[Krisis Had-Hari] Rosnah Mat Aris mengeji isteri Rasullullah!

Rosnah1

 

Dalam perbualan mengenai isu ‘tidak sedar diri’ yang dibicarakan bersama AWAL dan WATIE Elite  dalam rancangan SENSASI terbitan TV 3 pada hari Rabu 30/01/2007 jam lebih kurang 11.30 malam , AWAL telah bertanya mengenai ‘anak-anak ikan’ yang dibela oleh si Rosnah. Dengan selamba si Rosnah bertanya pada penonton studio tentang pernikahan Nabi dengan Siti Khadijah. Dialognya lebih kurang begini:

Rosnah: Zaman nabi, bercinta kahwin dengan Siti Khadijah, berapa umurnya?
Penonton: 40
Rosnah: Dengan
Penonton: 25
Rosnah: Tua ke muda tue?
Penonton: Tua
Rosnah: Dah nak mampus ke tidak?
Penonton: [Ada yang ketawa, ada yang terkejut, dan tidak kurang juge yang mcm tak sangka itu jawapan Rosnah.]


Sedikit Mengenai Siti Khadijah

-Satu satunya isteri Nabi yang paling dicemburui oleh Aisyah r.a. ialah Khadijah Bt Khuwailid r.a.

-Manusia pertama masuk Islam juga adalah Ummul Mu’minin Khadijah r.a.

-Manusia pertama berkorban harta jua Ummul Mu’minin Khadijah r.a.

-Satu satunya isteri Nabi yang memberinya zuriat lelaki justeru Nabi s.a.w digelar abu Qasim ialah Khadijah Binti Khuwailid r.a.

-Khadijah r.a. melahirkan zuriat yang paling baginda s.a.w. kasihi
-Fatimah Az-Zahra yang Allah jodohkan dengan Saiyidina Ali bin Abi
Tholib.

Apa ada pada Rosnah?

Maka benarlah intipati tazkirah tuan guru Harun Din al-Hafiz tiga empat tahun yang lalu di masjid Batu Buruk..
Bilamana
keluar daripada mulut mereka akan gambaran sesuatu yang menghina dan
cercaan kepada junjungan besar Nabi S.A.W, keluarga dan para
sahabat…yakinlah bahawa..di dalam hati mereka..jauh lebih dahsyat apa
yang terucap di bibir.
——————————————————————————————–
Komen drpd penonton:
Lagi Bantah Kenyataan Biadab Rosnah Mat Arif
Lagi reaksi terhadap Rosnah (Utusan Meloya)
Sensasi TV 3: Rosnah Mat Aris mengeji isteri Rasullullah!???

22 Responses to “[Krisis Had-Hari] Rosnah Mat Aris mengeji isteri Rasullullah!”

  1. mumiwati Says:

    takde akal atau iman agaknya,sampai berani mengeji isteri Rasulullah…itula dunia sekarang..penuh kepuraan dan kejahatan…apa nak jadi…artis2 dibangga2kan manakala rasul kita depersendakan…semoga rosnah mat aris cepat2 sedar bertaubat sebelum terlambat kelak lidah yg berkata pasti bisa melanda diri sendiri…Allah nak beri balasan sekelip mata…

  2. mumiwati Says:

    takde akal atau iman agaknya,sampai berani mengeji isteri Rasulullah…itula dunia sekarang..penuh kepuraan dan kejahatan…apa nak jadi…artis2 dibangga2kan manakala rasul kita depersendakan…semoga rosnah mat aris cepat2 sedar bertaubat sebelum terlambat kelak lidah yg berkata pasti bisa melanda diri sendiri…Allah nak beri balasan sekelip mata…

  3. Izo Says:

    Tidak menghairankan, perkara sebegini boleh berlaku di negara kita, negara berfahaman sekular yang tidak berpaksikan agama. Hina Nabi saw bukan satu kesalahan dan isu besar, hina Pak Lah membawa parah.

  4. Izo Says:

    Utusan Meloya – 03 Feb 2007
    Kontroversi pelakon Rosnah Mat Aris
    Tarik balik kenyataan – Jakim
    PUTRAJAYA 2 Feb. – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mahu aktres, Rosnah Mat Aris menarik balik kenyataannya mengenai status usia isteri Rasulullah, Siti Khadijah yang dianggap telah mencela ahli keluarga Nabi Muhammad s.a.w.
    Ketua Pengarahnya, Datuk Mustafa Abdul Rahman berkata, ucapan sedemikian tidak sewajarnya dikeluarkan kerana Islam amat melarang sebarang celaan ke atas Rasulullah, ahli keluarganya dan para sahabat.
    “Ini perkara sensitif, jadi kita nasihatkan beliau supaya menarik balik kenyataan itu jika benar telah terlanjur cakap.
    “Kalau minta maaf pun nak minta maaf kepada siapa, Khadijah sudah wafat dan Rasulullah juga sudah wafat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
    Beliau mengulas kenyataan Rosnah yang menyentuh secara sensitif usia isteri Rasulullah itu dalam rancangan Sensasi di TV3, Selasa lalu.
    Ruangan Forum Utusan Malaysia hari ini menyiarkan beberapa surat pembaca yang memberikan reaksi dan bantahan atas kenyataan Rosnah kerana ia dianggap menghina Rasulullah dan ahli keluarganya.
    Pelakon berusia 52 tahun itu dalam jawapannya kepada pengacara program berkenaan, Awaluddin Shaari mengaku terlepas cakap ketika ditanya mengenai kecenderungannya bercinta dengan lelaki muda yang tidak sepadan dengan usianya.
    Bagaimanapun laporan akhbar Rabu lalu menyebut Rosnah telah meminta maaf atas kenyataan tersebut.
    Mustafa berkata, pihaknya boleh mempertimbangkan sebarang tindakan atas kenyataan tersebut sekiranya terdapat laporan daripada orang ramai.
    “Kita boleh tengok peruntukan undang-undang yang ada, kalau macam kenyataan yang diterbitkan melalui buku, itu senang kita haramkan saja buku itu, ini masalahnya kenyataan itu disiarkan secara langsung, mungkin terlajak cakap dan secara spontan,” katanya.
    Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai Islam agar tidak menyentuh soal-soal yang sensitif.
    Beliau menjelaskan, kedudukan isteri Rasulullah amat tinggi di sisi Islam dan umat Islam perlu mempunyai etika ketika memperkatakan mengenai mereka bagi menjaga kehormatan dan kesucian ahli keluarga Nabi Muhammad.
    “Kerana itulah isteri Nabi dilarang untuk dikahwini dan dalam solat kita hanya ada kata-kata memuji Rasulullah dan ahli keluarga baginda,” katanya.

  5. far-h-ana-nurul Says:

    moga2 dia cepat sedar la.. harap dia sempat taubat sblm ajal ny..sbb azab di akhrt kn lg berbisa..

  6. sarah Says:

    mmg nk marah sgt ngan die.. cam x igt Tuhan dh kn! pe2 pn smoga die diberi petunjuk n bertaubat b4 its too late!

  7. -oNg- Says:

    huh,cam x de akal…de ke patut..mmg agak x sedo dr le..diri pn da tue…igt le sket…kembali le ke pgkl jln..igt Allah..blsn skang cash jek tau x??tue blom kire kt akhirat…

  8. -oNg- Says:

    huh,cam x de akal…de ke patut..mmg agak x sedo dr le..diri pn da tue…igt le sket…kembali le ke pgkl jln..igt Allah..blsn skang cash jek tau x??tue blom kire kt akhirat…

  9. Izo Says:

    Dulu masa gambar karikatur Nabi keluar dlm tenet, semua org dok kutuk Denmark termasuk kerajaan Malaysia.

    Sekarang dari kalangan kita yg mengaku beragama Islam pulak yg dok kata kat isteri Nabi, apa tindakan kerajaan? Buat diam jer ke.

  10. AiNa Says:

    hmph..antara salah satu petanda bahawa islam semakin jauh dari masyarakat..dek kerana terlalu terikut dengan ideologi kapatalisme barat yang dipropagandakan oleh musuh nombor satu Islam tanpa disedari..alangkah bahagianya jika khilafah tertegak kembali seperti dahulu..pastinya Rosnah Mat Aris ni menerima balsan yg sepatutnya.cukup ker hanya dengan menarik balik kenyataan dn memohon maaf? semoga dia diampunkan ALLAH.. nak bagi contoh yg cenggitu pon, jgnla amik cth khadijah n nabi.. konpemla jauh beza ngn dia.. cubela amik cth omputih yg jadi pujaan dia tuh..semoga sensiviti kita sebagai umat Islam bukan dgn isu ni jer.. banyak sebenarnya yg perlu kita lakukan untuk tegakkan kembali khilafah di muka bumi..

  11. GerL Says:

    org islam sendiri berbuat begini…mcm mane org kafir tk kerjanye tepuk tangan n ketawekan jer…btw, ajaL di tangan tuhan…perkara ‘mampus’ tuh blh terjadi pd bila2 masa shj…tk kira muda atau tua…kn3…

  12. neObaLanoCarpUs Says:

    ni la masalah…kekuatan iman rapuh.dan sepatutnya, umat islam kena berhati2 ketika berbicara..sebab kata2 tu adalah lambang peribadi…

  13. eL's-inGenious Says:

    Dari segi pakaian dan penampilannya sudah pun menunjukkan yang dia ungkal pada Allah S.w.t. Tidak hairanlah dengan penghinaan yang dilemparkan terhadap Siti Khadijah oleh Rosnah. Jadi kesimpulannya artis seperti mereka ini patutkah kita jadikan idola dan sanjung-sanjungkan mereka yang tidak mempunyai akhlaQ ini? Renungkanlah…

  14. A-Ziq Says:

    kite tengok muka Rosnah dah pun tau dia pakai BOTOX

  15. nur Says:

    cara dressing pn mngalahkn org mude..xpelik le benda2 gini leh berlaku..arap2 insaf le sblm t’lmbt..ingt tuhan dlm ape jue bnda yg nk d’buat..

  16. LyNdA Says:

    ishh… myampah org tua macam tu,
    dia ingat dia tu cantik sgt ke? klu aku jadi laki, aku tak hingin pumpuan mcm tu,,
    harap rosnah tu dapat Hidayah dr Allah swt.

  17. suzie Says:

    semoga die sedar akan kesilapan die..

  18. sYaFiQaH Says:

    kenapa la berlaku kejadian mcm ni dalam waktu2 yg hampir nak kiamat ni???
    em…patutla bencana alam mkin menjadi2…tapi sikit pun tak terkutik di hati untuk menginsafi diri…
    alangkah kerdilnyer manusia yg hidup di muka bumi ini….
    semoga kita sume mengambil iktibar atas apa yg terjadi…

  19. nur Says:

    kerana pulut santan binasa…kerana mulut badan binasa…

    terlajak perahu boleh di tarik..terlajak kata…?? yg tau cuba habiskan yea…semuga dia dan kiter semua mendapat petunjok dan hidayah dari Nya yg maha esa….

  20. mr zahidi Says:

    perkara macam ni berlaku sebabnya seseorang tu tak cukup ilmu ataupun ada ilmu tapi tak pernah nak dipergunakan. so apabila percakapan yg keluar daripada lidah hanya dr hati semata2 tanpa disertakan akal fikiran, macam tu la jdnya. pd pndapat aku, ada hikmahnya kita diperlihatkan kejahilan sperti itu pd masa ni… tandanya kita perlu memperbetulkan diri kita setiap masa dan jgn lekang daripada mempelajari seberapa banyak lg ilmu selagi kita masih hidup. ilmu itu jika makin digunakan ia tak akan habis, malah pahala jg akan bertambah. jika dikongsikan dgn orang lain plk, makin bertambah2 la lagi saham kita di akhirat sok, btol tak?. aku bkn seorang yg trbaik, tp cuma ingin berkongsi pengetahun sesama kita semua je. semoga Allah SWT merahmati hidup kita semua dan melindungi kita drpd fitnah dunia setiap masa. insyaAllah…

  21. farihah Says:

    sedih…para ulamak di caci…para artis disanjungi…kalau ulamak cakap yang betul..kena gam…tapi kalau artis cakap yang bukan2…tak kena apa-apa tindakan pun

  22. eL's Says:

    Ulamak di ketepikan…sementara penyanyi di sanjung2kan…kurang artis tanah air…mereka import pulak artis dari indonesia yg sudah terang2an munafiknye artis2 merekatu…

Leave a Reply