Banggakah aku bergelar Muslim?
Thursday, January 11th, 2007Petikan daripada blog Malaysian Islamic Study Group of United States & Canada.
supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat
manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad)
pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.”
umat Muhammad ke satu level yang sangat tinggi. Berbanding dengan lebih dari billion manusia
lain, kita dipilih oleh Allah untuk meneraju mereka sebagai umat
pilihan. Alangkah bertuahnya kita menjadi umat Muhammad, kerana yang
mengangkat darjat kita bukannya seorang rakyat biasa, even bukan
presiden negara, malah yang ditangan-Nya segala kuasa, dan menjadi
tumpuan manusia. Alhamdulillah, tentunya ini suatu anugerah yang
sepatutnya semua orang berbangga dan bersyukur, kerana sedianya kita
mempunyai pangkat disisi Allah.
melihatkan masyarakat Muslim disekeliling, kadang-kadang tentunya
terdetik, “Tidak banggakah mereka bergelar Muslim? Tidak banggakah
mereka mempunyai suatu darjat yang tinggi disisi Allah?”
Islam sedaya upaya ditinggalkan, ia dilihat sebagai kolot, tak cool,
tak seronok, susah!! Budaya barat yang kononnya mencerminkan bangsa
moden pula diagung-agungkan, diamalkan, disemai dalam kehidupan
seharian. Muzik rock lebih digemari daripada alunan bacaan al-quran,
membaca Harry Potter lebih dipentingkan daripada membaca alquran, kisah
artis Hollywood pula lebih menarik dikaji daripada kisah para nabi dan
sahabah. Inikah umat pilihan? Sanggupnya mereka membuang agama demi
mengejar keseronokan dunia. Nastaghfirullah.. semoga mereka dan kita
diberi hidayah olehNya..
di luar Negara, lain pula ceritanya. Setelah hampir sembilan bulan
berada di United States, pelbagai perubahan rakan-rakan dapat
diperhatikan. Seorang rakan ana pernah mengadu kisah rakannya yang
berhasrat untuk membuka tudung. Sebagai satu-satunya Malaysian di
universiti itu, tambahan pula kebanyakan pelajar terdiri daripada
golongan yahudi, iman sudah cukup goyah dengan pandangan dan layanan
dingin orang sekeliling. Lagipun, imej wanita muslim melalui pemakaian
tudung sudah cukup untuk mendapat perhatian orang lain. Benar, besar
sungguh dugaan yang dihadapi, namun, bukan dengan cara membuang imej
wanita islam itu dapat menyelesaikan masalah. Padahal, disisinya ada
yang Maha Penolong.
dia seakan-akan lupa dengan kenyataan ini, seakan-akan Allah tidak
dapat menolongnya untuk menyelesaikan segala masalah. Malah, dalam
mencari keredhaan manusia biasa, redha Allah pula dibuang. Darjat di
kalangan rakan-rakan lebih diutamakan daripada darjat yang disisi
Allah.
diletakkan di darjat yang tinggi, tentunya besar tanggungjawab yang
dipikul. Mesej Islam menjadi amanah untuk disampaikan kepada golongan
yang masih berada dijalan yang bersimpang-siur. Semoga kita sentiasa
menjadi hamba yang bersyukur..
