga melahirkan rasa dukacita terhadap kenyataan
individu terbabit pada tiga minggu lalu berhubung persiapan telah
diambil untuk menghadapi kemungkinan berlaku banjir besar kali kedua di
negeri itu.

Tegasnya, ekoran kenyataan individu terbabit di mana beliau
telah bersiap sedia untuk mengurus banjir sekiranya ia berlaku lagi
menyebabkan beliau (Tuan Guru) berasa berdebar.

Tetapi tambahnya, perancangan untuk menghadapi banjir rupanya
mengatasi kehendak Allah apabila manusia tidak mampu menangkis
kemaraannya (banjir).

Tegasnya, ia menyebabkan individu terbabit berdiam diri mungkin telah menginsafi keterlanjuran keangkuhannya sebelum itu.

"Apa yang penting kita harus ingat setiap musibah yang berlaku
mungkin ada sebabnya, adakah kerana dosa-dosa yang telah kita lakukan
sebelum ini atau macam mana," ujarnya.

—————————————————————————————————-
Note:

Setiap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Ketika UMNO lebih menumpukan kepada Pilihan Raya Kecil  Batu
Talam dan menghentam PAS kerana boikot… Tetapi PAS lebih menumpukan
untuk memberi bantuan & pertolongan kepada mangsa banjir di
Johor….

5 Responses to “Banjir di Johor: Kelantan sumbang RM1 juta”

  1. mumiwati Says:

    assalamualaikum..kesianya negeri Johor…tak kisahla sesiapa bantu sesiapa..yang penting jalankan tanggungjawab sbg hambaNya dgn hati ikhlas serta jujur…kita sesama islam patut bersatu hati berganding bahu membantu mangsa2 yg susah…bukannya membuat perbandingan siapa lebih perhatian..tak gitu?semoga malaysia aman makmur…

  2. MasTerPiEcE Says:

    ermmm… banjir di johor ye… sy pun slh sorang mangsa gak ni… tp tu la… nk cite psl bantuan ni, sy rasa perkara ni byk yg kurang elok utk diperkatakan. sbb apa sy kata begini, byk yg menghulurkan bantuan lbh utamakan “glamour” dr membantu. mmg x dinafikan bantuan itu amat diperlukan tp… ntah lah ek. apa-apa pun terima kasih kpd mereka yg sudi menghulurkan bantuan… semuga Allah memberkati dan membalas jasa anda semua… Terima Kasih Umat Malaysia…

  3. SyukraNss Says:

    Hebat kerajaan Negeri Kelantan,selalu Akhbar mengatakan Kerajaan Kelantan miskin,tapi mengikut statistik,derma kelantan paling tinggi,Kerajaan Sarawak menyumbang hanya sebanyak RM500000,malunya sbg anak jati Sarawak..

  4. Izo Says:

    Soal iklas atau tidak nie hanya di antara si penderma dengan Tuhan. Yang penting kita sesama rakyat Malaysia hendaklah sama2 membantu antara satu sama lain.

    Dalam bab derma nie terbahagi pulak kepada dua:
    1- Dana Peribadi
    2- Dana Awam

    Dana awam perlu diumumkan kerana itu adalah hak rakyat.

    Dana peribadi pula tidak perlu diumumkan kepada orang awam.

    Maka amat tepatlah tindakan kerajaan negeri kelantan itu mengumumkannya. Kerana duit itu adalah duit kerajaan. Paling kurang rakyat akan tahu ke mana duit mereka digunakan.

    Soal mencari “glamour” seperti yg dicakapkan oleh MasTerPiEcE di atas adalah jika menderma dengan Dana Peribadi (Harta Persendirian).
    Yang nie tak perlulah diumumkan. Yang nie hanya dia dengan Allah sahaja.

  5. ita Says:

    bersyukurla kalau ade yg tlah memberi bantuan scara ikhlas…em kalau xikhlas pon itu antara mreka ngan Tuhan…kite lgsung xlayak nk judge mreka. tp bantuan tu sampai jgk kpd mreka yg memerlukan. Alhamdulillah smoga kite sdr dr ksilapan lalu…

Leave a Reply