Pengembala babi… ahli syurga

Pada satu ketika Allah pernah bertanya kepada Nabi Musa " Wahai Musa, hendakkah kamu tahu siapakah temanmu dalam syurga?" Maka jawab Musa " Ya tuhanku, aku ingin sekali mengetahui siapakah temanku dalam syurga"

Maka Allah pun menerangkan ciri-ciri dan lokasi orang berkenaan pada Musa. Maka berjalanlah Musa ke tempat orang tersebut untuk mengetahui apakah kebajikan yang dibuatnya sehingga melayakkan diri orang tersebut memasuki syurga.

Akhirnya sampailah beliau kepada satu rumah yang didiami oleh seorang pemuda. Nabi Musa melihat, orang itu biasa saja, tidaklah nampak alim ataupun orang yang kuat beribadat. Lalu pemuda itu mempelawa Nabi Musa untuk berbual dengannya di atas rumah.

Nabi Musa berbual dengannya sekian lama, mencari keistimewaan yg menyebabkan lelaki ini dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga. Namun tidak ada apa pun yg  kelihatan istimewa pada diri lelaki tersebut.

Setelah sekian lama berbual, pemuda itu meminta diri sekejap kepada Musa kerana ada hal penting katanya. Pemuda itu pun masuk ke bilik dan mendukung keluar seekor babi dan babi tersebut dimandikan dan dicuci dengan penuh kasih sayang. Selepas habis babi pertama, diambilnya pula babi kedua dan begitulah diperlakukannya sehingga kedua-dua babi itu bersih dan disimpannya kedua-dua babi itu di dalam bilik.

Terpegun Musa melihatkan gelagat pemuda itu lalu bertanya. Apakah tuan memelihara babi. Jawab pemuda itu " Ya, hamba memelihara dua ibu bapa saya yang telah bertukar menjadi babi akibat kemurkaan Allah terhadap mereka. Dosanya terhadap Allah adalah antara mereka dengan Allah tetapi tanggungjawab saya sebagai anak tetap saya tunaikan kerana mereka adalah ibu bapa saya walaupun telah bertukar menjadi babi". Maka fahamlah Nabi Musa mengapa pemuda tersebut dipilih memasuki syurga. Demikianlah besarnya pahala orang yang menghormati dan menjaga ibu bapanya terutama semasa mereka uzur dan sudah tua.

Waallahua’lam..

2 Responses to “Pengembala babi… ahli syurga”

  1. nur Says:

    dan berbahgia lah sesiapa yg masih mempunyai kedua ibubapa…..masih dapat menatap wajah mereka…berbaktilah pada mereka selagi hayat mereka masih ada…akan rugi lah pada sesiapa yg mengabaikan kedua org tua mereka…..

  2. farah Says:

    subhanallah…
    sungguh memberikan impak yg besar setelah membaca artikel ini… alhamdulillah…
    sesungguhnya aku bersyukur krn masih mempunyai kedua ibubapa… ya Allah..kau panjangkan lah umur mereka dan berikanlah mereka kebahagiaan dunia akhirat…

Leave a Reply