Archive for March, 2007

Tips mudah untuk mengetahui skim pelaburan melalui internet asli atau tipu?

Thursday, March 22nd, 2007

http://img266.imageshack.us/img266/2088/computermoneyns3.gif
"Baru-baru ini kita dapati pelbagai skim pelaburan yang ditawarkan melalui internet, melalui panggilan telefon dan sebagainya dengan pelbagai nama dan method.

Mereka yang menggesa untuk melabur di dalam pelaburan ini mengatakan pelaburan ini adalah untuk membantu orang Islam. Ramai cikgu yang masuk, ustaz yang terkenal pun menyokong dan banyak lagi taktik untuk meyakinkan orang ramai supaya melabur.

Keuntungannya berlipat kali ganda. Melabur katakan RM 100 dalam beberapa bulan dapat ribuan ringgit. Saya kata mudah sahaja nak tahu pelaburan tadi asli atau tidak.

Contohlah kalau modal RM 100 dalam masa setahun dapat RM 20,000 katakan.

Apa kata pada orang yang memberi tawaran tadi, kita pinjam duit dia RM 100, masukkan pelaburan atas nama kita. Lepas tu dalam masa setahun kalau untung RM 20,000, kita ambil RM 1000 sahaja, lepas tu beri semula RM 19,000 kepada orang tadi. Secara tidak langsung orang yang membuat tawaran tadi akan untung berlipat kali ganda.

Camne tu? Setuju?
Kita untung RM 1000 atas angin (Ali Baba) jadilah.

————————————————————————
Oleh itu kepada mereka yang ingin “cepat kaya” fikir-fikirlah.
Kalau nak keuntungan berjuta kali ganda yang dijamin, melaburlah untuk pembinaan masjid, rumah anak yatim, sekolah agama dan sebagainya.

XOTOPIA

 

Pelaburan Internet: Ulamak kita terlambat lagi!

Wednesday, March 21st, 2007

Assalamualaikum…

Lama tak update blog nie. Hari nie nak cakap  pasal SKIM PELABURAN INTERNET. Ada satu artikel yg menarik untuk dikongsi. Lebih2 lagi untuk pejuang2 Islam. Ana mmg respek  kat Ustaz Zaharuddin tu. Dia bukan bercakap ikut sedap mulut jer. Dia cakap melalui apa yg dia belajar dan melalui kajian dia. Tidak seperti org lain yg  asyik sibuk nak bangkang. Belajar pun setara mana, asyik sibuk nok codemn org jer!
Bagi saya, ucapan golongan2 yang sibuk membangkang tanpa membuat kajian secara terperinci bercanggah dengan kehendak ALLAH SWt yang mengingatkan kita di dalam al-Quran:
Firman Allah: "Katakan..adakah sama orang yang tahu dan orang yang tidak tahu"
Firman Allah: " Tanyalah kepada yang mengetahui jika kamu tidak mengetahui"
Firman Allah: " Wala yunabbi uka mishlu khabir" ertinya : "dan tiada yang dapat memberikan sesuatu jawab yang memuaskan seperti yang berpengalaman"

PERHATIAN : Ana bersetuju ketegasan Ustaz Zaharuddin dalam bab SKIM PELABURAN INTERNET ni. Dalam bab2 lain tidak semestinya menggambarkan persetujuan ana.

Berikut Petikan drpd laman webnya:
————————————————————————————
Saya
tak sempat memberi sebarang komen tentang isi kandungan tulisan ini dan
yang sebelumnya. Cuma saya nak tegaskan fitnah yang dibuat dalam salah
satu isi kandungan komentar yang mengatakan saya pernah kerja di bank
riba. Bila dan apa bank nya ? ..Saya hanya bertugas di RHB ISLAMIC Bank
Berhad sebelum ini. ia adalah sebuah bank Islam 100 % , ia bukan RHB
Bank. Ia adalah dua lesen berbeza. Sila buka www.rhbislamicbank.com.my , semua
modal dan operasinya telah disahkan oleh Majlis Penasihat Shariahnya.
Jika anda mempertikaikan modalnya bercampur halal dan haram, maka anda
perlu baca artikel ini , jika anda masih tak faham macam mana akaun di bahagikan dan operasi di bezakan, sila baca artikel ini . Jika anda tak faham juga, ia terpulang kepada anda - Ust Zaharuddin Ab Rahman

 

Anak Murid Tok Guru
Sun | Mar 18, 07 | 02:33:31 PM

 

Berbincang

Saya
agak terkejut apabila membaca tulisan seorang pembaca bertajuk "Selagi
Nik Aziz, Hadi tak fatwa pelaburan internet, aku anggap halal!"

Bermain-main
di fikiran saya, masakan pendokong gerakan Islam boleh berpandangan
begitu sempit sehingga hanya bersedia menerima kebenaran selepas
memastikan kebenaran itu datangnya daripada orang-orang yang berada
dalam kumpulannya semata-mata.

Bersama Sheikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah, Ulama Shariah & Kewangan Dunia ( Selepas Mesyuarat Shariah di Doha, Qatar )

 

Walhal,
sebagai umat Islam yang prihatin, kita semestinya akur dan taat dengan
kebenaran, meskipun ia datang daripada musuh kita, apatah lagi jika
yang bersuara itu merupakan sahabat-sahabat kita juga. Justeru, bukan
siapa yang membawa kebenaran itu yang penting, malah kita wajar
berterima kasih kepada sesiapa saja yang sudi "menghadiahkan" kebenaran
kepada kita.

Bukan
suatu hal yang asing lagi bahawa ramai di kalangan aktivis gerakan
Islam terpesona dengan tawaran "mewah tetapi mudah" yang dibawa oleh
pelaburan internet yang tidak diketahui hujung pangkal halal-haramnya.
Mungkin ada yang berpendapat, "sudah lama aku susah dan miskin, kini
tiba masanya aku meraih nikmat orang berduit dengan cara mudah".

Pelik
dan aneh memikirkan bagaimana pelaburan internet ini tiba-tiba saja
mendapat sambutan hebat walhal tanpa perlu kita menyiasat lebih dalam,
hati kecil kita pasti tertanya-tanya, apakah jenis pelaburan sebegitu
rupa tidak terdedah kepada hal-hal yang meragukan, syuhbat? Masakan
keuntungan mengalir dengan begitu mudah dan berlipat kali ganda pula,
tanpa perlu melakukan apa-apa usaha niaga.

Ada
orang terlalu berkira halal-haram sebelum melabur dalam sesuatu saham
amanah, atau sebelum membuat pinjaman kereta atau rumah, tetapi apabila
dipengaruhi untuk melabur dalam skim di internet, yang dipersoalnya
bukan status halal-haram tetapi adakah skim itu menipu atau tidak
sahaja.

Sebab
itu menjadi fenomena biasa hari Jumaat apabila iklan atau risalah
pelaburan internet ini disebarkan di setiap masjid, malah ada para
jemaah yang ghairah bersembang mengenainya, sibuk menghitung untung,
selepas selesai solat berjemaah, di dalam kawasan solat di masjid!

Bersama Sheikh Prof. Dr Wahbah Az-Zuhayli di Jordan, Selepas Menghadiri Kuliahnya.

Kajian
Ustaz Zaharuddin seperti dapat kita akui mengikuti akhbar harakah dan
laman webnya tidak semestinya tidak boleh disanggah. Tetapi janganlah
kerana beliau bukan pemimpin PAS, ataupun ulamak yang setanding dengan
sarjana Islam tersohor, maka kajian beliau diketepikan begitu saja.
Saya sendiri terdengar pandangan yang memperlekehkan Ustaz Zaharuddin
sedangkan penemuan kajiannya tidak didebatkan secara ilmiah.

Lebih
sedih lagi apabila ada yang bimbang menyuarakan pandangan takut-takut
PAS rugi apabila pelabur yang terkilan itu tidak lagi menyokong parti
kita. Sedangkan sepatutnya kita yang mengetahui hukum pelaburan
internet itu, atas misi menyelamatkan saudara seakidah kita, menasihati
mereka agar segera menghindari perkara-perkara haram kerana hasil
rezeki yang haram akan disambar api neraka.

Ulamak-ulamak
pula perlu tangkas dan pantas menangani masalah halal-haram yang
berkaitan dengan sumber rezeki, yang darinya anak-anak dan isteri kita
membesar. Bayangkan, bukan senang hendak membersihkan punca pendapatan
daripada sumber yang haram itu apatah lagi jika jumlahnya sudah
melimpah-ruah. Satu jihad juga untuk pelabur-pelabur mengasingkan duit
haram itu walaupun sudah ada panduan jelas bagaimana melakukannya.

dari kiri saya (Sheikh Prof. Dr Abd Malik As-Sa'di, Sheikh Prof Dr Muhammad Uqlah El-Ibrahim, Prof. Madya Dr Zakariya al-Qudah & Sheikh Prof. Dr Abd Nasser Abul Basal)

Bukankah
ulamak-ulamak mempunyai kaedah lebih mudah untuk memutuskan pelaburan
internet itu haram atau harus kerana Ustaz Zaharuddin sudahpun membuat
kajian terperinci. Saya yakin Zaharuddin bersedia memberikan kerjasama
kepada PAS sepertimana beliau memberi penjelasan secukupnya kepada
persidangan Majlis Fatwa Negeri Perlis, yang kemudiannya memutuskan
pelaburan internet seumpama Em-Pay, Swiss Cash dan sebagainya adalah
haram. Bukankah wawancara panjangnya dengan Harakah membuktikan
Zaharuddin bersedia berbuat begitu?

Bersama Sheikh Dr Solah Al-Khalidi, Ulama tafsir terulung di Jordan. Selepas Kuliah Talaqqi Tafsir & Aqidah

Berikut
saya rakamkan semula surat pembaca "Pencinta Kebenaran", Kajang,
Selangor, yang dimuatkan dalam detikdaily itu sebagai renungan bersama:

Dr
Haron Din sudah bagi pandangan, Majlis Fatwa Negeri Perlis pun sudah,
sebelumnya anak muda Zaharuddin Abdul Rahman yang memulakan kontroversi
mengenai pelaburan di internet (sebenarnya bagi saya, Zaharuddin bukan
mencetuskan polemik ini kerana beliau cuma bersuara selepas melihat
kecelaruan dalam masyarakat, termasuk golongan agama untuk menghalalkan
benda-benda, yang kalaupun tidak haram tetapi syubhat).

Tapi
ramai yang marah-marah, mengungkit siapa itu Zaharuddin, apa latar
belakangnya, dia pun bekerja dengan bank riba satu masa dulu! Lalu
cerita buruk tentang Zaharudin pun keluar bagi menggambarkan
pandangannya bahawa beberapa skim pelaburan internet itu haram adalah
diragukan.

Selepas Perbincangan Empat Mata Dengan Sheikh Dr Yusof Al-Qaradawi di Jordan.

Peliknya, pihak yang tidak bersetuju dengan Zaharuddin tidak pula
membawa hujah konkrit tetapi hanya menyelitkan unsur emosi dan
sentimen. Saya sendiri tidak pernah mendengar satu alasan kukuh untuk
menyanggah pendapat Zaharuddin, yang sebenarnya disokong kuat oleh
Jakim dan Mufti Perlis. (Pastinya ramai lagi yang akan sindir
Zaharuddin bila mendapat tahu Mufti Perlis pula yang menyokong
pandangannya).

Soal
halal haram tidak boleh dibuat main, apatah lagi ia menyentuh soal
makan minum kita anak beranak, juga sumber untuk membeli kereta, rumah,
membiayai pendidikan anak-anak, tidak terkecuali belanja menunaikan
umrah dan haji. Apa jadinya jika wang yang kita perolehi itu datang
daripada sumber yang haram, atau dalam kes ini, kalau dikatakan belum
ada fatwa, boleh digolongkan dalam syubhah.

Ada
orang kata, "Aku selagi Haron Din tak kata haram, setakat Zaharuddin
itu, aku tak heranlah." Pelik memikirkan kenapa sampai jadi begitu
sekali. Sebenarnya orang itu sudah melabur dan mendapat banyak
keuntungan, dia hanya mencari daleh untuk membenarkan tindakannya, dan
kita sendiri dapat membayangkan bagaimana kalau kita sendiri, yang
boleh raih untung beribu sehari, tiba-tiba diberitahu pelaburan kita
itu haram. Besar dugaan untuk menerima hukum sebegitu rupa kalau iman
tak kuat di hati.

Wabak
pelaburan internet ini juga sedang melanda hebat ahli-ahli gerakan
Islam, termasuk PAS. Maka menjadi tanggungjawab yang segera kepada
pimpinan ulamak PAS untuk membincangkan hukum bisnes caca-marba itu.
Jika tiada, siapa akan tanggung dosa apabila "pelabur-pelabur" itu
berkeras mengatakan: "Selagi Nik Aziz dan Ustaz Hadi tak beri fatwa,
aku akan terus melabur!"