Pelaburan Internet.. TIPU!!

Apa yang ingin saya sampaikan pada kali ini… ialah.. mengenai
pembongkaran aktiviti-aktiviti SCAM yang dilakukan oleh pelaburan
internet ini. Seperti yang pernah saya nyatakan sebelum ini…
“Terus/Masih Membayar” bukanlah kriteria yang tepat untuk menentukan
sama ada sesuatu pelaburan itu benar atau tidak.

Apabila sebut tentang pelaburan.. banyak aspek yang perlu dilihat
dan diambilkira! Bukannya hanya dinilai sama ada pelaburan itu boleh
“bayar atau tidak?” sahaja. Itu adalah penilaian orang-orang yang
kurang bijak.

Ok.. mari kita lihat beberapa sebab mengapa pelaburan internet itu adalah satu penipuan.

1) Tidak mempunyai lesen = TIPU

Sebuah syarikat pelaburan yang sah perlulah mempunyai lesen dan
berdaftar dengan mana-manabadan kewangan sesebuah negara. Lebih-lebih
jika mereka ingin memungut deposit dari orang ramai untuk tujuan
pelaburan. Tidak kiralah jika ia adalah syarikat dari luar negara atau
pun luar dunia sekali pun, jika ia berhajat untuk memungut wang-wang
deposit dari orang ramai yang berada di Malaysia. Ia perlulah mendapatkan lesen terlebih dahulu.

Aktiviti memungut wang tanpa lesen adalah merupakan satu aktiviti
haram (dari segi undang2) dan jelas ia adalah merupakan satu aktiviti
penipuan.

2) Pelaburan Luar Pantai, Minyak, Komoditi = TIPU

Ini sebuah lagi penipuan yang dilakukan oleh website pelaburan
internet. Di laman web mereka, mereka mendakwa bahawa, mereka
melaburkan wang-wang pelabur ke dalam pasaran komoditi, luar pesisir
pantai dan sebagainya. Jika benar apa yang mereka dakwa, mana laporan
kewangan tahunan pelaburan tersebut?… surprise!! Takde pun!

3) Pulangan Tetap 300% = TIPU

Fuyoooooohh! Satu penipuan terhebat di abad ini. Warren Buffet,
seorang pelabur terhebat di dunia pun hanya mampu memberikan pulangan
wang sebanyak 34% setahun bagi pelaburannya, inikan pula.. entah sape2
yang langsung tidak dikenali boleh berikan pulangan wang 300%
setahun? Kat mana dia laburkan duit itu yer? Offshore? Warren Buffet pun
ada buat Offshore Investment.. tapi takde pun dapat sampai 300%
setahun?… Oh! saya tahu… duit itu sebenarnya tidak dilabur kemana-mana
pun.. duit itu hanya dipusing-pusingkan, duit dari orang bawah
dibahagikan kepada orang atas.. alaa.. macam yang charles ponzi &
pak man telo pernah buat dulu tu.. skim cepat kaya yang tipu-tipu tu..

4) Syarikat Pelaburan berpusat di US, Switzerland, Iran, Hongkong dan mana-mana negaralah, asalkan bukan Malaysia = TIPU

Hampir semua pelaburan haram internet ini adalah di dalangi oleh
orang2 malaysia sendiri. Jadi, sebab itulah skim-skim pelaburan ini
hanya popular di malaysia. Orang-orang luar negara tidak tahupun
tentang skim pelaburan tersebut. Bukti bahawa hanya orang Malaysia
sahaja yang tahu mengenai skim pelaburan ini boleh kita lihat dari
jumlah carian pelaburan tersebut di internet melalui google.

Swisscah Tipu

Anda boleh lihat… hanya orang2 dari Malaysia sahaja yang sibuk
mencari maklumat berkenaan pelaburan haram tersebut. Orang Switzerland
& US tidak tahu menahu langsung tentang pelaburan itu.

Jadi, jelas disini, pelaburan internet itu hanyalah satu “SCAM” dan
bukannya sebuah pelaburan yang betul. Dan apabila ia bukan sebuah
pelaburan.. maka prinsip.. “Hanya labur apa yang anda mampu untuk hilang”  dan kata-kata ” Setiap pelaburan mempunyai risiko” tidak langsung boleh digunapakai.

Sebabnya? Ia bukannya pelaburan.. tetapi hanyalah sebuah penipuan!

Jauh bezanya tu.. cuba eja dan sebut PELABURAN & PENIPUAN..  kan jauh beza tu.. )

P/s:- apa-apa pun, islam dah bagitau, pelaburan yang memberikan
keuntungan tetap adalah riba… sebab ia sememangnya tak wujud.. jika
ada.. ia hanyalah satu penipuan!

One Response to “Pelaburan Internet.. TIPU!!”

  1. tariq Says:

    izo..forex camne? u rase btol x?

Leave a Reply