Bid’ah lagi…Sakit Kepala sungguh!

Terdengar teguran drpd puak2 yg taksub kepada wahabi berkata,
"Baca doa Awal Muharram tu bid’ah..
Sesungguhnya setiap yang baru diada-adakan adalah bid’ah dan setiap bid’ah itu sesat. Dan setiap kesesatan itu tempat duduknya di dalam neraka."

Laillahailla Allah…per nak jadi nie.
Tak de mende lain ke yg nak buat. Asyik nok membid’ah kan org jer. Sedangkan banyak lagi mende2 lain yg dok molek berlaku kat tanahair kita nie..naper yg tu tak ditegur. Maksiat berleluasa, takder pun kata tu bid’ah. Kalau dalam bab2 ibadat nie mende2 furu’ & remeh-temeh pun puak2 nie sibuk nok kata bid’ah. Masalah murtad, keruntuhan akhlak, hiburan yg berleluasa, dll tak pulak ambik tahu.

Baca doa aper salahnya. Lebih2 lagi nok masuk tahun baru (Awal Muharram).  Salah satu bulan yg besar dalam Islam.
Antara peristiwa-peristiwa penting yg berlaku dalam bulan nie:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan ‘Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.

Berdoa minta keberkatan drpd Allah. Mudah-mudahan Allah memberkati kita.
Berdoa kepada Allah, yang membimbing dan menunjuki hamba-hamba-Nya ke jalan yang lurus dan menghilangkan sifat-sifat jelek dan hina dari diri manusia.  Takkan tu pun jadi bid’ah..
Allah Ta’alah berfirman:
“Berdoalah kalian kepada-Ku nescaya akan Aku kabulkan.” (Ghafir: 60)

Nak tanya sikit kat puak2 nie.. Awal Muharram dengan tandas kita mana lebih besar?
Kita masuk tandas pun sunnah baca doa, inikan pulak nak masuk Awal Muharram. Salah satu bulan yg agung dalam Islam..

6 Responses to “Bid’ah lagi…Sakit Kepala sungguh!”

  1. MasTerPiEcE Says:

    Syukran…
    Kalau buleh En. Izo tolong terangkan ckit perihal puak ni (wahabi) supaya lebih jelas lagi… Kita maklum tp masih kurang pengetahuan ttg puak ni… Apakah misi diorang… Sekadar utk pengetahuan am je… Terima kasih ye

  2. Izo Says:

    Nanti akoo post. Kena
    kumpul maklumat dulu. Kalau nak terang secara ringkas boleh jer. Tapi takut ada point2 yg tertinggal.

  3. aMe Says:

    erm..weip..gunakan secara berhikmah..biar nampak yang mane zahir dan batin..

  4. Izo Says:

    Sorry ame.
    Asalnya guna doh cara berhikmah. Tapi tak mboh dgr jugak. Aku bukan geram ker Wahabi, tapi geram ngan pengikut dia hok taksub do’oh lalu. Main taklid buta jer.

  5. 'Afiff Says:

    huhu..tula bezanya dgn org yg berilmu dgn yg kurang ilmu.. yg kurg ilmu tula yg dok jd ta’assub tu..xmau dgr dh ckp org lain..ikut satu pndpt ja..
    ala..ngaji xabis latu..
    buat sakit hati ja izo layan diorg…sabor ja la..

    -innallaha ma’as shoobirin-
    (^.^)_v

  6. Izo Says:

    Enta ngaji molek ‘Afiff .
    Susah nak berdepan ngan masyarakat nie.

Leave a Reply