Archive for April, 2007

Pelaburan internet: Malaysia di tangga teratas dunia!

Friday, April 20th, 2007
Petikan Harakahdaily 
Fri | Apr 13, 07 | 02:42:37 PM

KUALA LUMPUR, 13 April (Hrkh) -
Begitu terdesakkah para penduduk di negara ini? Atau akibat terhimpit
dengan tekanan hidup yang makin mencengkam maka sebagai jalan mudah,
segala ruang pelaburan tanpa mengkaji halal dan haramnya turut disertai
secara sembrono?

Dahsyatnya bumiputra malaysia?!Mungkinkah
atas pengaruh pengiklanan laman-laman web sebegini menyebabkan
rata-rata rakyat Malaysia menceburi bidang pelaburan secara online?
Mungkinkah juga, akibat dipengaruhi dengan gaya hidup mewah para
pengusaha awal pelabur-pelabur internet, maka menyebabkan ramai yang
berlumba-lumba untuk mencuba nasib?

Namun,
walau apa pun alasannya, keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan semalam
tetap mengharamkannya sebagai antara perniagaan yang melanggar hukum
syarak.

Dan
jika dilihat pula daripada analisa yang dihasilkan oleh alexa.com
menunjukkan bahawa Malaysia adalah negara yang teratas dalam senarai
penglibatan rakyatnya dalam pelaburan internet jika dibandingkan
negara-negara lain di dunia.

Kesian Orang Islam Malaysia

Statistik
alexa mendapati Malaysia menduduki tempat tertinggi dengan jumlah lebih
90 peratus bagi pelaburan internet seperti Abfund.us, Empay, Buy
ebarrels, Eaindex.com manakala bagi Swisscash.net berada dalam sekitar
60 peratus.

Sementara
itu, hanya 10 peratus di kalangan pelabur internet seluruh dunia adalah
terdiri daripada kalangan rakyat Singapura yang dikenali sebagai negara
yang mantap ekonominya di Asia Tengara.

Bagi produk EmPay dan ebarrels, jumlah penglibatan rakyat Amerika Syarikat tidak sampai pun 1 peratus.

Mudah ditipu?

Kajian
ini menimbulkan persoalan sama ada kebijaksanaan rakyat negara yang
lebih arif dalam bidang ekonomi berbanding negara lain, jurang
kemiskinan dan himpitan beban hidup yang tinggi atau rakyat Malaysia
mudah ditipu walaupun didakwa pelaburan-pelaburan tersebut yang
‘dilahirkan’ di negara lain sedangkan di negara ‘kelahiran’
pelaburan-pelaburan tersebut tidak mendapat tempat di hati rakyatnya. -
mks.

MUKA HADAPAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA
14 APRIL 2007 OLEH RAMLI ABDUL KARIM dan HASANI HASSAN

KUALA LUMPUR 13 April - Skim-skim pelaburan Internet yang difatwakan
sebagai haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan semalam sebenarnya bukan
berpangkalan di luar negara sebagaimana digembar-gemburkan, sebaliknya
diuruskan oleh rakyat Malaysia sendiri.

Siasatan Utusan Malaysia mendapati skim tersebut yang diuar-uarkan
mendapat pengiktirafan di peringkat global, cuma beroperasi dari negara
ini semata-mata.

Malah lebih malang lagi, maklumat dalam laman-laman web tersebut
termasuk kononnya ia berasaskan perdagangan mata wang, pasaran hadapan
komoditi, offshore dan saham-saham lain juga adalah rekaan semata-mata.

Siasatan Utusan Malaysia yang dilakukan oleh pakar-pakar teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT), mengesahkan bahawa hampir kesemua
laman-laman web yang mendakwa sebagai menyediakan pulangan besar
daripada pelaburan rendah, sebenarnya suatu aktiviti pengumpulan wang
deposit secara haram yang menyalahi undang-undang Malaysia.

Fakta penting diperoleh daripada siasatan menerusi laman web rujukan [link]
itu ialah kebanyakan laman web pelaburan skim cepat kaya didaftarkan
dengan pengelola web di Amerika Syarikat (AS) oleh pemilik yang
beralamat di Malaysia seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Seri
Kembangan.

Bagaimanapun, beberapa lagi laman web yang popular di kalangan rakyat
Malaysia didapati didaftarkan di bawah nama pemilik proksi beralamat di
AS.

Siasatan menerusi laman web rujukan [link] pula mendedahkan semua 16 laman web yang disiasat didominasi oleh pengunjung dari Malaysia dengan kadar setinggi 98.5 peratus.
Laman-laman web yang disiasat ialah winlifund.com, iluf.biz,
buyebarrel.us, buyebarrel.com, eaindex.com, swisscash.net,
e-investpro.com, ugifund.com, eukgold.com, a3union.com, smartindex.us,
abfund.us, fical.us, globalforex.biz, swedenfund.com, dan al-arabic.com.

Penyelaras Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor
Nirwandy Mat Noordin memberitahu Utusan Malaysia, persatuan itu turut
mendapat maklumat yang sama bahawa kebanyakan laman web yang
digambarkan sebagai berpangkalan di AS itu sebenarnya dikendalikan
rakyat Malaysia sendiri.

Katanya, ini membuktikan wujud penipuan di kalangan pengendali
laman-laman web tersebut yang dipercayai dilakukan oleh mereka yang
mempunyai pengetahuan tinggi dalam bidang ICT terutama kemahiran
pembinaan laman web.

"Kita sedih kerana pakar-pakar ICT memberitahu PPIM bahawa kebanyakan
laman web skim pelaburan Internet didalangi oleh mereka yang bukan
Islam sedangkan mangsa-mangsa adalah umat Islam.
"Sehubungan itu, PPIM ingin menyeru umat Islam supaya menjauhi
skim-skim seperti ini yang sudah ternyata salah di sisi Islam, malah
telah pun difatwakan sebagai haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan
semalam," katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, Majlis Fatwa Kebangsaan dalam mesyuarat kali ke-77 di Kuala
Terengganu memutuskan bahawa skim-skim pelaburan melalui Internet yang
menjanjikan pulangan berlipat ganda secara tetap adalah haram kerana
berunsur riba.

Berdasarkan siasatan oleh pakar-pakar IT juga menunjukkan bahawa
pengendali web mengaburi mata pelabur atau mangsa dengan pelbagai imej
meyakinkan di paparan web mereka termasuk meletakkan logo-logo bank dan
langganan perkhidmatan Telegraphic Transfer (TT) untuk dijadikan
sebagai ‘bukti pengiktirafan’ terhadap aktiviti mereka.

Mengenai jumlah pengunjung dari Malaysia yang mendominasikan semua
laman web yang disiasat, ia adalah petunjuk bahawa laman-laman itu
tidak dikenali oleh rakyat negara lain kecuali terlalu sedikit dari
Singapura, Indonesia, Brunei dan Thailand.

Kemasukan pengunjung web dari kedua-dua negara jiran itu dipercayai
dipengaruhi faktor geografi yang mana ia disebarluaskan oleh rakyat
Malaysia sendiri secara lisan mahu pun e-mel.

Ada di antara laman-laman web itu tersenarai dalam Top 100 Web Site
(berdasarkan rujukan dari alexa.com) yang dikunjungi rakyat Malaysia.
Pensyarah di Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif
Universiti Teknologi Mara, Prof. Madya Dianne Cheong Lee Mei, mengakui
mengenai gejala itu dan menyifatkan ia sebagai jenayah siber yang harus
ditangani dengan serius oleh pihak kerajaan.

Menurutnya, pengendali-pengendali laman web skim pelaburan Internet itu
bertopengkan imej yang menggambarkan seolah-olah mereka berpangkalan di
luar negara dan diurus oleh pegawai-pegawai bertauliah serta berwibawa
dalam perniagaan.

"Selalunya pengguna-pengguna Internet di Malaysia tidak pernah ambil
tahu, apatah lagi menyiasat dan memeriksa siapakah sebenarnya pemilik
sesebuah laman web sehinggakan mereka mempercayai maklumat di dalamnya
secara membuta tuli.

"Masalahnya di negara ini, apabila ada yang menjadi mangsa akibat
penipuan skim-skim Internet, tidak ramai yang tampil untuk membuat
laporan polis," katanya.

Sementara itu, siasatan juga mendapati, terdapat sebuah pelayan
(server) kepada satu laman web pelaburan skim cepat kaya berasaskan
Internet yang sudah pun memiliki beberapa laman web baru di pelayan
yang sama dipercayai akan dilancarkan tidak lama lagi.
Antara laman web pelaburan yang dijangka akan dilancarkan bila-bila masa ialah emxfund.com dan dnfund.net

Komentar Ringkas Saya :

Rakyat Malaysia terutama yang beragama
islam perlu menuruti saranan Allah SWT apabila Allah SWT berfirman :
"BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU"

Iaitu perlu utamakan pengkajian dan
pembacaan serta pembukaan minda dalam menilai sesuatu ilmu. Ternyata
sebelum keluar fatwa dari sebarang mufti, sejak Ogos 2006 lagi saya
telah menulis perihal haramnya Swisscash berdasrkan panduan Fatwa
Majlis Ulama Fiqh Sedunia. Kemudian isu menjadi hangat lagi apabila
saya mengulas juga isu empay, ebarrel, abb fund dan lain-lain. Para
pelabur haram ini DENGAN SEGERA menempelak saya, walaubagaimanapun
alhamdulillah ramai juga yang insaf setelah membaca menggunakan iman
dan hati serta minda yang waras.

dalam ketika yang sama, individu
menempelak mulalah mempertikaikan mengapa tiada mufti yang
mengharamkan, kemudian muncul Jawatankuasa Fatwa Perlis mengharamkan,
bagaimanapun puak pelabur masih mempertikai kerana latar belakang Mufti
Perlis dan kononnya saya yang membentangkannya. Kemudian Mufti Johor
danTerengganu pula mengharamkannya. Kali ini mereka terus kritik dan
meminta lagi lalu dikatakan tiada keputusan dari Majlis Fatwa
Kebangsaaan.

Tiba-tiba Majlis Fatwa Kebangsaan pula
mengharamkannya, di ketika itu, inidividu yang telah makan duit haram
riba yang dijamin hilang berkat hidup oleh ALlah SWT di dalam surah
al-Baqarah ayat 278 terus menunjukkan kehilangan berkat dalam hidupnya,
apabila mempertikaikan pula kredibiliti Majlis Fatwa Kebangsaan pula.
BUkannya ingin dibaca inti kandungan fatwa mahupun membaca tulisan saya
dengan iman, tetapi yang disibukkan adalah latar belakang seseorang.

Inilah realiti yang amat menyedihkan,
akhir kata terpulanglah, jika berkeras sangat ingin berperang dengan
Allah SWT dan RasulNya. Kami tiada lagi mampu membantu anda. 

Saya ingatkan bahawa keputusan Majlis
Mufti mengharamkan Pelaburan Melalui Internet disebut kerana beberapa
ciri yang sama dengan apa yang telah saya tulsiakn di web ini. Maka
jika ciri tersebut terdapat pada pinjaman dan pelaburan di bank
konvensional, Ah Long dan lain-lain, maka ia sama haramnya.

INGATLAH SEKALI LAGI :

Pemberi Riba Perangi Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Ia berdasarkan Firman Allah SWT :

Ertinya : "Wahai orang-orang yang
beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki
Riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidal
meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan RasulNya"
(Al-Baqarah : 278)

Dalam ayat ini jelas menunjukkan bahawa
sesiapa yang enggan dan masih berdegil untuk meninggalkan ‘saki baki’
riba dalam kehidupannya dengan sengaja, maka ia akan berada dalam
posisi peperangan dengan Allah SWT dan RasulNya. Ayat ini menyebut
‘saki baki’, menunjukkan bahawa barangsiapa yang ingin benar-benar
menurut sunnah dan menjadi mukmin sejati, perlulah ia berpengetahuan
jelas tentang riba serta menjauhkan diri darinya secara seratus
peratus.

Ibn Abbas r.a di riwayatkan berkata :

Ertinya : "Akan dikatakan kepada pemakan
riba di hari kiamat : ambillah senjata kamu untuk berperang dengan
Allah SWT"  (Jami al-Bayan ‘An Takwil Ayyi Al-Quran, At-Tabari, 3/68 ;
Ad-Durru Al-Manthur, As-Suyuti, 3/366)

Berkatalah Abu Hanifah rh pula : "
Inilah ayat di dalam Al-Quran yang paling menakutkan"  (Rujuk
At-Tabari, Hamisyh An-Naisaburi, 4/73)

Imam Malik Bin Anas rh pula berkata :

Ertinya : "Telah ku membuka
lembaran-lembaran Kitab Allah dan Sunnah Nabi SAW dan tidak ku dapati
(dosa) yang lebih buruk dari Riba, kerana Allah SWT dalam
mengistiharkan atau mengizinkan perang ke atasnya" (Al-Jami’ Li Ahkam
Al-Quran, Al-Qurtubi, 3/364 )

Berkata Imam Qatadah rh : " Allah
menjanjikan ahli Riba dengan hukuman bunuh, dan akan mendapatkannya
dimana sahaja mereka berada" (at-Tabari, 3/72 )

b) Kehilangan Berkat Harta dan Kehidupan.

Allah SWT berfirman :

Ertinya : "Allah menghancurkan keberkatan kerana Riba dan menambahkan keberkatan dari sedeqah" ( Al-Baqarah : 276 )

Kehilangan berkat itu akan berlaku di dunia dan di akhirat:-

Di Dunia : Bentuk-bentuk kehilangan
berkat harta orang terlibat dengan riba adalah dengan mudah hilang atau
habisnya harta tersebut dari pemiliknya  kepada pelbagai bentuk yang
tidak berfaedah dan membawa dosa, sehinggalah ia akan merasa amat
miskin dan faqir (walaupun ia mempunyai wang yang banyak), selain itu,
harta tadi akan menjadi sebab ringannya pemilik untuk melakukan
maksiat, kefasikan, dan menghinakan diri di sisi Allah SWT, lalu
hilanglah sifat amanah, cenderung kepada rasuah, penipuan, dan tamak
haloba. Ia juga bakal di timpa ujian harta yang banyak, seperti di
rompak, curi, khianat, dan doa orang yang terkena zalim darinya juga
lebih maqbul (Az-Zawajir ‘an ‘iqtiraf  al-Kabair, Ibn Hajar
al-Haithami, Dar al-Ma’rifat, Beirut, 1982 , 1/224).  Sabda Nabi SAW
dari Ibn  Mas’ud r.a :-

Ertinya : "Sesungguhnya Riba walaupun lumayan (dari sudut kuantiti) tetapi hasilnya ia akan membawa kepada sedikit dan papa" ( Riwayat Ahmad, no 3754 , 1/395 ; Al-Hakim mengatakannya sohih, Ibn Hajar mengatakan sanadnya hasan ( Fath al-Bari, 4/399 )

Di Akhirat : Berkatalah Ibn Abbas r.a :

Ertinya : "Tidak diterima dari pemakan riba ( yang menggunakan harta riba tadi) sedeqahnya, hajinya, jihadnya dan persaudaraannya" (Al-Jami’ li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 3/362  ; Az-Zawajir ‘An ‘Iqtiraf al-Kabair , ibid, 1/224)

Sekian

Ust Zaharuddin

18 April 2007

Pelaburan Internet.. TIPU!!

Thursday, April 19th, 2007

Apa yang ingin saya sampaikan pada kali ini… ialah.. mengenai
pembongkaran aktiviti-aktiviti SCAM yang dilakukan oleh pelaburan
internet ini. Seperti yang pernah saya nyatakan sebelum ini…
“Terus/Masih Membayar” bukanlah kriteria yang tepat untuk menentukan
sama ada sesuatu pelaburan itu benar atau tidak.

Apabila sebut tentang pelaburan.. banyak aspek yang perlu dilihat
dan diambilkira! Bukannya hanya dinilai sama ada pelaburan itu boleh
“bayar atau tidak?” sahaja. Itu adalah penilaian orang-orang yang
kurang bijak.

Ok.. mari kita lihat beberapa sebab mengapa pelaburan internet itu adalah satu penipuan.

1) Tidak mempunyai lesen = TIPU

Sebuah syarikat pelaburan yang sah perlulah mempunyai lesen dan
berdaftar dengan mana-manabadan kewangan sesebuah negara. Lebih-lebih
jika mereka ingin memungut deposit dari orang ramai untuk tujuan
pelaburan. Tidak kiralah jika ia adalah syarikat dari luar negara atau
pun luar dunia sekali pun, jika ia berhajat untuk memungut wang-wang
deposit dari orang ramai yang berada di Malaysia. Ia perlulah mendapatkan lesen terlebih dahulu.

Aktiviti memungut wang tanpa lesen adalah merupakan satu aktiviti
haram (dari segi undang2) dan jelas ia adalah merupakan satu aktiviti
penipuan.

2) Pelaburan Luar Pantai, Minyak, Komoditi = TIPU

Ini sebuah lagi penipuan yang dilakukan oleh website pelaburan
internet. Di laman web mereka, mereka mendakwa bahawa, mereka
melaburkan wang-wang pelabur ke dalam pasaran komoditi, luar pesisir
pantai dan sebagainya. Jika benar apa yang mereka dakwa, mana laporan
kewangan tahunan pelaburan tersebut?… surprise!! Takde pun!

3) Pulangan Tetap 300% = TIPU

Fuyoooooohh! Satu penipuan terhebat di abad ini. Warren Buffet,
seorang pelabur terhebat di dunia pun hanya mampu memberikan pulangan
wang sebanyak 34% setahun bagi pelaburannya, inikan pula.. entah sape2
yang langsung tidak dikenali boleh berikan pulangan wang 300%
setahun? Kat mana dia laburkan duit itu yer? Offshore? Warren Buffet pun
ada buat Offshore Investment.. tapi takde pun dapat sampai 300%
setahun?… Oh! saya tahu… duit itu sebenarnya tidak dilabur kemana-mana
pun.. duit itu hanya dipusing-pusingkan, duit dari orang bawah
dibahagikan kepada orang atas.. alaa.. macam yang charles ponzi &
pak man telo pernah buat dulu tu.. skim cepat kaya yang tipu-tipu tu..

4) Syarikat Pelaburan berpusat di US, Switzerland, Iran, Hongkong dan mana-mana negaralah, asalkan bukan Malaysia = TIPU

Hampir semua pelaburan haram internet ini adalah di dalangi oleh
orang2 malaysia sendiri. Jadi, sebab itulah skim-skim pelaburan ini
hanya popular di malaysia. Orang-orang luar negara tidak tahupun
tentang skim pelaburan tersebut. Bukti bahawa hanya orang Malaysia
sahaja yang tahu mengenai skim pelaburan ini boleh kita lihat dari
jumlah carian pelaburan tersebut di internet melalui google.

Swisscah Tipu

Anda boleh lihat… hanya orang2 dari Malaysia sahaja yang sibuk
mencari maklumat berkenaan pelaburan haram tersebut. Orang Switzerland
& US tidak tahu menahu langsung tentang pelaburan itu.

Jadi, jelas disini, pelaburan internet itu hanyalah satu “SCAM” dan
bukannya sebuah pelaburan yang betul. Dan apabila ia bukan sebuah
pelaburan.. maka prinsip.. “Hanya labur apa yang anda mampu untuk hilang”  dan kata-kata ” Setiap pelaburan mempunyai risiko” tidak langsung boleh digunapakai.

Sebabnya? Ia bukannya pelaburan.. tetapi hanyalah sebuah penipuan!

Jauh bezanya tu.. cuba eja dan sebut PELABURAN & PENIPUAN..  kan jauh beza tu.. )

P/s:- apa-apa pun, islam dah bagitau, pelaburan yang memberikan
keuntungan tetap adalah riba… sebab ia sememangnya tak wujud.. jika
ada.. ia hanyalah satu penipuan!

Skim Internet ‘antarabangsa’ beralamat di Malaysia

Saturday, April 14th, 2007

Skim Internet ‘antarabangsa’ beralamat di Malaysia

Oleh RAMLI ABDUL KARIM dan HASANI HASSAN

KUALA LUMPUR 13 April – Skim-skim pelaburan Internet yang difatwakan sebagai haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan semalam sebenarnya bukan berpangkalan di luar negara sebagaimana digembar-gemburkan, sebaliknya diuruskan oleh rakyat Malaysia sendiri.

Siasatan Utusan Malaysia mendapati skim tersebut yang diuar-uarkan mendapat pengiktirafan di peringkat global, cuma beroperasi dari negara ini semata-mata.

Malah lebih malang lagi, maklumat dalam laman-laman web tersebut termasuk kononnya ia berasaskan perdagangan mata wang, pasaran hadapan komoditi, offshore dan saham-saham lain juga adalah rekaan semata-mata.

Siasatan Utusan Malaysia yang dilakukan oleh pakar-pakar teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), mengesahkan bahawa hampir kesemua laman-laman web yang mendakwa sebagai menyediakan pulangan besar daripada pelaburan rendah, sebenarnya suatu aktiviti pengumpulan wang deposit secara haram yang menyalahi undang-undang Malaysia.

Fakta penting diperoleh daripada siasatan menerusi laman web rujukan www.domaintools.com itu ialah kebanyakan laman web pelaburan skim cepat kaya didaftarkan dengan pengelola web di Amerika Syarikat (AS) oleh pemilik yang beralamat di Malaysia seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Seri Kembangan.

Bagaimanapun, beberapa lagi laman web yang popular di kalangan rakyat Malaysia didapati didaftarkan di bawah nama pemilik proksi beralamat di AS.

Siasatan menerusi laman web rujukan www.alexa.com pula mendedahkan semua 16 laman web yang disiasat didominasi oleh pengunjung dari Malaysia dengan kadar setinggi 98.5 peratus.

Laman-laman web yang disiasat ialah winlifund.com, iluf.biz, buyebarrel.us, buyebarrel.com, eaindex.com, swisscash.net, e-investpro.com, ugifund.com, eukgold.com, a3union.com, smartindex.us, abfund.us, fical.us, globalforex.biz, swedenfund.com, dan al-arabic.com.

Penyelaras Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin memberitahu Utusan Malaysia, persatuan itu turut mendapat maklumat yang sama bahawa kebanyakan laman web yang digambarkan sebagai berpangkalan di AS itu sebenarnya dikendalikan rakyat Malaysia sendiri.

Katanya, ini membuktikan wujud penipuan di kalangan pengendali laman-laman web tersebut yang dipercayai dilakukan oleh mereka yang mempunyai pengetahuan tinggi dalam bidang ICT terutama kemahiran pembinaan laman web.

“Kita sedih kerana pakar-pakar ICT memberitahu PPIM bahawa kebanyakan laman web skim pelaburan Internet didalangi oleh mereka yang bukan Islam sedangkan mangsa-mangsa adalah umat Islam.

“Sehubungan itu, PPIM ingin menyeru umat Islam supaya menjauhi skim-skim seperti ini yang sudah ternyata salah di sisi Islam, malah telah pun difatwakan sebagai haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan semalam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, Majlis Fatwa Kebangsaan dalam mesyuarat kali ke-77 di Kuala Terengganu memutuskan bahawa skim-skim pelaburan melalui Internet yang menjanjikan pulangan berlipat ganda secara tetap adalah haram kerana berunsur riba.

Berdasarkan siasatan oleh pakar-pakar IT juga menunjukkan bahawa pengendali web mengaburi mata pelabur atau mangsa dengan pelbagai imej meyakinkan di paparan web mereka termasuk meletakkan logo-logo bank dan langganan perkhidmatan Telegraphic Transfer (TT) untuk dijadikan sebagai ‘bukti pengiktirafan’ terhadap aktiviti mereka.

Mengenai jumlah pengunjung dari Malaysia yang mendominasikan semua laman web yang disiasat, ia adalah petunjuk bahawa laman-laman itu tidak dikenali oleh rakyat negara lain kecuali terlalu sedikit dari Singapura, Indonesia, Brunei dan Thailand.

Kemasukan pengunjung web dari kedua-dua negara jiran itu dipercayai dipengaruhi faktor geografi yang mana ia disebarluaskan oleh rakyat Malaysia sendiri secara lisan mahu pun e-mel.

Ada di antara laman-laman web itu tersenarai dalam Top 100 Web Site (berdasarkan rujukan dari alexa.com) yang dikunjungi rakyat Malaysia.

Pensyarah di Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif Universiti Teknologi Mara, Prof. Madya Dianne Cheong Lee Mei, mengakui mengenai gejala itu dan menyifatkan ia sebagai jenayah siber yang harus ditangani dengan serius oleh pihak kerajaan.

Menurutnya, pengendali-pengendali laman web skim pelaburan Internet itu bertopengkan imej yang menggambarkan seolah-olah mereka berpangkalan di luar negara dan diurus oleh pegawai-pegawai bertauliah serta berwibawa dalam perniagaan.

“Selalunya pengguna-pengguna Internet di Malaysia tidak pernah ambil tahu, apatah lagi menyiasat dan memeriksa siapakah sebenarnya pemilik sesebuah laman web sehinggakan mereka mempercayai maklumat di dalamnya secara membuta tuli.

“Masalahnya di negara ini, apabila ada yang menjadi mangsa akibat penipuan skim-skim Internet, tidak ramai yang tampil untuk membuat laporan polis,” katanya.

Sementara itu, siasatan juga mendapati, terdapat sebuah pelayan (server) kepada satu laman web pelaburan skim cepat kaya berasaskan Internet yang sudah pun memiliki beberapa laman web baru di pelayan yang sama dipercayai akan dilancarkan tidak lama lagi.

Antara laman web pelaburan yang dijangka akan dilancarkan bila-bila masa ialah emxfund.com dan dnfund.net.

Antara HACKER dan Pelaburan Internet

Thursday, April 12th, 2007

Aku ingat nak cuba buat teknik nie… tapi takde masa. Mujur ada orang yg tolong buat. Terima Kasih kepada yg menolong nie. Berguna gak ilmu  HACKER nie jika digunakan pada jalan yg baik.

PENDAPAT ANA: SEBELUM NAK MASUK PELABURAN INTERNET, JANGAN SETAKAT TAHU HALAL HARAM JER, TAPI KENA GAK TAHU ILMU2 YANG BERKAITAN DENGAN INTERNET. KALAU TAK CAM ORANG MELAYU SEKARANG NIE LER…Begitu mudah di tipu.

Berikut hasil kajian individu pakar
Internet tersebut berkenaan sebahagian latar belakang web syarikat pelaburan
internet.

BUKA WEB ASALNYA DI SINI


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Saya disini ingin
memaparkan maklumat2 berikut bukannya bertujuan mematahkan semangat
korang bagi2 yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia online. Cuma
saya ni terpanggil untuk membantu korang-korang semua dengan ilmu saya
ada dan yang termampu.

Saya sedih, bila pulang ke kampong halaman.. saya terkejut kerana
program2 epoint ni dah makin lama melampau dan kadang2 tu melampaui
batas dengan mempengaruhi mereka2 ni dengan janji2 kosong yang mereka
berikan dengan menyertai program2 epoint yang tumbuh bagaikan cendawan
ni.

Terus-terang saya katakan memang saya tak kisah laa kalau program2 yang
gunakan epoint ni didaftarkan dengan bank Negara ataupun paling tidak
tunjukkan bukti2 bahawa fund yang dilaburkan ini betul2 digeneratekan
untuk menghasilkan pulangan sepertu yang dijanjikan.. saya pun amat
setuju dan sokong. Tapi, majority ataupun boleh dikatakan semuanya
program2 yg menggunakan epoint ni berasal dari team yang sama dan yang
paling sedihnya ramai2 yang yakin bahawa program2 ini memang berasal
dari overseas..kononnya.

Ok, bagi sesiapa yang berminat nak tahu lebih lanjut sila add saya di YM : aeli_yatt@yahoo.com
dan kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang apa2 program yang lain
sila bagitau. Dan kalau korang nak berdebat tentang maklumat yang saya
paparkan pun silakan.. saya akan bagitau macam mana saya dapat kesemua
bukti2 dan maklumat ini.

Sekian. Wassalam.

1)

Domain: winlifund.com

Ok program ni paling banyak info yang saya dapat selepas korek guna tools yang saya ada.

Berikut ialah history bagi whois domain Winlifund sejak dari 2006-12-24 .

Registrant:
pnqsolutions
B1-03-17, Jalan SR 1/9,
Section 9, Taman Serdang Raya,
Seri Kembangan, NA 43300
MY

Biganet Marketing
B3-3-01, Blk 3, Pandan Court
Jln Mewah 4, Tmn Pandan Mewah
Ampang, NA 68000
MY

Administrative Contact:
  Chan Yee, Lum   
  B3-3-01, Blk 3, Pandan Court
  Jln Mewah 4, Tmn Pandan Mewah
  Ampang, NA 68000
  MY
  +1.60122989950  Fax: +1.60122989950

Domain name: WINLIFUND.COM

Administrative Contact:
    ahmad, hamdan  pjstar@yahoo.com
    B1-03-17, Jalan SR 1/9,
    Section 9, Taman Serdang Raya,
    Seri Kembangan, NA 43300
    MY
    +1.60192404379    Fax: +1.60389418310

Technical Contact:
    ahmad, hamdan  pjstar@yahoo.com
    B1-03-17, Jalan SR 1/9,
    Section 9, Taman Serdang Raya,
    Seri Kembangan, NA 43300
    MY
    +1.60192404379    Fax: +1.60389418310

Registrar of Record: REGISTERFLY.COM, INC.
Record last updated on 20-Dec-2006.
Record expires on 21-Dec-2007.
Record created on 21-Dec-2006.

Domain servers in listed order:
    DNS1.REGISTERFLY.COM   216.40.47.15
    DNS3.REGISTERFLY.COM   204.50.180.55
    DNS2.REGISTERFLY.COM   216.40.47.16

IP owner domain ni :

2006-12-22 : 202.71.103.8

2007-02-03 : 202.71.103.8

Ini info yang aku dapat setelah aku korek2 guna TOOL yang aku ada. And
cuba korang tengok kat whois tu… ada nama company pnqsolutions.

Lepas buat search kat google aku jumpa ni :

http://www.pnqsolutions.com/contact.asp

Menarik tak? Apa kena-mengena company ni dengan Winlifund? Apsal
history Winlifund tertera nama company diaorang? Dahla tertera nama
company diaorang.. alamat pon sama.

2) Program baru yang akan launch tak lama lagi :

www.dnfund.net

Program ni ada 10 website host di dalam server yang sama. Ini ialah domain2 dalam server tersebut.

Seperti yang kita sedia maklum, domain dnfund.net sudah diprivatekan.
Tapi, domain2 lain didalam server masih mempunyai data2/whois yang
tidak diprivatekan. Dari kajian yang mendalam terhadap website2
tersebut majority website2 tersebut mempunyai WHOIS dari Malaysia.
Berikut ialah detail whois yang saya jumpa :

Registrant:
  Jay Lim
  L36 Citibank Tower
  Kuala Lumpur, WP 50450
  Malaysia

  Registered through: GoDaddy.com, Inc. (http://www.godaddy.com)
  Domain Name: ELLIOTTSADLERMUSIC.COM
   Created on: 22-Nov-06
   Expires on: 22-Nov-07
   Last Updated on:

  Administrative Contact:
   Lim, Jay   
   L36 Citibank Tower
   Kuala Lumpur, WP 50450
   Malaysia
   (702) 552-7442

  Technical Contact:
   Lim, Jay   
   L36 Citibank Tower
   Kuala Lumpur, WP 50450
   Malaysia
   (702) 552-7442

  Domain servers in listed order:
   NS1.WEBHOSTING88.NET
   NS2.WEBHOSTING88.NET

3) www.eaindex.com

Ok, program ni memang kelakar sangat. Coz walaupun orang ramai join..
tapi program ini mempunyai 123 website di dalam server yang sama! Dan
salah satu dari website tersebut mempunyai satu website yang
seakan-akan program FICAL. Program ini masih belum launch!

Lihat disini : http://www.emxfund.com/

Melalui tools yans saya ada juga membolehkan saya periksa history
nameserver bagi program EAINDEX ini saya mendapati mereka menggunakan
nameserver dari company www.WEBHOSTING88.NET pada tarikh : 2006-09-11 sama seperti program www.dnfund.net yang masih dalam pelancaran.

Dan melalui pencarian yang mendalam terhadap webhosting88 ni saya telah
berjumpa banyak program2 hyip yang SCAM dulu2 terlibat dengan hosting
ini. Dan melalui pencarian yang mendalam saya telah menjumpai alamat
whois ini :

GetHosted Solutions
  Danny Goh ( )
PERSONAL INFO FOR DANNY GOH HAS BEEN REMOVED AS PER INSTRUCTION BY MYCERT FROM COMPLAINANT. READ BELOW

4) www.azcapitalclub.com

Ok program ni dah scam dah pon. Program ini mempunyai history whois
pada tarikh 2007-01-27 yang menggunakan nameserver ezydomain.com .
Melalui pemeriksaan terhadap whois lama ezydomain ini ianya terdapat
maklumat ini :

Cache Date: 2002-10-22

Administrator:
Lim Chung Keng keng@web.cc +6.03.56216788
DotCC Limited
Lot 3, Jalan SS 13/4, Subang Jaya Ind. Estate
KL,WP,MY 47500

Technical Contactor:
Lim Chung Keng keng@web.cc +6.03.56216788
DotCC Limited
Lot 3, Jalan SS 13/4, Subang Jaya Ind. Estate
KL,WP,MY 47500

Cache Date: 2004-12-12

Registrant Contact:
Web Commerce Communications Limited
Client care (clientcare@webnic.cc)
Lot 3, Jalan SS 13/4 Subang Jaya Ind Estate
Subang Jaya, Selangor, MY
P: +603.56216788 F: +603.56367320

Administrative Contact:
Web Commerce Communications Limited
Client care (clientcare@webnic.cc)
Lot 3, Jalan SS 13/4 Subang Jaya Ind Estate
Subang Jaya, Selangor, MY
P: +603.56216788 F: +603.56367320

Latest Cache Date: 2007-02-08

Registrant Contact:
Web Commerce Communications Limited
Client care (support@webnic.cc)
Lot 2-2, Incubator 1, Technology Park Malaysia Bukit Jalil
Kuala Lumpur, WP, MY 57000
P: +603.89966788 F: +603.89968788

Administrative Contact:
Web Commerce Communications Limited
Client care (support@webnic.cc)
Lot 2-2, Incubator 1, Technology Park Malaysia Bukit Jalil
Kuala Lumpur, WP, MY 57000
P: +603.89966788 F: +603.89968788

5) www.abfund.us

Untuk program ni, di dalam servernya terdapat 4 website berada dalam server yang sama. Website2 tersebut ialah :

Abfund.biz
Payit4profit.biz
Payit4profit.net
Afcapital.biz

Kesemua website2 tersebut termasuk www.abfund.us pernah menggunakan nameserver Hknet21.com. Nameserver ini pernah digunakan oleh program SCAM www.azcapitalclub.com .


6) www.jinlicapital.com

Program ini mempunyai history yang menyatakan admin yang mengakses server ni melalui IP berikut :

202.71.103.7 ( IP Malaysia )


7) www.SwissCityFund.com

Program ini terdapat 2 website lain yang berada didalam satu server. Website2 tersebut ialah :

Powerindexs.com dan Euro-ecash.com


8) www.ecashfinance.com

Program ni dalam server dia ada 433 site yang sama2 dalam server dia.

9 ) www.buyebarrel.com

Program ni pernah mengunakan namersever Hknet21.com iaitu program yang sama dengan www.azcapitalclub.com dan www.abfund.us


10 ) www.swedenfund.com

Di dalam server program ni terdapat 3 website lain didalam satu server. Website2 tersebut ialah :

1) Esuissefund.com

Registrant:
   consultant
   1000 mei hwa terrance
   ampang, kl  110110
   MO

   Registrar: DOTSTER
   Domain Name: ESUISSEFUND.COM
      Created on: 12-OCT-06
      Expires on: 12-OCT-08
      Last Updated on: 12-OCT-06

   Administrative Contact:
      fund, eswiss  eswissfundmail@yahoo.com
      Consultant
      1000 mei hwa terrance
      ampang, kl  110110
      MO
      0755-7654321
      0755-7654321

   Technical Contact:
      fund, eswissfund  eswissfundmail@yahoo.com
      consultant
      1000 mei hwa terrance
      ampang, kl  110110
      MO
      0755-7654321
      0755-7654321

2) Swedenmutualfund.com

3) Uctbank.com

   Administrative, Technical Contact:
      nixon, yap  nixonyap@hotmail.com
      6215
      Kuala Lumpur, W.P  52100
      MY
      6012333333

11) www.Eukgold.com

Program ni terdapat 1 lagi website didalam server yang sama. Website tersebut ialah : www.al-arabic.com

12) www.em-pay.com

Program ini setelah saya periksa mempunyai whois history bertarikh : 2006-08-16

Registrant:
   WL Chai
   P-3-07 Kenanga Apartment
   Taman Putra Perdana
   Puchong, Selangor 47100
   Malaysia

   Registered through: GoDaddy.com, Inc. (http://www.godaddy.com)
   Domain Name: EM-PAY.COM
      Created on: 23-May-06
      Expires on: 24-May-07
      Last Updated on: 23-May-06

   Administrative Contact:
      Chai, WL  wlchai@wlcsolutions.com
      P-3-07 Kenanga Apartment
      Taman Putra Perdana
      Puchong, Selangor 47100
      Malaysia
      60123271103

   Technical Contact:
      Chai, WL  wlchai@wlcsolutions.com
      P-3-07 Kenanga Apartment
      Taman Putra Perdana
      Puchong, Selangor 47100
      Malaysia
      60123271103

   Domain servers in listed order:
      NS1.FNBS.NET.MY
      NS2.FNBS.NET.MY