Archive for February, 2007
[Krisis Had-Hari] Rosnah Mat Aris mengeji isteri Rasullullah!
Friday, February 2nd, 2007
Dalam perbualan mengenai isu ‘tidak sedar diri’ yang dibicarakan bersama AWAL dan WATIE Elite dalam rancangan SENSASI terbitan TV 3 pada hari Rabu 30/01/2007 jam lebih kurang 11.30 malam , AWAL telah bertanya mengenai ‘anak-anak ikan’ yang dibela oleh si Rosnah. Dengan selamba si Rosnah bertanya pada penonton studio tentang pernikahan Nabi dengan Siti Khadijah. Dialognya lebih kurang begini:
Rosnah: Zaman nabi, bercinta kahwin dengan Siti Khadijah, berapa umurnya?
Penonton: 40
Rosnah: Dengan
Penonton: 25
Rosnah: Tua ke muda tue?
Penonton: Tua
Rosnah: Dah nak mampus ke tidak?
Penonton: [Ada yang ketawa, ada yang terkejut, dan tidak kurang juge yang mcm tak sangka itu jawapan Rosnah.]
Sedikit Mengenai Siti Khadijah
-Satu satunya isteri Nabi yang paling dicemburui oleh Aisyah r.a. ialah Khadijah Bt Khuwailid r.a.
-Manusia pertama masuk Islam juga adalah Ummul Mu’minin Khadijah r.a.
-Manusia pertama berkorban harta jua Ummul Mu’minin Khadijah r.a.
-Satu satunya isteri Nabi yang memberinya zuriat lelaki justeru Nabi s.a.w digelar abu Qasim ialah Khadijah Binti Khuwailid r.a.
-Khadijah r.a. melahirkan zuriat yang paling baginda s.a.w. kasihi
-Fatimah Az-Zahra yang Allah jodohkan dengan Saiyidina Ali bin Abi
Tholib.
Apa ada pada Rosnah?
Maka benarlah intipati tazkirah tuan guru Harun Din al-Hafiz tiga empat tahun yang lalu di masjid Batu Buruk..
Bilamana
keluar daripada mulut mereka akan gambaran sesuatu yang menghina dan
cercaan kepada junjungan besar Nabi S.A.W, keluarga dan para
sahabat…yakinlah bahawa..di dalam hati mereka..jauh lebih dahsyat apa
yang terucap di bibir.
——————————————————————————————–
Komen drpd penonton:
Lagi Bantah Kenyataan Biadab Rosnah Mat Arif
Lagi reaksi terhadap Rosnah (Utusan Meloya)
Sensasi TV 3: Rosnah Mat Aris mengeji isteri Rasullullah!???